Written by Bella | October 14th, 2015

Isteri mana yang tidak mengimpikan seorang suami yang bertanggungjawab serta tetap memberikan kasih sayang kepada mereka dan anak-anak meskipun suaminya sering sibuk dengan kerjayanya.

Membaca kisah pengorbanan Ajak Shiro yang dikongsikan oleh isterinya Afifah menerusi akaun Instagram miliknya membuatkan hati ini tersentuh akan sifat penyayang Ajak yang bukan  sekadar di bibir sahaja.

Menurut Afifah, jika Ajak berada dirumah hampir semua kerja berkaitan urusan rumah tanggn  ingin dilakukannya sendiri seperti memasak, jaga anak dan lain-lain.

Berikut adalah luahan penuh mengenai pengorbanan Ajak :-

Nie citer semalam… Susah nak tengok 2 tangan itu kosong tanpa anak disisi. Sebelum nie semua orang tanya,apa yang paling sweet baba buat..tapi selalu xde jawapan sebab xtahu apa yang sweet tentang baba.setelah diamati dan diteliti,ku sedar segala tentang baba adalah sweet..kalau baba ada di rumah semua urusan anak dia nak buat..mandikan, bagi susu,pakaikan baju,tidurkan dan semua berkaitan rumahtangga.pendek kata,baba tapaw semua kerja2 ibu di rumah.

Bila dia duduk berehat pun dia akan panggil semua untuk peluk dia sambil menonton televisyen,so ibu akan tutup api masak,berhenti basuh pinggan dan lain2 untuk join baba. Bila orang tanya,baba romantik sama macam cerita Isteriku Bukan Tukang Masak tak?jawapannya..baba lebih daripada itu.Romantiknya bukan pada kata2 sangat tetapi sentuhan kasih sayang yang melimpah-ruah…terima kasih Allah kerana ciptakan ku dari rusuk kiri insan penyayang ini.

Apa yang dilakukan oleh Ajak Shiro ini benar-benar melambangkan beliau sebagai seorang suami dan bapa yang mithali. Lelaki seperti ini memang susah hendak di cari zaman sekarang, untung Afifah dapat suami seperti Ajak. Kami doakan rumah tangga anda akan lebih diberkati dan dipenuhi kasih sayang.

33 responses to Romantiknya Bukan Pada Kata-Kata, Tetapi Sentuhan Kasih Sayang – Isteri Kongsi Pengorbanan Ajak Shiro

  1. poooraaahhhh says:

    Syukur.. Tahniah.. Suami yg bagus utk anda. Jodoh pasangan kita rahsia tuhan, tapi kita yg pilih kita yg cari. Jika dapat yg hampeh, kau yg mintak kau yg pilih, tanggunglah jgn bising mengadu. Jgn cakap besar tntng setia, besok pagi kita tak tahu ujian dtg bila kita ditakdir duduk sebelah somebody masa kursus atau dlm LRT. Buku amalan baru di tahun baru Hijrah..

    0

    0
    • zaza says:

      cakap berdasarkan pengalaman ke kak?

      0

      0
      • Anonymous says:

        susah nak jumpa lelaki melayu mcm ni.. untung sgt klau jumpa. pandaai mak ajak didik supaya tak jd lelaki yg bossy. kebanyakkan mak2 ni ajar anak2 laki supaya buli isteri. keje apa langsung tak boleh buat nnti jd dayus kononnyer..

        0

        0
  2. dina says:

    awwww..so sweet…
    mmg mcm dah boleh agak ajak ni jenis loving father hubby gitu.
    this is the best kind of man…

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Ala… tgk gaya dia dlm fear factor masa dgn elfira loy dulu pun mmg dh tau dah… dia ni mmg jenis fatherly and penyayang sgt…

      0

      0
  3. lala says:

    Ajak ni tak hensem mana tapi dia sangat sweet.. suara bercakap pun lembut je..
    lelaki kalau tak hensem tapi perwatakan menarik, sopan, baik, bertanggungjawab ramai perempuan berebut.. tak payah nak act bad boy sangat..

    0

    0
  4. . says:

    Ramai je kot kat luar sana suami yang sayangkan rumahtangga diaorang.Tak payahlah poyo2.macam menunjuk2 pulak.macam suami kau sorang je yang sentiasa tegang.kalau badai melanda nanti jgn meroyan kentut dah berbau busuk.berserdahana sudah.tq jgn riak sngt.

    0

    0
    • One Direction REAL says:

      Dia cuma update status dlm ig dia je. Lepas tu si nara pegi copy & paste dlm blog ni..so salah dia ke kalau semua org tahu? Lu apahal bai..dia selebriti..apa saja yg dia update mesti jadi viral..lu jeles la tu..pegi main jauh2 budak

      0

      0
    • dotdotjilake says:

      nko pahal??
      jeles dgn kebahgiaan org lain?? nko x bahagia ye?
      bila hati sudah hitam, nko ni la orgnya

      0

      0
  5. aku budak kluang says:

    ajak mmg selalu balik kluang…..orgnya mmg low profile n dyorg ckp wife ajak kalau kat sekolah diam jer,x byk ckp dan x sombong..sekarang wife ajak tgh buat master..hope semua berjalan dgn lancar

    0

    0
  6. A guy like him is a rare gem ……. Tks Ajak, kerana tunjukkan pada kami semua masih ada lelaki yg boleh di banggakan mcm kamu. Yr wife is one lucky lady!!!

    0

    0
    • lovelylace says:

      ekceli dah tak rare sangat sekarang, ramai ayah2 dukung baby esp kat food court/restoran sambil diorg makan, wife makan kat depan jaga anak2 yg besar.. hband aku mandikan baby, basuh be*ak, tidurkan baby, bawak keluar shopping / taman, while aku boleh fokus masak.. abg/adik ipar2 pun sama.. bravo guys! macam nilah contoh ayah ketua keluarga..

      0

      0
  7. Ritarudainon says:

    Inilah calun suami yg rita cari2, beetanggungjawab, loving, tk ensem pun tak apa, rita tetap suka,,, abg ajak pinang la rita ya,muah muah muah

    0

    0
  8. anon says:

    Mmg betol. Kasih syg bkn terletak pd kata2 tapi pd perbuatan… Baguslah dpt suami yg baik. Aku pernah jumpa 2 org suami yg baik. Sekali masa mkn kat restoran. Si suami mkn sambil riba anak. Si isteri dah habis mkn tapi duk asek main dgn fon dia. Pd hal blh je pegang anak, biar laki habiskan makanan. Selfish. Yg satu lagi masa atas flight dari UK ke KL. Dari heathrow lagi si suami duk tolak troli anak, sampai ke dlm flight pun si ayah jgk yg duk dokong and 2,3 kali bwk anak gi toilet, pd hal anak dia org baby lagi. Mak budak tu duk je relax… Kene queen control ke ape….Kalau aku, mmg tak percaya kalau suami aku yg jaga baby aku.

    0

    0
    • Beryllbelle says:

      Mungkin isteri dia.xsihat…
      Atau tengah mengandung lagi…
      Seperti saya…
      Jangan suka judge org

      0

      0
    • mamaprincess says:

      To anon:

      Kadang-kadang kita tak boleh nilai semudah tu dengan apa yang kita lihat..macam aku, husband memang jenis yang sangat2 close dgn anak…everything kalau boleh dia nak buat untuk anak kesayangan dia..mandikan, basuh berak, pakai baju, suap makan, ajar anak mengaji…boleh dikatakan semuanya dia cuba nak buat dengan anak..katanya untuk meringankan beban aku..kalau keluar pun memang dia nak handle anak…so jangan sesekali mudah menilai orang lain tanpa kita tau apa kisah rumahtangga mereka…

      0

      0
    • NIA says:

      lagipun tu memang tugas suami..

      0

      0
    • hmmmm says:

      suami saya mcm tu… mmg semua dia nak buat…esp bab anak…sbb suami jarang2 ada masa..so bila time2 mcm tu dia akan buat yg terbaik utk anak… so????? apa msalahnye ye… x nampak motif ko (anon 1.27pm) nk highlite that isue…. mostly yg mcm ni…suami yg jarang2 dpt bersama anak2..maksud saya..kualiti time… all the time.. isteri dh buat..xkan sekali sekala x blh kot…

      0

      0
    • peti sjok says:

      xsalahpun klo husband die nk buat sume tu…mybe die appreciate wife die susah pyh mngandung 9 bulan and sakit bersalin ank2 die .takat dukung bwk ank kejap2 xkn xboley

      0

      0
    • heyhey says:

      “Kalau aku mmg tak percaya kalau suami aku yg jaga baby AKU”
      Kalau takde laki ko takde la baby tu…baby tu bukan baby kau je..baby kau and laki kau..Pastu kalau dgn laki ko pun ko tak boleh nak percaya untuk handle baby kau that means ko sendiri tahu betapa laki ko tu tak cukup bagus utk jaga baby dia sendiri..indirectly pilihan ko teruk.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Aik…isteri da mengandung+lahirkan, so laki dia handle time kat keluar jadi isu ke?

      0

      0
  9. nura says:

    dah kenape ko ni ajak.. cemburu sangat..??

    0

    0
  10. ecehhh says:

    nk bagi 2 jempol……mcm anak ajak tu buat….

    0

    0
    • izzy says:

      kan… comel sgt anak2 dia! family pic tu ohsom sgt!
      ttiba tperasan article ni si annoying bella yg tulis…! pui!!!…

      0

      0
  11. Anonymous says:

    comel n hensem anak2 diorang

    0

    0
  12. aku says:

    ALHAMDULLILAH

    0

    0
  13. yaya says:

    hopefully bile da ade anak nnti suami aku akan ceni..mukenya dan gayenya da ade iras2 ajak dah.hehe..tapi lelaki yang pegang baby ke jaga anak ke tolak stroller ms soping ke memang nampak kemachoan sebenar.itulah ertinye real lelaki

    0

    0
  14. SMN says:

    Haritu mak saya kata Ajak ada datang sekolah dia bagi motivasi pada budak-budak. Mak saya kata Ajak tu bagus, pandai bagi motivasi pada budak-budak dan sopan. Bagus Ajak, teruskan usaha! :)

    0

    0
  15. CANTIK says:

    Tgk ajak tringat kat hubby…dr anak1 smpi 3 dan dr kecil smpi besar dia yg jaga… jarang nak tgk hubby marah klu anak2 buat perangai dan alhamdulillah…anak2 dengar kata & respect sgt2 kat hubby & aku…

    0

    0
  16. Diva divit says:

    Since maharaja lawak lagi memang dah nampak dia ni penyayang. Walaupun tak hensem tapi perangai dia buat dia hensemm. CAIR !!!!

    0

    0
  17. jgn bengap says:

    Jgn bengap sngt.guna nama mcm2.tapi avatar ttp sama.apa motif?kurang kasih sayang ke?minta kat Ajak sikit.

    0

    0