Written by AbangNara | December 14th, 2015

Ramai yang melahirkan rasa simpati mereka kepada Nur Liyana Manan, bekas isteri Romie meluahkan rasa sedihnya apabila dihalang daripada bertemu dengan anak-anaknya. Iyerlah, sampai berbulan-bulan tak dapat berjumpa, last-last dapat jumpa pun di pusat membeli-belah. Malah kata-kata Liyana Manan yang berbunyi “mereka sudah ke Mekah, tahu apa hukum pisahkan ibu kandung dan anak” cukup menikam jiwa dan membuatkan orang ramai marah serta kecewa kepada Romie dan juga Hanez Suraya.

liyana manan

Apa yang kita baca selama ini adalah kisah daripada pihak Liyana Manan sahaja. Kata orang, setiap kejadian ada 2 belah cerita. Kalau dengar sebelah pihak je, memang tak adil lah kan? Kalau selama ini Romie lebih selesa mendiamkan diri, namun asakan berterusan daripada bekas isterinya itu membuatkannya tercabar. Ini luahan hati Romie yang berharap Nurliyana segera menamatkan ‘drama’ yang bertujuan meraih simpati masyakat dan bangkit mencari kebahagiaannya sendiri.

Ketika berpisah, kami membuat perjanjian bertulis iaitu anak sulung di bawah jagaan saya, manakala anak kedua diberikan kepada bekas isteri. Setiap minggu, hak penjagaan anak akan bertukar. Semuanya berjalan dengan baik hingga apabila saya ditakdirkan bertemu jodoh dengan Hanez pada 14 Mac lalu. Malangnya ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Nurliyana menyebabkan saya tawar hati untuk melepaskan hak penjagaan anak di bawah tangannya.

Selama ini masyarakat hanya mendengar cerita sebelah pihak. Saya pula memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu mengaibkan wanita yang pernah memberikan saya zuriat. Saya tidak kisah jika ego saya dicabar dan diperkotak-katikkan oleh Nurliyana. Tetapi apabila membabitkan anak, saya tidak mampu mendiamkan diri.

Ketika anak kedua di bawah jagaan bekas isteri, saya terkejut apabila diberitahu anak sulung yang adiknya sudah masuk sekolah. Saya tidak mempertikai tindakan Nurliyana itu, tetapi apa perasaan apabila berjumpa anak dalam keadaan tidak terurus dan calar balar?

Lebih membuatkan saya terkejut apabila anak kedua menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut tetapi tidak diberikan rawatan segera oleh ibunya. Mengapa perkara itu tidak diceritkan kepada umum? Saya terpaksa mengambil Rayqarl dan membawanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Sebelum ini saya pernah menawarkan kepada Nurliyana pembantu rumah bagi menjaga Rayqarl tetapi ditolak. Jika Nurliyana mendakwa dia ibu yang bertanggungjawab, mengapa sanggup memperjudikan kesihatan Rayqarl?

Sebelum bernikah dengan Hanez, semuanya berjalan baik tetapi sebaik saja kami menjadi suami isteri, Nurliyana terus menghilangkan diri. Dia langsung tidak bertanya khabar mengenai anak. Memang Nurliyana pernah menghubungi saya untuk bercakap dengan anak sulung dan memberikan ucapan selamat ulangtahun kelahiran. Tetapi ketika itu saya sedang bekerja dan memintanya kembali menelefon di waktu malam. Tidak pula dia menghubungi.

Mengapa baru kini membangkitkan isu saya menghalangnya bertemu anak-anak? Ketika terserempak baru-baru ini, saya tidak keberatan jika Nurliyana meminta diberikan sedikit masa untuk bersama anak-anak tetapi dia langsung tidak bercakap apa-apa. Sudahnya nama saya dan Hanez diberukkan seolah-olah kami mangsa keadaa. Takkan selepas putus cinta, baru teringat anak-anak? Pesan saya kepadanya cukup-cukuplah menabur kebencian orang luar kepada kami kerana mereka tidak pernah tahu perkara sebenar.

Hanez tidak pernah campur tangan dalam urusan kami berdua. Sebaliknya, saya yang memberi arahan kepadanya supaya menjaga anak kai kerana mereka berada di bawah tanggungjawab asya. tidak timbul soal saya menghalang. Jika betul saya berbuat demikian, saya akan menghalaunya ketika kami tererempak tempoh hari. Tetapi saya tidak sekejam itu

Saya tidak tahu mengapa Nurliyana terus mengasak kami. Dia patut bersyukur kerana Hanez dan keluarganya menjaga anak kami dengan baik walaupun bukan darah daging mereka. Saya bersyukur dipertemukan dengan wanita yang tidak hanya ikhlas menerima baik dan buruk saya, tetapi turut bersedia menerima kehadiran anak saya.

Nurliyana tidak sepatutnya berterusan mencari alasan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat kepadanya. Dulu saya berdiam diri dan membiarkan saja bekas isteri memberi kenyataan kerana Hanez belum sah menjadi milik saya. Tetapi kini dia isteri saya dan saya perlu melindunginya daripada terus dikecam masyarakat yang hanya mendengar cerita sebelah pihak.

Cukuplah menjadikan media sebagai tempat untuk mengaibkan saya. Dulu saya pernah dilempar fitnah sebagai suami yang tidak mengendahkan rumah tangga, mengabaikan tanggungjawab dan tidak memberika nafkah tetapi mengapa apabila ke mahkamah, isu itu tidak pernah dibangkitkan? Mengapa apabila bertemu media massa, Nurliyana bercerita sebaliknya.

Saya tidak takut kerana saya masih simpan segala bukti yang direkodkan di mahkamah ketika prosiding penceraian dulu. Saya tahu masyarakat menyebelahi Nurliyana apabila dia kononnya langsung tidak menuntut apa-apa ketika kami berpisah.

Bukan mahu mengungkit, tetapi masyarakat perlu tahu saya sudah sediakan segala-galanya untuk keselesaannya. Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana, tetapi juga bekas ibu mentua. Mereka hidup selesa atas hak saya etapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu. Tetapi kenapa Nurliyana berterusan memburukkan saya?

Saya pernah berbuat silap sebelum ini kerana mempertahankan Hanez dalam satu sidang media yang mencetuskan kontroversi. saya tahu tiada guna saya beria-ria mempertahankan diri kerana masyarakat sudah dikaburi dengan permainan emosi Nurliyana. Sekalipun saya berada di pihak yang benar, masyarakat tidak akan percaya. Merka akan terus meletakkan kesalahan di bahu kami.

Tetapi kini saya tidak mampu berdiam diri lagi, terutama apabila membabitkan anak-anak. Saya perlu melindungi hanez kerana dia isteri dan berada di bawah tanggungjawab saya. Saya perlu mempertahankan maruahnya. Jika benar Nurliyana menganggap saya beralah, buktikan saya di mahkamah setiap kesilapan itu.

Dia (Nurliyana) pernah bercakap, saya tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Jika Nurliyana berasakan dirinya berada di tempat yang benar, saya cabar untuk bersemuka di mahkamah. Tiada guna menjaja segala ketidakpuasan hati di media sosial atau bertemu media masaa untuk mendapat pembelaan kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Jalan penyelesaian terbaik adalah membawa kes ini ke muka pengadilan kerana negara kita mempunyai undang-undang. Jika dia yakin dirinya berada di pihak yang benar, buktikan nanti di mahkamah yang saya bersalah. Cukuplah jangan terus menikam dan mencabar kebancian masyakarat kepada saya dan Hanez. Apa tujuan sebenarnya?

romieAdui. Terharu pula Abang Nara membaca luahan hati Romie. Ada betulnya juga kata-kata Romie ini kan? Selama ini kita memang selalu mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Kini dengan adanya kenyataan daripada Romie, bolehlah kita membuat perbandingan dan mengetahui cerita sebenar. Secara jujur, Abang Nara pun berharap agar permasalahan sebegini tidak dijaja di sosial media. Apa pula kata anda? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

129 responses to Romie Bersuara, Enggan Diperkotak-katikkan Oleh Bekas Isterinya, Nur Liyana Manan

  1. Anonymous says:

    ada hanez suraya…ada lah cerita ketahian.

    #dahterbukti

    0

    0
    • Anonymous says:

      malas nk baca kisah artis sendu.. hidup mereka ni dr dulu semak je.

      0

      0
      • cikwatever says:

        even aku dah baca sampai habis pon…even kalau pon betul kenyataan kau ni aku malas nak buta2 percaya sebab?? penah dgr ONCE A CHEATER ALWAYS A CHEATER…kau pernah tipu media nak cover kecurangan kau tapi malu sendiri sbb lama2 kantoi busuk pastu keje kau putar alam je kan….sekarang even kau ckp benda betul pon masyarakat dah taknak percaya kau…bkn sebab cerita kau ni tak betul tapi masyarakat dah muak dgn kehiprokitan korang laki bini selama ni dari belum kahwin sampai dah nak beranak dari awal sampai akhir keje menipu je tdesak nak lepaskan batang leher masing2….sorang miang sorang perampas elok sgt leerrr korang ni hidup bersama,,, aku percaya kalau liyana mmg awalnya tak ambil berat sgt soal anak sbb time tu jiwa dia kacau, GALAU pon sbb kau juga! aku tahu lah, mak aku dulu masa ayah aku buat perangai, mak aku abai kami kejap sbb nak pegi pangkor sorang2 cari ketenangan kekuatan diri, lepas dia dah ok dah balik rumah…dia cari anak2 balik..ini yg liyana tgh buat skrg..dia nak anak2 dia balik lepas dah move on dgn apa berlaku! BTW liyana deserve better!

        0

        0
        • nenek says:

          biarlah..hak dia.
          anyways..nenek suka uber terbaik siap ambik dpn rumah service terbaik kereta baru2 tak macam teksi bau busuk sembelih org, kereta iswara nak roboh skru dah nk tercabut teksi kena bersaing dgn uber kalau nak teruskan perkhidmatan kalau tak bungkus saja lah dah mcm level zimbabwe.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Aku tetap sokong lyana walau apa pun…dia jadi begitu pun gara2 kau punya angkara..ingat tak kau berhoneymoon sblum kwin ke thailand dgn pompan sun kau tu….tak ke lyana merana.?? Itu semua kau tak ingat..sudahlah jgn berdrama….

          0

          0
      • Anonymous says:

        Phk bnr?OMG. Bila msa dulu tu ko phk bnr anjing?Suami org yg brsundalan dgn betina?Skg ko dh d pndng hina, barulah ko nk jadi suami n ayh yg bagus kn. Dh buat hal mghncurkn hidup wnita len, barulah nk wt elok2 kn. Tp xpelah, at least dah buat elok2 gk drpd trus jdi bangsat. Mmg dr sblm jd suami lg ko xsnyp pn, contoh sidng media hr tu, tp sbb ko 2 org beruk dh kena hentam, tu yg ko senyap..haha..nmpk sgt msa blm jadi bini ko x brapa nk heran c hanez,nma dia buruk xpe yg pntg ko dpt pepek,dah jadi bini mmg la bahlol, sbb nti ko sbgai suami akn tumpang hina, tu yg ko “lindung” skg..puikk..stakat skola n sakit tu bkn bukti dia xjaga ank atau abaikn, bkn 100 persen dlm khidupn ni kita leh handle smua stuasi 100 prsen perfect, mst ade trkucil ckt..Drpd ko mengkucil dgn sngaja x jaga umhtgga dlu leklok..Kah3..smoga bhgia la skg ek tp korg dikenali dgn kaki belit n kuat cover taik sndiri so whtaver aku still xske. liyana trcuai ke trtonggeng ke tu lntak dia yg psti korg nye onar ttp dibenci smpi bebila kekeke

        0

        0
    • CERDIK SIKIT says:

      hai korang korang sume. Titew nak bagitau niew kalau keluar je cerita pasal dua ekor beruk ni korang tak payah layan pape tak payah komen banyak2. Diorang tu nak cari populariti balik tu yang asyik buat kontroversi je. Apa yang romie atau hanez tu cakap, awak awak semua tak payah layan. Dah sah2 kaki penipu. To liyana manan, sabar la eh. Dua ekor beruk ni tak lama lagi terima lah balasan aniaya orang lain..hihi

      0

      0
      • WarriorKeyboard says:

        Dik, ko xtau kisah hdup org lain..jgn nk judge org..klu y beruk ni cite bnda btol? Ko nk ckp apa? Mcmnila..jaga kluarga ko sndiri..jg laki ko klu ko da blaki..atau jg kluarga ko klu blm kawen..xyah nk amk tau hal org..

        0

        0
    • Anonymous says:

      sedihnya kalau dapat husband / ex husband macam ni.. cara cakap macam dia tu tak pernah bersalah langsung.. mati matian dok pertahan bini baru.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Btul

        0

        0
      • Jenah says:

        Kau ni baca ke tak? Dia sendiri mengaku sebelum ni dia ada buat silap, Sudah2 lah asyik nk salahkan org je. Nasib kita ni pun belum tahu lagi, doa jelah yg baik2, pelik betul dengan org MALAYSIA sekarang ni.

        0

        0
        • Momo says:

          Kau orang mana?

          0

          0
        • Anonymous says:

          SINGAPOREAN ke ni? Sana tak ada blog gosip untuk dikomen dah ke?

          0

          0
        • sowhat? says:

          aku rasa ni balaci2 yg nk backup si pmpn sun dgn laki curang tu.. kalau dah curang sampai mati pon org akan pandang hina kt ko.. so what? kau ade denga pihak sebelah ex bini kau ke knp dia lambat bg rawatan kt ank ko tu? mungkin dia xde duit. mana tau kan? kau bole buat ex kau mcm tu sebab kau berduit. 1 ari nt ko bankrup C ak nk tgk mcm mana ko hidup ngn bini sun ko tu. kalau masin la mulut aku ni mmg kena la ko.

          0

          0
      • Anonymous says:

        Istigfar

        0

        0
    • mawarberduri says:

      cehh..bila baca komen si romie ni pastu teringat balik sebelum kahwin (belum bercerai) sibuk p bercuti ngan hanez bergambar peluk2 bagai..geram plak

      0

      0
      • Kiki says:

        Kan..siap typo lagi tu tulis diberukkan oleh nurliyana..mmg pon mengungkit..mmg patut pon ko bg aset dkt liyana..dia pernah jd isteri kau kot dlu…romie3 kau kena igt ko yg buat hal dlu..bila dah cerai mcm2 kau kata kan..cuba igt balik saat kau akad nikah dgn liyana dulu..sorry no respect for u

        0

        0
    • minah jambu gerek says:

      suda la lu romie dh ada yg baru kutok kutok yg lama..

      0

      0
    • Aisyah says:

      Jangan bergaduh. Tak payah membenci . Bermaafanlah.
      Kesian anak dipisah-pisahkan. Sepatutnya anak-anak mendapat kebaikan kerana mempunyai dua emak. Muhasabahlah. Bermaaf-maafanlah.

      Cintailah Allah. Insya Allah seluruh dunia menyintaimu.

      0

      0
      • aku laa says:

        ko cakap bajet suci jer kan…. tu semua org tahu,… berbaik2… bermaaf-maafan…kalu jd ko ngko agak2 ko boleh bajet suci lg tak??

        0

        0
  2. Anonymous says:

    boleh percaya penipu laki bini ni? baca boleh percaya jangan. next?

    0

    0
  3. i am not Kim K says:

    malas nak baca…panjang…hokey watever…smg korang bahagia

    0

    0
  4. BadassBoY says:

    Once liar, forever liar

    Hashtag MENYAMPAH, NEXT!

    0

    0
    • Entah says:

      Really? So sepanjang kau hidup ni, kau tak pernah bohong langsung? Once youI’m so disappointed with the way people comment here. Kan dalam islam, ada istilah “taubat”. Who are we to keep judging them? Memang betul mereka pernah buat salah. Tp, siapa kita untuk judge mereka selama2nya? Am I a God? Are you a God? The best you can do as human is to forgive and move on. Do you think Allah and Nabi will be happy to look at us like this? What if masa kat padang masyar nnt, kita dpt tahu Hanez & Romie yg betul (im talking abt their kids issue? Kau sah2 dah dpt pahala free sebab kau fitnah. Tolonglah wahai manusia… kalau kau mmg takkan percaya kan diorg sampai bila2, tak payah lah tinggalkan komen2 yg negatif kat sini. Malu kalau sahabat2 non muslim kita tgk muslim judging each other. To forgive is the most beautiful thing in this world…move on guys!

      0

      0
  5. rin says:

    bila orang ada duit cakap apa pun hebat….. anak yang LM jaga ada kau bagi nafkah tak ??? … tak perlu memalukan sesiapa cubalah betulkan kelemahan dan kekurangan yang ada…. sempurna sangatkah kamu berdua …..jangan lupa ALLAH maha melihat dan mendengar … kamu boleh cakap benar atau cakap bohong untuk memenangkan diri sendiri tiada siapa yang tahu

    0

    0
  6. nanonono says:

    Nara mcm lalang. selalu sgt ayat dia plg bawah, “BETUL JUGA KAN KATA2 DIA?”….”ADA BETULNYA SI POLAN BERKATA DEMIKIAN”….kang interview org kedua cmtulah ayat dia…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    kl dah tak suka,.dah tak sayang.. mcm2 lah.. masa sayang dulu kau pujuk rayu.. skrg salah sikit nmpk mcm jahat sgt! b strong liyana manan! i know how u feel.. org lelaki kl dah ada penganti mcm tu la… semoga Allah membalas dgn seadilnya.. amin..

    0

    0
  8. Wanita says:

    Time nurliyana jd wife xde rase nk pertahan kn maruah dia ke time hanez tu kucarkacirkn rumhtangga yg time tu xsah lg hanez jd wife u..

    2.kalo ikhlas sediakan kelengkaapnutk wife…dwet rumah n others…ikhlaskanla nurliyana jg anaknye …kate hak sama rata gilir2 ..so whats problem…discussla…lepas bwk ank g klinik swasta pastu discuss la jg same2…anak tu anak liyana bukan anak hanez…hak ibu dia okeh…
    3.time bahagia dgn wife sampai anak 2 xhingat time dpt wife konon cantik mmg lupe sume benda baik wife u buat…

    4.meluat je bc statement….sian nsb anak2 ..if u as husband liyana ni dulu x sbbkan penceraian ni xdela anak2 n liyana tempuh sume ni..sbb awk yg nk kawin lain

    0

    0
  9. yuki says:

    susah2 jer karang panjang2 romi
    ko ingt aku nk bc???

    g masuk pertandingan menulis cerpen takpun skrip…dramaaaaaa jer…
    puihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    menyampahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Liyanan manan seorg yg sgt lembut… Calar balar ye ker.. Bukan masa kawen dia dgn hanez tu dia pinjam ank no dua dan x mahu pulangkan balik.. Sapa yg langgar perjanjian ni

    0

    0
  11. sentap says:

    alahaiii, pergi la bersemuka. tak payah nak bermuka-muka nak dapatkan sokongan masyarakat.. kalau jantan, matang pergi jumpa ex wife dia. settelkan ape yg tak settle. menjaja-jaja cite kau tanggung bekas mak mertua kau tu untuk ape, konon tak nak ungkit, habis tu ape? terungkit?

    0

    0
  12. haha says:

    panjangnya? siapa nak baca?
    ok NEXT…

    0

    0
  13. Shhh says:

    Aku baca separuh..aku dh mual..aduyai sdh2lah..nak percaya ke..ntah..lantak korang lah..bukan masalah aku..tapi abg nara mmg LALANG..kejap sedey ngan org ni..kejap kang kecian plak dgn si polan tu…

    p/s: spa yg rajin tu tlg lah explain secara ringkas

    0

    0
  14. nok gebuzzz says:

    bukan kau ke yg memperkotak katikkan ex wife kau dulu!kenapa nak mengatal ngan betina lain,pke dulu sblom buat statment….masa berlaku pergaduhan sblom ni ko xd kan back up ex wife kau…malahan ko back up lagi si perampas tu,pe cite!!ssh nak percaya jantan jenis mcm kau!!

    0

    0
  15. Anonymous says:

    sorry..tak minat nak baca..next..

    0

    0
  16. quputeh says:

    amboiiii..berjela-jela ayat dia…sekurang2nya LM dah lahirkan anak untuk ko..2 org lagi..bersyukurlah…

    0

    0
  17. day says:

    kalau dah xsuka mcm2lah ungkit. baguskan bersuami dengan lelaki begini. tengok norman hakim bercerai dengan abby abadi tapi xde pun burukkan bekas isteri dia lepas bercerai. dunia oh dunia…..

    0

    0
  18. sendu sedan meluat says:

    4 me no need talk to much
    if u layak jg ank,,so u jg je la..lgpn tngjwb u as a father..
    da kawen baru sure nk menangkn bini bru..ari tu 1 Malaysia u tipu sbb nak kn hanis suraya..now ade ke org nk dgor lg kesah u?? org pn de hal lain dr bace story u.. sorry to say la..u mmg jenis org yg kalis2 n nk org pndng u OK even u x OK..nmpk x maruah liyana tu lg tinggi sbb x de nk call2 n ganggu2 u sbb u da de new fmily..x mcm time u berkandal dgn hanis mase tu..propa lebey.. byk2 muhasabah diri..ingt Allah..ingt dosa lalu..bkn sebok nk trgkn perkara sebenar kt smua org supaya org backup..bek ngadu kt Allah..ade lg bgs.. Allah maha pengampun..

    0

    0
  19. SelangorkuSayangggg says:

    Aku baca tajuk je mcm nak tergelak dah. ‘Romie Bersuara’ kata nya… Hahaha

    0

    0
  20. meowww says:

    Celah mana yg c liyana ni selalu bawak kuar statement bingai????!!!.aku rsa c liyana xde nya nak ckp lebih2 mcm korg laki bini..dr sebelum kawen sampai da kawen ni haa….mula la menyirap darah aku dgn korg ni..hanez ko tu da na bersalin..bawak2 la ye buat apa y patut..walau apa pun y korg ckp aku xkan percaya..shame on u. Dlu msa liyana jd wife ko ckit pun ko xpertahankan dia..memang bingaii!!! LOSERRRR!!!

    0

    0
  21. Syasya says:

    Kalau betul hati kau bersih kau tak perlu nak mengungkit dan menyalahkan LM atas apa yang berlaku. Setakat LM upload pix anak dah lama tak jumpa tu pun kau nak sentap? Hanis ke yg suruh ko backup dia ni? Hahaha.

    0

    0
    • ng says:

      a’ah…
      mana ada liyana manan kutuk2 dia laki bini.
      nape nk sentap???
      ko ni naseb kawen dgn liyana manan dlu..kalo ko kawen dgn rita rudaini,
      lagi hazab dr aidil ko kena tau!

      0

      0
  22. Anonymous says:

    SIKIT SIKIT HANEZ ITU, HANEZ INI. ALAH, WE KNOW LAH HANEZ YANG KARANG BENDA BODO NI…

    0

    0
  23. LOLA says:

    aku yang tengah2 baca pn tetiba buleh gelak..

    Sudahnya nama saya dan Hanez diberukkan seolah-olah kami mangsa keadaa

    abg nara nihhh…diberukkan pn boleh..

    0

    0
  24. sotong hitam says:

    ni mesti kene hasut dgn HS sbbtu die bersuare…HS nak nampak kan yg die baik!!! dan buat bekas laki Nur Liyana….jangan tunjuk baik…kalau kau baik kau tak kan scandal dgn pompan lain!!

    0

    0
  25. fr says:

    guys.. macam mana kalau ada kesalahan liyana manan jugak kat sini.. kita orang luar.. kita xtau apa keadaan sebenar.. macam mana kalau liyana manan tu tak senaif yang kita sangka.. macam mana kalau actually liyana manan tu yang buat perangai dulu.. kita xtau.. mmg la kita nampak cm romie yang jahat.. tpi cuba kita ubah perspektif.. playboy playboy pon kalau bini first baik mesti dia simpan jugak.. aku bukan sebelah romie, tapi aku ada kakak ipar yang mcm liyana manan.. dia selalu meraih simpati kat facebook walhal perangai dia sebenar dia xtunjuk.. malas jaga anak.. suka melawan suami.. sbb tu aku xberatkan sgt romie.. tpi kalau romie laki yg gatal tu di luar bidang kuasa aku.. so guys, aku harap korang jgn la hentam mana mana pihak terlampau teruk.. klu dia salah pon xperlu kita hukum dia mcm dia buat jahat sgt kt family kita.. kita xkenal rapat sgt pon dgn diorg ni.. ok guys

    0

    0
    • Pencacai hs dan romiang. Simpan bodoh kau utk diri sendiri. Selama ni liyana tak byk bersuara. Dulu yg bukak pekung pun si hantu hamis tu sendiri, sendiri kantoi main cinta dgn suami org. Kalau si hantu hamis tak seru2 si liyana ni pun tak akan bukak mulut utk cakap perkara yg sebenar. Kitorang bukan tinggal dlm gua tak tahu cerita sebenar. Dah lah kau jgn nak putar belit kan cerita nak bahan kan si liyana tu. Bagi aku dia berhak bukak mulut dia kalau pasal anak2 dia sbb dia ibu kandung. Itu tandanya dia sayangkan anak dia. Yg si miang tu skg sengaja nak jahanam hidup bekas isteri. Sengaja nak cabar liyana masuk court jadi dia senang nak singkir liyana n strip her of everything tt she has now. Typical org busuk hati. Kau tunggu lah jantan miang, skg boleh lah kau berlagak, Allah tak tidur. LIYANA, JGN TAKUT, ALLLAH ADA.

      0

      0
  26. Boooo says:

    Alah Nara,ko jntan of cos ko backup spesis ko.jgn caya lh sbb dh d pngaruhi hnez setan dia.ko jgn nk brukkn mak kndung dia.x baik tau.

    0

    0
  27. lala says:

    Kasihan nya laki bini ni
    Apa pown yg c mamat Romie ni ckp org tetap akn slh kn kau jugak
    Both LOSER

    0

    0
  28. apekedehal says:

    penyakit kaki tangan mulut jer?? kelakar la ko romi. HFMD mmg takda rawatan khusus. sbb ia jangkitan virus. akan sembuh sendiri yg penting jaga kebersihan. HFMD mmg selalu kene kt budak2 especially hantar kt taska ..tp kalau dh nak kene jgak nak bt mcm, mana walau umah ko bersih berkilat sekalipon..cerita gelabah..amat poyo

    0

    0
  29. tupperwarepink says:

    Hurmmmm…
    Kalau ditengok dari karangan ayat ni, nampaknya ada orang yang karangkan. Supaya nampak bijak, kesian dan benar..
    Berapa bayar tulis karangan panjang2 ni?

    Tapi, kalau betul apa yang ditulis oleh “Romie” ni, LM please move on. Jaga zuriat baik2. Jadi perempuan cerdik, be independent. Jangan senang diperkotak katikkan lagi. Jadi perempuan yang tabah and ada class. Find your happiness, doa banyak2 ye. Sesungguhnya masyarakat ramai yang menyokong anda dan mendoakan anda.

    0

    0
  30. Anonymous says:

    Ni nama nye jantan s..,,,da la akhirat kau jawab je okayy.byeee jantan

    0

    0
  31. Anonymous says:

    SI ROMIE NI DULU2 DAH KAYA ATAU KAWEN DGN LM BARU KAYA EH? KO JNGAN ROMIE SBB ALLAH BG KEKAYAAN DULU SBB REZKI KO DGN ISTERI DAN ANAK KO DGN LIANA..REZKI KO DGN SI HANES TU XTAU MCM MN LG..JGN CKP TAKBUL ALLAH NK TARIK SKJP JE..DOA ORG2 TERANIAYA NI ALLAH DGR..BAIK HATI2..

    0

    0
  32. sekadar mengkondem says:

    kau dh menyundal dgn betina mase masih bergelar suami org, lagi kau nk buat org percaya dgn ckp kau? mmg xlah…!

    0

    0
  33. HANEZ please diam says:

    Hanez oi, ko dah habis rampas suami, anak dan kehidupan Liyana. Now ko ada anak sendiri plak. Diam dah boleh?

    0

    0
  34. MrsSendu says:

    Kenapa taknak pertahankan bekas isteri TERDAHULU….skrg sibuk nak pertahan isteri yg sedia ada sb tanggungjawab..kenapa isteri TERDAHULU bukan tanggungjawab ka,sebab mata dah kabur dek cinta hanez….sediakan harta dunia tapi bekal akhirat? Waste of time la romio…wahai lelaki2…jgn ckp pasal zuriat kalau tak pernah kandung mereka 9 bulan dan saat melahirkan anak adalah saat nyawa berada dipenghujung…senang2 kau melepaskan hanya kerana cinta pada isteri baru ni…

    Isteri baru dah beranak sok baru tahu perasaan jd ibu baru kau tau perasaan liyana…..sapa2 yg belum melalui pengalaman ni sila shut up..dgr atau tutup mata ja..

    Fahamilah mcm mana isteri TERDAHULU tanak berkongsi kasih dgn pmpn lain…besar pahala atau kiamat dunia ni kalau hanez sanggup bermadu dgn pompuan lain kot…kata dah jejak Tanah Suci kan?

    Hanez,izinkan lah suami mu romio romzi tu berkahwin lain sb dia snaggap2 mampu beristeri empat kerana kekayaan dia mengatasi segala2nya….aminmm

    0

    0
  35. MrsSendu says:

    Tak boleh tahan ayat romio romzi saya perlu mempertahankan hanez kerana dia isteri di bawah tanggungjawab sya perlu mempertahan kan maruah dia…..

    Dulu isteri kau Liyana kau pertahankan tak?

    Ni baru kimK punya jantan!

    0

    0
  36. MrsSendu says:

    HAHAHAHAH TERHARU!! SILA BACA SAMPAI ABIS PASTU NILAI TAHAP KEBODOHAN AYAT NI MASUK CERPEN SEKOLAH BUDAK TADIKA PUN BELUM TENTU MENANG. KAYA TAPI TERENCAT AKAL.

    0

    0
  37. Anonymous says:

    HI korang.. Baca je, Nk percaya sgt jgnlh. Amik sebagai pengajaran:
    1. Laki Kalau Tak Puas Hati Ngan Bini, Silalah Tegur Dulu Ya. Jgn Jadikan Nak Cari Lain Sebagai Alasan. Kalau Dah Tak Ada Cara, Maka Lafazkanlah…….
    2. Media Sosial Ni Menterlanjangkan Manusia Dengan Dosa2 Mereka. Seseksa Mana Pun, Segembira Mana Pun..Tak Payah La Nak Upload Or Bagi Kenyataan Apa2. Sama Je..Baik Lelaki Atau Perempuan

    0

    0
  38. chillex says:

    “Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana, tetapi juga bekas ibu mentua. Mereka hidup selesa atas hak saya etapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu.” <<<< Duhhhh!!! Ni dah kire mengungkit ler dol!

    0

    0
  39. dimpleyana says:

    baru lagi…kentut pun wangi. nti dah lelama…yg busuk ttp busuk.

    0

    0
  40. asmara says:

    kita tak tahu masalah dalaman orang,,so tak perlu pertikaikan apa2.Biar mereka selesai kan segalanya..wait n see

    0

    0
  41. Anonymous says:

    lelaki dayus pasal HFAMD pun boleh anak tidak diberi balik kepada ibunya..bodoh mudahan anak kau nanti kana HFAMD baru kau tau apa rawatannya… viris tu bongok…kalau budak tu cergas tidak perlu .. ingat alasan Awie dulu macam ini tengok apa jadi sekarang? Jelos LM ada boyfriend? kau dulu berzina dengan Hanez masa LM jadi bini mu macam mana tu? apa perasan dia? harta yang kau bagi LM ialah harta sepencarian… kau ungkit? laknat lelaki ni. mau ke court dengan peguam dulu…. fikir dulu….. tunjuk banyak duit…. muda2an kau bengkrap. membela hanez pasal dia bini kau? mana belaan mu pada LM masa dia jadi binimu? dayus lah kau romiang kau bela kekasih zina mu dari binimu. mana ada LM jumpa wartawan? minta simpati, kau dan hamis lagi teruk. buat PC pasal zina kamu….kau sedar dirilah, tunggu dan lihat….lelaki begini akan dapat balasannya…. anak pun keluarga hamis jaga, kalau bukan duit mu mana dia orang mau jaga, ikut arahan mu, jaga lah anak mu nanti kalau perempuan apa akan jadi……. apa kau buat itu yang akan kau dapat… bukan menyebelahi siapa2….. tak perlulah kau buat statement yang panjang, kalau dayus, dayus juga

    0

    0
  42. dina says:

    kesalahan liyana sebab dia luahkan perasaan dia jer sebagai seorang ibu….
    yang ko to romie apa alasan ko tak bagi dia tengok anak2 dia sampai setahun?

    0

    0
  43. nak cuit sikit says:

    silap liyana sbb tak jaga kesihatan anak masa kena penyakit kuku dan mulut anak2 terabai…bla bla bla but my question to Romie…as what we know you have been dated Haneez bila u masih suami orang…punca segala pergolakan rumahtangga you and liyana di sebabkan kehadiran orang ketiga…itu rata2 orang semua tahu beb so tak payah nak defend sgt apa yang u buat tu betul…

    kita jangan salahkan liyana ke haneez ke masyarkat ke apa ke yang BERSALAH ADALAH ROMIE..you adalah punca permasalahan ini…Allah uji you…dah beristeri tpi ditemukan dengan artis….tapi ternyata u GAGAL DALAM UJIAN ALLAH ini….you ceraikan liyanan you nikah haneez….so PUNCANYA ITS FROM YOU…ROMIE !

    lelaki melayu…takde duit paw duit bini…bila banyak duit mereka kira kepala bini…#kimK

    0

    0
  44. leya asfa says:

    hahahaha..rase mcm ade dalang je yang menulis..asik2 kembali ayat nak cover hanez..ello…da dye yang nak sangat nko kan..jado…anak2 nko pon kene sanggup jaga arrr…..puihh

    0

    0
  45. ainieeeeee says:

    awak ni lalang lah nara. annoyying

    0

    0
  46. i am sitizoner says:

    ‘hak saya’ sng je berckp psal hak-hak… hak tuih. Mana hak Liyana sms bergelar isteri.Apa yg kamu beri tu adalah hak Liyana yg sepatutnya dia dpt setelah hidupnya sbg isteri disia2 kan. Berbilion pun kamu kasi kat dia,tak dpt ganti nyawa dipertarungkan utk lahirnya zuriat2 kamu.Manusia, manusia. Bukti kecurangan pd waktu dulu bkan fitnah tp kenytaan yg bersaksikan jutaan rakyat Malaysia, itu pun masih nak berdolak dalih.

    0

    0
  47. Anonymous says:

    Suka sgt2 dgn statement atas.. ni baru Kimk punya jantan hahaha .. Like banyak2 woi…

    0

    0
  48. tipah says:

    kadangkala benda yg kite anggap buruk tu bukan buruk selamanya..
    dan benda yg baik tu tak semestinya baik selamanya..
    nama pun manusia..masing2 ada buat silap…
    dan lumrah..manusia tu bole berubah…samada ke arah yg lebih elok atau tak..

    jadi sebelum nak mengata org..kite nilai diri dulu..
    sape yg ckp bohong..sape yg ckp betul nanti lama2 terbongkar jugak..
    bukan kite yg pembaca ni nak menilai..
    kite pun tak tau apa yg jadi..drg yg lebih tahu..
    bukannye kite tidur setilam makan sepinggan ng drg..

    saya ckp cmni sebab sy dh pernah tgk benda ni..
    percaya kan org yg kite rasa ‘mangsa’ keadaan..tapi sampai 1 masa tetiba dpt tau sebaliknya..
    rasa malu,sedih,geram n marah kat org yg kite percaya tu…sdgkan dh berbakul2 kutukan yg dilemparkan kat pihak yg kite ingat jahat tu…

    jadi sama2 la kite amik iktibar kat kes mereka..yg elok jadi kan teladan..yg tak elok tu kite jadikan pengajaran :)

    0

    0
    • Si miang tu bayar kau berapa nak putar belit kan fakta???? Kesian kan….. nak main psychology bukan di sini ya…… sbb kami semua terdiri dari golongan org2 yg mampu berfikir. Aku rasa kau lain sbb kau mesti dlm golongan org yg busuk hati sama spesies mcm si jantan keparat dan bini murah dia.

      0

      0
      • tipah says:

        saya ckp ni general..ada ke berat kan liyana ke romie tu apatah lagi…
        dah kata suruh amik pengajaran dr kes drg ni..

        baca dulu apa isi nya..
        bukannye main hentam..nak sokong liyana pun takde masalah..dia ada betul nya..
        tapi kite sebagai manusia ada silapnya…
        byk silap dan kurangnya…

        kalau awak sokong liyana tak mungkin awak kuar kan kata2 cmni kan :)

        0

        0
  49. Anonymous says:

    jantan dayus buat PC, kalau mau pigi court, banyak kenyataan di sini boleh dipertikaikan, mengungkit harta sepencarian tidak iklas, langgar perintah mahkamah, cemburu pun ada mungkin romiang ini ada hati lagi dgn LM hahaha.sebab LM ada hak bercinta… dia janda dicerai bekas laki yang dayus. masa berzina dgn hamis, boleh buat PC, sekarang mau jaga maruah isteri? mana belaan nya masa LM jadi isteri dia? anak dia jaga? bukan? rupa2 dia kawin dgn hamis mau jadikan bibik keluarganya… ego nya dia mengarahkan keluarga hamis jaga anak… ha ha ha ha…. fikir anak di jaga oleh nya rupa2 ada bibik jaga dari keluarga hamis. nanti lah anak dgn hamis kalau perempuan habis lah, kau akan rasa apa yang kau buat dgn anak orang begitu begitu juga balasannya. kalau kau lelaki baik seperti yang kau rasa kau tidak akan bercerai…. berzina dgn artis yg kehausan harta, mengaibkan dan menjatuh maruah isteri. dayus tetap dayus.

    0

    0
  50. Lara says:

    Amboi senangnya ko buat, ini la dasar jantan tak guna! Dayus! Dari dulu suka buat statement2 tak masuk akal kan, sikit2 bagitau press… oh yer la bajet retis kan sekarang. Ko ingat ngan duit ko tu ko boleh cover segala kejahatan ko? Dunia ni sementara jer Romiang weh.

    0

    0
  51. kupu2 kecik says:

    yg korang beria2 pertahan LM & kutuk Romie ni tau ke citer sebenar luar dalam?.. kalau x tau x yah campur la.. jaga apa yg ada depan mata dalam tangan korang seniri.,. sambil2 doa yg baik2 utk semua umat manusia

    0

    0
  52. . says:

    Nara elok buka ruangan rumahtangga artis yg bermasalah.boleh keyboard warrior kutuk kat situ.lepas isu tak beli spender.isu nak tunggu kat padang masyar.dan lain2 sampah.

    0

    0
  53. konah nk letiaq says:

    “..Tetapi kini dia isteri saya dan saya perlu melindunginya daripada terus dikecam masyarakat yang hanya mendengar cerita sebelah pihak..”
    Laa,jantan ni pandai pulak ckp nk pertahankan isteri..abes dlu sblum ko bercerai dgn liyana tu ko pertahankan Hanez tu kejadahnye bodo..hahaha..lawak la awk Romie..kuatnye si Hanez ni mandrem romie..hahaha

    0

    0
  54. tulip hijau says:

    Propa mamat ni. Masih nak menegakkan benang yg basah. Tak kuasa nak baca panjang berjela. NEXT!!!

    0

    0
  55. baldu biru says:

    kadang2 jadi bekas isteri ni pun hati sentiasa sakit kat bekas laki. lagilah bile bekas suami da happy ngan kehidupan baru.

    tak boleh caya gak si liyana manan tu.. kadang2 nak ambik perhatian

    0

    0
    • benihjambu says:

      Apa bekas suami buat duli lagi sakit daripada apa yang liyana manan ni buat. Hanez suraya siap suruh LM minta maaf kat dia lagi lepas ambik laki dia….siapayang tak sakit? 10 tahun belum tentu hilang sakitnya tu….liyana manan baru kecoh sikit…yang sana tak bercerai lagi dah nak saman malu….ada otak pakai la sikit beledu biru hoiiiiiiii…

      0

      0
  56. ., says:

    Malang jgk ada anak nama “rayqal” atau seumpanya dgnnya… Phm2 lah yer..

    0

    0
  57. Lady _jull says:

    MAAF KAN SY SBB MENCARUT TAPI BABI PUNYA ROMI. DULU MASA HANEZ KUCAR KACIRKN UMAH TANGGA KO KUARKAN STATEMENT MCM2 TAKDE KO NK PERTAHANKAN LM PONNN. LAGI KO SUPPORT SI HANEZ. TOLONG LA KO NG HANEZ MIGRATE PG ICELAND BENCIK KORG ADA KAT MALAYSIA NI

    0

    0
  58. Anonymous says:

    Kesian…kalau betul2 baik tak de la dulu sebelum kawin dgn tu dah mcm laki bini..

    0

    0
  59. Nelly says:

    Hand, foot & mouth disease, setahu saya x de ubat. kena kuarantin je anak tu sebab takut berjangkit kat org lain. kecuali dah teruk ada ulser, doktor bagi ubat untuk ulser & masuk air, mungkin anak dehydrated.
    Sebab anak2 saya pun pernah kena sakit hfmd ni, tapi x teruk sampai ada ulser. saya kuarantin je dirumah. Itu pun ada org ckp aku x pandai jaga anak. Aku lak yg emo.
    Malas nak pecaye ko romi. Silap ex-wife ko nampak. Yg kau mmg kaki pompuan x sedor.

    0

    0
    • Anonymous says:

      My 2 daughters pernah kene HFMD..it starts kat langit mulut ada putih2 & a bit uncomfortable (baru kene)than kat tangan pun ada..gi doctor cost S$150 each for obat makan & obat sapu…terus hilang…satu tanda pun xda…HFMD is highly contagious but not dangerous,hence need to quarantine…HFMD ni ada season..

      0

      0
  60. Jiji says:

    Habis madu sepah dibuang…tu je… Sama je mana mana lelaki…hormati la wanita yg memberikan kau zuriat …kbai

    0

    0
  61. izat says:

    Betullah , kena dengar cerita dua belah pihak. yang sana salah yang sin pun ada salah jugak. yang sana baik yang sini pun ada baiknya…pandai-pandailah korang nak hidup.

    0

    0
  62. Shazleen anis says:

    Aku rasa romie lg byk burukkan liyana..liyana baru buat statment sikit..romiang balas panjang2..siap buat press con lg…sume nk ungkit..sume nk keluarkn aib liyana..sori..mmg masyarkt salahkn ko…lg byk ko kuarkn stm, lg teruk ko kn hentm..better ko shut up…

    0

    0
  63. Daisy says:

    Dan dan je la bila dah cerai and ada bini baru kau nk cakap bini kau tak reti jaga anak. Selama ni masa kau tgh sibuk angkut hanez sana sini bercinta tu siapa yg jaga anak kau? Bodohhh

    0

    0
  64. Anonymous says:

    Shut up Romiang and Hamis…Liar and cheater for ever..ever and ever….

    0

    0
  65. hida says:

    ooo…kalau ade pape xpuas hati kene bawak ke makhamah..? nape mesti makhamah? nape xboleh gerai mamak ke, foodcourt tesco ke, jumpe kt rumah ex-mertua ke, ni nak makhamah jugak. pastu keluar masuk makhamah, reporter sibuk nak interview tpi nanti ckp “no komen” bla bla. my advice is, duduk bincang bersemuka pada waktu yg dua2 pihak free. masa hati tenang and fikiran stabil. kalau boleh si hanez tu xyah la ada skali.

    0

    0
  66. Fizo says:

    Amboii…panjg bebeno kn ko merapu romiang…ko fikir masyrakat simpati? Udoh2 la tu…bikin org makin benci ko n hamis jer…simpan2 la sikit…kemain lg ko ngungkit kn…

    0

    0
  67. Lala says:

    whatever..once a CHEATER always a CHEATER..once a LIAR always a LIAR..

    0

    0
  68. Anonymous says:

    kau dan hamis tak lama lagi ada anak kan? fikir itu dulu. baru hantam LM, walau macam mana pun itu ibu kandung mereka. kata alim, tapi hukum tak tau kah? nanti kau dan hamis rasa juga balasan Allah jaga2 anak kamu berdua, nanti dibalas lebih lagi…..

    0

    0
  69. Yekeni says:

    Oh…. Baik sungguh si romie ni…. Award ex husband terbaik 2015…..

    Oh….. Masih artis lagi ke si hanez ni?…. Award pelakun terbaik 2015

    0

    0
  70. I feel u says:

    Ini mmg mslh org dah bercerai. Kedua2 sptutnye hormati cara ex msg2 jg ank selagi xmemudaratkan. Normal je kut mskkan nursery ank2 yg belum bersekolah sbb nak pegi bekerja. Psl nak bg org gaji. Org gaji ni pun kdg2 membebankan kita. Kerenah xsudah. P nursery at least bdk tu bole berdikari n learn something. Hfmd tu normal py kes. Bkn sbb xjg kebersihan. Tp mmg ianya berjangkit. owh romi..dan semua psgn yg bercerai. Ank2 itu ank ex psgn kamu jg. Tlg hormati cara mereka juga. Xkan nak ikut cara kamu je. Kamu pun dah ada life sndiri. Jgnla seksa ex kamu dan biarkan mereka di bayangi kamu sepnjg hidup kamu.

    0

    0
  71. Me says:

    Cerita panjang lebar pun dah tak guna..orang dah tak percaya dengan kau laki bini.isteri kau pun artis sendu je.so tak payah la beria sangat backup bini kau tu..orang dah tak amik kisah

    0

    0
  72. Anonymous says:

    apabila lelaki dayus bersuara….. membela diri dan isterinya…. masa mereka berzina dulu tidak dikenang, tidak mengambil iktibar dari peristiwa dulu…… mau popular kan isteri supaya banyak orang ambil berlakun, mungkin projek sudah sikit, duit mau kering, isteri jadi duta product kecantikan, nanti lepas ni kalau tidak ada duit lagi, isteri boleh eskot keluar makan dan minum dengan rakan, macam pilot dan yang penting kayaraya….. nanti anak pun malu nak lahir…. bila dia tahu perangai emak bapa dia…. takut jak anak lahir nanti di uji dgn berbagai-bagai musibah untuk menguji mereka. kalau bini dia belakon boikot tetap boikot…..

    0

    0
    • kupu2 kecik says:

      mana kau tau dia berzina?.. ko nampak dengan mata kepala ko seniri ke?.. ada saksi bersama2 ko nampak dia berzina.. jangan cakap sebarang.. dosa fitnah lagi besar dari membunuh tau.. kalau apa yg kau cakap ni x betul.. azab la ko disana nanti kalau ko x minta maaf dari dia seniri.. dosa dengan ALLAH boleh ko solat taubat minta ampun.,, dosa dengan manusia ko kena minta maaf seniri dengan manusia yg kau kata tu… jelaskan dosa ko pada dia smp kenapa ko mntak maaf dengan dia.. dosa seniri da check ke?

      0

      0
      • Anonymous says:

        kupu2 kecik apa erti zina dan berapa jenis zina? ada alim ulamak tukarkah? kalau pun sokong romiang fikir dulu ya..

        0

        0
  73. mimi says:

    kalu betul sakit kuku dan mulut tu mmg mkn masa nk sembuh…. jgn bnda kecik mcm tu trus label exwife ko tu tak jaga dia.. abis selama ko kawin brcinta dulu segala kebaikan yg dia dh buat ko boleh lupa dlm sekejap pasal dh dpt yg lgi cun kot pd ko… yg sikit ni jgak ko punya hentam xwife ko smpai mcm tu…dasar manusia tak tau nk brsyukur… diam sudah xpyah nk bukak mulut sgt..

    0

    0
  74. Anonymous says:

    awat hidung hanez kembang semacam ? dulu x mcm tu…

    0

    0
  75. Ari says:

    Betul.x boleh dgr 1 pihak sj..pecayalah pada takdir sahabat2 ku..itu cara romie dan hanez betemu jodoh..mungkin buruk dimata kita..tp klu dah takdirnya begitu…lelaki yang baik xkn mburukan bekas isterinya..kecuali rasa tercabar..x sedihpun muka liyana tu..happy saja..saya pun perempuan..kadang2 dlm rtangga x semuanya perempuan yang betul..yang tahu hy mereka ber 3 jer..kita hy mendoakan yang terbaik.npknya liyana x move on lagi…jadilah contoh ibu yang baik.seburuk mn bekas suami.janganlah mengaibkan..sensasi yg jadi berpunca dr liyana jugak…bkn dr hanez dan romie..

    0

    0
  76. hamba Allah says:

    Romie berdiam diri selama ni? Bukan sebelum ni dia ada buat kenyataan masa terkantoi ngan Hanez tu ke? Cakap pun dah berbelit..lupe lettew.. Kita doakan semoga kehidupan dan segala urusan Liyana dipermudahkan Allah.. Romie ngan Hanez kan dah pergi Mekah, mesti depa dah tau bab2 agama ni..mesti depa tau mana baik mana buruk kan? (hopefully).. Allah sentiasa menguji hambaNya.. Kita doakan juga Romie dan Hanez tu mendapat petunjuk dari Allah.. Allah Maha Adil..

    0

    0
  77. amar says:

    baik juga hati c romi ni bg keselesaan hidup bekas mak mentua lagi…salute u romiang

    0

    0
    • Semesti nya kan ……….. sbb harta kekayaan dia skg pun datang dari hasil kerja keras bekas isteri yg sama2 majukan syarikat. He cant deny her of her rights, kan????? So dia patut dan semesti nya berkongsi kesenangan dgn ex dia sekarang.

      0

      0
  78. sye says:

    thumb up romi ex husband yg baik…x perlah org kutuk yg penting u dah buat yang terbaikkkk..

    0

    0
    • “Baik” ???? Berpoya-poya dgn pompuan lain, cerai kan bekas isteri, rampas anak dari bekas isteri, deny her her rights to see her own children, challenge her to go to court……. funny yr defination of “baik” adalah sgt2 berbeza dari kami semua. Kalau dia baik sgt, dia dah settle benda2 ni semua in the most “gentlemanly ways”, jumpa Liyana empat mata, settle kan apa2 perkara dgn senyap2 dan win-win situation. Itu barulah org boleh respect dan tersangat lah baik di mata kami semua. “Baik” si Romie ni sekarang ada maksud dan byk muslihat di belakang.

      0

      0
  79. princess says:

    semoga allah taala membuka pintu hati org-org yg mengata tue….comfirm yg mengata tue kaum hawa…btol la ORG CKP kaum hawa mudah sgt masuk NERAKA dan selalu heret kaum adam masuk NERAKA…..semoga si pengata pengata nie diberi kemaafan daripada di mengata tue (romie & hanez)..jikalau di mengata tue tak maafkan korang terimalah seksaan waktu nazak kelak nanti…..Nauzubillah….

    p/s : seburuk-buruk mana setiap manusia tue hanya allah taala sahaja yang berhak menghukumnya….yg korang nie kenal pon x malah xde pertalian darah pon sibuk dok amek tahu hal diorg…hal keluarga korang dh sempurna ke??….kelak pada si pengata tue korang pasti akn ada masalah spt di mengata tue…tngok la nanti….ALLAH MAHA ADIL…..

    0

    0
  80. nora says:

    sm cam ac mizal burukkan ex wife

    0

    0
  81. sedihkan.. says:

    as salam,

    apa kata abg nara intbiu anak dia tu..sy percaya anak dia tu sayang sangat2 kat mak (liyana) dia. perasaan dan naluri mak..tgk pon da tau da. anak die menangis bile jumpa mak dia. maknanye si anak x bahagia tinggal dgn ayah dia. sedihnya bila anak dipisahkan dengan maknye..apa yg si ayah nak menangkan tu sy x le terima..Vongokkk la ko romie..

    0

    0
  82. enon says:

    Video lucah fazura di xhamster

    0

    0
  83. z says:

    1. Kalau kanak-kanak terkena HFMD, wajib quarantine sebab its a highly contagious viral infection. Tapi tak semestinya kanak-kanak tu perlu admit unless dia memang dehydrated sebab taknak minum or makan or temperature tinggi (demam panas) more than 39C(if your toddler’s temp reached 39C or above, sila ke ER as soon as possible). selalunya baby la admitted sebab takleh menyusu thus dehydrated. Kalau kanak-kanak terkena HFMD tapi masih aktif (sakit2 tekak, lemah sikit tu biasala. Nama pun tak sihat kan), doc tak suruh admit pun. Just rest and drink lotsa fluid je. Takyah nak gelabah sangat ler.

    2. I think anak dia yang nombor 2 tu macam dah past toddlerhood je. Sesuai kot masuk taska so that he can mingle with other children. Lebih lagi kalau parents mampu. Setakat calar without evidence of abuse, takyah nak blame orang sangatlah. Budak kot, lelaki pulak tu of course le aktif. Takkan dok diam main masak-masak pulak ye dak? Better dia pegi taska belajar daripada terperuk rumah main cak2 ngan mak baru. Lagipun based on their financial capability, takdenya mak dia nak anta taska biasa. Aku yang middle-class biasa-biasa ni pun sanggup berabis hantar anak taska elite sebab program dorang ada ummpphh

    0

    0
  84. TEEpah says:

    PUNGKOQ

    0

    0
  85. miss meluat nak baca says:

    tak baca walau sepatah ayat…scroll scroll..wow panjang nya…..orang yang rasa tak bersalah memang la banyak bagi alasan. tak payah banyak bunyi la…ingat..seburuk2 ex wife anda, tanpa dia, anak2 anda tak lahir kedunia ye…die yang menanggung perot 9 bulan bukan anda. so please respect.

    0

    0
  86. aku says:

    dasar lelaki dayus mcm ni la!! bila dh jumpa perempuan dahi licin terus lupa anak bini kt rumah..ehh romie,satu benda jer aku nk cakap dkt ko,liyana jd mcm 2 bersebab tau. kalau ko x buat perangai xdenya liyana nk jd mcm 2..even ko still husband dia pn ko masih boleh bermain kayu tiga kt blkg dia..aku mmg benci lelaki mcm ni. bila dh ada isteri baru,apa yg bekas isteri buat semuanya nmpk slh..xingat ke dulu liyana 2 pernah tido sekatil dgn ko. ingt yer romie..ALLAH itu maha adil..satu hari nanti ko akan dapat pembalasan yg setimpalnya. kalau liyana buat cerita sekalipun ttp akan nmpk betul sbb dia yg TERANIAYA.

    0

    0
  87. antiPERAMPAS says:

    stopppppppp la laki oii.. kalau dah memang si curang tu, curang la ko…… dan kalau dah memang perampas tu perampas la. nk muntah aku bace text ko yg panjang lebar tu.

    0

    0
  88. aku laaaa says:

    Atas dunia Allah dah buka AIB ko dgn hanez …sbb ko buat perkara yg menimbulkan fitnah…aku tak tahu samada benar ko betul2 berzina/menyundal dgn hanez sblum ko kawen sbb aku takde masa ko buat semua tu…so aku tak tahu..tu hny Allah yg tahu.
    tapi yang aku tahu…ALLAH dah buka AIB ko di dunia lagi…. di akhirat ntah apa lg AIB ko ALLAH buka…masa tu baru ko tahu mana nak letak muka ko…nak menyondol minta ampun pun ALLAH x izin time tu… – benci laki yg tak reti bahasa mcm ko. Mampos lagi baik

    0

    0
  89. rena says:

    Haishhh, sedih betul baca…macam mana laa perasaan adik Liyana…kita tak jumpa anak 1 hari pon macam 100 tahun…Yg lain2 no comment.

    0

    0
  90. Anonymous says:

    Too much info – signs of guilt

    0

    0