Rozana Misbun Mengaku Guna Wang Awie Beli Barang Berjenama

Hiburan

Rozana Misbun Mengaku Guna Wang Awie Beli Barang Berjenama

Sebelum ini Awie pernah menyatakan beliau tidak akan menceraikan isterinya Rozana Misbun sehingga wanita tersebut membayar semula wang serta harta yang dicuri daripada anak-anak mereka.

Rozana pula memberitahu Mahkamah Majistret Ampang bahawa beliau telah menggunakan wang simpanan milik penyanyi tersebut untuk membeli barangan mewah termasuk beg, kasut dan barang kemas. Malah, beliau juga sudah bersetuju untuk menjual semula semua barangan tersebut untuk membayar balik wang Awie.

Advertisement

Saya bersetuju akan membayar balik wang Awie dalam tempoh dua minggu selepas hari kejadian (kejadian pukul).

Walaubagaimanapun, Rozana mengakui tidak menyerahkan wang hasil jualan barangan mewah itu kepada Awie  seperti yang beliau janjikan tetapi ibu kepada lima orang anak itu berkata, beliau telah telah menyimpan wang milik Awie di dalam akaun Alliance sejak beberapa tahun lalu atas alasan Awie diisytiharkan muflis.

Keterangan tersebut telah dilakukan oleh Rozana sewaktu  perbicaraan kes Awie yang didakwa telah sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas dirinya di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.

Selepas kejadian pukul itu berlaku, Rozana dipaksa oleh Awie untuk mengeluarkan semua wang milik vokalis kumpulan Wings itu yang berada didalam akaun simpanannya.

Saya mengeluarkan keseluruhan wang simpanan yang masih ada dalam akaun Alliance Bank iaitu RM30,000 di bahagian kaunter.

Rozana bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa wang Awie yang disimpan di dalam akaun bank Amanah Saham Berhad (ASB) miliknya hanya tinggal RM230.

Menjawab soalan peguam mengenai laporan polis yang dibuat pada 17 Jun tahun lepas, iaitu dua minggu selepas kejadian, Rozana bersetuju membuat laporan polis terhadap Awie selepas merujuk kepada doktor berhubung kecederaan yang dialaminya dan menafikan bahawa laporan polis itu dibuat kononnya untuk menutup cerita mengenai kegagalannya untuk membayar balik wang Awie.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 6 Julai ini.

Sumber Berita: Astro Awani

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...