Rozita Che Wan Hadiahkan Anak Jam Tangan Mewah Bell & Ross

Hiburan

Rozita Che Wan Hadiahkan Anak Jam Tangan Mewah Bell & Ross

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis ulang tahun kelahiran yang ke 19 bagi anak sulung Rozita Che Wan iaitu Ammar Affendy. Majlis tersebut diraikan dengan begitu meriah dan cukup mewah sekali.

Advertisement

Kalau sebelum ini Ammar telah menerima hadiah sebuah kereta BMW 6 series atas kecemerlangan beliau didalam SPM, kali ini Che Ta telah menghadiahkan anaknya itu  jam tangan mewah jenama Bell & Ross Aviation Collections.

Untuk pengetahuan anda, jam tangan rekaan Bruno Belamich yang berasal daripada Switzerland ini mampu mencecah harga RM 18,000 sehingga RM 50,000. Bagaimanapun Che Ta berkata beliau telah membeli jam tersebut pada harga yang terendah.

Saya beli jam tangan sahaja, jenama Bell & Ross. Kalau hari lahir, hadiahnya biasa-biasa sahaja. Tetapi kalau dia bagus dalam peperiksaan, barulah saya beri hadiah yang istimewa.

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal sebelum ini, Che Ta seakan tidak percaya bahawa Ammar dan Aniq sudah meningkat dewasa.

Walaupun Che Ta sering sibuk dengan pekerjaannya, beliau sama sekali tidak pernah mengabaikan anak-anaknya dan mendidik beliau dari setiap aspek baik untuk di dunia mahupun akhirat.

Anak lelaki ni, kita kena didik betul-betul. Pelajaran kena ada. Agama pun mesti cukup. Mereka juga perlu sedar diri asal usul agar boleh bawa diri kemana-mana mereka pergi. Alhamdulillah, setakat ini mereka dengar kata.

Kami rasa Ammar memang cukup bertuah kerana dikurniakan dengan rezeki mewah sebegini. Hargailah setiap pemberian itu dan jangan pernah sombong dengan apa yang kita ada.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...