Written by AbangNara | June 17th, 2012

Bermula 22 Mei lalu, selama 2 minggu, Rita Rudaini telah pun mengerjakan umrah. Rita tidak keseorangan sebaliknya ditemani anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 4 tahun dan ibunya, Basariah Ibrahim. Walaupun ada yang menganggap pemergian Rita tanpa kebenaran suami bakal membawa bala kepada dirinya, ternyata Rita dapat mencari kedamaian di hati sepanjang berada di Tanah Suci.

rita umrah

Antara peristiwa menarik yang telah Rita kongsikan kepada pembacanya menerusi BiPop hari ini ialah bagaimana anak lelakinya, Rayyan, tidak membuat kerenah langsung sepanjang berada di sana. Malah ketika berada di Masjidil Haram, Rita dapat membawa kereta sorong bayi walaupun sebenarnya perkara tersebut tidak dibenarkan. Namun Abang Nara paling tertarik dengan kisah Rita berjaya menyentuh Kaabah.

Pada awal pagi itu, selepas melakukan tawaf dan solat sunat, hati saya juga meronta-ronta mahu menyentuh Kaabah sambil berdoa. Tapi, orang terlalu ramai, agak mustahil saya dapat menyentuhnya. Saya tekad, apa jadi sekalipun saya berusaha mahu menyentuh Kaabah. Saya menyusup di celah orang ramai sambil mendukung Rayyan. Syukur, Tuhan juga perkenankan doa saya. Walaupun terpaksa berhimpit dan bersesak-sesak, saya dan Rayyan akhirnya berjaya menyentuh Kaabah dan berdoa. Berjuraian air mata saya, kalau melihatkan umat Islam yang terlalu ramai, mungkin saya tidak berjaya nak sentuh Kaabah, tapi kuasa Tuhan, perkara yang kita fikir mustahil pun boleh dilaksanakan dengan kuasa-Nya.

Menarik kan cerita daripada Rita Rudaini nie? Abang Nara rasa ramai pembaca BeautifulNara yang telah mengerjakan umrah atau haji mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Kalau sudi, sharekanlah di ruangan komen. 3 lagi gambar Rita Rudaini ketika mengerjakan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

rita umrahrita umrahrita umrah

Baca Yang Ini Pulak:-


111 responses to Rita Rudaini Dapat Sentuh Kaabah Ketika Kerjakan Umrah

  1. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 166
  2. hijau says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 108
    • benci lofa says:

      Tanyalah suami dia bagi nafkah anak ke tak, tanya dia mintak izin ke tak bakpeee!

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 133 Thumb down 5
      • anti aidil says:

        btul tu… klu tanggungjawab xde.. xpyh la nk minta dah.. lalang.. kejap nak cerai kejap xnak..

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 75 Thumb down 3
      • ctfza says:

        Hidden due to low comment rating. Click here to see.

        Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 30
      • Anonymous says:

        ctfza, mana kau tau dia x dpt izin?

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 2
      • Anonymous says:

        CTFZA; ko ni manusia buat cara manusia.. Allah yg Maha Mengetahui. Kalo Allah boleh mengampunkan dia dan memberi keizinan kepada Rita dan Airit menjadi tetamu Dia menjejakkan kaki di sana, sehat walafiat boleh beribadat kepadaNya, ko plak takyah laa nak bersangka buruk pada mereka. Takyah nak was2 pada ibadat org lain. Cermin diri sndiri dulu. Malu laa sket pada Allah…

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 2
      • ctfza says:

        memang saya tak tahu dia dapat izin atau tak..sekiranya ada keizinan Alhamdulillah.. saya bukan berniat menuduh.. hukum agama tetap hukum agama..matlamat tak menghalalkan cara. saya cuma nak menegur emosi kita yang beri komen disini.. isu keizinan suami dan isu nafkah tu isu yang berbeza.

        Hot debate. What do you think? Thumb up 7 Thumb down 16
      • Anonymous says:

        izin suami pun ade syaratnyer..bukan main bedal jer ikut ckp suami walaupun yg bertentangan dgn ajaran Islam.. Kesimpulan, takyah nk komen psal izin..di sini, ceritanya pasal rita menunaikan umrah…jadi kalo xnak tolong gembira dan bersyukur kerana dia berkesempatan menjadi tetamu Allah, duduk diam2 sudah…simpan jer komen2 pandangan sndiri yg boleh mendatangkan sangkaan buruk bila org lain baca….

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 28 Thumb down 2
    • wannadiatulakma says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 40
      • Anonymous says:

        kalo die pergi umrah, Allah x menghukum die kat sana…kita manusia biasa tak payah nak bersangka buruk kat manusia lain…pastu nak lelebeh menghukum pulak. Malu laa sket kat Allah…hang sapa nak bising2? booooo~~

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 53 Thumb down 2
      • kukukakiku says:

        wannadiatulakma…nk bagitau ni..isteri wajib sujud & hormat pada suami yang betol2 ‘suami’ mkne nye yg tau tanggungjawab pd anak isteri..xkn la kalau suami suruh isteri buka aurat dpn org pastu siap wat tarian tiang bagai, isteri wajib ikut sdgkan dalam Islam bende 2 salah…Islam x kn menzalimi kaum yg lemah.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 50 Thumb down 1
      • MANAGER KFC says:

        wannadiatulakma seorg isteri yg taat.. suami dia x bg nafkah kt dia pun xpe.. suami dia suruh dia buat sesuatu yg bercanggah dgn islam pn xpe katanya.. igt wannadiatulakma.. anak anda juga bakal punye suami suatu hari nnti..

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 28 Thumb down 1
      • pizza says:

        Isteri wajib taat pada suami yang taat pd perintah ALLAH. Suami yang berfungsi sebagai suami sebenar, memberi nafkah zahir dan batin secukupnya.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 33 Thumb down 2
      • Anonymous says:

        ko jgn ckp KALAU tuhan suruh manusia sembah manusia, manusia ialah suami, Kalau mainan setan. dan xde istilah manusia sembah manusia, ko ingat hindu? nak kene sembah2 suami. btw, mana yg ko tau dia x dpt izin ni???

        Hot debate. What do you think? Thumb up 14 Thumb down 7
  3. lis says:

    syukur alhamdulillah.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 42 Thumb down 0
  4. momonja says:

    subhanaALLAH….. ALLAH lebih mengetahui.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 44 Thumb down 0
  5. siti hajar says:

    ketika saya mngerjakan umrah wat ptama kali, cuaca sgt panas, suhu rasanya 48 degree, slps selesai tawaf, saya mngerjakn solat sunat tawaf, dahaga sgt rasanya waktu itu, nak bjalan amik air zam2 jauh sgt…dalam hati berkata, kalaulah aku dapat minum steguk air zam2 bagi mnghilangkan rasa dahaga ni, alangkah nikmatnya..tetiba bahu saya dicuit seorg kanak2 lelaki berusia mngkin dalam lingkungan 5tahun, lalu beliau mnghulurkan saya secawan air zam2, Subhanallah, rasa nak menitik airmata saya dan pnjtkan rasa syukurke hadrat Ilahi..sesungguhnya, sekiranya kita berniat baik, maka baiklah yg kita dapat, tapi jika kita berkeluh kesah ketika dsana, Allah akan mberikan ujian yg Maha Berat…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 187 Thumb down 2
    • saya says:

      lain plak dgn cerita sy. sy mmg teringin sgt nk pegang kaabah. lagi2 nk ada dalam hijir ismail. tp tgk ramai sgt orang, rasanya sgt mustahil. tp dalam hati tetap berdoa supaya Allah permudahkan urusan sy utk mengucup kaabah. mmg payah utk menyusup masuk smpi di depan kaabah sbb orang lain tgh tawaf, tbe2 sy rasa sy didorong smpai dpn pintu kaabah. dan sorang lelaki lindung sy di belakang sy masa sy tgh kucup kaabah. saat tu hny airmata yg menggambarkan segalany. dan kt sane jgk la sy bnyk blaja ttg hati.. pakcik sy pesan “kalau nampak org yg kudung tgn, tkde kaki or cacat ke, jgn sikit pon dlm hati mengata kat die. kalau nampak, trus pandang tmpt lain sbb tmpt ni doa mustajab. kau kata orang, ada balasanny”. dan alhamdulillah, balik msia smpila skrg bile nmpk OKU, sy trus pndg tmpt lain. klau dulu, nmpk org2 cmtu, msti pandang semacam je. . mmg teringin sgt nk pegi sane lagi2 utk berada dlm masjidil haram dan Raudhah~tempat ketenangan yg hakiki :)

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 80 Thumb down 1
      • Lols says:

        Alhamdulillah ko dah berubah… Pelik jugak knp dulu ko pandang semcm kat org OKU… Drg tu bukan manusia ke?

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 33 Thumb down 2
      • Kurus says:

        kalu nk cerita kt sini.. panjang..
        tp cukup lah kalu i share.. bgmana di keliling kaabah itu wallahualam..ada juga makhluk Allah yg lain tengah bertawaf n beribadat.
        apa yg terjadi pada saya ialah..(masa kt situ saya tk sedar sebab sibuk beribadat.. tp menyedarinya bila sudah balik selama 2 minggu)
        bila masuk hijr Ismail bg kali kedua… sy dapati di hadapan saya seperti ada ‘lorong’ yg panjang.. lebar lebih kurang 4-5 kaki.. saya jalan n tengok org2 kt kiri saya sedang sujud..(macam diatur) di kanan pula kaki2 org sedang solat juga…saya lalu je n berhenti bila orang begitu ramai kt depan saya. saya tengok org ramai bertolak2 dan berdesak2 kt keliling kecuali lorong tersebut.. saya dongak ke atas.. subhanallah.. pancuran emas..rupa2nya saya berada di tengah2 betul2 hadapan kaabah.. tergamam saya seketika.. lalu cepat2 berdoa, solat n berdoa lagi.. sya jeling pengawal kt pintu hijr tempat saya masuk.. dia tengok je.. tk suruh keluar..
        sementara tu saya tengok orng kt pintu tetap berdesak2 dan berpusu2 masuk.. tp terus berebut2 masuk ke belakang..
        tp tidak ke arah saya..

        lepas selesai.. saya keluar n menangis kerana dapat berada di bawah pancuran tersebut..
        masa tu.. saya tk perasan.. tk terfikir langsung..
        bila balik n menceritakan pada mrka yg lebih arif..
        mrka tanya.. ada tk pita penghalang ke.. pengawal2 berdiri menjaga ‘lorong’ tersebut ke.. saya kata tidak..ya Rabb..
        mereka berkata.. bagi org2 lain yg ada kt situ.. lorong yg saya lalui itu mungkin nampak ‘penuh’ atau ‘sesak’… sedangkan ianya luas terbentang.. (boleh masuk 20 org solat kt situ).. mungkinkah kt situ adalah tempat makhluk Allah yg lain beribadat? Wallahualam.. bisawab

        oh yah.. seperkara lagi.. semasa di tengah prjalanan hendak pergi ke hijr Ismail tersebut.. saya tidak dapat membelok ke tepi kerana halangan org2 Arab begitu ramai dengan besar n tingginya mereka itu.. sehingga amat mustahil hendak ‘menembusi’ mereka.. kata hati saya.. oh kalu begini.. trpaksa ‘pusing’ sekali lagi.. tiba2..”HIJR ISMAIL???” kata seorang perempuan Arab (baju ala2 Iran)..entah dari mana datangnya saya terkejut.. saya mengangguk.. dia pun bertempik kt lelaki2 gergasi arab tu.. lalu mrka semua berhenti.. n memberi saya jalan.. alhamdulillah.. kami pun menghilir di ‘tebing’ hijr Ismail.. hingga sampai ke pintu…prmpuan tu tersenyum je.. saya tk tahu ke mana dia lepas tu.. saya rasa dia masuk juga.. tp entahlah.. org ramai.. kte tk perasan..

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 67 Thumb down 4
      • Anonymous says:

        aku x faham dgn manusia2 yg dislike cerita2 korang ni. apa motif korg dislike eh?

        Hot debate. What do you think? Thumb up 13 Thumb down 5
      • Kak Su says:

        Tulah pasal…cerita pengalaman di Tanah Suci pun ada org tak suka dengar..dislike tak bertempat….mungkin dia tak seagama dgn kita…

        Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
      • saya says:

        lols: aku bukan manusia yg sempurna. aku buat silap, and aku blaja dr kesilapan aku. mmg dorang manusia sama cm aku, cuma dorang lain drpd yg lain, tu yg aku pndg. as i said, skrg aku x buat cmtu lg dah. btw, agk panas la ngn comment kau.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Kurus says:

      seriously Kak Su mrka yg dislike tu TIDAK dari org bukan Islam..
      mrka adalah dari golongan yang FASIK..
      semoga mereka diberi petunjuk dari kebongkakan dan kesombongan mrka

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  6. miss s says:

    Cemburu kwrana tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke sana. Moga rita menemui ketenangan.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 54 Thumb down 0
  7. benci lofa says:

    Rita ni tak makeup pun sama je… lawa! cite Ameera kat tv3 yg dia belakon tu best gile! Huhu

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 74 Thumb down 1
  8. cik polaris says:

    ~Duhai PEMBACA.. jgn la mencaci mengata sesuka hati…
    sebenarnya apabila kita mendengar penglaman seseorang ia akan menjadi penguat semangat untuk ke sanaaa.
    honestly, bile baca yg Rita bersungguh untuk menyentuh kaabah saya nangis..
    terfikir sejenak… bilakah giliran saya ke sana :(

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 103 Thumb down 0
  9. saya says:

    Dia pergi ke tempat yang baik…dapat izin ke x,kita xperlu pertikaikan…bukan hal kita..yang diluar sana plak,betul ke semua benda dapat izin dari suami?… hal rumah tangga orang sibuk bukan main,sibuk pasal org dapat izin ke x..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 91 Thumb down 1
    • Anonymous says:

      setuju… Allah Maha Mengetahui. Kat sana semua dpt cash jer…Kalau Allah tidak menghukum dia sesaat dia menjejakkan kaki di sana, dan Allah mengizinkan dia menunaikan umrah, kita yg sesama manusia ni siapa nak musykil dan bertanya soalan2 pasal izin ke tak? sengal betul yg bertanya tu. Esok2 kalo ko dpt izin suami pergi sana, tapi kalo smpai sana ko dpt balasan Allah jugak…baru ko tau nak jaga mulut tu agaknya!~

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 33 Thumb down 0
  10. lolipop says:

    i love u rita! apa pn yg dengki kata… jz ignore jer ok… cayok2!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 32 Thumb down 1
  11. erinzany says:

    semoga rita bahagia dan tabah selalu ….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 1
  12. saya syg mak abah says:

    kak rita…alhamdulillah…teruskan perjuangan anda sebagai seorang ibu dan bapa kepada anak2 akak yang sangat comel tu…pedulikan kata2 orang yang mempertikaikan pemergian akak ke rumah ALLAH ini..sesungguhnya ALLAH sahaja yang berhak menentukan baik buruk seseorang,,,bukanlah sesama manusia yang layak menghukumi sesama mereka,,,saya membesar dgn drama2 lakonan akak,,,saya harap akak sentiasa berjaya dalam menempuhi kehidupan seharian akak…saya sentiasa ikhlas mendoakan kejayaan akak…mudah-mudahan berkat akak menziarahi umah ALLAH ini, akak akan diberikan peluang utk mendambakan diri akak 100% kepada ALLAH s.w.t…insyaalllah…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 1
  13. embok ketum says:

    Bilalah aku nk jejakkan kaki ke sana….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 27 Thumb down 0
  14. Ida says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 19
    • anonymous says:

      mana ada ikut hukum tak boleh sentuh kaabah selepas selesai tawaf.. yang tak boleh sentuh kaabah hanya semasa dalam ihram dan waktu sedang tawaf.. kalo lepas tawaf takpe..pengalaman saya waktu mengerjakan umrah tahun lepas, memang bau wangi kaabah seperti melambai2 memanggil saya untuk menyentuh kaabah dan kucup Hajarul Aswad, doa banyak2 dalam hati, Allah Maha Mendengar, walaupun berasak-asak macam Rita citer tu, tapi Allah pasti memudahkan hajat hambaNya, akhirnya saya dapat kucup Hajarul Aswad selepas ditarik seorang lelaki arab..maybe sebab dia kesian tengok saya yang paling kecik sekali antara ramai-ramai tu.. Alhamdulillah..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 56 Thumb down 0
      • Anonymous says:

        dia buat hukum sendiri, ada je yg x kena. cuba bwk belajar dulu sebelum ckp.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  15. KACAKNYA ANAK LELAKI RITA..BESAR NNT MESTI ENSEM CAM BAPAK DIE…
    UNTUNGLAH RAYYAN KECIK2 DAPAT GI MEKAH…AKU NI DR FAMILY YG SUSAH TIME AKU KECIK2 DULU…EVEN SKANG DAH AGAK SENANG JUGAK PON KURANG BEKEMAMPUAN NAK GI SANA..HAJAT AKU NAK BAWAK MAK AYAH AKU GI SANA DULU..NTHEN BARU AKU…AKU HARAP SGT PAS AKU ABES WAT DEGREE PASTU KEJE KUMPUL DUIT NAK ANTA DORANG DULU…
    BKN PE NAK BALAS JASA MAK AYAH AKU YG MBESARKAN AKU SMP PANDAI DAH SKANG DOK NGADAP LAPTOP NIE HAAA…SIAP PANDAI BAGI KOMEN LAGI NIE…HAHA…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 73 Thumb down 0
    • APEK TUA says:

      ~~aku pn nak bwk umi ngan abah aku tp aku ni dok nganggur je.ssh tol cari keje skang ni.
      cm ner nk bwk umi abah gi sane,klu leh ni da keje
      lm dh aku kmpul duit.tu la kecik2 xnak menabong!!
      skang tgk org gi sn tingin lak nk gi.
      haiiishhh! sabor je la.ade rezki smp la aku kt sne ngan umi abah aku weyyyhhhhhh~~

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 2
      • Anonymous says:

        maaf la, aku nk bertanya, kenapa kau menganggur? indon naik tongkang dtg malaysia pun ada kerja, bangla yg hanya tau ckp hijau kuning pun ada kerja. kenapa memilih kerja?

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 26 Thumb down 3
      • feez says:

        pengalaman aku interview org. dah berpuluh2 aku interview. mostly, semua takut nak jawab, english mmg hancur, tu takpe lagi la..pastu resume tu tolong la tulis betul2. ni tulis disadvantage dlm resume ; stubborn. aku tak paham la…mana ade org tulis disadvantage dlm resume dik oiiiiii….dan satu lagi, kita tak boleh memilih kerjaya, dan mesti tahu menilai diri sendiri. ni tidak, pangkat spm, kerja 2 bulan berenti, 3 bulan berenti, jump2 setahun 2 3 kali pindah, ade hati nak mintak gaji budak degree….so paham2 lah ye!

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 1
      • APEK TUA says:

        ~~anon..
        aku amik kos education so mmg tak relate lgsung la klu nk keje ngan bank ke,ape2 je private company,sbnrny lam aku dok tgu penempatan aku ngajo aku keje mcm2,aku da interview tp xdak tmpt lg unt aku,aku tpakse tgu 2,3 bln lg unt aku posting kat sekolah mane2.aku xkesah pon nk cmpk aku sbh srwk jnji aku dpt ngajo.penat la aku study 4 taun kat u untk jd cikgu,tibe2 dok keje kontrak umah.bile taunnye aku nak gi mekah.bkn aku ckp keje yg x setaraf ngn kelayakan aku,aku milih sgt tp aku btl2 dh besedia nk jd ckgu mslhnye aku kna tgu,smbil tgu mcm2 dh aku keje.keje kat cc umi aku la,kat pasaraya la.cikgu sandaran la..aduh penat nk kejo cita2

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
      • edu pe yg ang amik apek?
        sabar la weii ang ingt grad terus posting unt mngajar ke…kena tgk education ape yg ang amik….kalau pendidikan awal kanak2 mmg lambat la skit..wat la master pstu phd jd lecturer..
        hah pastu ang pergi la mekah 10 x pon xpa kalau ang bekemampuan dah….jgn la merungut keje x besangkutan dgn kos ang sekarang ni..ada ja kawan aku amik law kat uia lg tu weii tapi dok wat bisnes online la, ang rasa dia law ngn bisnes sama x??lain kan cabang yg bebeza sgt…
        so sabar la ang pon bukan senang nak posting guru kalau kos ang pon open market…kalau TESL ke math ke,bm ke kh ke,sastera ke mmg mudah la sikit…sabaq laa naaaa

        Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
      • Anonymous says:

        laaa apek tua, tu bkn nganggur, tu menunggu penempatan nak mengajar, tp kan instead ko menunggu, ape kata ko buat part time ajar tuisyen ke, ade tambah pengalaman. aku bukan suruh ko keje kontrak, aku bg perumpamaan, sedangkan indon naik tongkang pun bleh cr keje kat malaysia ni, cane la anak malaysia seniri susah cari keje kat negara seniri.

        feez, aku setuju ngan ko, bab english tu penting, tp ramai yg buat x kisah, resume pun sama, langsung x presentable..

        Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  16. Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 26
    • ..dan aku smbg ayt ko..

      …dan aku arap sgt pintu ht die tbukak la nk bepakain cam ni..elok tetutup..
      kan manis cm nie..confirm aidil rs segan n akn btanggungjwb..kui3

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 29 Thumb down 1
  17. melayu3gp says:

    Alhamdulliah

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  18. Emma says:

    Alhamdulillah..sy pun bru blik dr Mekah.wat umrah n honeymoon skali..sama mcm kak rita,wlaupun terdapat lautan manusia kat dataran Kaabah,tp masih dipermudahkan Allah s.w.t tuk sy dan suami mengucup hajaratul aswad dan bersolat di dlm Hijir Ismail:-)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 0
  19. triple j says:

    Mungkin ada haterz yg cuba memburukkan rita dgn bandingkan dgn suhaila isteri jimmy shanley yg juga sama tunaikan umrah tanpa izin suami.

    Tapi bezanya adalah suhaila adalah isteri nusyuz yg derhaka pd suami,minum arak,judi dan mcm2 dosa.manakala rita adalah isteri yg baik pd suami n anak2 tp dpt suami dayus yg lari drp rumah,buruk siku ambil gelang balik dan ungkit kos hospital wife yg mengandung. Besar bezanya tu.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 42 Thumb down 2
    • fiss says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 25
  20. come on lah says:

    pengalaman terindah bg kak rita… bestnyer dgr pangalaman die :)
    pedulikan kata2 org kak rita janji niat kita kerana Allah Taala insyaAllah akan selamat ke mana jua pun pergi. Allah Almighty..

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  21. fahnees says:

    Rezeki dia Allah dah jemput ke tanah suci…makna nya izin suami dot dot dot

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  22. manusia biasa says:

    1. makin sebijik sejebon muka Rayyan ngan ayah dia. harap rayyan membesar dengan baik yek. boleh jaga ibu ngan adik! kalau boleh bawa ayah balik jaga Rayyan sekali. Amin!

    2. perasaan yang pelik menyelinap di sanubari lepas baca pasal ni. hmmm, tak sabar nak rasai nikmat berada di hadapan Kaabah.! InsyaAllah

    3. Semoga Rita tabah, berubah dan terus menutup aurat. Untuk diri sendiri jugak.. sama2 lah kita.

    4. BN takyah la highlight pasal sape2 yg cakap pasal izin tak izin ni. Niat yang baik, tempat yang baik, berserta ibu dan anak takpe. Lagipun mesti Aidil tau dah. Aidil sepatutnya ikut sama…… :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 40 Thumb down 0
    • mcm wat note je ko punyer komen ni…1,2,3,4…wat la list smp 1000 kalau leh…
      ko student ke ape ni! tau la skang musim exam kat ipta..hahahahaha gurau jer mak jah jgn maki hamun komen aku lak kehkehkehkeh

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
      • manusia biasa says:

        hehehe… saje bagi nampak tersusun.
        no heart feeling. :)

        Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  23. saya says:

    saya nak pegi jugak maakah,semoga ALLAH mengizinkan…amin ‘:(

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  24. hei says:

    sykur….rita orgny bertudug ctik benar..soal laki tu tak paya fikirkn,selama ini rita cari duit pun sendiri.buat apa ada laki mcm sytan tak fikir tangung jawab sebgai ayah! rita jgn susah insyalah allah akan beri terbaik buat anak dan rita kita lihat saja apa balasan terhadap umat yg tdk tangug jawab dan zalim.byk udah kita lihat mcm2 azab yg allah turukan pd umat tdkkah kita takut apa akan terjadi suatu saat akan d tya amanahny pda umat.semoga allah beri kita rahmat dunia dan akhirat amin.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  25. Mama Aisyah says:

    Alhamdulillah, bru 2 hr blk dr tanah suci.. sekadar berkongsi, setiap umat islam yg diberi rezki ke sana sbnrnya atas jemputan Allah.. xde sesiapa pun yg ke sana dgn niat yg xbaik.. kita doakanlah rita supaya rmhtgganya dipelihara oleh Allah.. bg yg blm pernah pegi berdoalah semoga Allah menjemput kita utk menjadi tetamuNya.. keraplah menyebut lafaz talbiyah (labbaikallahhumma labbaik). semoga Allah mendengar. rayuan kita..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  26. to rita says:

    bagus rita awk ke mekah,tp satu je la yang sy kurg dgn awk ni..bila diinterview,mesti awk mention negative comment je about u yang peminat beri,padahal sy tgk berlambak comment yang positive,nasihat,kata2 semangat yang peminat bg kat awk..a few je yang give negative comment,tu pon akan dibekap oleh peminat awk..klu x nak ckap thanks pon,at least appreciate la skit..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 5 Thumb down 10
  27. Baiduri says:

    Nak jugak pergi satu hari nanti…insyaAllah

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  28. viva sakura says:

    hensemnya anak rita. sebijik muka ayahnya. rita pun sgt2 lawa…suka lakonan dia dalam ameera. tak nampak mcm umur betul dia..padan je ngn syamsul tuh.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  29. Pemerhati says:

    pergi tanpa izin suami? kompom ke?

    apsal ko kate “Walaupun ada yang menganggap pemergian Rita tanpa kebenaran suami”? and rita lak kate dalam Harian Metro yg Aidil tahu die gi sana (izin atau tidak tu tak bagitau)? and kenapa blog ni je yg ade cakap pasal ‘tanpa kebenaran’?

    so ini la keje blog sensasi ek? mengadakan kontroversi yg mungkin tak ada.. awak tu pun dah berkeluarga, ingat2 lah..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 1
  30. Ustazah Bashiroh says:

    Bukan senang nak sentuh Kaabah, kecuali senang kalau sentuh gambar Kaabah. Tapi, harap2 tutuplah aurat ya lepas ni.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  31. [...] Bermula 22 Mei lalu, selama 2 minggu, Rita Rudaini telah pun mengerjakan umrah. Rita tidak keseorangan sebaliknya ditemani anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 4 tahun dan ibunya, Basariah Ibrahim. Walaupun ada yang menganggap pemergian Rita tanpa kebenaran suami bakal membawa … Continue reading → [...]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  32. Afryna says:

    soalan:
    bukan ke klau suami perangai cam @#$%^, isteri leh mintak cerai taklik?
    then, setakat nk pergi ke tanah suci, perlu ke mintak izin suami yg perangai cam @#$%^ tu??
    p/s: semoge rita tutup aurat lepas ni.. amin

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  33. BATU NESAN,BILIK MAYAT DAN RUMAH MAYAT ADALAH 'KOMENTAR' YANG SAMA says:

    ASSALAMUALAIKUM

    DEWASA INI TERLALU RAMAI YANG MENJADI PENGKRITIK BEBAS YANG MANA AMAL IBADAT ORANG LAIN HEBAT DIPERTIKAI. ITU URUSAN DIA DENGAN ALLAH. JANGAN JADI BATU API MELAGA – LAGAKAN ORANG LAIN WAIMA PENGKRITIK MAHUPUN EMPUNYA BLOG SERTA AKU SENDIRI…MAAF…AKU HANYA INGIN MENGAJAK KE ARAH KEBAIKAN…BUKAN KEHANCURAN…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 1
  34. OBSERVER says:

    first time tengok kaabah depan mata, berjurai air mata, menangis teresak- esak… rasa diri ni terlalu hina nak berdiri depan kaabah… diri ni dah banyak sangat dosa….saya faham perasaan rita rudaini… tapi bila berada di tanah suci, aman je rasa… tak rasa kacau bilau langsung… boleh rasa yang Alllah mendengar segala rintihan, doa kita…

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  35. gurl says:

    Alhamdulillah…. TUHAN permudahkan segala2 urusan rita di sana….. semoga saya juga dpt ikut jejak kaki d tanah suci mekah.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  36. No One says:

    alhamdulillah…sweet rita bertudung…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  37. HjhMuda says:

    alhamdulillah sya da buat haji seawal usia 13 tahun..di usia 13 tahun, saya thu mekah adalah tanah haram yang mulia bagi umt islam tpi sya m’berontak pada dasarnya, knapa hadiah upsr sya adlh mnnaikan haji dan bukannye mlncg ke disneyland etc..tp apbla sya tibe di mekah dan madinah, jujur sya ktakan sya amat mcintai mekah dan madinah..sya rse ktngan dan kseronokan y x mungkin sya dpt di mane2 waima di disneyland..dan impian sya utk ke disneyland tcpi swktu usia 16 thn dan pde wktu itu, sya thu ksrnknnye hnyelah smntre y sgt2 la sgkt dan kerinduan sye thdp mekah dan madinah mkn mbuak2..dan alhamdulillah, awl bln ini ibubape sye mmbawe sye skli lg ke mekah dan madinah..mskpun bru bbrpe hri pulang ke tnh air..saya malu utk mytakan SAYA AMAT MERINDUI MEKAH DAN MADINAH..bile k rita ckp dye rse tenang di sane, sye thu dye bnar2 rsai ktngan y sgt2 la tng (x thu nk ckp mcm mne ktngan tuuu..SubhanAllah :) )..kpd rkn2 y x prnh dtg, smge dipermudahkan Allah utk dtg dan utk rkn2 y prnh dtg, smge kerinduan kite semue t’ubat diizinkan mnjdi ttmu Allah bkn sekali ttp bkali2 lgi..insyaALLAH..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  38. dhani says:

    Ya Allah semoga sampai pulak saya ke sana nanti. Amin..anyway, tq pd yg sudi share cite…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  39. wan kedah says:

    jus buah yg rayyan minum tu memang sedap…semua jus buah dimakkah sedap sesangat…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  40. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    kalau nk mintak izin ngan suami untk g mekah nk tengok jugak laki yg macm mana yg kite nk mintak izin tol tak ! kalau setakat laki mcm si aidil ni tk payah mintak izin pn takpe asalkn niat kite tu baik nk ke mekah bukan nk ke clabing ! rita gi pn ngan orang2 tua jadi buat ape nk di pikirkn sangat tau la rita jaga diri dia ngan ank dia huh !!! semoga doa rita akan di terima allah amin.. lov u rita….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
    • iteri yang keluar rumah tanpa izin suami adalah derhaka dan berdosa. ini hukum allah.sesiapa yang fikir dia lebih berkuasa dari allah, langgarlah hukum itu. saya kenal aidil, dia seorang lelaki yang baik. jangan adili orang dengan cuma melihat komen orang lain. biarkan mereka menyelesaikan masaalah kita sendiri kerana mereka tahu perkara sebenar.semoga allah memberkati usaha aidil. aminnnnnnn.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  41. ieda asrieda says:

    hadirnya rita diasana disebabkan mencari ketenangan dlm erti kehidupan dia yg sebenar.siapa kita utk mempertikaikan kelemahan dia dlm hidup bersuami isteri.jauh disudut hati rita,mgkin ade 1 yg dia harapkan utk rumah tangga dia.cuma ALLAH x engizinkan ape yg sepatut nya berlaku utk rumah tangga dia.sebab tu ALLAH pggil dia kesan abersama anak utk memberi ketenagan yg waras.jika benar dia x dpt izin suami,itu atra dia & suami..ape2 pun stp niat & rezki dia menjejakkan kaki disana adlah dgn hati yg ikhlas..cuma kita yg x berkesempatan dipanggil ALLAH kesana mcmana pula???wAllahualam…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  42. unknown says:

    Pasal Rita minta izin tu, sebenarnya x perlu. Sbbnya isteri perlu patuh serta taat pada suami yg sentiasa beribadah pada Allah S.W.T….Tapi klu suami mcm si aidil tu semua org tahu dia jenis mcm mane….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  43. nas says:

    mohon tutup aurat..insyaAllah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0