Rumah Tangga Kami Bahagia Saja – Puteri Sarah Nafi Rumah Tangga Sedang Bermasalah

Hiburan

Rumah Tangga Kami Bahagia Saja – Puteri Sarah Nafi Rumah Tangga Sedang Bermasalah

Tampil romantis dan mesra ketika bersama dan dalam setiap foto yang dikongsikan bersama peminat di media sosial, kami terkejut mendengar khabar bahawa perkahwinan pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sedang menghadapi masalah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Puteri Sarah menafikan perkara tersebut dan memberitahu rumah tangga mereka masih lagi bahagia serta sangat mencintai antara satu sama lain. ( Wah, berbunga pulak kami baca statement Puteri Sarah ni).

Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, kami sangat mencintai antara satu sama lain. Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak.

Baru sahaja membuka sebuah butik dengan nama Shara di Bangsar, ia merupakan lambang kebahagian Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama kini.

Butik ini adalah lambang kebahagiaan kami kerana kami menguruskannya bersama. Jika sebelum ini suami banyak menghabiskan masa di studio, kini dia sentiasa di depan mata kerana Syamsul membuat proses suntingan filem terbaharunya di rumah.

Tidak pelik pun jika ada sedikit masalah yang timbul didalam rumah tangga, tetapi syukur Alhamdullilah perasaan cinta dan kasih sayang masih utuh dalam hati mereka berdua. Doakan agar pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...