Written by Bella | February 4th, 2016

Rumah ibu kepada penyanyi terkenal Alyah yang terletak di Gelang Patah, Johor telah dipecah masuk pencuri semalam.

Alyah yang pulang ke kampung halamannya itu memberitahu beg tangan serta beberapa barang berharga didalamnya termasuk wang tunai, kunci kereta kenderaan jenis Mitsubishi Asx Mivec , dokumen peribadi, dua unit telefon pintar lesap.

Kejadian itu disedari oleh ibunya, Raja Norsiah Raja Ali selepas wanita itu mendapati pintu hadapan rumahnya terbuka dan telefon Alyah yang diletakkan di televisyen sudah hilang.

Berita itu juga turut dikongsikan oleh Alyah menerusi akaun Instagram miliknya dan memberitahu beliau tidak dapat dihubungi kerana telefon beliau dicuri dalam kejadian tersebut. Alyah juga sudah membuat satu laporan polis.

Salam Maghrib. saya sepatutnya pulang ke KL jam 10pagi tadi.Malang tak berbau rumah mak saya di kg telah dimasuki oleh pencuri ketika semuanya sedang tidur.

Sesedarnya saya pada subuh hari saya mendapati.Handbag saya,wallet saya,handphone saya,juga kunci kereta saya telah tiada ditempatnya.puas saya mencari tidak berjumpa.sehinggala mendapati rumah mak saya telah dimasuki pencuri.jadi sekarang ini saya stuck di gelang patah dan terpaksa menguruskan hal hal berkenaan.report polis,jpj,jpn,bank,kastam dan ke mitsubishi service office di jb ni.kepada sesiapa yg sepatutnya saya berjumpa hari ini.mohon ampun dan maaf kejadian ini memang saya tak menduga.jadi kepada yg berkenaan harap dapat DM saya di IG terima kasih.

Uish memang terkejut betul kalau lihat pintu rumah sudah terbuka dan semua barang hilang, namun apa yang penting pencuri tersebut tidak mengapa-apakan Alyah dan ibunya. Barang dan wang boleh digantikan semula, kalau nyawa bagaimana?

Sumber Berita: Kosmo Online / Instagram Alyah

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 responses to Rumah Dirompak: Beg Tangan Alyah Lesap Dicuri

  1. Anonymous says:

    kematian itu pasti

    0

    0
    • Anonymous says:

      tahu kah..warga indon paling byk mencuri di msia berbanding bangladesh dan myanmar.

      0

      0
      • Anonymous says:

        makeup mcm nk ke disco dia ni. eee…

        0

        0
        • Tip 1 says:

          Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert). Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

          0

          0
        • Tip 2 says:

          Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

          0

          0
        • Tip 4 says:

          Kurangkan bergaul dgn warga2 asing seperti tukang sampah, pencuci longkang, kontraktor, penjual ikan dan lain2 yg kita x berapa kenal. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat…

          0

          0
        • kiah says:

          mak aku cakap kalau pencuri tak berjaya masuk rumah… dia akan berak atas tanah untuk elakkan sial . kalau jumpa najis manusia atas tanah …. mungkin ada pencuri nak masuk rumah tapi tak berjaya . so hati-hati .

          0

          0
        • Anonymous says:

          kiah, tu indon punya ilmu pukau tu. byk berlaku area ampang…kawan ada post dlm fb. berak kt depan gate.

          0

          0
        • Blurrrr says:

          Tajuk entri ni pelik.. ‘Rumah dirompak’. Sepatutnye ‘rumah dipecah’ la kan? Macam mane rumah dirompak? I can’t imagine….

          0

          0
      • hamba allah says:

        petua “kunci rumah”. baca ayat kursi 7 kali (penuh yakin) sambil berjalan keliling rumah. bacalah ketika badan bersih. amalkan selalu. 41 kali baca kompirm pencuri masuk x jumpa jalan keluar. jangan langgar pantang, kencing dihalaman rumah/longkang kt luar.

        0

        0
        • Tip 3 says:

          Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Kalau pencuri tu tak jumpa jalan keluar, takut jugak kita kang dia asyik berlegar-legar jer dalam rumah.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Belasah je. Selalunya dia akan jdi bodoh dan keliru. Pernah terjadi pda jiran saya. Dia akan jdi bengong..

          0

          0
        • Anonymous says:

          ayat kursi tu digunakan utk melindungi musuh2 di zaman nabi. ayat penunduk dan perang. ayat tu mmg power. pernah tbaca kisah wanita2 yg dirogol. Ada sorang wanita ni sering ber jalan sendirian waktu malam pulang kerja di satu lorong tapi hatinya tak lupa membaca ayat ni selalu. Bila perogol ditangkap dan penduduk2 kampung bertanya kenapa tak merogol wanita (yg baca ayat ni) ..si perogol berkata kerana dia nampak wanita tu sering berjalan dikelilingi ramai orang dilorong itu….

          0

          0
        • Anonymous says:

          pernah dengar, pencuri masok xjumpa jln kuar. tu maknanya “pagar” rumah anda menjadi. waktu tu, korang amik spray nyamok, spray ke muka lepas tu tutup mukanya dgn baldi. panggil jiran2/polis. selalu dia jadi buntu dan lemah. pagar rumah anda dah matikan kuasa hitam. badannya akan lemah….

          0

          0
      • Tip 5 says:

        Hadkan meng share status dlm Facebook ketika pergi bercuti terutama yg mempunyai ramai kenalan2 beratus-ratus terutama bagi mereka yg mempunyai anak2 dara/remaja yg tidak ikut sama.

        0

        0
        • kacang pes says:

          bahaya nyer tinggal anak dara sorang2 . kalau nak pergi bercuti lama2 tu… bawaklah sekali anak dara korang .

          0

          0
    • Tip 6 says:

      Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah/gate (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 10mlm).

      0

      0
    • Tip 7 says:

      kalau org mengekori kereta anda di jalanraya, terus ke balai polis. tunggu sehingga mat motor tu beredar. ada kes budak perempuan, motor mengekori dia waktu berhenti di trafik light. dia panik pecut terus pulang ke rumah. lepas seminggu, kereta SUV bapanya yang dipakai itu.. dicuri!

      0

      0
    • Anonymous says:

      berak itu pasti melegakan perut…

      0

      0
  2. Anonymous says:

    semoga tabah dan redha…alyah…Allah maha mengetahui

    0

    0
  3. Ding Dong says:

    Nama mak dia Raha Norsial Raja Ali ke? Takde typo?

    0

    0
  4. aaakulahhh says:

    alahai…kt KL bukan main mewah ko..umah kat kg tu baiki la kasi letak pagar ke apa…

    1

    0
  5. Anonymous says:

    dia ni la cat kuku waktu datang haid. pelik la.

    0

    0
    • Uqasha says:

      Apa yg peliknya? cat kuku blh remove balik, susah kalau semua nak komplen psl org jer, ntah2 diri sdiri lbh teruk lagi

      0

      0
      • Anonymous says:

        susah kalau x dengar nasihat. sebab tu la perempuan2 hijabster makin pelik.

        0

        0
        • Podaaah says:

          berdandan utk suami jelahhh lagha hoi.
          kesian tok ram. bini dok pamir kecantikan satu malaysia dok tengok bini yg gila glamer.

          0

          0
        • Anonymous says:

          alaaaaah..berdandan utk suami..nak gi kerja jgn pakai makeup..bangun terus ke tempat kerja..rambut berserabai..taik mata masih melekat.air liur basi masih melekat..jgn lap..pasal berdandan hanya utk suami je..muka pucat sebijik mayat berjalan..jgn makeup..berdandan hanya utk suami..last2 suami cari lain paaal malu beristerikan pontianak..salah siapa?
          .

          0

          0
        • anon says:

          Podaah…1.01pm…..kesian lagi kat zain, bini dia nenek Ta lagi gila glamer, bermekap 5 inci tebal. Duk mengadap cermin sampai 3,4 jam semasa berdandan…….dah berpakaian mengalahkan budak2 remaja, ketat sendat…

          0

          0
    • Anonymous says:

      la tak tahu ke? sekrg ada water permeable nail polish. Tak pelik nya. Yang pelik org macam kau yang tak ambil tahu. Tahu kondem org.

      0

      0
      • Lia says:

        mentaliti2 mcm ni lah geng tudong pakat2 hisap vape. kedatangkan haid tu bukan lesen nak buat sesuka hati dan buang pahala ngok. alahai. sengal.

        0

        0
        • Kak Rose says:

          pakai makeup ke, pakai wig ke..pakai bulu mata pelesu klau niat dihati nk tunjuk pada semua org lagi2 utk bukan mukhrim pandang memang HARAM lagi berjadah lah. please la korang, jgn buat2 komen hukum ikut sedap hati aje. takut nanti kepala je berbungkos, pahala n berkat tutup aurat tercicir celah kangkang sama mcm yg x bertudung. muah…hahahahak

          0

          0
      • Anonymous says:

        cat kuku boleh, cat Jotun pun boleh….paham dok tapi dgn syarat utk si suami lihat sahaja!!!… bukan masyarakat kiah.

        berwuduk dan mandi diharuskan membuang. pakai inai boleh berwuduk…x salah dri hukum syarak.

        0

        0
  6. Anonymous says:

    typo error on her mom name.. pls fixed it.. Raha Norsial Raja Ali

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Norsial namanye? Ke typo?

    0

    0
  8. Anonymous says:

    ye lah tu. penat2 cat kuku pagi malam balik show pkl 2-pagi sempat ni cuci guna remover. jgn nk penipu. lepas tu mandi wajib camner?

    0

    0
  9. Jamilah says:

    betul ke nama mak dia Raha Norsial Raja Ali? Tak typo?

    0

    0
  10. Aku says:

    Kalau pencuri tu tak jumpa jalan nak keluar, kang takut pulak tengok dia asyik berlegar-legar jer dalam rumah.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    laaa…siannye…sekarang ni pewarna kuku tu dah ada yg peel off…bole kopek mcm kupas buah je nail polish tu…tak yah susah2 nak cari bahan pencuci bagai…sian korang ni…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bukan diorang tak tau… tp diorang bongok. Saja tau cari salah org jerr… Kalau nk pkai cat kuku yg biasa yg bukan peel off pun boleh sbb nail remover kan ada. Sekali sapu terus tanggal… yg duk kondem ni eloknya biaq pi duk negara syria sana.. ngam sangat ngan isis yg extremist muslim tuh.

      0

      0
    • Minah mix says:

      kesian ngan org kt yer, ppuan arab kat sini, tudung jubah hitam tapi kuku semua bwarna yer,,, nak solat g remove lah,,, apalh xleh pikir,,, suka sgt nak complicated, jap agik pasnie ada yg gelar aku hijabster,,,

      0

      0
  12. Ninakkasitau says:

    apakebenda…Salam Maghrib…Salam Subuh…
    yg aku tau dalam solat dan luar solat…
    Assammualaikum Warahmatulullah Hi wabarakatu….

    0

    0
  13. Lola says:

    Nama mak dia sape?

    0

    0
  14. B says:

    Dh la kene rompak…pastu kene panggil sial pulak..ehh sial betul la…

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Aduh..knapa la makeup tu kne tebal sgt

    0

    0
  16. NAMA pon dah kne curik ! says:

    Eh Lola..Cube ko call tok ram tanye ape name maknye si aliyah ni ! Aliyah xblh jwb henpon die ilang !

    0

    0
  17. Kak timah says:

    Apa kena nama mak dia jadi Raha Norsial. Bior betol ko nara. Jgn main nama mak org

    0

    0
  18. MacamCheTa says:

    Sekali pandang mcm che ta la muka alyah… Maybe efek make up 3-4 inci kot… Heweheww

    0

    0
  19. nil says:

    sya pun warna kuku juga…tapi masa uzur…jenis pewarna kuku yg mcm chewing gum tu. tiada masalah rasanya, itu pun jika kita pakai masa uzur sajalh?…
    malahan sesudah kita ambil wuduk (bagi kaum wanitalah) tidak salah jika kita bersolek kemudian bersolat. Semua mengatakn islam ini menyusahkan@tdak prihatin…tetapi ianya terletak pada diri kita sndri.
    Cuba anda tngok bangsa lain…indonesia, ada yg pakai pewarna kuku..tetapi mereka bersolat, pergi ziarah kubur dgn memakai skirt pendek shja,
    pegang anjing tetapi boleh solat…kita ini janganlh trlalu mengikut yg lain.
    berpeganglah kepada mahzab syafie..insha Allah.

    sebelum keluar/masuk rumah amalkanlah baca apa2 surah..agar kita terhindar dripda sgla perkara yg tdak diingin.
    sya sedih apabila ada dikalangan kita bila mereka beritahu barangan mereka dicuri, ada yg kata mesti tidak keluarkan zakat..janganlah kita melulu mengata org yg terima musibah dgn kata2 demikian. habis tu yg kasut, duit tabung surau/masjid dicuri..adakah penderma2 itu tdak mengeluarkn zakat?…
    cerminkan diri sendri..wallahualam (ingatan buat saya jua)

    0

    0