Ruhainies Tidak Akan Bekerja Lagi Dengan Datuk Red, Minta Cari Artis Lain

Hiburan

Ruhainies Tidak Akan Bekerja Lagi Dengan Datuk Red, Minta Cari Artis Lain

Kejadian dan kontroversi yang melibatkan suami Adira, Datuk Red dan pelakon baharu Ruhainies memang agak hangat juga sebelum ini. Mana tidaknya, foto Datuk Red merangkul pinggang Ruhainies menjadi viral dan Datuk Red pula pernah mengeluarkan kenyataan mahu “mengorat” Ruhainies.

Advertisement

Sebelum ini mereka pernah bekerjasama dalam video CSR bagi syarikat ADN Group milik Datuk Red, namun selepas apa yang berlaku, Ruhainies memberitahu beliau kini lebih berwaspada dan enggan bekerjasama dengan Datuk Red lagi.

Sejak daripada kontroversi itu memang tiada [apa-apa projek], tiada lagi hubunginya. Kalau boleh saya elakkan sebab sudah berlaku benda macam itu. Kalau kerjasama lagi akan jadi isu lain pula lepas ini. Jadi saya tak mahu dan elak daripada benda ini timbul. Saya akan tolak (kerjasama lagi).

Menurut Ruhainies, beliau serik untuk meneruskan apa-apa projek bersama Datuk Red kerana sikap lelaki itu tidak serius dalam pekerjaan. Dalam hal berkenaan, beliau tidak boleh merasa kasihan terhadap ahli perniagaan itu.

Mahu kesian pun nak buat macam mana, beliau kena faham. Banyak lagi artis lain yang beliau boleh ambil selain saya. Sebab suka, itu yang saya nak elakkan. Kalau suka-suka ini saya tak mahulah sebab saya muda lagi. Bila kerja, saya nak kerja sahaja. Tak mahu ada isu peribadi dicampur adukkan.

Kalau sesuatu perkara itu boleh menimbulkan kontroversi dan fitnah sekali lagi, memang lebih baik untuk elak dan jangan menjerat diri.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...