Rumah Remy Ishak Diserbu Polis Selepas Terima Aduan Dadah

Hiburan

Rumah Remy Ishak Diserbu Polis Selepas Terima Aduan Dadah

Gara-gara menolak ajakan seorang wanita berstatus VIP yang ingin bertemu dengannya sebelum ini, pelakon Remy Ishak terpaksa menanggung pelbagai masalah yang mengancam keselamatan beliau ketika ini.

Selepas menerima ugutan bunuh,  terbaru rumah Remy telah diserbu oleh pihak polis kira-kira jam 1 pagi Jumaat, 16 September selepas menerima aduan bahawa terdapatnya kegiatan dadah yang dijalankan di premis milik aktor tersebut.

Advertisement

Namun, apa yang membuatkan Remy merasa terkilan adalah tindakan pihak berkuasa  yang menyerbu rumahnya secara melulu tanpa memperkenalkan diri.

Setelah apa yang berlaku, Remy mengesyaki aduan palsu itu dibuat oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh terhadapnya.

Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya baru-baru ini. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ?

Pihak polis juga sedia maklum, keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera.

Pada masa yang sama, Remy mengakui beliau dan keluarga kini berada didalam keadaan panik dan trauma apabila keselamatan mereka sekeluarga kini terganggu.

Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga telah menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini berada di tahap yang membimbangkan.

Agak dasyat juga apa yang dilalui oleh Remy Ishak dan keluarganya sekarang. Sama – sama kita doakan keselamatan Remy sekeluarga. Harapnya pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...