Written by AbangNara | January 4th, 2016

Bukan senang mahu memperolehi peluang berlakon bersama bintang terkemuka India, Rajinikanth. Ternyata peluang yang diberikan tidak ditolak oleh Datuk Rosyam Noor walaupun hanya ditawarkan watak kecil. Selain Rosyam Noor, Norman Hakim dan Zack Taipan juga turut sama berlakon di dalam filem Tamil yang bertajuk Kabali ini.

rosyam noor

Kata Rosyam Noor:-

Dalam filem ini, saya hanya memegang watak kecil, iaitu orang kanan kepada penjahat yang dilakonkan seorang pelakon Taiwan. Walaupun wataknya tidak besar, ia medan yang baik untuk mencari pengalaman, selain menambah profil saya sebagai pelakon.

Kali pertama ditawarkan berlakon oleh produksi luar, apatah lagi ia dibintangi aktor legenda, Rajinikanth, saya rasa peluang dihulurkan itu tidak patut diketepikan. Tambah pula saya dapat tahu ia menjadi filem kedua terakhir akan dilakonkan bintang tersohor itu.

rajKalau Abang Nara pun diberi peluang sebegini, pasti takkan dilepaskan. Bukan senang nak beraksi dengan bintang sehebat ini. Lepas itu dapat timba pengalaman penggambaran di luar negara. Selaku seorang penerbit, sudah pasti banyak yang dipelajari oleh Datuk Rosyam Noor. Semoga pengalaman tersebut bakal digunakan untuk memajukan lagi industri filem tanah air kita. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Rosyam Noor & Norman Hakim Berlakon Bersama Rajinikanth

  1. Mara says:

    Bla dh brlakon ngn superstar,rosham tba2 jd kerdil plak.aku mmg mnat ngn ranjinikath.ade gya..

    0

    0
    • penjual sabun penyental says:

      Kulit anda hitam dan hodoh… Mahu kulit putih dan cerah seperti salji ????. Jangan risau…. saya ada menjual sabun penyental untuk membuang semua kerak2, daki2 agar kulit menjadi putih dan bersih . Sabun penyental ini hanya RM 99.00 sebungkus. Reply komen saya untuk maklumat lanjut. Thanks .

      0

      0
      • pungkoq hitam says:

        babe
        boleh betulkan sikit persepsi kau kat orang2 yg dilahirkan berkulit hitam x?
        hitam dan hodoh? boleh jadi putih umpama salji?
        dah2 la dgn sibuk nk memutihkan badan. biar nmpak putih dan cntik? benda2 xelok mcm ni la yg diturunkan zmn berzmn. buat manusia jadi shallow dan sewenang2 mnghina kejadian Allah SWT.

        maaf yuk saya sentap sikit sbb kita kebanyakan kita melayu ni lahir dgn kulit sawomatang. ngapa kita mnghina keindahan yg asli utk jd putih dan mngagongkan org yg putih2. putih pun byk yg x cntik. this is so weird.

        0

        0
    • minah jambu gerek says:

      tkpe ini hanye pengalaman untok rosham n rajinikanth pon beruntong belakon ngan rosham noor pasal rosham noor dia hero malaya jadi hero berlakon ngan hero ok kan….eemmuah hahaha..

      0

      0
  2. Jemah says:

    xde org ke nk komen pasal ni.. kesian abg rosyam..hikss

    0

    0
  3. Ibu says:

    bole berlakon terbang terbang nanti

    0

    0
  4. melati says:

    citer Tamil 100 kali lg bagus dari citer Melayu…tahniah Rosyam & norman..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    norman yang berkalwat dgn memey….. jaga2 memey nanti norman dgn orang india pula

    0

    0
  6. padayappa says:

    2nd last movie?..okay la tu hero melayu ngan hero tamil gabung….bl lagi…kalau aku producer aku panggil chow yuen fatt sekali….bg lg meriah

    0

    0
  7. Aku tak sangka.. says:

    rosyam masa zaman hebat
    hero melayu…
    dah berusia….
    me layu…
    watak gangster pulak…!!!
    betul kefahaman aku nie…

    0

    0
  8. sofia says:

    fuhh.
    rajnikanth ni kat selatan india disanjung mcm tuhan. kaya mengalahkan raja.
    aku respect kat rosyam dpt tawaran berlakon ngan dia! all the best!!

    0

    0