Written by Bella | June 3rd, 2015

Setelah beberapa bulan turun naik mahkamah dan pelbagai cerita hangat mengenai mereka diperkatakan selain wujudnya beberapa kenyataan balas tanpa henti daripada kedua-dua pihak, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun akhirnya telah gugur apabila Rozana telah berjaya mendapatkan tuntutan fasakh secara taklik daripada pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand  tanggal 1 November 2014. Permohonan tersebut dilakukan di Songkhla kerana itu adalah lokasi mereka bernikah pada 20 Jun 2005.

Berpuas hati dengan segala keterangan dan bukti yang dikemukan oleh Rozana atas kes beliau dipukul oleh Awie pada 2 Jun 2014, maka permohonan fasakh itu diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla.

Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi isteri Awie berkuat kuasa 1 November 2014. Bertitik tolak dari kejadian 2 Jun 2014 yang dikemukakan, permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan dan disahkan pihak terbabit.

Rozana telah meminta agar Awie dan peguam yang mewakili penyanyi rock tersebut, Jamal Mohd Lokman untuk berjumpa dengannya bagi menyelesaikan beberapa lagi perkara. Malah, beliau juga menuntut agar Awie menyerahkan anak sulung mereka, Putra Ahmad Merrah kepada beliau seperti yang diperintahkan oleh pihak mahkamah setelah Rozana memperolehi hak penjagaan sementara pada 27 Januari lalu.

Awie menghadapi tuduhan di Mahkamah Majisteret Ampang, Selangor kerana mendatangkan kecederaan terhadap Rozana yang dibicarakan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Prosiding kes berkenaan yang sepatutnya disambung pada Rabu (hari ini) terpaksa di tangguhkan atas permintaan peguam Awie.

Sumber Berita: mStar Online

 

44 responses to Rozana Misbun Berjaya Dapatkan Tuntutan Fasakh Secara Taklik

  1. humble says:

    Salam takziah ataspceraian

    0

    0
  2. humble says:

    Takziah diucapkan diatas perceraian…..semoga kes nafkah dan kebajikan anak2 terurus dgn baik…jgn jdi mcm rita rudaini….hari2 meroyan dkt media.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Yeye awie dah bujang. Ada can

    0

    0
  4. poyos la says:

    kawen cerai yg bermasalah mak bapak dorg tp yg jdi mangsa anak2.. mane la silapnyer tu..ketua keluarga klu xmampu nk memimpin isteri & anak2 dgn sebaiknyer dinasihatkan org laki diluar sane baek jgn kahwin smpi bile2

    0

    0
  5. Anonymous says:

    dh tertulis jodoh x pnjg.. pasni bwk haluan dan perbaiki diri msing tpi yg pasti kisah umh jgn diungkit2 dibangkitkn di media atau laman2 sosial.. sbb kmi x bole buat apa pun walau cite berjela2 klua tiap ari..

    0

    0
  6. lili says:

    rozana kau yg cari pasal dulu.hidup lagak org kaya belanja sakan bergaya dgn barang jenama dan sebagainya. skg jagalah anak kau tu.nak sngt kan..jgn nnti kalau dah hidup susah jgn jual anak pulak nak beli barang jenama.isteri kalau pentingkan diri sendiri inilah balasannya. suami mana yg boleh tahan
    siang malm pandang duit…gi bomoh jgn ckplah..dah macm mona fendi no 2.
    .

    0

    0
    • jandameletop says:

      Kesian gak kat si Sawie ni. Dahlah duit Rm250K kena songlap dengan Rozana, anak-anak pun bakal kena amik denngan Rozana, kalau didapati betol ko lepuk si Rozana, ko kena jel 5-6 tahun. Is Rozana worth it………?
      Ceraikan saja pompuan durjana ni. Duit boleh dicari

      0

      0
  7. Anonymous says:

    wei sudah2 le attack peribadi orang , peribody ko ntah2 macam sampah…
    Lets them move on with life…

    0

    0
  8. norajew says:

    whatever it is…pukul isteri tetap salah…kalau betul dia gi bomoh,mesti sebab x tahan asyik kena bantai..org kalau dah start memukul ni..silap sikit pun naik tangan..semoga ada keadilan dan pengajaran buat suami2 yg kaki pukul bini…

    0

    0
    • Eina abdullah says:

      Takdenya…..kalo dah kaki pukul….x hubby i pun kaki pukul n kaki pompuan….i minta fasakh jugak…tapi ada jugak pompuan mau even dah tau cerai fasakh dlm sijil cerai……pompuan luar sana….if u nak kahwin duda pls cek sijil cerai tue…if cerai fasakh…..berhari hati lah sebab tidak ada isteri minta d fasakh kan kalo tidak ada sebab…..

      0

      0
      • thanx kak eina .. says:

        Sian kak eina … kene pukul … nape akak tak pukul dia balik?. Tak dpt baling lesung batu kat dia…. akak baling mak batu dan ank lesung kat kete dia … baru padan muka dia … tak guna punyer jantan. Thanks la kak sbb nasihatkn kitaorg kat sini …. tp klu boleh tak nk dude dgn laki org sbb bnyk risiko. Atleast bujang risiko tak de sgt .. nyusahkn diri jer dpt dude ni siap kene tngk surat cerai dia la plak …
        p.s: sokong maksawie 100%

        0

        0
    • maksawie says:

      Pengajarannya, don’t ever keep your money in your wife’s account.
      Amiklah insuran pendidikan untuk setiap seorang anak. Policy RM200K setiap seorang. Tak payah simpan cash, bini pun bukan boleh dipercahayai where money is concern.

      0

      0
    • stazahjadian says:

      whatever it is……mencuri tetap salah walaupun laki punya. Ikut HUDUD kena potong dua belah tangan, bukan takat tampar jah.

      0

      0
  9. Anonymous says:

    lelaki yang bernama suami kalau suka main pukul isteri baik tak payah berbini gerenti pompuan tak suke last last mestilah blah ..ingat aper .. ingat bagus sangat ke nak pukul pompuan ..tak payah…just say goodbye to lelaki yang kaki penampor…itu jer ubatnye

    0

    0
    • jandameletop says:

      Kalau tak mahu kena lepuk, JANGAN SONGLAP DUIT LAKI. Nak songlap, sikit-sikit bolehlah. Ni, sampai licin duit RM250K dalam akaun ASB, ko nak harap suami ko pelok cium and sujud syukur dakap bini kaki songlap………….?????

      0

      0
  10. AnonymouS says:

    fight mcm RR

    0

    0
  11. Anonymous says:

    fight macam RR

    0

    0
    • peeiiii says:

      kene register kat mahkamah syriah Songkhla….syariah malaysia xkuasa nak layan

      0

      0
    • cikmerah says:

      Apa yang nak difightkan……?
      Mahkamah syariah Malaysia malas layan. Fightlah kat mahkamah syariah Songkla.

      0

      0
  12. Anonymous says:

    bukan aku nak sokong awie tapi kalau dah melampaui batas suami mana boleh tahan patutlah dia ajar si isteri ke jln yg benar.jenis wanita begini sememangnya cari na’as.tak hargai pengorbanan suami.jenis mata duitan. curi duit anak pakai duit tanoa izin setakat nak enjoy beli barng jenama ..bagus ke??

    0

    0
  13. Aida says:

    Moga Mahkamah menjatuhkan Hukuman setimpal pada Awie..agar jadi pengajaran kepada orang lain..kerna memperlakukan Isteri sedemikian rupa..Allah tetap berpihak pada orang yang benar.

    0

    0
    • jandameletop says:

      Hukum Hudud, mencuri POTONG TANGAN. Apa ada takat lepuk seketol dua kat muka.

      0

      0
  14. Anonymous says:

    boo….wei pukul perempuan sampai patah riuh,cedera teruk macam tu,kejam namanya tu.Walau pun isterinya salah tapi memukul tahap begitu amat kejam.Allah swt dan RasulNYA tidak pernah mengajar perkara yang begitu.

    0

    0
    • jandameletop says:

      Dalam Islam, MENCURI tu hukumnya POTONG TANGAN. Sawie lepuk sikit jah, belom sekejam potong dua-dua belah tangan.

      0

      0
  15. Dayang says:

    kita belum cukup sempurna untuk MENYEMPURNAKAN org lain

    0

    0
  16. jalan says:

    Betul ker patah riuk…atau make over lebih….kalau patah senget lah muka plastik dia tu…alahaiiiii..

    0

    0
  17. aihh says:

    tak bek pukul isteri..

    0

    0
    • daratua says:

      Abis apa perlu dibuat bila tengok akaun ASB dengan duit simpanan untuk masa depan anak-anak berjumlah rm250K licin lecat digunakan untuk bermewah-mewah, beli barang-barang berjenama, berbotox, bagai. Patotkah si sawie sujud syukur and pelok cium si Rozana…..???????

      0

      0
      • minah jambu terlajak habis says:

        eh tentu la tk patotttttt…duit anak2 dh habis si rozana p0ntianak ni dh kebas pastu nk suroh awie sujud kt kaki rozana huh ! memang patot si pompan ni kena pukol ngan awie PENCURI !! skarang awie dh hilang duit 250ribu tapi rozana telah hilang segele nye ! Allah maha kuasa rozana..

        0

        0
        • daratua says:

          Mana ada rozana hilang segalanya. Ramai pompuan bengap backup die and kutuk si sawie, jahat kaki pukul. Padahal memang si rozana layak dipukul, bahkan layak dipotong kaki dan tangannya kalau ikut hokum hudud sebab mencuri bukan kerana takda makan, tapi nak bermegah-megah dengan barang berjenama dan muka berbotox

          0

          0
  18. peminatsawie says:

    Kesian pulak aku kat si sawie ni.
    Tula sawie, dapat bini yang baik macam Arnie, ko tak hargai. Ko pi ke songkhla, nikah dengan pomuan jahnam ni. Berbaloikah ko masok penjara 5-6 tahun, duit rm250K hilang disaonglap pompuan ni, lepas tu ko dicerca kaki pukul…..?????

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Selalu kena bantai sampai terkeluar anak 3 ekor

    0

    0
  20. ye ke patah riuk? ke muka pecah sbb plestik surgery..hahaha..tak tau citer jangan buat2 citer..kawan rozana sendiri bukak citer die nak niaya awie..

    0

    0
    • Anonymous says:

      wei badigol,surat doktor ada,bukti bergambar pun ada,siap pukul lagi depan konter Tabung Haji sambil diperhatikan orang ramai dan staff kat sana,kou ni ketinggalan keretapi ke aper?

      0

      0
  21. daia says:

    isterinya pon guna ilmu sihir kat awie..tak elok..

    apa-apa pon..moga bahagia .

    0

    0
  22. kambing says:

    LAKI BINI SAMA..2X5…5X2….LAKI BAIK UNTK POMPUAN BAIK,,LAKI JAHAT UNTK POMPUAN JAHAT,,,ALLAH DH LETAK ELOK DH,,SELG X CR HIDAYAH N BUBAH JG MCM TUELAH..BKN NK TNGGU HIDAYAH DTG,TP KITA YG KENA CR HIDAYAH N BDOA

    0

    0
  23. minah jambu terlajak habis says:

    bagos ! dh cerai pon rozana ngan awie ..lain kali kalau rozana nk kawin n belaki lagi gi nikah kt thailand lagi ye..terima khaseh thank u..

    0

    0
  24. Anonymous says:

    amik duit dalam akaun sendiri mencuri ke?????

    0

    0
  25. lana says:

    duit anak nama mak dia..senanglah dia songklap duit tu .anak2 masih kecil taruk nama mak.kalau tahu si rozana nak songklap siang2 awie tak benarkan si mak taruk nama dia.tak gitu.??

    0

    0
  26. zietafus says:

    Yg komen kat cni semua org gile yg ramai

    0

    0