Written by Bella | November 19th, 2015

Meskipun kes Azma Aizal Yusoof yang memukul Ika Nabella menyebabkan kontroversi sehingga penggambaran drama Dawai Asmara terpaksa ditangguhkan, penerbitnya Datuk Rosyam Nor sama sekali tidak serik untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut.

Susulan pengakuan bersalah yang dibuat oleh Azma semalam, Rosyam Nor menganggap perkara tersebut sudah selesai.

Bagi saya, Azma adalah pengarah generasi baru yang sedang meningkat naik. Beliau ada kreativiti tersendiri dan saya senang dengan hasil kerjanya. Saya sendiri pernah berlakon di bawah arahannya untuk drama Perjalanan. Saya akui suka cara pengarahannya.

Selepas kejadian ini, saya tidak akan serik atau berhenti mengambilnya mengarah drama-drama keluaran Suhan Movies. Saya tiada masalah untuk terus bekerjasama dengannya di masa-masa akan datang.

Rosyam Nor yang sedia maklum dengan keputusan Azma untuk menarik diri daripada terus mengarah drama Dawai Asmara turut menasihati agar Azma tidak mengulangi perbuatannya itu meskipun dengan alasan untuk mendapatkan hasil lakonan yang terbaik.

Setelah didenda oleh mahkamah, Azma datang berjumpa saya dan memaklumkan untuk menarik diri sebagai pengarah. Beliau ada penjelasan sendiri, begitu juga Ika Nabella.

Saya nasihatkan Azma untuk tidak mengulangi perbuatan mengasari tersebut sungguhpun beliau punya alasan perkara yang dilakukannya itu adalah untuk mendapatkan hasil lakonan terbaik.

Mungkin caranya dengan niat untuk membimbing bagi mendapatkan kualiti lakonan yang berkesan itu tidak boleh diterima oleh segelintir pelakon.

Sebelum menarik diri, Azma sudah selesai mengarahkan 7 episod drama tersebut sebelum menyerahkan bakinya kepada pengarah baharu nanti.

Karya Azma Aizal Yusoof sememangnya mempunyai auranya tersendiri, banyak drama beliau menjadi hits dan antara yang masih lagi menjadi bualan ramai adalah Teman Lelaki Upahan. Walaubagaimanapun, tiada manusia yang sempurna dan pasti akan melakukan kesalahan di dunia ini. Semoga  kes ini akan menjadi pengajaran buat Azma serta orang lain di luar sana.

Sumber Berita: Mangga Online

42 responses to Rosyam Nor Tidak Serik Untuk Ambil Azma Sebagai Pengarah Drama

  1. miss kepah says:

    rosham ni mmg nk kena tumbuk dgn azma baru serik kot..hehe

    0

    0
    • Anonymous says:

      x serik…x kena kt batang hidung senang la cakap. cuba kena pada anak ko. besok dia hempap ko dgn pasu bunga muka ko…baru ko rasa.

      0

      0
      • mimi says:

        hey rosyam, if you are not a part of the solution, you are a part of the problem. grow up!

        0

        0
        • jwanita says:

          kan, patutlah jadi teruk kes ni. sbb ada yg kasihani dgn mamat mental and backup dia ni. bukan 1st time la n rosyam la yg salah. ko sbg ketua, mana “leadership” ko dlm syarikat? nasib baik industri filem. kalu kt company2 biasa, dah lama si azam ni kena buang kerja. bodoh…puih utk uhan movies.

          0

          0
        • Kiah says:

          “Mungkin caranya dengan niat untuk membimbing bagi mendapatkan kualiti lakonan yang berkesan itu tidak boleh diterima oleh segelintir pelakon”

          bangang statement. membimbing? wtf? siapa yg boleh terima kena tumbok. bodoh ke haper rosyam ni? kamon la.

          0

          0
        • Nurgayah says:

          Suhan Movies ni nampak sgt xde prinsip dan kredibiliti! Porahhhh!

          0

          0
      • Anonymous says:

        kalau aku famili ika…ku saman je. sebelum ada org lain masa hadapan cacat. biar sedar sikit.

        0

        0
      • kak nam says:

        patutlah malaysia makin byk kes2 pukul, bunuh dan jenayah2. org mcm ni dpt pembelaan. sori, yg salah tetp salah apapun jua alasan!

        0

        0
    • Anonymous says:

      rosyam la patut dipersalahkan. ko sbg boss…xkan ko tak tahu? atau buat2 pekak dan buta?

      0

      0
    • Anonymous says:

      pengarah paling samdol 2015

      0

      0
    • Anonymous says:

      ko sbg boss patutnya ko bersimpati dgn si ika…bukan dgn pengarah.
      nampak sgt ego sbg lelaki ko tinggi. mana maruah ko rosyam sbg sorang islam, bapa, lelaki dan ketua dlm syarikat. malu la weyyy

      0

      0
      • minah jambu says:

        buat ape nk simpati ngan ika ? dh dia tu tk makan saman ! nk jadi pelakon pastu ajar ajar tk masok akal pengarah dh tk boleh tahan bengap sangat si ika ni ha kena sut satu kali ha padan muka ..kalau jambu tkpe la jugak..datuk rosham pon satu kenape ambek pelakon yg tk jambu ??

        0

        0
    • minah jambu says:

      datuk rosham dia kan tahu yg azma ni sakit kalau kena tumbuk pon si azma ni tk salah n datuk rosham pon tk ambil pusing pon asalkn drama n pengarah Nye berjalan ngan baik..tol tak datuk roshaammmmmm..

      0

      0
  2. aunty says:

    kalau pengarah/pelakon berkualiti, tak payah tampar menampar pun boleh dapat mutu lakonan yang elok. dan begitulah sebaliknya.

    0

    0
  3. mokcik says:

    org gila pun x ble terima cara dia wpun niat membimbing…wakakakaa

    0

    0
  4. melati says:

    Jantan yg suka tampar pompuan ni, masa kecik dulu dia suka ngendap mak dia kencing pastu citer kt kawan2…tak percaya tanya org tua2….pastu jantan yg suka pukul atau tampar pompuan suka ketuk duit GF…duit sendiri simpan….tepat sekali Kedekut….itu kenyataan..tgk lew dari air muka Azma…ni..muka tahu nk hak org jew…hak dia kedekut…org2 camni sanggup bunuh Mak sendiri semata2 pasal duit……btol ni..

    0

    0
    • saya setuju says:

      ape yg ko cakap ni memang betol. tapi bab yg ngendap mak kencing tu aku tak pasti la.

      tapi bab duit tu memang tepat sekali.
      sebab pernah jadi kat diri ini. ;-(

      memang sial punye jantan.

      0

      0
  5. Black says:

    dia ni mmg patut mgarah daram hello mr perfect. confrim ruhainies dgn fattah amin kena pnampar spnajang masa…hahahahaha

    0

    0
  6. dikcik says:

    dia ni si isma ni satu kelas ngn aku masa blajar dulu…okay jer dia ni dulu…suka buat lawak n gurau2….hmmmmm…

    0

    0
  7. Batu Api says:

    takpe isma blajar dr kesilapan ek.. tampar sikit pun nk kecoh 1 malaysia…hihii apelah…lagipun ika tu mmg patut kne pnampor dah la bajet top..blagak jerk…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    apa lah punya bangang….
    semua ni geng2 dayus yg kaki pukul pompuan.
    eee…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    bagus mcm mana pun mengarah kalau attitude mcm yahudi….please…go to hell .

    0

    0
  10. Anonymous says:

    si dayus backing another dayus!

    0

    0
  11. Anonymous says:

    boss pun x betul mcm mana pengarah x tumbok pelakon. porahhh.

    0

    0
    • Carli says:

      I read your post and wished I’d wrttien it

      0

      0
    • Resources like the one you pointed out here will be very useful to me! I will article a link to this page on my site. I am sure my website visitors will find that very handy. Regards, Albina.

      0

      0
    • When I oгіgÑ–nally сommented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now each timе a comment is addеd I get sevеral е-mails with the same comment.IÑ• thеre any wаy yοu can rеmоvе people from thаt Ñ•erνісe?Thank you!My page …

      0

      0
    • Thanks a lot for sharing this with all of us you actually know what you are speaking approximately! Bookmarked. Kindly also visit my site =). We will have a link alternate contract among us!

      0

      0
    • Gostaria de conformar e registrar aqui que realmente minha gestação esta evoluindo bem conforme a resposta que recebi de vcs…Hoje deu 603,00 MuI/mlUm grande abraço e muito obrigada por me ajudar em um momento de dúvida.

      0

      0
  12. ayah anda kulup says:

    rosyam tu backup sbb takut kena tumbuk la tu :)

    0

    0
  13. nim says:

    patutnye pelakon mcm zahirah ank mcwilson n mane mane plakon slot akasia tu ptut try berlakon bwah arahan jantan nih..barule tk kayu..org kate pukul pukul manje…

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Anak org beb yang kau tampar bukan anak kucing

    0

    0
  15. annoyma says:

    Aksi bergambar jantan dua ekor ni cam saling menyokong….nape siRosyam tak bergambar dgn si Ika tunjuk simpati?…..nampak benar pelakon2 kita tak dihargai oleh tuan penerbit dan pengarah

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Dua2 poyo

    0

    0
  17. aku says:

    wow, rosham backup si azma tu??? kecewanya aku
    kenapa dia panggil memukul tu as cara membimbing? kenapa dia expect ada pelakon boleh terima cara ‘bimbingan’ tu?
    manusia ke apa ni?

    0

    0
  18. Cik Leha tabita says:

    ni mesti isap dadah ni.. duk pukul orang…

    0

    0
  19. anon says:

    at least dia pernah menang anugerah utk drama/filem yg dia mengarah. maybe sbb tu expectation tinggi utk plakon yg brlakon bwah dia sbb nk produce cter yg brkualiti. dia slack satu je, sbb naik tgn but klau plakon tu bleh perform elok ada dia nak naik tgn? aku x sokong dia, but aku hrap plakon prempuan tu bleh improve lakonan dia. mana nak tau prempuan tu bleh menang anugerah dlm drama under pengarah ni? who know

    0

    0