Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Pula Bergambar Manja Untuk Tatapan Peminat

Hiburan

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Pula Bergambar Manja Untuk Tatapan Peminat

Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil menimbulkan kontroversi dengan perkongsian gambar yang agak intim sebelum ini, kali ini Rozita Che Wan dan Zain Saidin pula turut berkongsi gambar yang lebih kurang serupa. Namun gambar Che Ta dan Zain lebih romantis dengan bunga ros merah berbentuk “love” sebagai latar belakang. Che Ta telah berkongsi gambar ini di akaun Instagramnya dengan caption “Good morning frm #kohsamui wtluv @therealzainsaidin“.

rcw zain

Advertisement

Seperti biasa di ruangan komen penuh dengan reaksi para peminat pasangan suami isteri ini yang mengkritik dan memuji. Bagi Abang Nara, tak manislah kalau gambar atas katil pun dikongsi untuk tatapan ramai walaupun bertujuan untuk menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan. Walaupun tidaklah seksi atau nampak “lucah“, namun ia masih kurang manis untuk ditatap oleh orang ramai. Biarlah gaya aksi di bilik menjadi rahsia suami isteri sahaja.

rcw zain

Harap-harap selepas ini jangan ada pula selebriti yang buat video atau gambar yang lebih intim dan dikongsi di akaun media sosial. Teknologi yang canggih harus digunakan dengan teliti. Jangan sampai menimbulkan kontroversi. Harap-harap perkara ini menjadi “trend” di kalangan selebriti. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...