Written by AbangNara | May 12th, 2015

Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon bekas isterinya, Rita Rudaini.

Aidil selaku defendan memaklumkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggungnya untuk kehidupan baru bersama isteri, Zareema Zainal dan anak.

“Selain hutang peribadi seperti kenderaan yang digunakan ketika bekerja, saya juga turut menanggung kedua ibu bapa, bil utiliti dan keperluan sendiri,” katanya.

aidil

Malah, nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, turut ditanggungnya.

“Saya juga turut menyediakan peruntukan dengan membuka akaun Bijak Malaysia dan menyediakan simpanan di Tabung Haji serta insurans untuk kedua-dua anak saya,” katanya.

“Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon,” katanya.

Beliau mendakwa, Rita tidak menerima ibu bapanya sebagai keluarga sendiri.

rita

“Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya pulang ke rumah ibu bapa,” katanya.

Rita juga didakwa turut mengenakan syarat sekiranya ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di Damansara.

“Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan membuat keputusan sendiri,” katanya.

Aidil berkata, Rita, 39, didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik.

“Plaintif jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjayanya.

“Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, membasuh, menggosok pakaian dan mengemas rumah jarang dilakukan Rita.

“Kebanyakkan diuruskan oleh pembantu rumah,” katanya.

Beliau berkata, Rita sering mendesaknya dan menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga.

“Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah saya.

“Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin,” katanya ketika dalam afidavit bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

Sementara itu, adiknya, Zaquan Adha berkata, bekas kakak iparnya tidak layak bayaran mutaah sebagaimana dituntut.

“Tuntutan itu melampaui taraf kehidupan plaintif yang sederhana,” katanya sebagai saksi dalam afidavit keterangan.

Ayu Raudhah turut hadir menemani suaminya.

Rita Rudaini, menerusi peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan itu di sini pada 25 Ogos tahun lalu.

Aidil diwakili peguam, Rushdan Sujak Rafee.

Prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 25 Mei ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

115 responses to Rita Rudaini Tak Layak Dapat Tuntutan Mutaah RM300,000 – Aidil Zafuan

  1. rita duit banyak says:

    Ku doa kan Rita ini akan kahwin dengan Ashraf Muslim yang alim taraf imam Mekah.. aminnnnnn.

    0

    0
    • Anonymous says:

      tp mmg mulot rita ni pedas suke maki2..laki mane yg tahan kot..

      0

      0
      • citu says:

        zarema ko patut berjaga2 dgn laki ko ni.. skrg wangi lg okay la.. nnti klau dah busuk habis dibukanye cerita keburukan mungkin kau mandi tak pkai kain basah pun dia ungkit.hahaha

        0

        0
        • hitamlekat says:

          Asal plak mandi nak kena pakai kain plak.. tu sume tak akan di ceritakan lah rita ni mmg pompan tak malu sume nak jajah kan kat media. Mmg layan dia tak dpt satu sen haram pun..

          0

          0
      • Anonymous says:

        Dah rita sendiri yg tanggung perbelanjaan dia dan anak-anak, kau komplen dia sibuk kerja??Kalau kau sebagai suami yg sepatutnya tanggung semua perbelanjaan tak ada lah bini kau sibuk kerja. Ini tanggung pun ala kadar, kalau taknak dia sibuk, tanggunglah semua tak payah kongsi belanja dgn bini. Pembantu rumah dah memang kerja dia itulah woii, buat apa kau nak amek pembantu rumah kalau kau jugak nak kena basuh dan baju? Rita jaga anak-anak, pembantu buat kerja rumah la woii. Baik tak payah upah pembantu kalau semua pun nak kena buat. Lain lah kalau rita tu surirumah, dia pun bekerja. dah tu bukan kerja 9 to 5, ni kerja tak tentu masa.
        Masak tu pulak kalau betul rita jarang masak kerana memang sengaja takmau wlupun free, tu tak patut jugak la, kenalah bagi suami makan masakan isteri, takkan lah nak suh makan luar je. tapi bukan aidil ni dulu jarang ada rumah ke sebab asyik latihan sana sini, entah2 bila balik je time rita busy shooting ke ape, susah la nak kata rita tak buat semua tu sebab bukan dia nampak sentiasa ponnn.

        0

        0
        • Menyampah dengan aidil says:

          Kannn lawak betul rezen si aidil. Tak masuk akal. Psl tak masak tu pn ble jd isu, g mengajilah dlu kawan masak bukan tugas isteri sebaliknya tugas suami. Sian aidil da xde alasan lain ke nk bg weh, upah maid utk apa? Jd perhiasan dlm rumah ke apa? Hahahaah

          0

          0
        • aku says:

          dah.. sekarang baru aidil sedar yang die tak mampu.. knpe nak beristeri baru lagi ?? nak tambah anak lg.. klo dh tak mampu buat cara tak mampu.. yang hairan n peliknye.. .. mampu plak bawa isteri baru p shopping n honeymoon.. tu le nak ambk hati isteri baru.. nak dlor rase die.. ni le pepatah melayu cakap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. dh kena tuntut berdalih dalihlh alasan.. ni baru bekas isteri yang tuntut.. belum lagi diakhirat yg tuntut.. bila d sana nanti.. nak berdalih jugak ke..

          0

          0
    • ibu mertua laser says:

      wah wah….bini baru ko menggosok ke? memasak ke? menyapu ke? ko sendiri dulu masa kawen ngan rita buat apa? membasuh pinggan? cuci berak anak? kalau sendiri pun macam pinggan retak tak payah lah nak komen orang,. masih ada bini pun ko ke hulu ke hilir cari b?t*na s%ndal.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Waa.. waah… aidil ada pi kursus kawin tak? Sebenarnya tugas masak, basuh baju dll tu kerja suami.. isteri hanya perlu layan suami dan jg anak je..
        Kalaula rita tak keje, rasanya ngko pun tak dapat nak beli keta mewah.. yela kan.. tanggung anak dan rumah rita yg sediakan.. tu pasalla dia tak takot nak tuntut kat mahkamah.. sebab dia tau apa yg dia buat..
        Lgpun sebelum ni mahkamah menolak status nusyuz le atas rita..

        0

        0
      • panas says:

        Oitz asal lah ko panas ni. Ko rita ke mcm mana ko tahu dia tak cuci kain baju brak kincing tak cebok. Mcm ada pasang cctv plak ko kat rumah rita

        0

        0
        • Lizawati says:

          ABis da klu aidil tgglkan rita dgn anak2 bila ms dia bsuh berak anak, ke ko yg basuh hahahahaha

          0

          0
    • hihihihihiii says:

      kesian zarema dapat laki yg dah la x tau berapa hand…
      x bertanggungjawab…x hensem…x rajin…anggap bini mcm maid…
      aku benci sgt2 dh dgn ko…
      sebelum ni masih berbaki 20% samada percaya dgn tak pd rita..
      now.. aku percaya rita 100%….
      ko mmg tak layak jd suami n ayah sesapa pun Aidil…pity u
      now..ko seronok..ko tunggu bila ko tua nnti
      jgn nnti aku baca paper..anak ko tinggal ko kat bus stand dah le…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Rita ni gold digger ko ingat kalau Aidil x bekerjaya dia nak ke ajak Aidil kawin lari ke siam..dah di goda2 mcm2 cara..maklumlah janda da tua kan byk pengalaman darah Aidil masa tu remaja mmg la pucuk dicita…mmg dia da plan x kesah family Aidil suka ke x ..kalau cerai mmg dia nak tuntut macam2..Aidil adalah platform utk dia meraih duit dgn senang…sepatut kalau dia nak mintak mutaah suami dia yg dahulu sebelum Aidil pun dia kena mintak..kawin lagi dgn artis ..diorg ni mmg semua mata duitan hidup penuh lakonan jer..da abis duit ko dikikis babai la …

      0

      0
      • Anonymous says:

        Gold digger x mainla ngorat pemain bola. Baik kawen ngan datuk vvip mcm bapak nedim ke, bung mokhtar ke, baru betul nk kaya, xyah susah2 nak belakon cari duit.. Masalahnya aku rs aidil yg gold digger sbb kawen ngan zarema pewaris millionaire femes kat klang..

        0

        0
      • NooR says:

        kalo tatau citer sebenar tlg jgn buat fitnah yea. sapa yg tdo dpn rumah rita kt perlis semata2 nak ajak kawin

        0

        0
      • suka atiii says:

        kata tak mampu…jalan2 obersea mampu plk..kikis duit bini le tu..hahhaha

        0

        0
  2. ada aku kesah says:

    org yg snasib dgn rita mngkin memahami dan org yg snasib dgn aidil mgkin memahami situasi mcm ni..org yg xprnh alami lbih baik jgn msuk cmpur..k bye

    0

    0
  3. neenee says:

    alasan lelaki yang xnak bertanggungjawab

    0

    0
  4. rita says:

    padan muka rita……nasihat untuk rita……kita kena cermin diri kita dulu…..baik ke kita ni….sbb semua yang terjadi kat kita tu adalah datang dari diri kite….muhasabah diri dulu….

    0

    0
    • Shhh says:

      rita palsu diatas ni tlg bca

      Muta’ah
      Mut’ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.

      p/s: Ni bukan soal layak ke tak..mmg dalam Al Quran bekas isteri blh tuntut..tak jadi masalah berapa yg rita blh tuntut…ni lebih kepada maruah jugak.. rita diceraikan melalui sms..lelaki dayus mcm aidil je yg berani buat mcm tu…berapa banyak kelak mahkamah yang tentukan..300k mmg byk..tu kiraan sejak aidil keluar dri rumah dn tak bg nafkah langsung..dia bgi lepas rita bising2..sbb rita dan aidil public figure…so kes dorg jadi panas…kalo tak dpt 300k..insyallah akan da tuntutan kurang dri tu rita blh dpt…dan kalo rita tak jadi isteri yg solehah adalah sebab aidil sendiri gagal didik dia..

      0

      0
      • rita says:

        ko ni aku bukan cakap pasal muta’ah……aku cakap pasal diri rita tu sendiri…..semua salah orang…apa yang kita buat semua betul…..

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ko tu pun bnyk yg salah, xyah nak pinpoint salah org. Aidil pun bnyk salah jgk!

          0

          0
    • Anonymous says:

      Tau x mutaah tu apa? Cuba jgn komen sebelum paham isu..

      0

      0
  5. aidil yg tak adil says:

    ko punya problem dgn rita tp ko buat alasan bodo ek? bleh tak takyh nk old stori up again? ko xtengok muka anak-anak ko? hak dan tanggungjwb ko sbgai ayah tetp dituntut di akhirat, memang dah sangka pun ko nk cuci tangan. sial punya jantan! nk buka acc konon??? bagi nafkah bulan2 pun selalu miss!! celako noo ko nih!

    0

    0
  6. zz says:

    tak mampu aidiil? abis ko berjalan kesana kemari dgn bini baru mampu pulak? org boleh fikirlah kehidupan mewah ko tu…adoii bg statement yg tak masuk dek akal…

    0

    0
  7. ChickFlick says:

    You go girl ! Fight for it jgn tak fight. Masa nak kawin dulu rasanya aidil ni bwk kaki sendiri jln jumpa tok kadi. Fight for your rights Rita. Bukan hadap nak tu duit tp utk aidil ingat ada anak 2 org sblm dgn zarema ni. Yg nak komen kata Rita mata duitan mmg sah lah korang blm kawin tak tau ‘tanggungjawab’ tu apa maknanya. Kalau rita jutawan sekalipun aidil ttp kena bayar. Dia lebih dr mampu.

    0

    0
  8. zz says:

    tak mampu aidil? habis kehidupan emwah ko tu boleh pulak? setiap masa g bercuti kesana kemari dgn kembar ko & ayo rodok tue? org luar boleh wat penilaian lah. ooo tau2 bini ko kan anak orang kaya…so tumpang tuahlh ya…..

    0

    0
  9. cik kaka says:

    sedih pulak dengan kenyataan aidil..hanya mahkamah yang adil sahaja dpt merungkai samada rita layak atau tidak..jika dalam islam sendiri ade mengatakan bekas isteri boleh menuntut mutaah, kenapa perlu persoalkan Allah? mungkin jumlah 300000 terlalu byk bagi aidil..tp percayalah dengan proses prosiding yg makan bertahun2, jumlah tu semakin kecil..

    0

    0
    • sesengal ubi says:

      setuju dgn kenyataan kau cik kaka..dah tertulis dalam Al Quran psl mutaah.. kenapa nk persoalkan pulak..biarlah mahkamah yang tentukan.sengal punye jantan!!!

      0

      0
  10. wanita says:

    Sy faham kenapa rita tak nak ikut aidil balik kampung sbb keluarga aidil layan rita dgn teruk dan pernah halau rita. Aidil, ko fikir rita tu tak ada perasaan seperti binatang? ALLAH maha adil, ko dan keluarga ko memang di dunia, di akhirat tunggu saja balasan yg seadil-adilnya. Ko sepatut bela dan jaga perasaan isteri tapi ko biar rita tanggung sendiri. Sy cakap macamni sbb sy sendiri kena layan teruk oleh keluarga mentua. Sy serah kpd Allah dan sy tuntut dunia akhirat. Tau apa telah Allah hukum mereka setelah lebih 15 tahun sy sabar? Seorang ipar bunuh diri lompat dr kereta hancurkan masjid org, seorang lagi kemalangan masa dua-duaan sama boyfriend dan mati di tempat kejadian. Mak mentua yg pilih kasih yg suka mengumpat, menipu, mengadu domba sekarang hidup dalam jiwa yg azab dan derita. Memang padan muka dia di dunia sudah terima balasan atas perbuatannya. Sy masani hidup bahagia menyaksikan penderitaan manusia yg dulu melampau batas. Jadsabarlah rita

    0

    0
    • Mira says:

      ada jugak menantu hantu mcm kau ni ha?? kalau aku trace IP address kau dan aku screenshot komen ni dan tunjukkan pada suami ko, ko nak? bercakap jangan nak tunjukkan yang ko ni mcm Tuhan, nak bagi2 balasan2 bagai…

      0

      0
      • wanita says:

        Mira mira, kalau sy menantu hantu, mak mertua dan ipar2 sy adalah raja syaitan dan awak adalah syaitan jugak. Silakan hntar kat suami sy, tau apa suami sy kata kpd sy? Dia kata dia tak nak macam keluarga dia dan dia saksikan sumpahan sy takkala keluarga dia aniaya sy dan dia jugak saksikan KEADILAN DAN PEMBALASAN ALLAH terhadap keluarganya masa usung 2 mayat adik2nya. Puas hati awak mira? Kalau nak meroyan dan merepek, pergilah ikut club syaitankah, si dayuskah….

        0

        0
      • mas says:

        Mira bodoh hantu, apa hal ko kutuk org menatu hantu? Kalau apa yg wanita ckp tu benar, ko ni memang layak di panggil mira jahanam!

        0

        0
      • lalalalala says:

        kepd wanita,
        seburuk2 mana keluarga suami awak pun, dia takkan suka awak cakap benda2 tak elok ttg hal peribadi keluarga dia sama ada depan dia mahupun kat belakang… sbb tu kelauraga dia… patutnya awak sebagai isteri nasihatkan suami awak supaya bersabar menerima keluarga dia dan ajak keluarga dia utnuk kembali ke jalan yang lurus bukannya awak duk jadi batu api…mmg patut kau ni digelar menantu hantu!

        0

        0
        • ntah pape... says:

          Yeahh,, aku stuju dgn lalala ni… Allah dh balas,, buat pe nak cakap lagi?? Apedaa…

          0

          0
      • Mimbo says:

        Eh Mira, kau yang geletis panas ni dah kenapa? Biasa yang terasa sentap and panas tetiba mcm kau ni mesti kau ni sedara mara mentua hantu si Wanita ni kan? Tak pun, mak kau pernah buat macamtu kat ipar duai kau???

        0

        0
    • Biskut says:

      kan…aku setuju dgn kata2 kau.si aidil ni seolah2 menyalahkan sebelah rita semata2. padahal masa mula2 dorg kawen dulu sana sini heboh family aidil tak trima rita. sbb tu la dorg pegi kawen kat sempadan thai kan? kalo dh sekali dua kena reject, hati mana yg tak terasa. dh tu pulak si kembar nya tu suka sgt masuk cmpur. kalau dh rita sorg je & takde sorg pun yg backing dia termasuk la aidil sendiri tak backing, rasanya rita blh sabar ker?

      0

      0
    • to wanita says:

      hi wanita…sy bce kisah awak agak tragis jgk la..sy ni special case ada 3 mertua tau..sbb broken fmly belah suami..tp alhamdulillah..ke3,3 sume baik…sy xde la pngalaman cm awk dbenci mertua..cume pngalamn semua rebut2 cucu je la..tp kan…sy xbersetuju cra awk tulis awk sabar 15 tahun..pastu awk npk kehancuran dpn mata awk..thts rite la kan..itu allah bgi balasan atas dunia kat dorg..tp akhir ayat awk tu awk xptt ckp..padan muka utk mereka..sekadar alhamdulillah saja cukup la sbb allah dah tunjukkan pd mak mertua awk kan..n berdoa keluarga awk akan sempurna 1 ari nanti k…

      0

      0
      • wanita says:

        Walaupun berpuluh tahun sy sabar dgn kejahatan ibu mertua dan ipar2, hidup sy cukup bermakna sbb sy serah diri seluruhnya kpd Allah dgn membaca Al quran setiap hari, mendidik dan pastikan anak2 sy terjaga dgn sempurna, sembahyang sunat dan sujud syukur berterusan harapkan pembelaan Allah, hati sy tenang menjalani kehidupan seharian. Alhamdulillah, rezki tidak putus2 tiap tahun melancong sana sini ….tiap pagi sy bangun penuh bersyukur kpd Allah krn masih panjangkn umur utk beribadah kepadanya. Satu nikmat hidup adalah menyaksikan Allah yg maha berkuasa mencabut nyawa hamba2nya yg jahat dlm azab sbb melampaui batas dan sombong dan sujud syukur adalah amalan harian sy. Tiada manusia yg berkuasa utk ambil kebahagian yg sy rasai sbb Allah maha berkuasa, bkn manusia…

        0

        0
    • aku pon wanita says:

      aku rasa kau ni pompuan gila kot… susah perot aku nak hadam dgn citer2 mgarut kau tu… kau pikir kau sapa Tuhan tu nk balas atas kesangsaraan kau tu jgn ingat org lain bodoh cam kau la… kau tanya la diri kau tu napa jadi menantu hantu sbb itu adalah kifarah utk kau kot… yg buruk adalah datg dari diri sendiri dan yg baik itu jgklah dari Allah…

      0

      0
      • hamba Allah says:

        ‘Aku pon wanita’ kenapa macam di rasuk syaitan cakapnya? Emosi sangat. ‘Wanita’ serah diri kpd Allah dan Allah yg bagi azab kpd manusia yg jahat, bukan dia kata dia tuhan. Rasanya awak yg betul2 gila, bukan ‘wanita’.

        0

        0
    • Anonymous says:

      sepatutnya kita memaafkan dan mendoakan yang terbaik untuk mereka, Allah itu Maha Adil…kita tak tahu nasib kita nanti macam mana so berhentilah sifat dendam itu..

      0

      0
  11. ... says:

    Beliau berkata, Rita sering mendesaknya dan menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga. …

    sampai sekarang lah !

    0

    0
  12. Kanji says:

    Apa kaitan tak terima mak bapak mertua? Nafkah tu untuk anak-anak. Apa lah Aidil ni. Bila entah nak matang.

    0

    0
    • tecit says:

      nafkah anak2 kan aidil bayar. kes yang dibincangkan skang is mutaah. die cakap rita xlayak mohon sebab mase jadi bini aidil, rita telah membelakangi suami die. sampai maruah suami die diinjak2. maknenye suami die xredha dengan tindak tanduk rita semasa die jadi isteri aidil. So layak ke die tuntut mutaah tu?? Lainla die isteri solehah yang diredhai suami.

      0

      0
      • Shhh says:

        tecit tolong baca ini.

        Muta’ah

        Mut’ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.

        p/s: Ni bukan soal layak ke tak..mmg dalam Al Quran bekas isteri blh tuntut..tak jadi masalah berapa yg rita blh tuntut…ni lebih kepada maruah jugak.. rita diceraikan melalui sms..lelaki dayus mcm aidil je yg berani buat mcm tu…berapa banyak kelak mahkamah yang tentukan..300k mmg byk..tu kiraan sejak aidil keluar dri rumah dn tak bg nafkah langsung..dia bgi lepas rita bising2..sbb rita dan aidil public figure…so kes dorg jadi panas…kalo tak dpt 300k..insyallah akan da tuntutan kurang dri tu rita blh dpt…dan kalo rita tak jadi isteri yg solehah adalah sebab aidil sendiri gagal didik dia..

        0

        0
        • coupe601 says:

          kau sebenarnya copy & paste saja kn? Tapi ko tak copy & paste pula tentang nota peringatan yg dibuat oleh penulis blog yang menyatakan…
          Segala maklumat-maklumat ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan tidak boleh dijadikan hujan di dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Janganlah terlalu berlagak pandai sangat. Biarlah mahkamah yg menentukan Rita ngek ngok ni berhak dapat atau tidak.. kenapa kau nak tersipu2 pula? Sepertinya kau pula yg ditinggalkan suami..

          0

          0
        • Anonymous says:

          mutaah ni wajib yaa..? sy mcm pernah baca mutaah ni saguhati yg diberi bekas suami kpd bekas isterinya sbgai hadiah..

          0

          0
  13. Anonymous says:

    Laaa dh nama pun artis, dah nama pun ada org gaji.. sbb rita tak sempat buat kerja la ada org gaji.. bukan takat rita, aku rasa org lain yg ada kerjaya normally mcm tu.. betul, pempuan kena masak, kena basuh baju, n blah2.. tp bila keadaan mendesak n bz, sbb tu hire org gaji.. bukan kau yg kena masak pun.. ko rosmah masak x? Sbb rosmah bz n mampu.. dia hire ler org gaji… ko rasa ct masak x? Kdg2 la masak, tp still ada org gaji utk bantu… ko rasa manager bank pempuan masak x? Sah2 dia manager n xde byk masa, mst lah ada org gaji.. same goes here…

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul org pempuan yg bekerja keluar duit sendiri untuk keperluan keluarga suami dikira berhutang dgn bini so kalu suami isteri bekerja soal isteri wajib masak ke x timbul pon kerja rumah masing2 punya tugas…..

      0

      0
    • sape2 je la says:

      Sp ckp seorg isteri kna bt keje umh?? Awk xtau psl agama baik xpyh komen mcm2…keje umh sume suami yg kna bt! Ank pon kna gajikn org jaga.ppuan melahirkn dan layan suami saja! Dunia skrg dh tbalik! Suami bt hukum sendiri! Hukum allah xnk ikut! Aku nk tgelak bc statement aidil ni..aku anggap dia jahil dn bodoh.isteri cerminan suami! Means aidil dh fail sbg suami.sekian

      0

      0
      • che ton says:

        mne ko blajar kje umh sume suami yg kne bwat?? ko ikut mazhab mne ni? tolng baca n fhmkn pautan ini: https://airmien.wordpress.com/2009/04/07/tanggungjawab-seorang-isteri-mengikut-islam/ sy x menyebelah pihak aidil, sy tetap sokong rita, tapi statement awk ni boleh rosakkn akidah org lain.. harap maklum.

        0

        0
      • Kuih Akok says:

        Ayt kau yang last tu ahkok setuju dik,, “isteri cerminan suami”

        0

        0
      • Anonymous says:

        Zareema plak mmg fully housewife, no matter what lah dia kena jg anak n masak.. mmg officially duduk rumah. Mcm rita mmg retis, tp kalau dh dpt offer job 3bln, 3 bln ler bz nak g shooting smua… pastu rest sebulan.. time rest sebulan tu mst dia rest, reward diri, perhaps makan luar ke apa.. dan logically mst dia akan masak juga… susah la kalau compare2.. kalau nak compare sgt, zareema duk rumah jaga anak masak smua dpt reward p holiday.. slalu g holiday..dlu dgn rita ada g holiday, ada spend duit utk rita? aku bukan haters zareema.. tp ssh kalau compare2 ni.. nak cari yg terbaik mmg payah la.. hukum tetap hukum..
        .
        Sedangkan suami wajib bg nafkah wpun si isteri bekerja, mampu beli baju, mkn , minum sndri dan wpun pempuan tu tak mintak, still suami wajib bg. Wpun skit.. so hukum tetap hukum..

        0

        0
  14. MARKONAH says:

    aku mmg menyampah dgn rodoh ni dari dulu… jadi batu api.. pakai tudung tapi perangai macam haramjadah

    0

    0
  15. MARKONAH says:

    si aidil tu saje la tu nak bgtau bini dia rajin masak. puihhh. dlm IG bini dia asyik tayang gambar masakan je.

    0

    0
    • Aurell says:

      Bini x keje bleh laa ary2 masak mengangkang layan ko jer! si rita 2 koje..ade pham ka aidil bongok??

      0

      0
  16. fasha says:

    Sabarlah Aidil….dah nasib….

    0

    0
  17. heidijuma says:

    dulu masa nak kawin xde pikir plak layak x layak ni?

    kau kata rita x balik jmpe parents kau,mesti ada sebab..ntah2 kau sendiri buat benda sama dekat parents dia.

    skrg anak kecik2 lg boleh la kau buat mcm bola.

    dah la sombong.fans jdt bg teguran membina kat ig si ayu raudhah kau bukan main sinis kau reply kan?harapkan rupe je la,bakat hancus.ingat ye dil,skrg duit ko byk sbb bakat kau.one day bila Allah duga kau.Kau kena dduk & fikir balik kenape.

    0

    0
    • Dan says:

      harapkan muka pun xbleh…psl muka dia hancuss…hahaha

      0

      0
      • heidijuma says:

        eh ape plak hancus hensem pojaan malaya tu hahaha.

        kaki memanjang berbalut.

        zarema boleh geng la dgn bini matyo.
        nak tapau makan,park kereta dpn mamak xde hal,tak reti nak ttup lampu kereta cooper merah kau tu dah kenape?suluh org semua.vodoh.

        0

        0
  18. minah sewel says:

    heran gi pulau rawa yg sehari 1k boleh lak….byk beno alasan nya,
    igt sng ke jadi janda anak 2,semua nya dia tanggung

    0

    0
  19. Anonymous says:

    korang ni berpada2 lah nk komen takut terkena batang idung sendiri. kita tak tau apa masalah mrk sbnrnya..so biar court yg menentukan. doakan yg terbaik utk keduanya..msg2 ada buat silap. jd kan ini sbg pengajaran dan sempadan kita terutama yg dh berumahtangga. sbb mrk public figure semua kisah dicanang. masih ada yg punya kisah lg teruk dr depa dua org ni!

    #sy tak back up sesapa pun#

    0

    0
  20. ichi says:

    kawin pandai…….bongok

    0

    0
  21. ke aku salah says:

    bukan ke tugas makan minum, myediakan kelengkapan ..etc semua tu tugas suami? isteri hanya perlu melayan suami sahaja. melainkan suami tak dapat nak menguruskan hal rumah tangga beliau wajib menyediakan perbantu rumah.
    ke aku yg salah??
    bukan ke mak ayah aidil yg xmo tgok n terima rita? walau rita dah cuba amik hati etc.. ke aku salah??
    kehidupan dia sederhana ke?? knpa aku tgok huha huha sana sini.. show off sana sini dlm insta.. ke aku salah???

    0

    0
    • Anonymous says:

      Betul la dalam Islam tugas tu semua tugas suami & kalau mampu sediakan orang gaji untuk isteri.Typical lelaki melayu,male chauvanist gila.

      0

      0
  22. whatever says:

    Menurutnya, membasuh, menggosok pakaian dan mengemas rumah jarang dilakukan Rita.
    “Kebanyakkan diuruskan oleh pembantu rumah,” katanya.

    dkat mana yer aku x paham statement dkat atas ni..ade sesiapa bole tlg jelaskn x???
    sebab setahu aku..tugas2 tu smua tangungjawab laki..tangungjawap isteri hanyalah jaga ank, jaga rumah n layan suami..ke aku yg terlebih belajar..confius jap aku ni..bodoh tahap piang betol aidil ni..ko g berjalan brsuka ria sana sni..byk plak duit ko..klu dh taw x mampu..dok umh diam2 jlah..

    0

    0
  23. aini says:

    rita prnh cerita dulu masa baru kawin dia ikut aidil balik umh mak mertua tp dia kena halau ngan mak mertua & keluarga aidil…mgkn sbb tu rita dh x nk ikut aidil balik lg…mgkn dia fobia wlupn ibubapa aidil dh boleh terima dia.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Aku xtau la cerita ni sama ke x, tapi kakak aku dulu pun kena mcm tu ngan mak mertua dia, kena halau, kena hina, kena perli setiap kali kakak aku blk rumah mertua. Tapi husband dia backing dia dan tak putus asa pujuk kakak aku ni balik jgk rumah mak dia. Husband dia pujuk mak dia utk terima kakak aku. So lama2 mak mertua kakak aku ni dh xlarat nak benci kakak aku. Amik masa bertahun jgk, sampai la skarang, kakak aku laa jadi menantu kesayangan, asal ada apa2 je mesti call kakak aku dulu dari anak2 dia. Berkat kesabaran kakak aku dan ketabahan suami dia. Alasan mak mertua dia dulu x suka kakak aku sbb kakak aku janda pastu dia nak kahwinkan abg ipar aku dgn perempuan pilihan dia.

      Tapi kes rita ni, aku xleh komen sbb aku tgk cam laki dia pun xde kredibiliti utk jd suami soleh. Kalau suami dia dh nekad nak kawen dulu sepatutnya suami dia xleh give up. Kena terus betulkan keadaan sampai laaaa akhir hayat. Kalau tu pun fail, baik xyah jd laki. Pompuan ni mcm kerak nasi, letak air bnyk2 lembut la dia. Mak dia pun pompuan, klu dipujuk mak dia ngan bini dia dgn sabar dan tabah. Xde la perang jd cerai berai camni. Pastu duk sibuk cari pengganti sebelum masalah ngan bini lama selesai. Senang sgt cari jln keluar. Ingat senang jd lelaki? Bg sperma pastu blah?

      0

      0
  24. SudahlahhhAidil says:

    Orang yang x pernah kena mmg bolehlah sokong Aidil. Bila diri sendiri or family sendiri kena baru la tahu kenapa Rita tue bersungguh sgt. Bukan sbb duit tapi sbb hak. Ingat naik court tue for free? Duit bnyk keluar, time consuming lg.. kena plak jenis lelaki yang tarikh court awal2 dh bg tahu pun ada jer jalan x nak dtg court… Kalau Rita mintak sbb x mampu better la duit dia bayar lawyer tue buat besarkan anak..or Kalau Rita gold digger baiklah masa nak g court tue bt g kerja or cari VIP jer.. mintak RM300k pun belum tentu dapat.. TAPI Rita mampu and bukan sbb nak sgt duit..Bwk kes ke court tue utk bg PENGAJARAN utk lelaki mcm Aidil. Islam tue adil dan ada undang-undang. Lelaki mcm Aidil nie mmg patut ada org ajar sikit. Time nak kawen bersungguh semua kau sanggup kan x ingat mak bapak masa tue. Time sayang bukan main lg. Bila x suka semua kau nak ungkit x masak, x basuh baju semua msk court. X tahu ker semua tugas tue bukan tugas hakiki isteri??!! Tugas isteri layan suami..itu smpi 2 org dah tue bukti kau dpt layanan.. Islam tue kalau isteri kau x mampu bagi susu kt anak pun kau yg kena carikan ibu susuan.. Banyak cakap tapi semua half truth.. x mampu tapi menggatal cari yang lain, kawen grand2, anak lahir dh simbah dgn kemewahan pastue bercuti sana-sini.. mmg x guna sebijik mcm abang ipar aku.

    0

    0
  25. tecit says:

    Kalau ikutkan isteri xwajib masak untuk family. & kalau suami berkemampuan untuk amik orang gaji, kire bagus la. Tapi kalau suami suruh masak, isteri kene masak jugak. Sebab suami dah suruh. So aidil, ko ade penah suruh rita masak x??

    Da tau minah tu retiss. Of course la perlukan maid. Ko igt die nak rosakkan kelembutan tangan die tu? Tangan die tu yg kasi makan kt die. Bukan ko. Dah tau retis gaye gitu. Ha, amikklahh! nak sangat kawen ngn retis kann.

    Suke tengok insta zarema. Masak sodap2 oi. Patotla aidil sayang…

    0

    0
  26. sos cili cap arnab says:

    dua-dua slh..dlm perkahwinan x bley slh sesapa.

    0

    0
  27. aiihh says:

    bukan ko yang terlebih belajar… ajar tak kena pada tempat…
    tugas yang dimaksudkan bukan hanya pada lelaki… kan elok kalau suami dan isteri saling tolong menolong….

    0

    0
    • Anonymous says:

      sahih ko yg tak cukup blajar..
      tolong menolong tu perlu.. tp berbalik kepada tanggunjwb dan peranan dia..!!

      0

      0
  28. Mira says:

    bagi saya RM300,000 ni tak la banyak mana untuk rita tuntut bagi hak anak-anak.Nilai tu jadi banyak sebab kes ni berlarutan selama bertahun-tahun.Kalau tak silap, 4 thn rita berdebat untuk hak dia dan anak-anak.So, aidil kena fikir secara logikal(RM300,000/48bln=RM6,250.00/3 termasuk hak rita sebagai isteri).Takla sebanyak mana aidil.Kalau mampu berjoli kesana kemari sedangkan joli itu bukan kewajipan, kenapa tidak aidil mampu tunaikan kewajipan?Aidil pun bukan x berduit.Gaji sebagai pemain bola sepak bukan takat RM1,500 sebulan. Rita tak mengaku ibubapa aidil sebagai ahli keluarga mungkin da sebab tersendiri.Mana mungkin pokok bergoyang andai tiada angin.Kalau dah nama orang tak suka, kebaikan sebesar gajah pun jadi buruk dimata mertua.Mungkin silap pihak aidil juga sebab kurang berjaya menyatukan kedua belah pihak.Ada lelaki ni ambil sikap lepas tangan je..Rita menuntut Mutaah tapi kenapa aidil buka keaiban mantan isteri sedangkan masa berkawen dulu pun bukan pilihan orangtua tapi atas dasar cinta..Seburuk-buruk mantan isteri, dia telah melahirkan 2 zuriat yang teramat besar maknanya.

    0

    0
  29. kata hati says:

    “Mut’ah bermaksud pemberian harta (sagu hati) yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri yang telah diceraikan. Hukum memberi mut’ah adalah wajib, ini adalah berpandukan kepada Firman Allah dalam surah al-Baqarahayat 236.yang bermaksud:Hendaklah kamu memberi mut’ah (pemberian sagu hati) kepada mereka (yang diceraikan itu), Iaitu suami yang senang (hendaklah memberikan sagu hati itu) menurut kemampuannya, dan suami yang susah pula menurut kemampuannya.Dalam ayat 241 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud:Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertaqwa.Di antara hikmat disyariatkan mut’ah ialah untuk mengambil hati ister iyang telah diceraikan sewaktu dia meninggalkan kehidupan bersuami,meringankan bebanan dan kesusahan disebabkan perpisahan dan mengubatiperasaan sakit hati dan rasa benci hasil daripada perceraian tersebut.
    *sumber daripada google.com “muta’ah”

    0

    0
  30. kuehtiew goreng pun sedap says:

    lelaki zaman skrg ni kadang mcm x fhm konsep sebenar seorang isteri. mungkin sebab dari mak mak dorg dh nampak semua urusan rumah isteri yang buat, dari jaga anak, kemas rumah, masak tp kena ingat, ppuan dulu2 tak keja so ni salah satu cara nk kurangkan beban suami yang mencari nafkah. so klu dh tau isteri bekerja lagi2 artis sibuk tak tentu masa nk shooting, kalau hal anak maid yang urus apasal ni bising. mmg dh tu tanggungjawap suami kasi maid kalau mampu. in this case telebih mampu kot

    0

    0
  31. Anonymous says:

    ramai je isteri2 zmn skrg kontrol suami..n x ngam dgn family suami..mak aku mak kau..mak kau..biaq p dia la..sebelum kwin lembut je lidah mgayat..bila dah kwin nk pandang muka mak mertua pon pns..sape yg jns cm nie insaf la..sdr la sblum anda dtg..ibu tu la yg jge suami kita..mcm2 dia bkorban utk ank dia..so jgn la pisah kan mak gn ank..jd la mnantu yg baik..sy x cte psl rita..sbb x tau kes dia..sy ckp umum..kesian kdg2 tgok mak2 yg mnungu ank mnantu blk..x blk2..lau blk pon dok kjap je..rindu pon x lpas..mgalir air mata makayh diam2..mereka dah tua..apa slhnya kita buat mereka tsenyum ketika mereka ada..sush ke jd mnantu yg baik..jatuh miskin ke lau anda buat baik gn makbapak suami sendiri..yg plg..plg myedih kn..sbb syg suami ikut je ckp bini..biar makbapak sedih asl isteri hpy..ya allah mtak2 di jauhkan la kita semua..amin..klau ada yg prngai cmni..insaf la..sebelum tlambat..ingt kita jgk ada ank2..wlau sbaik mana anda didik ank anda..tp lau anda pnh buat ibu mngis..bnda sme akn blaku pd anda..lau x ank kita..psgn meraka yg akn buat pd kita..dan ank kita akn mnurut sje..ketika itu anda pasti akn mngis dan myesal..

    0

    0
    • juliana says:

      mcm mana pulak kalau suami yg tak pernah peduli pasal mak pak mentua?

      nak berat ke sebelah dia je?mak dia kite kena call,msg tiap hari.ok la xnak call mak mentua sbb segan ke ape,hbs ayah mentua?patung?tunggul?

      ade je mak mentua yg buat menantu mcm xde mak ayah.nak hadap dia je.

      nak bercakap biar umum ye.x payah nak mention bini je control laki.

      and please jgn nak kata syurga bawah tapak kaki suami so isteri kena turut ikut ckp suami smpi kena abaikan mak ayah sendiri!

      0

      0
  32. tipah says:

    kesian kan. sampai kena cerita bukak akaun apa dan apa untuk anak.

    0

    0
  33. sayang says:

    aidil matang la…..nape ckp cmtu….x malu ke dah jadi suami 2 kali, dah jadi ayah pada 3 org anak…..jgn buat cm tu ngan bekas isteri yg kamu prnah sayang…..anak2 kamu tu kecik2 lg x tau ape….tp bile meka dah besar dan fhm…nnti…betapa sakitnye ht mereka kamu lakukan semua ni pada mama mereka…..aidil ingatlah…..masa ni kamu tngh manis sngat dgn yg baru….belum tntu manis hr ni akan manis selamanye tp kak doakn semoga kamu berdoa bahagia hingga ke syurga tp ingatla….kebahgiaan yg kamu brdua kecapi lebih bermakna bile insan2 yg dekat dgn kamu pun bahgia….bagi la hak mereka…jgn la ckp mcm budak2….kalau la ape yg rita alami ini di takdirkan atas adik beradikmu ape kah kamu rasa….ia patut juga ke….fikirla dgn waras bukan kerana siapa menang siapa kalah bukan kerana dendam atau benci….tp kerana ALLAH……

    0

    0
  34. bunga raya says:

    err excuse me….mmg zarema slalu masak.yela walaupun lauk dia ulang2 bnda sama gak mmg nmpk kemas n sdp. tp mek jemah ni ada maid la korg. maid dia la yg sediakan bahan2 b4 masak..dia dth menumis je pun.yg basuh pinggan mangkuk kemas umah mandi ank jaga ank dia semua maid buat.pernah ada org komen kan kt forum…nmpk laki bini ni mkn kt luar…yg maid bdiri je smbil dukung ank tgu 2 ekoq ni mkn.biasela ada maid..klw mampu mmg suami sediakan utk isteri mcm ko buat skang ni la aidil oiii….ko hilang ingatan ke ape???

    0

    0
  35. nonomad says:

    siapa yang pernah berada ditempat rita dan aidil akan faham situasi mereka… tapi kita orang luar, kalau tak faham lebih baik jangan masuk campur. Tambah keruh keadaan sahaja…

    Tapi setuju dengan komen ‘Wanita’ di atas, bersabar walaupun keluarga in law tak suka kerana Tuhan maha mendengar dan mengetahui. Macam saya, in law yang suka melontarkan kata kata sinis kerana saya dan suami berkahwin muda tapi alhamdulillah walaupun begitu tuhan melimpahkan rezeki luas terhadap kami selepas mendirikan rumah tangga… tetapi keluarga in law berterusan tidak tenteram dengan bermacam musibah dan dugaan melanda, dan paling latest kakak ipar saya berkahwin dengan lelaki tua almost 70 years old, iaitu 3 kali ganda umur kakak ipar saya malah ditertawakan oleh semua kenalan dan saudara mara kerana desperation isn’t pretty. Yes, everybody knows she desperately looks for love sampai sanggup berkahwin dengan lelaki yang seumur bapanya yang sudah mempunyai anak lebih tua dari my sis in law. Dan sekarang malu untuk hadir di family event.
    *grab popcorn
    *watch the drama begins~

    0

    0
  36. macammacam says:

    kesian gak kat rita nie,,,erm..mudah2an jumpa jodoh yang baik lepas nie ye….tp sebelum tu kita cuba jadi baik…insyaALLAH….gud luck rita…org yg teraniaya ni Allah makbulkan doanya,, =)

    0

    0
  37. bob says:

    die lahirkan ank ko 2org tau aidil….sakit yg tiada tanggungnye…b’seorang die hadapi besarkn ank ko…wlaupn de buruknye pd rita tp die b’sakit lahirkn zuriat ko tau! jgnla ckp xlayak…mne2 wanita bce pn akn terase sakitnye, mmg ase tidak dihargai lgsung….awk sgt memalukan aidil!

    0

    0
  38. unknown says:

    hey manusia! kau tau tak makna mutaah tuh ape? tu la waktu class agama ko ponteng g main bola.. ko ngat isteri tu hamba pecacai ko ke? dasar lelaki tak guna.. babpe ko tak cakap rita x penah mandi kan ko tak pernah cuci najis ko!

    ko ada x ngan dia masa dia sakit melahirkan anak2 ko.. ko ada x masa susah senang dia besarkan anak2 ko.. sanggup ko kata dia x layak?? aihh makin ak menyampah dengan manusia hipokrit nih!!

    0

    0
  39. NooR says:

    apabila si jahil berkata2. ntah mazhab mana yg ckp tjawab isteri buat keje rumah. hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    0

    0
  40. Queen Aurora says:

    Tak tahu nak cakap apa dah. Kita tak tahu apa yang berlaku. Hanya Rita, Aidil dan Tuhan sahaja tahu perkara sebenar yang terjadi. Ni nasihat kepada Rita & Aidil, cukup2 lah menuduh satu sama lain…mcm budak2 gaduh pulak. Aidil, tak kan awak tak nampak satu kebaikan pun pada Rita? Begitu juga dgn Rita, tak kan awak tak nampak satu kebaikan pun pada Aidil? Ingat lagi tak kamu berdua pernah bercinta dulu, pernah hidup sama2? Ini masalah keluarga kamu, jgn aibkan keluarga kamu & diri kamu sendiri dengan memburuk-burukkan keadaan.

    0

    0
  41. ain says:

    ORANG YG SAMA KOMEN KOMEN. NAK TAHU SIAPA..PRFILE PATTERN WARNA BIRU MUDA.BERLAMBAK LAMBAK DIA KOMEN TUKAR TUKAR NAMA..SAKIT MENTAL KOT

    0

    0
    • Pergilah Meroyan Sorang-sorang says:

      Eh kau ni dah kenapa meroyang sorang2 dik non?? Kalau pic warna biru cair tu sbb pengomen tu x letak alamat emel dik non oi. Kalau kau buh alamat emel baru la keluar yg kaler2 tu ha. Mcm si minah biru tu ha kadang2 kan dy tersalah picit(apa yg di picit nye pn haku x tau lah) tu yg keluar kaler macam2 tu aiiihhhh.
      Eh kau ni??
      Br bertapak kt blog ni eyh. ? Sian kau erk. Xpe blh belajar lagi.

      0

      0
  42. ain says:

    Ayu rodha sekali lagi menjadi batu api.

    0

    0
  43. Lady gagah says:

    “Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon,” katanya.

    tak bley blah bile ko ckp cmni.. ni ckp org yg takde otak gamaknye… ko kate rita tak layak??? abis yg dh 2 org zuriat ko yg dia lahirkan tu ape????!!!!! melahirkan anak tidak bole diukur dgn wang ringgit punnnnn!!!! ia adalah pertarungan nyawa…. tu ko kate tak layak!!!!!! stupid!!!!!

    0

    0
  44. miss venezuela says:

    bila ko aidil senaraikan apa salah rita… I terpikir.. bukan sepatutnya U sebagai suami kena betulkan ke salah isteri masa masih sah kahwin? So U pun jgn nak dabik dada nak ckp U sempurna..dah tu kluar rumah tak bagi nafkah…mana pulak letak tanggungjawab U? bila U dah decide nak kahwin dgn bini baru tu.. itu bermaksud TANGGUNGJAWAB U BERTAMBAH…bukan bertambah satu bleh tolak satu tanggungjawab lain..patutnya U kira betul2 kewangan sebelum kahwin yaaaa…U yg gedik nak kahwin lain padahal rita tu sorang2 jaga anak.. pastu meroyan tak mampu.. U ingat melahirkan anak tu senang? kalau jahat2 rita pon dua kali dia dia sanggup gadai nyawa lahirkan anak? Yg tu tak nampak plak? MATI SYAHID TAU KALAU IBU YG MENINGGAL SEMASA MELAHIRKAN…U nampak tinggi darjat wanita yg melahirkan anak…

    0

    0
  45. pelik tp benar says:

    org jantan ni klu dtg time sangap dia baru cari kita, tp tang tanggungjwb hampeh,
    inila di namakan HABES MADU SEPAH DIBUANG, hey kamon lah, klu ko igt anak ko xkn bg pel alasan.. nk seribu daya xnk seribu dalih.. bkk akaun la sgt.. mana tunjuk la buku akaun? jgn blh ckp je, tunjuklah bukti, nk g court pown payah nk ckp lebih lak..
    ko kena igt sejahat2 rita tu, dia pernah bertarung nyawa nk melahirkan 2 org ank ko tu,
    ko kena igt pengorbanan dia, ko tu pengorbanan apa yg ko buat??? past ist past la, xperlu ko nk bkk aib bekas isteri ko sendiri (yg dulu pernah membelakangkn family sbb xsabar nk kawen d siam) hmm sedey la cerita2 ko nie.. semoga rita tabah mnghadapi dugaan hidup.. Alhamdulillah perkahwinan aku n suami di restui kedua dua org tua.. (barulah berkat hidup rumah tangga) Amin..

    0

    0
  46. melati says:

    kalo dh isteri x taat suami dan x mesra dgn mertua wat apaaaa….pastu tuntut mcm2

    0

    0
  47. hubu says:

    Mangkuk aku tak letak alamat email pun kluar colour sama je

    0

    0
  48. ain says:

    Mangkuk, aku tak letak alamat email tak kluar pun komen. tak taruk alamat email mana boleh kluar komen bengang!! tak caya kau tgk tulisan dia sama je. Eh kau ke yg the same person tu? Apasal terasa?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bodohnya kau niiii!!!! Kalau komen ko x kuar maknanya nara benci ko sbb ko bodoh! Hahahah

      0

      0
  49. ahmadmaslan says:

    2×5 je 2 org ni

    0

    0
  50. GG says:

    Biasa lah lelaki yang dah ada bini baru…yang lama asyik dicari kesalahan aje lah! Takkan lah dia tak tau si Rita ni macamana masa ko berdating dulu. Kalau lah si Rita ni teruk sangat, ko sempat pulak buat anak 2 orang ek..?

    0

    0
  51. test says:

    Testttttt

    0

    0
  52. temah says:

    tgklah aidil.. skang JDT pon jarang jd 1st eleven. aku x suke kalau kau jd kapten. injured manjang.
    tp lebih aku risau bile rayyan n arjuna besar dan baca aib2 mak dia yg slame ni jage diorang dgn baik.
    betapa besarnye pngorbanan rita tuntut hak2 mereka dua.
    dan baca artikel bapak dia keluar rumah cerai gune sms?
    aku sendirik nangis tgk anak2 kau dah pandai solat n ngaji. makne rita jaga anak2 dgn baik. kau?? pikirlah..

    0

    0
  53. Anonymous says:

    Apa la punya lelaki mcm ni… tak paham tanggungjawab isteri da …
    Cop…tanggungjawab dia sebagai suami die buat la 100% eh ???

    0

    0
  54. mona pendi says:

    Zarimah ngn aidil hampir cerai haritu sbb aidil kantoi dgn pompuan lain nama IJA. Si zarimah siap serang IJA tu. Masa dlm pantang bwk keta blk klang dgn ayden. Gaduh gila teruk. Tu dia ceritanya. Nak sgt kawin ngn aidil kan! Dgn kakak ipar pun dah bergaduh sbb dia ni gila glamour bila kena tegur marah. Korang perasan tak dekat Insta dah takde gambar dgn kakak ipar yg muka mcm jepun, yg bff sgt dulu tu hahahahaha. Cer tanya zarimah

    0

    0
  55. mama says:

    Aidil… Contohi la cara chef Wan… Dgn bekas isteri tak berkira.. Kalau dari Awal Aidil bg duit blnje yg ckup utk Anak2 dia dgn Rita.. Aku rasa Rita takde nak bawa sampai ke mahkamah.. Ni main tarik tali… Pastu kt media social tunjuk kemewahan… Cuba bawa bincang luar mahkamah… Sian kt anak2 dia nnti jadi bahan kutukkan kt rakan2 dia… Rita bukan takde duit… Dia mampu.. Cuma dia tau dia ada hak.. Dan tak adil dia sorang je menanggung semua… Bila dh ke mahkamah… Isu isteri tak masak pun dh kecoh…

    0

    0
  56. suka atiii says:

    kata tak mampu..jalan2 obersea mampu…kikis duit bini ek…hahahaha

    0

    0
  57. Anonymous says:

    kuarkan jela mamat aidil nie dri JDT! wat malu jer. da lah prestasi x konsisten. gi jauh2 sane!!

    0

    0
  58. Anonymous says:

    Dasar lelaki yang tak tahu menghargai pengorbanan seorang wanita….sebelum dapat semuanya wangi bila dah jemu…..didunia bolehlah bagi berbagai alasan……banjingan

    0

    0
  59. grumpydrive says:

    Harap-harap Rita berjaya dalam tuntutan mutaah RM300K + kos guaman.. baru terberak si Aidil tu.

    0

    0