Written by AbangNara | March 3rd, 2014

Ketika kes penceraian rakan baiknya, Erra Fazira menjadi perbualan ramai, status perkahwinan Umie Aida turut sama menjadi tanda tanya orang ramai. Berkahwin pada 14 Mac 2010, khabar angin bertiup kencang mengenai rumah tangga Umie dan Datuk Paduka Khairuddin yang kononnya sedang bergolak. Malah beberapa keping gambar dan video yang dimuatnaik oleh Umie Aida ke laman Instagram seolah-olah menguatkan lagi khabar angin tersebut.

perkahwinan umie aida

Ditanya mengenai kebenaran ura-ura ini, Umie Aida menerangkan menerusi BiPop yang rumah tangganya masih OK. Kata Umie Aida:-

Mana-mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kita kan manusia? Masing-masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuatnaik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi tidaklah sampai ke arah itu (bercerai).

Rumah tangga kami masih OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian itu jalan terakhir yang baik atau sebaliknya. Kita tidak mampu melawan kehendak qada dan qadar. Saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami, biar bahagia sampai ke jannah.

perkahwinan umie aida

Kalau ditanya pada Abang Nara, mana ada wanita yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian melainkan ia tidak dapat dielak 100%. Semoga dengan penerangan Umie Aida ini, segala persoalan telah terjawab. Kita sebagai peminat doakanlah kebahagiaan rumah tangga mereka. Apa pun, kalau ada cahaya mata, pastinya akan lebih kuat ikatan suami isteri antara Umie dan Datuk Paduka Khairuddin. Semoga dimurahkan rezeki.
perkahwinan umie aida

P.S: Hubungilah mana-mana ejen di atas untuk mendapatkan produk foundation terbaik demi wajah cerah dan “flawless” serta merta. Anda pasti akan kagum dengan kehebatan 100% original Naturactor Cover Face/Meiko dari Jepun ini.  Tak percaya? Tengok testimonial di Facebook Naturactor, Instagram EleganceCosmetics dan juga blog Naturactor.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 responses to Rumah Tangga Kami Masih OK – Umie Aida

  1. sudah-sudahlah says:

    sudah- sudahlah tanya soal cerai ini….ingat mainan ke?

    0

    0
    • gayahSporty says:

      mana tak dilanda badai.. isteri org tp bersentuhan tgn dgn bkn muhrim.. jelas sekali pada gambar di atas.. aib suami jaga cik kak oooiiiiii….

      0

      0
      • Kak Temah says:

        beginilah kalau perkawinan berlandaskan atas kehendak ……status dan wang ringgit. :(

        0

        0
      • Kiah Popia says:

        Erra, Dynas, Sari Yanti…..semuanya retak menanti belah dan ada ygn sudah berkecai hancur.

        0

        0
        • Sebok jer says:

          Pihak media ni pun, tolong lah bagi time n space kt artis2 yang berumatangga ni. konflik mmg lumrah kehidupan berumahtangga. biarlah dorang settlekan sendiri senyap2. buat nak sebok tgh bergolak ke, xduduk serumah ke, dah bercerai ke. perkara2 mcm ni lah yg buat dorang lebih tertekan n masalah rumah tangga semakin teruk. adohai.

          0

          0
        • sudir says:

          x payah nk salahkan wartawan2…diri sendiri la. padai kawin…pandailah sendiri urus rumahtangga.

          0

          0
    • aina says:

      tu la pasal…xyah nk korek2 sgt isu2 ni.. just doakan jek la.. semoga kekal…

      0

      0
    • ayam jepun says:

      KAK UMIE , JANGAN SENYUM LEBAR SANGAT BOLEH ? TU MY SUGAR DADDY SHAHRUKH KHAN , TAU !!

      0

      0
    • ntahpape says:

      kan elok artis wanita ni kalo dh bkahwin..duduk je rumah.. jaga mkn minum suami.. anak2.. tak perlu nak berlakon, bsentuhanan dgn lelaki lain..bpegang2..bpeluk2.. suami mana yang tak bosan kalo isteri lebihkan kerja & kwn2.. syurga isteri di bawah kaki suami..selagi suami tu tak bpesong dr agama..

      0

      0
  2. rya says:

    kalau betul pun mereka ada masalah, jangan lah diperheboh…suka sngat ke kita nak tengok rumah tangga orang runtuh.

    0

    0
  3. dusta putri says:

    doakan perkahwinan itu berkekalan dah la..

    0

    0
  4. cik teratai says:

    pehh! kalo aku jadik umie..aku x basuh tgn sebulan..
    alahaiii shahrukh..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Abg nara, dgr sari yanti ngan dynas bercerai

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      macmana tk bercerai laki asek nk control aje tk kasi berlakon ….dh tentu bini tu pelakon buat ape kawin ngan pelakon ! bila dh kawin tk kasi bini berlakon mengarot kn ! kalau dh tk sehaluan lebih baik cerai aje senang …boleh jugak berlakon…ada laki ni leceh nk berlakon pon tk boleh macm siak ! tunjokan pada donia kalau tkde laki pon pompan boleh hidop ! kuatkn semangat kerja cari duit sendiri pasti akan Berjaya !!

      0

      0
      • Anonymous says:

        Nak salahkan laki pulak ke? Sbl kawin ciri2 suami pilihan nk yg blh membimbing ke jln yg diredhai la apa la..nak nikah dpn Kaabah la..pastu x nak amalkan cara hdp Islam sepenuhnya..xpyh salahkan org lain kalau umahtgga bgolak, muhasabah diri dlu..dah kwin dgn laki yg blh sara hdp, duduk rumah jela diam2…xpyh bersosial bagai..

        0

        0
  6. ... says:

    (bukan kewajipan) – ni yang nak bernikah jauh2 depan kaabah dulu…

    (kewajipan) – kaabah tu kiblat kita orang islam .. rajin sembahyang.. jaga aurat & batas2 pergaulan

    0

    0
  7. Aina Rahman says:

    tak faham la statement umie ni. belit2. mengiyakan tidak, menidakkan pun tak. mcm nak coverline tp gagap tak menjadi je

    0

    0
  8. Moms Avenue says:

    Sedih bila mengenangkan banyak sangat isu cerai sekarang ni.. Janganlah sampai menggoncang arash.. moga dijauhi..

    0

    0
  9. muurie says:

    kalau dh kawin wat care dh kawin, bersederhana xde nk cari glamer aje.. g mane2 sila la sedar diri dh khwin jgn la berlagak solo or mcm xde rse tggungjwb nk jge nme rmhtgge tu…

    0

    0
  10. nok gebuzzz says:

    hei…….mcm2 la dunia artis ni,mungkin tabiat bersosial yg berlebihan,hmmm ntah la…wallahualam..

    0

    0
  11. nok gebuzzz says:

    hmmm..mcm2 la dunia artis ni,mungkin tabiat bersosial tu berlebihan hingga kadang2 terlupa batas2 pergaulan sesama islam,…….wallahualam

    0

    0
  12. fahmi says:

    aina rahman…yg ko sebok pe hal…dia nak buat statement camner pun aper ko susah… yg nak tau sgt hal org cerai ke tak naper…ko suka dia cerai?

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Apa nak diherankan. Dah kehidupan artis begitu. Artis nak cari yang kaya raya je sebab nak maintain glamour banyak belanja. Yang kaya raya pulak nak tumpang glamour si artis. Jadi masing2 ada niat tak betul. Macam mana nak bertahan lama.

    0

    0
  14. lulu says:

    hurmmmmm… Mengantuknyerrr…………….!!

    0

    0
  15. tok moh says:

    diaorg ni ingat kulit muka diaorg ni cegang selamanya ke ..!!! lambat laun akan keriput jugak ….. masa tu baru dtg penyesalan .Kecantikan bukan segala galanya …….

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      elehhhhhh semua pompan jantan akan mengahadapi hari tuaaaa ape nk di herankan ….cuma kite ni nk kena berusaha lahhhh supaya kulit kite tu jadi tegangggg walau pon umr dh lebihhh pahammm…tk payah nk botok2 ni semuaaaaaa ambek timon tu tenyehkn kt muka buat macm pencuci muka ha tegang la kulit tu n berseh lagiiiiiii ! kalau tk caya try la huh nyampah !!

      0

      0
  16. Bintang Hati says:

    Contohi la ahkak amy mastura & ziana zain.Diorang ni lagi lama berkahwin tapi elok je rumahtangga?pokok pangkalnya aku rasa yg isteri ni kalau dah kawen buat cara dah kawen jaga makan minum suami.jangan nak berlagak macam single.sekian.

    0

    0
    • Bintang Hati says:

      Contohi la ahkak amy mastura & ziana zain.Diorang ni lagi lama berkahwin tapi elok je rumahtangga?pokok pangkalnya aku rasa yg isteri ni kalau dah kawen buat cara dah kawen jaga makan minum suami.jangan nak berlagak macam single.To umie,baik ko jgn bercerai.nanti hilang semua kemewahan yg ko hadooo.Ko pun bukan kaya sangat.bye.

      0

      0
  17. otoks says:

    “MASIH ok”
    Menunggu masa ke kak?
    *Lariiiiiik*

    0

    0
  18. MAXMORA says:

    TV Malaysia ..tolong terbitkan rancangan ‘ FORUM PERDANA SELEBRITI’ khas untuk retis2 yang nak berumahtangga dan rumahtangga nak patah..kesian mereka ni..

    0

    0
  19. Nadya says:

    Didoakan semoga Ummie Aida dan Dato (Suami) akan bahagia hingga ke akhir hayat dan sentiasa berbahagia selalu serta sentiasa didalam lindungan Allah selalu…Aamiin…..

    0

    0
  20. tu la..byk sgt nko cucuk muka says:

    Jawapan standardddddd…

    Jgn dato beralih arah ke best pren umi sudah..oh erra pajiraku yg cantik menawan!lap u erra..tak mustahil kan..?tetiba plak goyah skrg,disaat erra dah single.:))

    0

    0
  21. Anonymous says:

    mmg pun dari dulu dah goyah . .. sbb suaminya x thn si umie ni boros gila babikk ….sekali shopping abis ratus2 ribu lepas tu nak berjimba memanjang kejenya macam org muda mana nak tahan . ….sumber keluarga terdekat kawan rapat umie sndiri yg dah kawin kali kedua jgk

    0

    0
  22. Anonymous says:

    mmg sahih x ok pun dorang ni mana suami nak tahan sekali shopping abis ratus ribu pastu bjimba aje kejenya mcm org muda…….

    0

    0
  23. mawarberduri says:

    baru je balik dari seminar Baitul Muslim 3.0..

    statistik mengatakan 98% penceraian berlaku melibatkan muslim berbanding non-muslim hanya kurang 15%.

    semuanya berpunca dari Ad-deen yang lemah, solat yang tidak di jaga.

    “Kamu jaga hak Allah, Allah jaga hak kamu”.

    Maknanya, kamu jaga agama dalam diri dan rumahtangga, pasti Allah hadirkan rumahtangga sakinah,mawaddah dan rahmah.

    Wallahu Taala A’lam

    0

    0
  24. harap2 hanya kabar angin je…tapi masakan pokok bergoyang kalau takde angin.biasanya artis akan jawab masih suami isteri,masih ok,mash bahagia tup2 keluar dlm proses perceraian.

    0

    0
  25. […] Rumah Tangga Kami Masih OK – Umie Aida (39) […]

    0

    0
  26. […] Rumah Tangga Kami Masih OK – Umie Aida (40) […]

    0

    0