Rozana Misbun Gagal Beri Keterangan Isu Kes Pukul

Hiburan

Rozana Misbun Gagal Beri Keterangan Isu Kes Pukul

Kes mahkamah yang melibatkan Rozana Misbun dan Awie masih belum ada kesudahannya. Bermula dariapda dakwaan penyanyi tersebut memukul isterinya, hak penjagaan anak sehinggalah wujudnya unsur kurafat juga dibawah ke persidangan di mahkamah.

Semalam, perbicaraan kes mereka telah dibicarakan kembali namun telah ditangguhkan oleh pihak mahkamah  kerana Rozana telahgagal memberikan keterangan berhubunga dakwaan beliau yang Awie telah mencederakannya. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman telah menetapkan hari ini untuk perbicaraan semula.

Advertisement

Sebelum ini, Rozana telah memafailkan pertuduhan dimana Awie telah didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadapnya pada tanggal 2 Jun 2014 di Taman Ukay Bestari, Ukay Perdaha hulu Kelang pada jam 1.30 petang.

Dalam perbicaraan semalam, mahkamah sempat untuk memanggil Sarjan Pentadbiran Seksyen Audio dan Video, Makmal Forensik PDRM iaitu Nasir Mohamad untuk mengulas dan memberikan keterangan berhubung bahan bukti kes tersebut di hadapan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene.

Awie dan Rozana Misbun telah berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada tanggal 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan I mereka dikurniakan tiga cahaya mara iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki,7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Masalah mereka semakin hari semakin sulit. Pada pandangan kami kes tersebut tidak akan terus berlarutan jika kedua-kedua mereka ingin menegakkan pendirian masing-masing. Tidak guna jika perkara terus dipanjangkan jika tiada jalan penyelesaiannya. Api melawan api mana mungkin terpadam bukan?

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...