Written by Bella | August 20th, 2015

Baru-baru ini, Zain Saidin ada meluahkan hasrat beliau untuk menimang lagi cahaya mata bersama Rozita Che Wan dan akan memujuk isterinya itu untuk hamil lagi.  Nampaknya Zain kena cuba pujuk dengan lebih baik lagi kerana dalam kenyataan terbaru kepada Malaysian Digest, Che Ta memberitahu beliau tidak terfikir untuk hamil sekali lagi kerana faktor usia yang semakin meningkat.

Buat  Che Ta, beliau sudah merasa syukur apabila dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana pada 1 November tahun lepas dan dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan pertama beliau.

Kata Che Ta:-

Saya rasa cukuplah ada Aaisyah sahaja, tidak perlu untuk tambah anak lagi. Jujurnya, saya memang sudah tidak nampak yang saya akan dapat anak lagi selepas ini. Ada seorang ini pun sudah cukup bersyukur. Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan sekarang. Saya sudah punya dua anak lelaki dan seorang perempuan. Andai kata ditakdirkan rezeki untuk hamil sekali lagi, siapa saya untuk menolak.

Kalau Zain mahukan anak lagi selepas ini, saya tidak boleh cakap apa-apa. Hanya buat masa sekarang saya masih belum ada perancangan atau menyimpan hasrat untuk hamil lagi.

che taKalau ada rezeki dan diberikan kesihatan yang baik siapa tahu mungkin Che Ta boleh hamil lagi. Namun, kita tidak boleh paksa sesuatu perkara itu untuk berlaku jika ia boleh membahayakan diri Che Ta sendiri. Kami faham Zain Saidin merasa teruja bergelar bapa dan kalau boleh mahu anak lagi. Semoga Zain akan berjaya memujuk Che Ta. Aum!!!

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

31 responses to Rozita Che Wan Tidak Mahu Hamil Lagi

  1. EH says:

    redha je lah zain oii sbb ko kawin dgn org tua.klu kawin dgn org muda mngkin ada can tmbh anak.xpn ko kawin lg 1..hahaha

    0

    0
    • Anonymous says:

      untungnyer.. boleh pilih bila nak, bila tak nak..
      saya ni anak pun tak de lg wlau dah lama kawin dan masih muda.
      doakan saya dpt anak secomel, sihat dan sempurna mcm Aaisyah ni juge yerr.

      0

      0
      • Rezeki Ditangan Tuhan says:

        Itulah asyik orang kata dia tua la nenek la, tengok dia dah takut dan tak yakin masih boleh beranak lagi. Walhal boleh jer pun, cubalah dapatkan nasihat doktor. RCW ni badan masih mantap, kalau badan tua memang susah. Dia pandai jaga badan jadi badan dia lebih muda dari usia walaupun usia dia bukannya tua pun, dia bukan 50 ke atas pun yg biasanya payah dah nak dapat anak. Baru awal 40an lah.

        0

        0
      • damia says:

        Nak anak comel? aishah comel sb bapak dia hensem giler. Kalau tak, blm tentu comel pun. Tngklah dua org abang2 nya. Suami kamu & kamu lawa ke, kalau lawa, kemungkinan akan comel lah anak kamu. Kalau tak, doalah banyak2….

        0

        0
        • Anonymous says:

          suami saya tak lawa, sy pun tak lawa. org melayu biasa jer.
          tidak lah mengharap comel mcm aaisyah tu tp mn la tahu berkat2 doa org kn.. terima kasih damia.

          0

          0
        • Syukur says:

          Eh x x, jgn risau. Suami isteri x lawa pun boleh je dapat anak lawa. Ramai la camtu. Ianya bkn tengok mak ayah, tengok pada gabungan mereka. Lagipun kecantikan tu kurniaan Tuhan. Tapi apapun, x kiralah anak rupa camne, semua kita ada kelebihan sendiri. Mesti kecantikan tu ada bergantung pada mata yg melihat.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Damia, pls jgn tunjuk bodoh.
          Lain kali jgn memerap kat hutan je, keluar ckt pi kenal ramai orang.
          Failed ko nih.

          0

          0
    • kona says:

      eh, rupanya che ta sedar yang dia dah berumur.. ingat tak sedar sebab selama ni gaya mengalahkan org muda

      0

      0
    • minah jambu says:

      kalau gitu ck ta dh tknk beranak lagi terpaksa la zain kawin lagi satu kalau nk dapatkn anak lagi tk gitu zain ? ck ta tk boleh marah kalau zain nk kawin lagi satu…kalau ck ta marah nanti tk dapat masuk syurga tau ..kalau zain nk kawin lagi 4 pon ck ta tk boleh marahhh ..kalau tk sangup ha perkataan dia senang aje gi makamah failkn perceraian senang kan ?

      0

      0
      • ika says:

        bila tak faham kenapa orang berkahwin ni la masalahnya. kawen sbb nak zuriat je ke or sebab nak keredhaan tuhan cik kak? kau pulak pandai2 nak ckp pasal poligami ngan penceraian. kalau belum berkahwin please pi belaja agama dulu.

        0

        0
  2. Joyah Pok Pek says:

    Insyallah ada rezeki lagi..kasihanlah Zain dia pun nak merasa ada anak lelaki dari darah daging dia sendiri juga…dapat anak lelaki yang dah besar tak sama dgn dpt anak kecik membesar bersama..sebagai ayah dia pasti nak merasakan pengalaman itu juga..jadi Che Ta buka2 kan lah pintu hati anda..

    0

    0
  3. Masih boleh lagi bukan tua pun says:

    Ala try je la tambah lg 1, bknnya tua pun..apsal mak2 kwn aku tu masih boleh pun…Syg la, gen gabungan che ta dan zain menghasilkan anak yg terbaik dari segi rupa, klu aku la pastinya nak tambah lg sorang dua…Syg je telur cun disia2 kan…

    0

    0
  4. che che says:

    Zain kawin lah lg 1 boleh tambah anak

    0

    0
  5. Ohno says:

    Mungkin CHE TA dah MENOPAUSE tak?
    Jeng jeng jeng…

    Tambah la lagi satu. Kan anak tu rezeki…
    Selagi boleh mampu, apa salah cuba.
    Anak pun comel. Dapat anak lelaki pula lepas ni :)

    0

    0
  6. che ta hang comey na says:

    boleh ag tambah che ta
    sya dh 40 an gak beranak ag
    leh na..

    0

    0
  7. gigihnya ko says:

    apa-apa je la……. habis semua hal nk crita kt org. keep it to yourself. pls be a classy woman n artist

    0

    0
  8. anon says:

    susah aaa woi…klu buncit nak melaram payah aaa
    dok bagi reason umoq tua plakkk

    0

    0
  9. Jadoo says:

    kenapa tak boleh pulak? korang lupa ke dulu raja azmi pernah preggy kan. umur dia 45 tahun jgk masa tu..sebaya rcw. tp xde rezeki..miscarriage..

    0

    0
  10. anon says:

    Dia sedar diri dia tua, kalau kata nak pun belum tentu dpt. Dah dpt sorang pun dah syukur sngt2. Tulah zain lupa ke yg dia kawin dgn nenek tua…

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      ck ta baru 40an ape yg nenek nyeee ? ck memang boleh beranak lagi sengaja dia tknk..pasal dia dh ada 3 anak 2 lelaki 1 pompan si dhia rana tu cukup la tu ape nak lagi !! kalau zain maseh lagi nk anak ha gi cari pompan lain yg boleh kasi dia 10 anak pastu dh tk sangup kasi makan anak n bertangung jawab ha tinggalkn bini ngan 10 anak bulat2 macm tunjok kt TV tu..

      0

      0
  11. Saya says:

    Cian eh korang nie… Istighfar lah byk2… Saya nie bukan lah alim ke ape ke tapi… Tak baik pe ckp kawin lagi satu lah ape lah… Cuma korang suruh laki korang kawin lagi satu or laki korang nk kawin lagi satu ape perasaan korang… Pe yg sakit hati sgt ngan org tu… Doa baik2 sudah lah… Ingat ape yg kita ckp tu berbalik kat kita…

    0

    0
  12. Linzy Longkang says:

    perlu ker anak byk2 nih? kan dah penuh penduduk dunia nih, amik jer laa anak angkat dari rohingya seme

    0

    0
  13. Fara Mendoza Bauta says:

    kan zain.. mana dia mmpu nak kasi ko ak g!!! soooo.. kahwin dgn aku.. aku jnji bg ko kpuasan!! tiada guna ko smpn ctua tu.. tendang je.. kita bina hidup baru ok..

    0

    0
  14. mokcik ita ko jgn wat malu sndiri says:

    x abeh citer b**** & peribadi sumbangan kat industry apa benda ek mokcik ni?

    0

    0
  15. Ruz says:

    Apasal semua pun comment suruh zain kahwin satu lagi? Ingatlah apa yg kita ckp tu semua balik pada kita. Kita tahu surface je. Kita tak tahu dalaman. Mungkin zain nk lagi anak tapi mungkin che ta tak boleh. Mungkin boleh tapi che ta nk tunggu, aaisyah tu kan baru nk genap setahun. Korang ni ckp macam tak ada akal. Takut la kadang bila baca

    0

    0
  16. nana says:

    of course zain nak anak dari benih dia sendiri ramai2..tu waris kuat dia.apapun hak dia..

    0

    0
  17. ALHAMDULLILAH tumpang gembira kami melihat kebahagian pasangan selebriti popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan apatah lagi semenjak mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaishah Dhia Rana tahun lalu. Che Ta pernah meluahkan tidak mahu mengandung lagi.

    0

    0