Written by AbangNara | November 10th, 2016

Abang Nara nak main teka-teki dengan anda semua. Boleh tak anda fikirkan, apakah persamaan tiga selebriti di bawah ini?

neelofa

Neelofa yang meruntun jiwa para jejaka dengan renungan matanya

neelofa

Datuk Rizalman yang cukup popular dengan fesyen-fesyen hebatnya

neelofa

Dato’ Aliff Syukri yang popular dengan tagline “Terlajak Laris”

Jadi apakah persamaan ketiga-tiga selebriti yang cukup popular ini? Rasa-rasa dapat teka tak? Cuba fikir betul-betul. Tak dapat? Ok meh sini Abang Nara bagitau. Mereka ini semua adalah usahawan yang berjaya. Neelofa dengan perniagaan tudungnya, Datuk Rizalman dengan empayar fesyennya, dan sudah tentu, Dato’ Aliff Syukri dengan perniagaan kosmetiknya yang terkenal serata Malaysia. Mereka semua adalah anak Melayu yang menjadi sumber inspirasi dan lambang kejayaan di dalam bidang perniagaan. Dan satu lagi persamaan mereka ialah ketiga-tiganya telah pun hadir ke program Daya e-Usahawan 2016 anjuran MDEC pada 8-9 November lalu untuk berkongsi kisah kejayaan mereka.
neelofa

Bertemakan ‘Daya Digital Pemacu Kejayaan’, persidangan Daya e-Usahawan yang telah berlangsung di KLCC Convention Centre ini menyaksikan lebih 3,000 peserta telah hadir untuk mendengar sendiri pengalaman para usahawan selebriti seperti Rizalman, Neelofa serta Dato’ Aliff Syukri, organisasi korporat dan sektor swasta. Selaku seorang yang terlibat di dalam industri perniagaan elektronik ini, Abang Nara pun turut sama hadir ke persidangan ini. Rugi kalau tak pergi sebab kesemua speaker-speaker yang hadir bukan calang-calang orangnya. Banyak ilmu yang boleh dipelajari.

neelofa

Untuk makluman, persidangan e-Usahawan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak. Ternyata beliau mengenalpasti kepentingan perniagaan dalam talian dan kehadirannya pasti akan membakar semangat kesemua peserta yang hadir ke persidangan ini. Secara jujur, Abang Nara sendiri kagum melihat kejituan semangat 3,000 usahawan atas talian yang hadir ketika melangkah masuk ke dewan persidangan. Memang lain macam aura mereka. Semuanya begitu tekun mengambil nota, bertanya soalan dan berkongsi pengalaman serta tips-tips sepanjang menjadi e-usahawan.

neelofa

tue dia penuh kerusi dengan para peserta yang bersemangat jitu

Ketika Abang Nara sampai, di atas pentas, Dato’ Aliff Syukri iaitu pengasas syarikat D’ Herbs sedang berkongsi kisah kejayaan syarikatnya dari mula sehinggalah ke hari ini bersama para peserta. Serius menarik sangat kisah beliau. Bukan senang nak senang ini. Awal-awal loan kena tolak, orang tak percaya, dipandang lekeh dan macam-macam lagilah. Namun semua itu dianggap sebagai ujian dan cabaran oleh Dato’ Aliff Syukri. Segala kesukaran ini mendorong beliau untuk berjaya agar dapat membuktikan betapa silapnya tanggapan orang lain. Dan hari ini, seperti yang kita semua ketahui, Dato’ Aliff Syukri dan syarikat D’Herbs memang cukup terkenal seantero Malaysia.

neelofa

serius Abang Nara terus rasa bersemangat waja selepas mendengar perkongsian Dato’ Aliff Syukri

Abang Nara juga sempat berborak-borak dengan penganjur persidangan Daya e-Usahawan ini iaitu pihak MDEC. Menurut mereka, sebanyak 45,000 rakyat Malaysia yang kebanyakan adalah bumiputera telah mendaftar menerusi program e-usahawan ini. Namun untuk persidangan tahun ini, hanya 3,000 peserta sahaja yang telah dijemput hadir. Memang cukup bertuah 3,000 yang terpilih ini. Selain persidangan Daya e-Usahawan yang merupakan acara tahunan, MDEC juga secara berterusan memberikan kursus, latihan praktikal dan pemantauan berterusan sepanjang tahun bagi meningkatkan bakat dan kreativiti peserta sebagai usahawan, sekali gus membantu meningkatkan peluang pekerjaan serta bidang keusahawanan tempatan.

neelofa

sidang media Daya e-Usahawan oleh pihak MDEC

Secara jujur, Abang Nara hanya sempat menghadiri satu sesi perkongsian sahaja untuk persidangan Daya e-Usahawan 2016 kali ini. Dan memang terasa rugi sangat-sangat kerana tidak hadir sepenuhnya. Banyak sangat tips-tips berguna, ilmu-ilmu dan juga kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran untuk Abang Nara dan para peserta memperbaiki perniagaan atas talian masing-masing. Insya Allah tahun depan Abang Nara nak jadi orang pertama register dan dijemput untuk ke persidangan ini. Nak duduk barisan depan sekali agar dapat serap segala ilmu yang akan diajar.

neelofa

sempat Abang Nara bergambar dengan pembaca BeautifulNara yang mengenali diri ini

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program e-Usahawan anjuran MDEC ini, bolehlah ke laman web www.mdec.my dan juga LIKE Facebook My MDEC . Kalau anda memang dah ada perniagaan online, memang ini satu langkah yang sangat bagus untuk memajukan lagi perniagaan anda. Kalau baru nak bercita-cita untuk mula berniaga pun tak apa. Insya Allah pihak MDEC akan bantu anda dari mula. Sama-samalah kita majukan diri sendiri dan cuba untuk berjaya. Sekali kita tak berusaha, bila kita nak berjaya kan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Rizalman, Neelofa & Aliff Syukri, Apakah Satu Persamaan Mereka?

  1. Anonymous says:

    lembut?

    8

    0
  2. Anonymous says:

    Ak cam rimas ngn peniaga2 on9 tudung wanita. Makeup berkodi kodi ala pengantin gtu. Lps tu pose semua typically sama. Mesti pgg bahu pastu pdg bawah. Or jalan sederet smbil kain terbang2.. Tu yg pling ak rimas..omgg makeupppp teballl

    12

    0
  3. Anonymous says:

    islam

    5

    0
  4. Anonymous says:

    Among these three..Rizalman has gained my repsect, but not the other two clowns. Terlajak laris cakap berbelit2..sejarah mcm mana dia JD successful pun asyik bertukar each time interview. Brg make up dia mosty beli secara bulk from Korea/China and lepas Tu letak brand DHerbs. As if org x tau. And cara dia treat the exotic cat Tu mmg inhumane and tunjuk sgt dia Ni uneducated. Kalau mampu beli cat exotic mahal tu kenapa x mampu nk hire trainer Ata build and enclosure for the cat to live and roam comfortably?

    Neelofa? Until now kilang tudung x tau Kat mana? Sama shj, beli bnyk2, ubah design sikit, letak bling2, letak brand nama dia and terus patent. Dia dh serbu ke kilang tudung kt Vietnam?

    D. Rizalman has my admiration. Authentic and his work is amazing and original. Semua yg dia design adalah hasil creativity dia. And paling penting dia bukan org yg sombong atau suka menunjuk. He has my respect.

    11

    0
    • Yg curiga says:

      Kan..neelofa tu spai arini xtau mn kilang die..cm fareeda dlu die tnjuk gk cmne staf die jht tdg,cane die plh kain,cane die ltk beads kt tdg..yg ni tau2 je da siap..rsenye dlu dlm selebriti bizz pn die xtnjuk kilang die,tnjuk kt butik je..nmpk sgt kilang die kt vietnam

      4

      0
  5. adudu says:

    usahawan

    5

    0
  6. tuan says:

    salah tue Nara, persamaan mereka adalah exploitasi kaum hawa @ wanita secara berlebihan & agama bkn pada tempatnya sewajarnya

    5

    1
  7. melati says:

    Rizalman & Dato Aliff tu usahawan lah…….yg Neelofa tu??…propa jew terus boleh jadi usahawan…ponin2..!!….contoh..” Dato Aliff bukan berkerja dgn ASTRO & Rizalman juga….tapi Neelofa kerja dgn ASTRO..!!!…hahahaha…, kalau Usahawan takder nya masa nk bekerja dgn ASTRO kecuali Taja Rancangan ASTRO baru lew org percaya..!!! sepatutntya Neelofa ni di Anugerah Usahawan paling Kelakar tahun 2016 @ Usahawan air liur……wakakakakaakakaaaa…

    2

    2
  8. Bolradhabol says:

    I salah sorang yg pakai tudung neelofa. Dan penah pakai yg vietnam punya. Mmg jauh beza dari segi kualiti. Tudung neelofa sgt bkualiti rupanya. Mmg best pakai. Smlm dekat mdec baru tau dia elsport tudung dia ke 24 buah negara beb. So no wonder 30 juta hasil jual tudung. Salute.
    Bukanla pminat dia tp salah 1 faktor dia bjaya sbb pandai ambik peluang. Gunakan media sosial utk tudung dia. Syabas

    1

    2
  9. Mak Becok says:

    Makin MELUAT aku si pompuan ni! Tergedik2 sini sana; pakai tudung tayang lurah nenen dia kemudian tayang paha pula! Lepas tu dok beromen ngan boypren dia kat TV! Berlagak lebih sbb dia ingat dia kaya! Kalau dah Hajjah buat cara Hajjah oi!

    2

    1
  10. Mak Becok says:

    Yg. si lembik pula; tak habis2 kutuk K’jaan?! Haritu hina M* Kedah sbb botak hodoh yg. dipecat tu – tengoklah ko; tak taja; Kedah juara oi! Kelakaqnya! Aku memang benci geng2 Melayu bongkak mcm. ni – bila dah kaya, lupa usul asal!

    21

    0
  11. abang says:

    mereka ada sedikit persamaan, lopak wanita tulen, rijalman dan alip wanita belum siap. tu je. ok bai.

    0

    0