Written by Bella | July 8th, 2015

Rozita Che Wan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini telah mendedahkan taktik seorang peniaga Instagram yang sering didakwa menipu pelanggannya dalam jual beli barangan mewah secara online.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Che Ta yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram, memberi amaran kepada pengendali akaun itu.

Ramai sangat yang mengadu ditipu. Saya cuma ingin membantu mereka yang ditipu. Ramai yang mengadu kepada saya.

Bagi saya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Sama-sama kita ambil iktibar perkara ini agar pembeli lebih berhati-hati.

Akaun yang dikenali dengan nama Paris Shopping Heaven telah memperdayakan pelanggan dengan menggunakan khidmat ramai selebriti temaptan bagi mempromosikan barangan mewah seperti beg tangan dan kasut.

Memang mudah untuk mendapatkan keperluan kita secara atas talian tetapi kita haruslah berhati-hati agar tidak jadi mangsa. Kalau boleh minta bukti jika mereka berdaftar dengan SSM ataupun boleh melihat testimoni yang ada.

Sumber Berita: Berita Harian

14 responses to Rozita Che Wan Tegur Peniaga Di Instagram Yang Didakwa Menipu Pelanggan

  1. Anonymous says:

    Undur lagi baik Najib. Semua nak pakai duit rakyat……sudah di beban dengan GST, harga minyak naik, harga barang naik, harga tambang bas naik, ringgit dlm nilai yg rendah dlm 16 tahun, dan lain2. Kata rakyat didahulukan mana tak nampak pun…….

    0

    0
    • Anonymous says:

      ??? tetibe, mane screenshot ke hape ke yg ngadu2 tu..tak pham aku entry neh, pasal ape sebenarnya

      0

      0
      • itu saja says:

        saya pula nk tegur najib, sila turun la. dh makin teruk m’sia ni. 42billion lesap rakyat yg tanggung, pemimpin jenis apa kalian ni?

        0

        0
      • tu la pasal says:

        ni semua pasal najib nak saman wsj (wall street journal) sbb bocorkan rahsia nega ra. najib makin tersepit sis. fb dan twitter dia pun hari2 kena maki dgn rakyat je. rakyat dah muak dgn najib.

        0

        0
        • tu la magkuk says:

          Selagi tidak ada bukti , kita sebagai manusia tak boleh jatuhkan hukuman ..berdosa kita…Skrg ni maki hamun, fitnah memfitnah dah jadi makanan orang Malaysia..kita doakn terbaik untuk negara kita…dan jgn terlalu percaya 100% pada WSJ yg nyata milik yahudi. Lihat apa dah jadi negara-negara Islam lain yg kini dalam peperangan..puncanya adalah finah yahudi.

          0

          0
        • Stacie says:

          jawablah macai umngok mana hilang 42 billion? ambil duit rakyat tak pulak cakap agenda yahudi kan? simple question cannot answer meh?

          0

          0
    • Tijah says:

      UMNO-Najib menipu rakyat…xde saper berani komen? Kesian Malaysia, lama2 jadi mcm Greece- hancur.

      0

      0
  2. Senah says:

    tipu pelanggan itu perkara biasa la, tapi kalau pemimpin tertinggi tipu duit rakyat 42 billion lesap….apa jenis pemimpin camtu? :(

    0

    0
  3. matahelang says:

    Hi semua!

    Kes ni tengah famous dekat IG. Boleh cuba follow ig @kamibencikakitipuonline01. Ada cerita pasal penipuan ni. Cuba google Nurul Yasmin Rosli atau Nurul Yasmin binti Rosli. Banyak penipuan dilakukan oleh individu ini. Sila berhati-hati. Kes terdahulu mengenai pakej pelancongan dan yang terbaru penipuan jualan beg.

    0

    0
    • Anonymous says:

      alah buat page aje buat ape..yg kena tipu tu g lah buat report polis, skmm..
      yg kemaruk beli beg branded online kenape..memang banyak menipu..ingat senang2 barang branded boleh dijual online oleh org perseorgan??
      yg ngadu kat che ta buat ape, die nak g siasat ke..
      apa daaa

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Kalau barangan yang mahal harganya kenapa dibeli secara online. Kan lebih elok di beli di kedai. Dapat lihat, dapat pegang dan tau siapa penjualnya.

    0

    0
  5. mawar says:

    tu ler kemaruk sgt nak pakai brg branded! pakai jer la beg cap ayam….dh lah sibuk psl GST tp masih nak belagak shopping brg branded…x yah contohi sikap che ta tu

    0

    0
  6. Sharbby says:

    I click unfollow.

    0

    0
  7. me says:

    Betul. Sy salah seorg mangsa penipu PARIS SHOPPING HEAVEN ni, beli corelle. Tgu 7-8bln x sampai2. Mcm2 alasan die. Kata brg dah ada tp bila nak collect xboleh.

    Tq che ta tlg war2 kan. Sbb ramai artis dok tlg promote ig PSH ni konon2 trusted, servis best. Dgn artis yelah die jaga.

    Sila hati2 semua.

    0

    0