Written by AbangNara | April 25th, 2016

Kasihan pula Abang Nara mendengar nasib malang yang menimpa Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini. Mana tidaknya, rumah mereka telah dipecah masuk buat kali ketiga. Kerugian yang dialami kali ini mencecah RM200,000. Antara barang-barang yang berjaya dibawa lari oleh si perompak jahanam itu ialah 15 beg tangan milik Ayu Raudhah yang berjenama Dior, Prada, Chanel, Louis Vuitton serta jam tangan Rolex dan New Balance milik Zaquan Adha. Fuh!!! Memang kurang ajar. Beg-beg jenama tersebut semuanya mencecah harga puluhan ribu ringgit setiap satu.

ayu raudhah dirompak

Perompak tersebut telah memecahkan pintu belakang rumah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah untuk melakukan perbuatan terkutuk ini kira-kira jam 1 petang. Ketika kejadian, Zaquan dan Ayu tidak berada di rumah. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya tiada kecederaan atau kehilangan nyawa. Harta benda hilang boleh dicari lagi. Tak gitu? Kata Zaquan:-

Ini kejadian kali ketiga dan paling buruk dialami sejak awal tahun ini. Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap. Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami.

Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur. Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri.

ayu raudhah dirompak

Semoga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tabah dengan ujian ini. Pastikan juga langkah-langkah tertentu diambil untuk mengelakkan kejadian ini berulang sekali lagi. Kalau susah sangat, mungkin boleh fikir untuk pindah rumah. Iyerlah, kalau dah kali ketiga, maksudnya memang rumah anda telah di”target” oleh pihak perompak. Semoga Ayu dan Zaquan akan bangkit daripada kekusutan ini. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 responses to Rumah Dipecah Masuk Kali Ketiga, 15 Beg Tangan Ayu Raudhah Dibawa Lari

  1. dina says:

    Xper..boleh beli lagi bag2 Dan jam2 mewah tu…apa ada hal.

    0

    0
    • minah jambu say NO to DRUG says:

      tu la dulu kau lari kan aidil dari rumah rita ha skarang orang lain larikn barang2 mahal2 kau dari rumah kau PADAN MUKA KAU AYU !!

      0

      0
      • Anonymous says:

        berbanyaklah sedekah dan derma..insya allah rumah anda akan terpelihara.

        0

        0
      • kak nam says:

        beg tangan boleh beli beribu-ribu…alarm x mampu nk pasang. dah tahu ko retis segala gerak geri ko org duk perhati…pasang la alat penggera ke..kamera cctv ke?

        0

        0
        • Kemboja Putih says:

          Cik Kemboja pun terpikir gitu gak..
          shopping brg2 branded, cuti kat oversea, keta mewah, rumah mewah..tapi x mampu nak beli alarm…atau gajikan la pak guard..letak kat depan & belakang rumah..

          0

          0
        • Anonymous says:

          Entah entah dlm 15 henbeg tu cuma 5 yg ori. Yg lain gred A korea mari. Tu yg tak berapa kesah nak pasang alarm. Oopppsss.

          0

          0
    • nana___ko says:

      Lain kali nak keluar rumah tu baca la ayat kursi. Insyallah 70000 malaikat akan jaga rumah kita. Takpe la… korang duit banyak. Berbagi bagi laaa….. otakkkkk

      0

      0
  2. dodol says:

    dulu ayu dgn zaquan tolong aidil bawak keluar barang aidil dari umah ehem2, now orang lain ‘tolong’ bawak kuar barang diorang pulak dari umah diorang. roda itu bulat kan sayang?

    0

    0
    • sara says:

      mungkin juga Allah nk bg yg lebih baik lepas ni… kenape musibah yg diorang terima nk dikait kan dgn kes rita n aidil… ?

      0

      0
      • ikan says:

        tak mungkin…buat jahat bala pasti menimpa

        0

        0
      • dodol says:

        tu namanya balasan dik, buat baik dibalas baik, buat jahat tak selamanya kau bahagia.

        0

        0
      • Anonymous says:

        klu dh 3x rumah kene pecah apa makna nye tuh??mmg laa setiap musibah tu ujian dr Allah..dan mungkin Allah nk bg y lbh baik…tp klu dh 3x tu fhm2 sndri laa yee….setiap perbuatan baik @ jahat kt pasti ade balasan nya…

        0

        0
      • Anonymous says:

        kenape musibah yg diorang terima nk dikai kan dgn kes rita n aidil..? kerana ade org bodoh nak mampus tak tau pk dan kaki penjilat montot aidil seperti sara.. wakakaka

        0

        0
  3. nok gebuzzz says:

    dugaan…….sabar jer la,laki ko mampu nak beli lagi kan…
    peringatan tok che taq jugak…hati2 org memerhati jer tingkah laku kite ni…

    0

    0
  4. komentar says:

    innalillah…

    0

    0
  5. Gadis says:

    Kemain kaya main bola. Patut si Aidil tu kaya jugak la kan? Tapi apehal liat betul nak bayar nafkah?

    0

    0
    • minah jambu say NO to DRUG says:

      pasal bini aidil dh control duit laki dia camana aidil nk kasi nafkah pada anak dia yg ngan rita dulu cian kan ..

      0

      0
  6. Anonymous says:

    penyamun kat johor memang bertauliah..ramai warga spore tak terkecuali dirompak..shopping sakan nampaknya perompak merompak beg2 berjenama ayu raudhah..nampakya ayu raudha kena tukar fesen bwk beg plastik pasar ajerlah..atau minta kt kakak dia sponsor beg jenama yg dah tak pakai lagi..setahu aku kakak dia beg2 jenama satu lori..no problemlah..dugaan kecil jer….

    0

    0
  7. Adam Levine says:

    jam mewah jenama New Balance ke ? hadooo sangat

    0

    0
  8. Anonymous says:

    tah2 15 buah beg tangan yang kena curi t,u 2 je yg ori, y lain gred punya..hehe

    0

    0
  9. anon says:

    Amboi….riak sungguh. …sampai list kan brg berjenama yg dicuri. Entah2 brg yg dicuri cume 2,3 je tapi sengaja letak banyak2. Or brg2 tu fake. Takkanlah main bola je sampai blh beli beg2 berjenama sampai berbelas2 & jam tangan lagi. Dia org ni bknnya bisnesman pun kan.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Gaji pemain bola ko ingt kecik? Ni komen pling stew puwid yg prnh ak bca. Ayu pn buat bisneswomen..byk kot duit depa.

      0

      0
  10. johnny bravo says:

    Tu lah, duk asek menayang brg2 berjenama dia(entah ori ke tak), kene curi lah sb suka sngt menunjuk. Pencuri patut gih rumah kakak dia rozita pulak. Makcik tu mmg tersngtlah riak & suka jgk menayang2 benda2 dia. Hidup ni biar bersederhana, rendah diri. Ni tak, prinsip org2 melayu, biar papa asal bergaya…

    0

    0
    • nekta kayo dow says:

      harap harap pencuri rompak umah nekta pulak tp harap2 aisyah selamat

      0

      0
      • Aku says:

        Jgn harap2 kan rumah org…. tak baik.. Ape ke dengki sgt ckp mcm g2… Terbalik kena kat awak baru tau… Kita org islam jgn mintak n harap yg bukan2…pikir sblum ckp…

        0

        0
  11. elehhhhhh says:

    serve ur right…xpa, bru 15 je kn..celah gigi laki ko je..gaji mahal kn..boleh borong lagi ko..setiap yg berlaku tu ada hikmah dsebaliknya..apa yg tjadi ko hadap je..mne tau, boleh jugak tolak bahagi dosa2 yg ko buat selama ni kn..ko redha je ok..lain kali bpada pada sikit kot2 ye pun nk tayang kkayaan kekonon tu..amik iktibar tau..ok bai..

    0

    0
  12. Lorat says:

    Sampai berkali2 orang masuk rompak, and yet all u can do is whining on media social? Omg kalau orang nak bunuh uols ni dah lama terburai perut, macam senang sangat jer.

    0

    0
  13. ... says:

    Silap pecah msok rumah tu..sbnaqnya perompak tu nak msok rumah che ta curi beg tngan..che ta kan bnyak beg tangan..skali tersilap msok rumah adik dia daaa…apa nak blh buat..x kan nak nganto blk kan..hehe..

    0

    0
  14. pusatzakat says:

    Dah bayar zakat belom?sucikan rezeki anda dengan zakat. InsyaAllah harta benda terpelihara…

    0

    0
  15. Adinda azlin says:

    Nak salahkan sapa ???
    Dorang ni artis jgk yg kaki tayang kemewahan.
    So kalau perompak dtg Sam leong semua harta artis pun baguih jgk .
    Riak la lagik posing harta dunia ko akhirnya bukan nya malaikat yg dtg tabur rezki, ni perompak plak yg dtg .. Hahahha

    0

    0
  16. anonymous says:

    tu la padah menunjuk nunjuk kat public harta benda kau..che ta awas ehh, anda x terkecuali

    0

    0
  17. Saya says:

    Saya rasa lah di jb nie byk perempoak lah pecah masuk rumah org lah, samun lagy byk…dan keta curi lah… Pasal ada jer berita di jb…. Kenapa ye… Org jb kaya2 ke… Saya bukan org jb tapi saya tinggal jb hahaha…

    0

    0
  18. noon says:

    zaquan oii….tau lah pemain bola tak begitu cerdek….asik ingat bola bola bola….tgk muka isteri pun nampak bola jer…tapi fikir logik lah nak tunggu kena rompak yang ke berapa kali baru nak pasang alarm…cctv…etc
    ni baru harta yang hilang….kalau nyawa camner…..jangan kedekut dan selfish lah….sebagai ketua keluarga tugas u kut utk jaga mereka….wake up and be man!

    0

    0
  19. kiau kau says:

    aku rs perompak tu mesti nyesal rompak rumah ko.. sbb beg bini ko byk FAKE!! org lain ko boleh la kelentong.. bukan aku k.. sblm ni rompak ko x heboh kt media.. kali ni heboh sbb barang2 berjenama hilang… bini ko dgn Che ta byk bag fake.. ada jgk yg ori, aku x nafikan.. tp 2,3 je.. hermes tu ko xyah membongak kate ori k.. che ta pun same.. byk beg fake.. 3,4 je ori..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Fake ke ????
      Tak sangka eh .. Artis gaji nya takat brapa mampu nk tayang Bag BIRKIN tu.
      Kalau DATIN SEMAH tu aku caya la jgk.
      K bye

      0

      0
  20. says says:

    Johor dah mengamalkan Bangsa Johor dan Lanun Johor.Bila selalu amalkan perkataan tu dimasa akan datang banyaklah generasi lanun yang muncul.Anggap jelah sedekah beg2 jam tu.duit banyak.apa dehal.Report pun takkan dapat semula barang tu.

    0

    0
  21. nor iza says:

    Innalillahhiwainahirojiun,ini ucapan yg sesuai utk yg menerima musibah.Inilah kifarah namanya…kau ayu! dulu kau menyibuk rumahtangga Rita,sampai bercerai sis orang.sekarang perompak sibuk krluar masuk rumah kau..muhasabah diri tu…

    0

    0
  22. Anonymous says:

    seronok MEMADAN MUKE KAN ORANG lainkan…..once da kne kat keluarga sendiri..baru tau! Tak habis2 dgn hasad dengki..iri hati..releks la rezeki masing2! hidup nie tak selalu di atas..beringat2 laa

    0

    0
  23. xxx says:

    seronok ke..jadi kat keluarga sendiri?nak juga jadi kat keluarga org lain.baru sesuci lebaran ke kalau komen.puii.

    0

    0