Written by Bella | October 10th, 2016

Rita Rudaini pernah dua kali gagal dalam perkahwinan. Bertahun memberitahu beliau sukar untuk menerima kehadiran lelaki didalam hidupnya, Rita mencuri tumpuan ramai apabila digosipkan sedang bercinta dengan pengacara Donna Muslim yang 13 tahun lebih muda daripada beliau.

Ini menimbulkan persoalan adakah Rita suka apabila dirinya dikelilingi lelaki muda?

Walaubagaimanapun, Rita menafikan perkara berkenaan dan memberitahu beliau berkawan dengan sesiapa sahaja. Apa yang penting adalah hati yang ikhlas dan kejujuran dalam diri.

Saya tidak pernah peduli dengan persepsi orang. Apapun tanggapan atau pandangan mereka, itu hak masing-masing. Hanya saya mengenali diri dengan lebih jelas. Berikutan selalu dikelilingi lelaki muda, orang luar mula melemparkan tuduhan sebegitu terhadap saya. Saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Mereka datang dengan baik, saya sambut dengan baik.

Selain Donna beberapa kawan saya yang lain juga lebih muda. Tidak semestinya berkawan dengan orang sebaya atau lebih tua menjanjikan kebahagiaan. Apa yang penting dalam persahabatan, hati yang jujur dan ikhlas kerana Allah. Sejak kembali solo saya tidak pernah lagi memikirkan soal jodoh. Bagi saya mudah jika tertulis ada, adalah jodoh itu.

Jelas Rita, beliau hanya ingin mengutamakan anak-anaknya. Rita akui Donna sangat rapat dan manja dengan anak-anaknya yang tidak pernah merasa belaian dan kasih sayang seorang bapa.

Mereka sudah lama menderita jadi apa yang dilakukan saya akan mengutamakan anak. Tidak dinafikan Donna mesra dengan anak saya, segan juga melihat caranya melayani mereka. Arjuna agak manja dengan Donna, mungkin dirinya tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa.

Jodoh juga tidak mengenal jarak usia. Jika seseorang lelaki itu mampu menerima status Rita sebagai janda anak dua dan memberikan kasih sayang terhadap anak-anaknya, tidak salah kalau mereka cuba untuk ke fasa yang lebih serius bukan?

Sumber Berita  : BH PLUS

23 responses to Rita Rudaini Nafi Suka Dikelilingi Lelaki Muda

  1. minahkpop says:

    Tak terasa ke aidil oiiii . kalau benci dengan rita pun atleast kesian lah kat anak anak kau tu kott , diorang tak bersalah . Jangan pandai buat anak je tapi tanggungjawab dengan kasih sayang diabaikan haih .

    22

    0
    • sugar mommy says:

      kalau sama sayang. apa salahnya…nanti kawen lelaki tua org kata nak kikis harta. kawen laki muda kata tak sedar diri. nak cari sebaya kalau dah bukan jodoh kita nak buat camana?? betul tak rita.

      32

      0
    • Aku says:

      Aah… Klu aku jadi aidil, gila terasa… Anak2 lebih rapat ngan orang lain dr bapak sndiri.. Acanerr tu…

      8

      1
    • sfg says:

      ade lah yg jealous tu. kan rita nampak muda dari usia. yg pompuan sorang tu nampak tua dari usia, iras2 mona fendi hahahahah

      8

      2
  2. abcde says:

    Bila bercinta semua baik-baik, manis-manis belaka. Karang kalau apa-apa jadi, jangan meroyan udahlah. Habis dibuka semuanya. Apa-apa selamat berbahagia dengan sesiapa pun pilihannya

    13

    0
  3. Anonymous says:

    Ramai lelaki suka perempuan yg bersikap matang, happy go lucky tapi cool bila berdepan masalah. Mereka lebih senang berkawan dgn wanita yg punya ciri keibuan berbanding pompuan mudah yg tergedik gedik & buat mereka rimas. Agaknya tu lah sebab ramai lelaki muda suka kat Rita ni.

    36

    0
  4. edja says:

    Rita cantik..

    20

    1
  5. Saya juga lelaki muda… jom kelilingi saya…

    2

    4
  6. Geng DIVA says:

    Lobak muda mmg manis kalau diratah cam aje..
    Auwwww ooohhh arghhhh pancutszzzzzz

    1

    9
  7. peminat says:

    x sabar tengok k.rita kahwin..mesti cantik..yang penting restu keluarga.kalu keluarga 2 belah pihak setuju..insyaallah bahagia..sy doakan k.rita bahagia hendaknya.Amin.

    16

    0
  8. CikFeya says:

    Ok what budak muda..
    Janji bkn laki org aih..

    10

    0
  9. nok gebuzzz says:

    rita ni makin hari makin cantik berseri….ape rahsia ekh..!

    12

    0
  10. KOJOJO says:

    JODOH TU RAHSIA ALLAH. TERIMA JE LER DENGAN ALHAMDULILLAH

    5

    0
  11. LittleGirl says:

    Rita ni memang dr dlu lagi aku suka tgk dia.. Muka dia nmpak tenang n cantik sangat. Semoga berbahagia sokmo rita. Luv u

    15

    0
  12. sam says:

    rita …rita…..udah2 lah tu perasan muda.
    be mature lah….kawan dengan orang yang bijak , bertanggungjawab and dewasa.
    dont make the same mistake like last time.
    bosan lah weiiiiii

    2

    7
    • ritut says:

      dia terlupa la tu umur dia dh kertu…. dikelilingi bdk2 muda terasa diri pon muda la…. tapi apa yg aku rasa rita ni masih lagi dibayangi Aidil… masih x move on…. Donna tu wayang jew….ok bai.

      2

      6
      • johnny bravo says:

        Ko ni jenis yg kuat dengki. Ke ko ni si zarema….Tak kawin tak semestinya maseh dibayangi aidil, ko jeles ke?? Tu maknanya dia lbh pentingkan anak2 drp diri dia sendiri.
        Ape nak sakit hati kat dia pulak, Dah org2 muda yg suka kat dia, nak wat camne. Lapgipun si rita ni awet muda, nampak mcm budak2, dah rezeki dia. Bersihkan sikit hati yg berkarat tu drp duk dengki kat org tak pasal2…

        4

        0
  13. katak hijau says:

    semoga yg baik2 sentiasa mengiringi rita & anak2..bertabahlah..

    3

    1
  14. Anonymous says:

    Aku tk faham nape nama donna dikait dgn rita sedangkan rita couple dgn org lain. …korang nanti mesti terkejut! Tungguuu..

    0

    0
  15. Taeyeon says:

    comel rita… nampk muda sbb kening .. sbb kening dia ala korea .. lurus jer

    1

    0
  16. sentap says:

    biar la dia…dah yg muda dtg ke dia…bkn dia yg mencari…smpi sanggup bwk lari anak pompuan org kawin kat siam…semoga donna muslim yg terbaik…

    #supportrita

    2

    0
  17. duh says:

    orang yang bijak akan belajar, improve, forgive and forget and move forward.
    tapi mcm rita ni x belajar2 lagi nampak gayanye…..

    0

    1
  18. Anonymous says:

    Masalah yg muda nk bercinta dgn dia.. Yg tua sume dh kawin laki org. Rr jrnis tk layan laki org…mgkin dia jenis bercampur geng bdk2 kut..tgk ig dia… Byk foto bdk2 dia bkawan.. Tkde pun geng tua.. Lgpun logik gk nanti kata gatal sb janda org suka fitnah mcm2.baik kawan dgn bdk2 di anggap adik… Rr ni suka tlg kawan2..sblm kawin dgn edel pun sama suka join geng bdk gk aku tgk..tu yg janda smpi 7th kut baru jumpa si edel ni. .apapun siapa kita nk lawan takdir allah.. Kita marah pun mcm kita marah allah pulak.. Ni janji dia dgn allah dulu..

    1

    0