Rumah Tangga Kami Masih Kekal – Hanez Suraya

Hiburan

Rumah Tangga Kami Masih Kekal – Hanez Suraya

Akhirnya, segala persoalan dan kekusutan yang bermain di minda Abang Nara terjawab jua. Hanez Suraya telah tampil untuk memaklumkan tentang status perkahwinannya bersama Romie Razin. Sebelum ini, kecoh satu Malaysia apabila Hanez didakwa telah memfailkan penceraian terhadap suaminya. Malah satu senarai pasangan suami isteri yang bermasalah di Mahkamah Syariah Shah Alam yang turut terselit nama pasangan ini telah tersebar.

hanez suraya tak cerai
Enggan membenarkan peminat berteka-teki lagi, Hanez Suraya tampil memberikan penjelasan tentang status rumahtanggannya. Kata Hanez:-

Advertisement

Tiada apa yang perlu jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak (dapat) lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

Alhamdulillah, rumah tangga kami masih kekal. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana pihak tertentu.

Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam (diri). Berdiam bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mahu mengambil masa mencari ruang untuk menenangkan diri.

Syukur alhamdulillah, suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini. Terima kasih di atas sokongan kuat daripada pihak keluarga, rakan rapat, media dan peminat yang sentiasa memberi semangat serta mendoakan yang baik-baik buat kami.

hanez suraya

Alahdmulillah. Lega Abang Nara mendengar penjelasan dari Hanez Suraya ini. Tak sukalah kalau nak cerai-cerai. Biasalah bila berkahwin. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh itu perkara biasa. Yang penting kena bincang baik-baik dan selesaikan masalah dengan tenang. Jangan ber”perang” sampai rasa nak cerai, lebih-lebih jika dah ada anak. Masa depan anak itu lebih penting daripada kita. Tak gitu? Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...