Written by AbangNara | October 4th, 2012

Pasti Rita menjadi orang yang paling tertekan apabila gosip hubungan cinta suaminya, Aidil Zafuan dan Jue semakin serius tersebar baru-baru ini. Namun bagi Rita, dia enggan memikirkan hal ini kerana ianya hanya akan menyerabutkan kepalanya sahaja. Bagi Rita, dia lebih gemar bersikap tunggu dan lihat.

rita rudaini bertudung

Berkata kepada Utusan Malaysia, Rita Rudaini memaklumkan yang ini bukanlah cerita cinta pertama suaminya. Kata Rita:-

Cuma apa yang boleh saya katakan, ‘tunggu dan lihat sajalah’. Ini bukan cerita cinta dia yang pertama. Ada macam-macam lagi sumber sahih yang bercerita kepada saya tentang perempuan itu dan perempuan ini, tetapi saya malas hendak fikir. Buat apa hendak serabutkan kepala memikirkan hal seperti itu? Kalau dia rasa bahagia dengan cara sebegitu, terpulang kepada dia kerana apa yang penting ketika ini ialah saya dan anak-anak bahagia. Itu saja.

rita rudaini bertudung

Dan Abang Nara gembira mendengar yang Rita Rudaini ada memasang impian untuk bertudung suatu hari nanti. Untuk makluman, Rita kelihatan sangat cantik dan ayu apabila bertudung menghadiri sidang kesnya di mahkamahnya.

Saya bukan mahu berlakon atau tunjuk baik dengan tudung. Saya anggap mahkamah tempat yang mulia dan lebih molek kalau kita pakai pakaian yang bersopan. Kalau ada peminat yang suka akan cara saya, saya bersyukur. Apa yang paling penting, kita selesa dengan apa yang kita pakai, bukan dibuat-buat. Hasrat itu memang ada. Cuma, saya akan pastinya bertudung litup apabila saya benar-benar bersedia, luar dan dalam hati. Impian ada. Saya tidak mahu bertudung sebab orang suruh atau sebab keadaan atau hendak menutup sesuatu isu, atau sebab artis lain bertudung maka saya pun perlu bertudung.Saya tak mahu begitu.Biarlah bertudung ikhlas dari dalam hati kita, datang sendiri dan tidak dipaksa oleh keadaan.

Semoga hasrat murni Rita Rudaini ini akan dipercepatkan dan dipermudahkan. Begitu juga dengan kemelut rumahtangga Rita. Kesian sebenarnya melihat apa yang sedang berlaku terhadap dirinya. Namun Abang Nara respek dengan ketabahan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh Rita Rudaini ini. Semoga kesabarannya akan berbalas jua satu hari nanti.

P.S: Terowong-terowong menarik di seluruh dunia.

69 responses to Rita Rudaini Ingin Bertudung, Enggan Ulas Gosip Cinta Jue Aziz Dan Suaminya

  1. aku bulat says:

    U a de best kak rita…
    Biarkan pompuan yg dah berdarah tu dgn jantan tak guna tu..
    Tabah dan sabar lebih baik..
    pompuan tu nak menyalak biar la dia…

    Mulut atas bawah menyalak la pompuan tu…

    0

    0
    • Kau hado says:

      yas, 3rd !!!!

      0

      0
      • Serangan Hantu Minyak says:

        ya bagus, si Jue tu patut masuk SlimWorld….lari dalam guni setiap pagi. sebab badan dia macam seripah aini …..

        0

        0
      • makan meggi jer says:

        pkai lah tdung cepat2. mati x tunggu masa. soal hati ikhlas ke tak tu no.2,, ustaz azhar idrus ckp wajib tutup aurat walaupun hati tak rela, tak ada alasan ok

        0

        0
      • Oh Alangkah Manisnya says:

        Rita dan Jue sebenarnya adalah pasangan kekasih.
        Jue hadir untuk membalas dendam pada si Aidil. Si Aidil ingatkan Jue jujur untuk memberikan cintanya. Akhirnya, Jue memporak-perandakan hidup Aidil secara perlahan kerana memperdayakan gadis-gadis yang tidak berdosa di luar sana. Tiba-tiba….

        (Eh, eh bangun..apa nak jadi kau ni..subuh selalu tinggal, bangun cepat dah na habis waktu….solat subuh!!! Ibuku mengejutkan aku dari mimpi ku yg enak pagi tadi……)

        0

        0
      • Panaurama Kotaraya says:

        akak paling meluat tengok perempuan melayu pkai tdung tapi pkai t-shirt lengan pendek seluar plak ketat terbonjol bonjol mcm cempedak masak !

        0

        0
      • Anonymous says:

        biar la rita.. perempuan itu dan lelaki itu.. tak rugi jika tak bersama jantan spesis kuda tu… yg penting jaga anak2 elok2 supaya bila besar nnti perangai mereka tidak mengikut si bapak dayus tu.

        0

        0
      • kak joy says:

        Mak cik meniaga cafe kat opis kak joy dah separuh abad,tp still pki jeans ketat yg mcm leging..tp pki tudung…adakah beliau menutup aurat beliau? nek tegur dah tua…kesian…semoga rita cpt2 bertudung…sbb anda dah selangkah utk melakukan syariat islam..mati xkenal usia,bila lah mak cik cafe nk sedar diri??? naik loya plak tgk org tua mcm tu..

        0

        0
      • awak malu kan rita sebab jue aziz dah bertudung tapi awak belum? ye lah, kita menyumpah seranah orang kat twitter tapi tak lihat diri sendiri. ayu rhaudah pun dah bertudung. patutnya awak sedar. apa2pun ayu rhaudah tetap wanita yang mulia pada saya.

        0

        0
    • Kak Melah says:

      jangan di layan percintaan si tetek belon hantu susu bernama Ju-0n itu !!!!!!!

      0

      0
    • ;).. says:

      ah betul tu rita…gasaklh orng tu nk brcinta dgn sesiapa pn kn…pasal nk menutup kepala tu pn prlahan2lh ya…biar hati benar2 ikhlas dn tanpa paksaan dr sesiapa pn kn..dn jgn sebab terikut2..islam pn tk de yg paksa memaksa dn tk kejam sebenarny…yg pnting tuhan lebih thu siapa kita sebenarny.. teruskn usaha yg baik demi masa depan anak2 kmu ya…apapn rita terbaik..;)

      0

      0
    • n says:

      like Rita..tak suka jue..sorry

      0

      0
      • melayu mudah layu says:

        yg x pakai tudung korang kutuk.yg pakai tudung nampak kaki korang wat dek je.bukankah kaki tu pun aurat wanita islam?.nak pakai tudung perlahan2 korang cakap mati x tunggu masa.wajib tutup bukan rambut je.kaki tu pun sama.

        0

        0
      • Anonymous says:

        ADAKAH ANDA TELAH MENUTUP AURAT MENGIKUT SYARIAT SEKIRANYA:
        anda bertudung tapi masih memakai baju ketat/nmpak body…?
        anda bertudung tapi masih mencukur kening..?
        anda bertudung tapi pakai baju jarang..?
        anda bertudung tapi pakai legging/seluar ketat…?
        anda bertudung tapi bersanggul mcm bonggol unta..?
        anda bertudung tapi leher terdedah..?
        anda bertudung tapi pakai baju dedah lengan…?
        anda bertudung hanya utk mengikut trend semasa atau ikhlas kerana tuntutan Allah?
        FIKIRKANLAH SEJENAK BERSAMA-SAMA..

        0

        0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

      betol kau cakap tu minah jambu sokong ngan kau bulat….kalau nk rampas laki orang tu rampas lah mulot tu diam tol tk……ni semua si ayu nye pasal ! dia benci ngan rita dia kenal kn si aidil ngan si pompan runcing ni eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee geram nye lah !!!!

      0

      0
  2. sha says:

    i love u k.rita.

    0

    0
  3. me says:

    aik??? xde pengomen ke?polik2..

    0

    0
  4. Zed Zeidi says:

    ———–alhamdullilah semoga ada rahmat disebalik semua ini———-

    0

    0
  5. kamariah says:

    semoga Allah lindungi pihak yg benar…semoga k rita tabah dan gumbire dgn kehidupan bersama ank2….chayookkkkk k rita

    0

    0
  6. cis says:

    Apa yang ko merepek ni labu………..??

    0

    0
  7. sayang kak senduk says:

    bagus RR,teruskan niat murni anda itu,biarkan beruk2 itu terus memberukkan
    diri ye..

    0

    0
  8. ctz7 says:

    Bertudung kerana Allah sebab tuntutan agama.Tiada alasan “apabila saya benar-benar bersedia atau dipaksa oleh keadaan”.

    0

    0
    • kamariah says:

      ctz7….kite ini manusia biase..hanya Allah yg Maha mengetahui isi hati seseorg itu dan kite seharusnya berdoa semoga umat islam seluruh ini semoga aman dan damai jgn ade perbalahan di ant sesame umat islam….doakan yg terbaik utk org lain jg itu pun baik utk kite…..peace.

      0

      0
      • Anonymous says:

        aaah betol tu pakai tudung tapi perangai mcm puaka buat aper?
        berjanggut dahi lebam tapi cetuskan huru hara amarah macam rasukkan syaithan buat aper?.
        tu lima perkara rukun islam perbaiki dulu buat baik sesama manusia jgn anianya hidup sesama manusia
        aman kan kehidupan dulu.
        Islam itu indah aman tapi manusia2 yg terlebih wakrak ni tak semua ya aje yg melebihi kuah dari sudu. sesuka hati menghukum orang menentukan sama ada ke syurga atau neraka!

        0

        0
  9. nicky says:

    aku dah BOSAN BOSAN BOSAN dengar citer wartawan tanya artis nk bertudung ke tak.. bukan nye tatau nnti artis bg jawapan standard je..

    0

    0
    • tanya lak kat wartawan tu ‘ ko asik tanya org kai tudung ke x?” adik beradik anank2 buah makcik2. sepupu sepapt ko kai tudung? cuba tanya mcm tu lak

      asik duk tanya org je…

      0

      0
    • ko hado says:

      betol la.. klise sgt… tunggu btl2 iklas tnpa paksaan..
      ape pun mudah2an sumer umat islam di dunia ni dlm perlindunga n kerahmatan Allah.. n tutup aurat la dgn sebenar2nye.. bkn takat bertudung, tapi pakai baju ketat, lengan pendek.. alamak.. meluat2..

      0

      0
    • saya says:

      saya sokong kamu. dah nama retis. mesti la nak kejar glamer nak tunjuk cantik. wartawan pun alahai. kalau ustaz kawen pompuan tak pakai tudung yela kena sergah.

      kalo kena tanya pasal tudung senyum jela takyah cakap apa2. tak kira sapa. sbb bila jawab dah rupa pertikai hukum allah. tipu daya setan je tu. wartawan pun dah nama retis takkan bajet dia mcm ustazah pilihan pulak. takkan wartawan xtau dunia retis camne. lain la bila dia mula berlakon pakai tudung tiba2 free hair yes boleh la tanye mcm si F tu.

      0

      0
      • nurul says:

        ada beza ke artis dgn org lain? artis ni bukan manusia ke? diorang ni makhluk yg bukan dijadikan Allah ke sampai seolah2 artis dapat pass utk menayangkan akhlak buruk/menayangkan aurat/menggalakkan zina/sentiasa menayangkan moral buruk? siapapun kita dan apapun bidang kita, kita wajib mengikut suruhanNya..no excuse..

        0

        0
  10. ada aku kisah says:

    semoga kak rita terus tabah n cekal hadapi semuanya nie… insyaallah ada hikmah yang besar buat kak rita n anak2….

    0

    0
  11. halimah jongang says:

    RR mmg seorg yg tabah..teruskan bertabah RR..insyaallah ada cahaya kegembiraan satu saat nnt..

    0

    0
  12. talam besi says:

    kesian kt u rita,ape2 pn sbr k….Tuhan sntiasa ade brsme kte,bnyk2kn berdoa….smga Allah bri ptnjk yg trbaik utk u rita dn juga yg lain2….

    0

    0
  13. ayien says:

    sangat setuju dengan kata2 bertudung biar dari hati yag ikhlas bukan semata2 nak menutup sesuatu isu macam si Rodoh.dah la betudung tapi pakai baju nampak bra. puihhh wat malu..

    Papepun saya hanya menyokong kak rita seorang je..semoga kebenaran akan terbukti..
    peace (*¯?¯*)

    0

    0
    • keyboard says:

      jangan suka2 buat fitnah, kita bukan Tuhan nak nilai ati org mcm mana…yg bmulut manis mcm kt atas tu blm tentu hatinya pun manis..

      0

      0
    • Anonymous says:

      1. “orang yang bertudung aurat tak semestinya baik, tapi orang yang baik pasti akan menutup aurat”
      2. “wajib menutup aurat walaupun tak ikhlas”

      0

      0
  14. anaLOVE says:

    Do your best RR. May God Bless You & Family!~

    0

    0
  15. alahaiii says:

    bagus! takyah layan atau komen gosip2 camni. terlebih komen kang orang menyampah pulaksss. jadi takyah layan sangat buat sakit kepala je pikir kennn.. sabar je laa rita..

    0

    0
  16. Lynn says:

    Bertudung ni bukan suruhan orang tapi suruhan ALLAH..
    Mudah2an Rita cepat2 la bertudung dan menutup aurat kerana kita tak tahu perancangan ALLAh buat kita. Entah hari ni, entahkan esok…

    0

    0
  17. Kepologi says:

    betul gak ap y kak rita cakap..kita tunggu n lihat..
    harap2 kak rita jgn balas stemnt pasal jue tu..
    x apa kak rita..dunia ni kan bulat..suatu hari nanti dia org akan terkena juga…
    cuma masa jer y akan menentukan lama ke sekejap..
    harap kak rita bahagia ngan anak2..

    0

    0
  18. timah jongang says:

    kenapa lah lelaki zaman sekarang ni semua tak boleh dipercayai?? tak ada rasa bersalah, tak ada rasa tanggungjawab…. senang lepas tangan dgn apa yg dah dibuat…. tak ada hati perut betul…. zaman skrg ni, byk lelaki yg camni dr lelaki yg baik!!!! Ya allah jauhkan lah aku dr lelaki2 durjana mcm ni….

    0

    0
  19. midori says:

    kenapa wartawan asik tny isu bertudung..saje nk panas kan line nk suh org kutuk RR..mmg la bertudung wajib n xde alasan utk kata tidak sbb tu hukum Allah tapi perlu ke kiter manusia yg x sempurna ni asik nk bertanya hal tu pada dia..

    0

    0
  20. mawar putih says:

    alah,jue tu bkn betul sgt…dulu,kenal jehan tggl ako terkontang-kanting…pastu balasan nye jehan lak tgglkan dia…padan muka!!!bagus ler klu jadik dgn aidil,dua2 perangai x semegah.boleh ler jadik menantu kesygan…

    0

    0
  21. ida says:

    stuju sgt statement mls nk komen & serabutkan kepala tu..jnji bhgia ngn ank2..

    0

    0
  22. cempaka putih says:

    aku rse family aidil ckp jer x masuk cmpr tp yg sebnrnyer ada.. kalu x mesti hal rita n aidil boleh settle dgn baik.. dgr lak bakal dpt menantu br yg lebih gebu.. lg cucuk aidil mcm2.. mungkin la kot.. x berani nk tuduh..

    0

    0
    • mini usb speaker system NB-50U says:

      statement dah berunsur fitnah dah..lepas tu kau kata “mungkin la kot..x berani nk tuduh..” alahaiii..tingkatan berapa kau ni?

      0

      0
  23. Saja nak komen says:

    Itu nsib baik manusia durjana yang bernama wartawan yang tanya si RR ni bila nak pkai tdung… Kalo x sempat nak berhijab nnt dah mati dlu mcm mner lak… Nak jwp per nnt dgn Allah. Bkn nak bersyarah sekadar berkongsi.

    p/s: Bila si wartawan durjana tanya bila nak bertudung, lbih bek ckp no komen,kalo tdk nnt lgi pnjg menjela lakish ko RR. Peace!!!!!!!!

    0

    0
  24. CikKembong says:

    What?? da byk kali dgr gosip ngn pempuan lain. Ish…ish memang x leh aman la idup bersama.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Rita Ibu tunggal yg berwibawa. Cekal dan cekap dlm menangani masaalah yg ditanggunginya. Semoga Allah mengasihani hamba2 yg lemah. Amin. Untuk berhijab mcm Rita kata utk Aidil ” Tunggu dan Lihat” . Itu crita utk Aidil. Kalau Rita, jgn lama2 untk berhijab. Kalau “impian” da ada dan hati kata “mahu” wajib disegerakan. Takut niat tak sampai. Kalau ckp semua artis tunggu seru itu tidak betol. Kalau seru “ajal” da sampai, jgn salahkan takdir. Diri sendiri harus dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Anak2 muda masa nak enjoy tidak ingat nak berhijab tapi kalau sudah ada kemahuan dan impian sebaiknya disegerakan dan berubah.. utk Allah. Semoga Allah memberikan kerberkatan hidup kita didunia dan akhirat. Amin

    0

    0
  26. taksukaorangcakapbutarbelit says:

    biarkan jelah aidil n belon besar dia tu..hehehe….paper ari ni ckp aidil x pnh g mahkamah…nmpk sgt dia bacul…hidup nk mudah je…ko da xnk rita ko lepaskan..g mahkamah..selesaikan cpt…pastu ko nk menyundal dgn sapepun ko buatla…ni ko duk sedap dgn betina lain, anak bini ko abaikan..apela nk jd dgn aidil ni..patutnya parent si aidil ni nasihatkan si aidil cptkan selesaikan hal mahkamah…ni x….kuarga dorg ni agaknya mmg kuarga yg kacau bilau kot…better rita abaikan je family yg ntah pape ni..tumpukan pada anak2…moga suatu hari nnt rita akan mendapat kebahagiaan yg hakiki….aidil tu pun ntah brape lama je lg leh main bola…kaki pun injured je….podahhhhh…..

    0

    0
  27. Propa says:

    bosan tul ngan majority pengomen2 kat BN ni…xde isu lain selain dari tudung ker? hello!!! kalo derang kisah halal, haram, aurat and what not dari awal2 lagi, xkan jadinga artis mereka2 ni…so derang tau sgt hukum hakam yg basic dan hal2 tudung mudung nih, cuma samada derang nak atau xnak jek…

    0

    0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

      tu pasal laaaaaa minah jambu betol2 punye fed up ngan orang2 ni isu lain tkde asek2 isu tudongggggggggggggggggggggggggggggggg je macam sial !!! macemmmmmm lah artist yg tk bertudong tu tak tau nk bertudong satu hari nanti !!!! tengok la artist yg dh bertudong maseh lagi nk gi masok club ! walau banyak artist yg tak bertudong tapi dorang akan bertudong bila dorang pergi tempat2 yg semesti nye kena berpakaian sopan……ape korang ingat artist yg tak bertudong ni bodoh nk mampos !!! korang2 semua ni suka sangattttttt lah keluar kn isu yg remeh temeh yg tk mesti di luah kn di lam blog bang nara yg penoh sempoi ni huh !!!!!! lov u rita…

      0

      0
  28. noname says:

    kak rita…pedulikan pasal dorg…akk truskan idup akk mcm biasa je..hmm..pasal bertudung tu…elok la di percepatkn..bkn perlahan2 sbb dosa n mati xkenal cepat o lambat…biar la permulaan tu rs terpaksa ke pe sbb lma2 nnt akk akn biasa n selesa..lg akk tangguh..lg byk dosa akk dpt..sy niat menegur utk kebaikan akk n nak akk jd contoh yg baik pd anak2 memandangkan si ayah da byk bg contoh buruk pd dorg..semoga akk dpt byk keberkatan lps ni..dunia n akhirat..=)

    0

    0
  29. Hamba Allah says:

    Islam mmg x paksa setiap perempuan tu bertudung tp WAJIB menutup aurat apabila berada dikhalayak bkn mahram..x kira lah dgn apa cara sekalipn utk menutup aurat itu termasuklah suara kamu wahai wanita2 sekalian..perempuan diharamkan melunak2kan suaranya dikhalayak ramai..suara sedap ke x sedap ke menyanyi tu mmg haram bg wanita..renung2kan..

    0

    0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

      eh ! kalau gitu pompan yg tutop aurat tak payah cakap lah di depan khalayak ramai bercakap sama jugak pe ngan menyanyi suara terkeluar jugak n orang ramai boleh dengar !! jadi ape hukuman nye pak ustaz ???? masok neraka ke ???

      0

      0
      • Anonymous says:

        Eh minah jambu ni ckp cm x da agama je..
        x tau hukum ke…

        0

        0
      • Hamba Allah says:

        Jgn silap faham ya minah jambu.. apa yg saya tulis tu melunak2kan suara cth mcm menyanyi ya. Allah anugerahkan kita suara utk menyampaikan kebaikan..bercakap perkara2 yg baik2..hrp saudari fhm mksd saya..bnyk hadis pasal suara wanita ni yg mana suara wanita adalah aurat juga.. saya sekadar berkongsi apa yg saya tahu..wallahualam :)

        0

        0
      • khalis says:

        tak pernah belajar agama atau mmg bukan Islam? ini soal wanita dan aurat nya yg perlu dijaga, antaranya suara.. suara yg dilunak2 kan tu u faham tak maksudnya apa? apa kesannya pada masyarakat? apa kesannya pada empunya diri? kalau tak pernah belajar, nasihat saya pergi lah belajar..kalau u mmg bukan Islam, boleh bertanya dgn baik dari org2 yg celik agama Islam, bukan sekadar bertanya pada org2 yg nama saja Islam..sekadar bercakap di khalayak, itu tak termasuk dalam issue yg disebut oleh Hamba Allah diatas, namun melunak2kan suara untuk didengar org lain sgt berbeza maksudnya..harap maklum.

        0

        0
  30. CERMIN BESAR says:

    A’AH….
    YG BERTUDUNG PUN ADA YG SAMA TAK SENONOH, BURUK DAN PENGOTOR!
    AKU SENDIRI DAH NAMPAK KONON DAH TUTUP TU SEMPURNA LAH PADAHAL PUNYA PADAHAL PERANGAI PUN SERUPA HARAMJAD!

    0

    0
  31. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original says:

    betol tu rita minah jambu sokong ngan rita….kita jangan jadi pak torot artist lain bertudong kita pn sebok nk bertudong nk eksen baik konon padahal hati dorang lm iklas n maseh nk berlakon n cari duit lakonan tol tak……kalau maseh nk cari duit ngan cara menyanyi atau berlakon tk payah lah nk bertudongggggggg jangan nk step sopannnnnnnnnn kalau nk tutop aurat yg sbetol2 nye tutop aurat macm wahida wasini selubong teros tk payah lah nk berlakon2 lagi n lupa kan teros activiti2 yg melibat kn seni tol tak…….ingat ! jangan jadi PAK TOROT !!! lov u ritaaaaaaaaaaaaaa…….

    0

    0
  32. Seriously, dah mual baca tentang artis2 perampas ni. Dahlah ambil laki org, langsung tak tahu malu buat statement kat press bukan2. Lepas tu sanggup nak buruk2kan org yg dia dah aniaya. PLSSS.. Apa kata boikot je artis2 cam ni. Jgn sokong diorang lagi. Jgn tonton drama atau filem diorang. Biar rating jatuh. Ni bukan kes busuk hati, tapi apa yg diorang buat lagi buruk.

    0

    0
  33. gigi emas says:

    lepas pakai tudung masuk PAS jadi penceramah bebas………lepas tu kata le sedang mendalam islam kononye….lepas tu bole berpelukan dan tangkap gambar bersama…….lepas tu bleh le gi cuti kat genting highland bersama-sama jue……artis bodoh lagi jahil

    0

    0
  34. mak c kina says:

    mle dorg khwn dlu,aku marah gak kt RR ni,sbb cara dia nikah tu…tp bl pk blk,dia xrampas laki org,kire ok la kan?..umo tu soal lain..sbg pompuan sape xnak klu de laki hensem,muda,kaya(even mse tu lum kaya sgt g) ajk khwn…aku pn nak…tu la keje lelaki,tau tanam tebu je tp xpenah nk usahakan tebu yg dorg tanam tu..tp sbg lelaki,kne la bertggjwb dgn pe yg ko buat..nk becinta baru pn agk2 la…kes kt court xsettle g dek non…nnt dh cerai ne byr2 mcm2…poket dh 0,agk2 la kan jue tu nk x kt ko?…semoga RR tabah menghadapi segalanye…

    0

    0
  35. Wanita biasa says:

    Zaman skrg byk wanita yg jd mangsa Dlm perkawinan,prnyebabnya juga wanita,cz wanita skrg Suka merampas hak org…mrk Suka if dpt rampas hak org cz mrk rasa diri mrk hebat.mrk tk fkr yg 1 day mrk pun Akan mengalami situasi dimana mrk pun Akan menjadi isteri n ibu,so if lelaki yg pernah curang tk mustahil mrk Akan melakukannya lg cz skrg melambak gadis2 n perempuan yg menunggu mencari mangsa mrk.yg paling peliknya dh la rampas Suami org lepas tu berani pula serang si isteri dan buat seolah2 mrk tu betul yg si isteri ni pula yg jahat…

    0

    0
  36. Stop!!!! says:

    Statement mesti ada sikit-sikit nak provokasi walaupun tersembunyi… lepas nie mesti ada yang terasa membalas statement tu plak nnt… Pastu xde penghujung… lalalalalalalalala…..

    0

    0
  37. khalis says:

    sebagai wanita Islam, menutup aurat itu adalah suruhan Allah..jgn ada alasan seperti tunggu hati betul2 ikhlas / belum sampai seru / etc..kita kena fikir siapa kita di sisi Nya..Allah yang cipta kita, jadi bukan hak kita untuk berkata sedemikian..

    0

    0