Written by Bella | June 20th, 2017

Pelakon Azrel Ismail sebelum ini ada menyatakan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, beliau memberitahu tarikh perkahwinannya itu belum pasti dan ia mungkin ditunda sehingga beberapa tahun lagi, semuanya bergantung kepada jodoh.

Saya kata mungkin tahun depan tetapi belum pasti. Kalau ada rezeki insya Allah secepat mungkin tahun depan. Kalau masih tiada jodoh, tunggulah tidak tahu tahun bila. Calonnya banyak tetapi sudah tentulah untuk calon isteri, saya mencari yang terbaik.

Mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ruhainies sehingga wujudnya gosip percintaan antara mereka berdua, Azrel akui pelakon wanita itu merupakan salah satu calon isterinya.

Ruhainies seorang wanita yang baik. Kami memang berkawan rapat. Mungkin daripada kawan akan ke peringkat seterusnya. Insya Allah. Tidak tahu lagi. Ruhainies ada dalam salah seorang senarai calon saya. Ruhainies pun tiada masalah. Segalanya masih terbuka kerana sesiapa saja boleh menjadi isteri saya. Belum ada yang spesifik tetapi bayang-bayangnya sudah ada. Siapa lagi belum tahu.

Nampaknya dengan jelas Azrel mengharapkan hubungan beliau dan Ruhainies dapat ke fasa yang lebih serius jika ada jodoh. Ermm, kalau dah suka tu apa salahnya untuk mencuba bukan? Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

bali awesome

P.S: Bayangkan anda bersama suami/isteri tercinta berbulan madu dengan menghabiskan masa bersama-sama di kolam renang “infinity” di Bali sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Pasti suasana amat romantik serta menambahkan lagi kemesraan serta kasih sayang antara anda berdua. Itulah salah satu daripada puluhan aktiviti yang boleh dilakukan di pulau Bali. Abang Nara pun terasa nak bawak bini berbulan madu sekali lagi di sini. Jom ramai-ramai kita hangatkan kasih sayang dengan terbang ke Bali di www.airasia.com. Cuma RM169 sahaja untuk ekonomi dan RM599 untuk premium flatbed. Berbaloi-baloi.

17 responses to Ruhainies Salah Seorang Calon Isteri Saya – Azrel Ismail

  1. Mabedah says:

    Rasa nak lempang je mamat ni. Statement tak boleh blah. Dia ingat perempuan ni collection je ke? Nanti dah tak suka, buang je?Puii

    34

    0
  2. ohartis says:

    baca tajuk mcm dah confirm ada calon..or bertunang ker..check2 masih mencari dan calon pulak ramai.rambang mata kot..jgn sebut nak kawen bang oooiii kalau tak pasti bila..

    14

    0
  3. benci says:

    nak ade drama baru ke ni? adatla nak ade drama kena buat cite cam ni dlu. bercinta la, dia manis untuk saya la..menyampah

    4

    0
  4. Migha says:

    Senarai calon isteri kepala bana kau.

    17

    0
  5. Anonymous says:

    Statement bangang ke apa ni salah seorang…. adoiiiii

    7

    0
  6. azreen says:

    Ekelehhhhhhh………..

    2

    0
  7. wekkkkkkk says:

    boleh ckp, saya ada byk kawan, semua kawan2 je, saya brserh pada Allah soal jodoh. Sbb soal jodoh ni kita x leh rancangkan kalau belum bertemu itulah orgnya..itupun x pasti lagi, buat mcm Remy Ishak, diam2 je dh bertunang…padahl Remy tu lagi kacak dri ko…

    Konon ckp mcm tu, persan kacak sgt ke ko dn kaya sgt ke…kalau kaya sgt dn kacak sgt dh tntu semua kawan2 pompuan ko tu akan perasan sndiri dn buat viral sndiri, bahawa Azrel adalah kekasih saya dan kami bkl brkawin, yg pompuan lainpun ckp mcm tu, last2 semua tertonggeng x dpt.
    Kalau AKU jdi ruhainies tu akan malu, sbb nk brkawan atau brpakwe gn org lain ssh, sbb si Azrel dh ckp salah satu bakal isteri.
    tamak la ko Azrel.
    wekkkkkkk

    12

    0
  8. anon says:

    oh mamat ni mmg bujet2 sado n hemsem
    igt lah ada program berasama Aron Aziz n Alif Satar ..
    Aaron Aziz yg mmg ada rupa tu ..cakap tak mendongak ke langit

    4

    0
  9. Cupcake says:

    baik ke ruhainies tu?? aq tgk gedik semacam je berlakon pon entah ape2

    4

    0
  10. Anonymous says:

    salah seorang? larikk buaya lagi!!!

    3

    0
  11. azreen says:

    seperti aku kesah??…calon bini kau ke ape ke

    4

    0
  12. anon says:

    ” Calon nya banyak …. ”
    Statement paling BANGANG dr seorang lelaki..
    macam lah pempuan terhegeh hegeh nak kan kau…
    perasan hensem sgt… mcm rupa bangla adalah..

    9

    0
  13. Anonymous says:

    Aku pun bole announce Miranda Kerr salah seorang calon isteri saya….

    10

    0
  14. Jemah says:

    Perasan sgt… sbnrnye die yg hegeh2 kat ruhainis tu n c ruhainis tu nk buat die bodygurd tuk cover diri jer… dh dpt yg good2, bye2 jer la azrel ni p main jauh2 ?

    4

    0
  15. Ros says:

    Haha lawak. Christiano Ronaldo pun x buat statement camnie. Ni melayu jawa yg satu sisi kehenseman pun x de, kaya pun x , setakat pelakon suam2 kuku. Tak tau lagi jodoh tu cerminan diri eh? Tak perlu nak cari terbaik kalau ko x mampu jadi imam terbaik-perempuan ni kena dipimpin dol. Adoi kelakonyer acah2 tunggu nak iftar ni.

    4

    0
  16. Anonymous says:

    OMG siapakah jantan ini? Kenapa statement dia berbunyi perasan sangat? Jangan la membongkak sangat adik oih.

    2

    0

Leave a Comment

Optional