Ruhainies Salah Seorang Calon Isteri Saya – Azrel Ismail

Hiburan

Ruhainies Salah Seorang Calon Isteri Saya – Azrel Ismail

Pelakon Azrel Ismail sebelum ini ada menyatakan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, beliau memberitahu tarikh perkahwinannya itu belum pasti dan ia mungkin ditunda sehingga beberapa tahun lagi, semuanya bergantung kepada jodoh.

Advertisement

Saya kata mungkin tahun depan tetapi belum pasti. Kalau ada rezeki insya Allah secepat mungkin tahun depan. Kalau masih tiada jodoh, tunggulah tidak tahu tahun bila. Calonnya banyak tetapi sudah tentulah untuk calon isteri, saya mencari yang terbaik.

Mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ruhainies sehingga wujudnya gosip percintaan antara mereka berdua, Azrel akui pelakon wanita itu merupakan salah satu calon isterinya.

Ruhainies seorang wanita yang baik. Kami memang berkawan rapat. Mungkin daripada kawan akan ke peringkat seterusnya. Insya Allah. Tidak tahu lagi. Ruhainies ada dalam salah seorang senarai calon saya. Ruhainies pun tiada masalah. Segalanya masih terbuka kerana sesiapa saja boleh menjadi isteri saya. Belum ada yang spesifik tetapi bayang-bayangnya sudah ada. Siapa lagi belum tahu.

Nampaknya dengan jelas Azrel mengharapkan hubungan beliau dan Ruhainies dapat ke fasa yang lebih serius jika ada jodoh. Ermm, kalau dah suka tu apa salahnya untuk mencuba bukan? Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

bali awesome

P.S: Bayangkan anda bersama suami/isteri tercinta berbulan madu dengan menghabiskan masa bersama-sama di kolam renang “infinity” di Bali sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Pasti suasana amat romantik serta menambahkan lagi kemesraan serta kasih sayang antara anda berdua. Itulah salah satu daripada puluhan aktiviti yang boleh dilakukan di pulau Bali. Abang Nara pun terasa nak bawak bini berbulan madu sekali lagi di sini. Jom ramai-ramai kita hangatkan kasih sayang dengan terbang ke Bali di www.airasia.com. Cuma RM169 sahaja untuk ekonomi dan RM599 untuk premium flatbed. Berbaloi-baloi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...