Written by AbangNara | January 20th, 2014

Kalau sebut nama Rita Rudaini, sudah pasti semua orang tahu. Kalau sebut nama Nomad, mungkin ada yang tidak tahu. Nomad merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik dan sedang popular menerusi lagu “Tetap Menantimu”. Baru-baru ini, Rita dan Nomad digosipkan mempunyai hubungan istimewa. Ternyata gosip itu tidak benar dan menimbulkan keberangan Rita Rudaini.
rita rudaini nomadKata-kata yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini menerusi Metro Ahad semalam memang jelas menunjukkan kemarahannya dan ada sindiran pedas yang ditujukan kepada mereka yang terbabit mengelurkan gosip ini. Kata Rita:-

Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak. Sudahlah masyarakat nudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda.

Hakikatnya saya bertemu Nomad sewaktu promosi filem Balistik tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa.

Yang menghairankan saya, sebelum ini ramai bergambar dengan saya atau saya bergambar dengan artis lain, baik lelaki mahupun wanita, tua atau muda dan ia tidak pernah pula menjadi isu.

Entah mengapa dengan Nomad tiba-tiba ada pihak mahu menimbulkan gosip mengarut. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya

Betul juga kata Rita Rudaini itu. Kalau bergambar pun dah boleh dikatakan ada hubungan istimewa, maknanya Abang Nara pun dah ada banyak hubungan dengan wanita-wanita lain di luar sana. Namun Abang Nara suka dengan ayat pedas Rita Rudaini. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Apa pun Nomad sudah pun memohon maaf dan menganggap ini adalah salah faham. Kata Nomad:-

Saya tidak berniat memburukkan Rita tetapi sebagai orang baru, saya tiada pengalaman dalam menangani isu sebegini. Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan gosip.

Saya juga tidak terlintas langsung untuk menjadi popular dengan cara begini. Apa yang berlaku timbul daripada salah faham dan di luar jangkaan. Sekali lagi saya memohon maaf banyak-banyak.

nomadBagus si Nomad ini jujur mengakui kesilapan dan memohon maaf. Semoga hal ini tidak lagi berterusan. Nomad pun ada suara yang bagus untuk maju di dalam industri nyanyian. Nasihat Abang Nara, fokus menyanyi sahaja. Jangan ceburkan diri dalam gosip-gosip sebegini. Kalau suara bagus, pasti akan popular suatu hari nanti. Yakinlah pada kemampuan anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to Rita Rudaini Berang Dikaitkan Dengan Nomad

  1. miss m says:

    sometimes aku tengok rita ni kuat betul melenting.. benda kecik besar pun die melenting..

    0

    0
  2. harianmetrosuratkabarmurahan says:

    Tahniah nomad .. anda dh popular skrg … popular kerana gosip yg dicipta

    0

    0
  3. Anonymous says:

    haiii nomad…kalau btl le ko bercinta..harap2 jgn la ngan rita ni y suka melenting n meroyan x sudah…x kira la pompuan tu status janda ke ap asalkn jgn si rita ni…buang karen jer…tpi kalau gossip jer x ap jgn realiti…

    0

    0
  4. Olaf says:

    ensem gak si mamat ni ye..muka ad ala2 korea sikit…dia punya lagu pn best…

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    aku tetap menanti mu……ooooooo…….

    0

    0
  6. kodok says:

    panas baran !!! huhhh

    0

    0
  7. taik ayam says:

    Bagus rita.. jgn diam.. nanti kepala kena pijak, cerita bohong kena jaja, haters pulak laju mengutuk.. pride is yours.. keep ur head up.. nomad, pls la..setakat korean wanabe jgn nak perasan. Jaga diri rita!!

    0

    0
  8. peanut says:

    padan muka.. mmg patut pun kena marah dgn rita. mentang2 org tu janda, suka2 buat gossip…ingat janda ni gatal sangat ke? sokong rita

    0

    0
  9. minah jambu merah biru says:

    dh lah rita ! u jangan marah2 sangat tentang ini perkara….u buat bodoh sudah lah ! sape nomad ni ??????? dia pelakon ke ? hensem jugak orang Nye tinggi pulak tu….kalau u tknk u pas kn kt minah jambu lah…helo nomad ! kol minah jambu 83365147 I tunggu panggilan dari u ok lov u ritaaaaaaaa…

    0

    0
  10. Anun says:

    npe nomad kne mnx maaf???? die ke yg timbulkn gossip ni??

    0

    0
  11. amy search says:

    heiiiii! melah ingatkan abang amy search tadi rupanyer rita. dah macam muka kuda lah rita. hidung, pipi, dagu nampak panjang lah.

    0

    0
  12. hana says:

    Apa ‘gosip’ yang Nomad buat?

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Yg pasal rita aku sikit pun tk heran .
    Tapi bab Abg nara kata dia ambik gambar gan ramai artis wanita .. Hahhaha

    Lagipun mana la kita tahu ntah2 abg Nara kena marah gan isteri atau kena CEKAU KE ATAU CAKAR ke gan isteri!!!

    0

    0
  14. ntah says:

    kadang2 aku kesian jgk kat rita ne. ada2 je yg x puas hati dgn dia smpai org cop dia pnas baran la..mulut longkang la.. aduii media ni xpsl2 tabur fitnah. hmmm -_-

    0

    0
  15. Anonymous says:

    ntah2 si Rita ni ckp biase jek..tajuk BN ni jek dah kontroversi..Tajuk pun kekdg main peranan..

    0

    0
  16. Queenzeela says:

    Sbb nomad nie newly cmg singer la die kna Ada gossip utk mem’fofular’kn(ade ke ayt ni?) beliau.kna pl si RR tgh meletop ngn isu nafkh ape lg,terciptalh gossip seperti yg sedia mklum….kesimpuln nyer gossip ni pntg gak buat artis…tmbh plk lagu tgh meletop!mmg meletop glerrr

    0

    0
  17. Of cos lah Rita melenting….who wants to be associated with a cheap controversy like this. Dah lah org tu nak fikir ttg kehidupan dia n anak2 skg, korang senang2 nak ambil kesempatan palitkan nama dia lagi. Pls be sensitive. Gossip like this boleh cemarkan maruah dia sbb nanti org ingat dia yg tergedik-gedik nakkan si Nomad ni. Dia bukan jenis tangkap muat just becos her ex has moved on. Pls any of you out there yg fikir nak jatuhkan maruah dia, pls ingat dua tiga kali. Dia seorang wanita, ibu dan ayah pada dua org anak dia skg. Tolong prihatin tentang keadaan dia skg.

    0

    0
  18. Notmat says:

    “Banyak betul Sedara mara aidil kat sini eh….

    0

    0
  19. rina says:

    nara x siarkan cita sepenuhnye pasal knapa rita royan ni meroyan sbb nye si normad ni ade sebut yg dia x kan pilih wanita yg lebih berusia klu x silap lah… ade terbaca dlm forum tu yg melahar mak jan ni…aritu dlm meletop pon suh nabil jgan pangil kak rita tapi rita je prasan hot je mak jan ni…agaknye klu normad ckp rita ni cantik dan x kisah klu ditakdirkan bersama grenti mak jan ni senyap je silap2 bertimbun pic normad dia upload dlm IG dia…

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul la rina, mak jan ni sentap sbb stetment nomad yg secara indirect reject pompuan cam dia. Gila dowh… bagus nomad, bljr dr kesilapan org

      0

      0
    • Rina, perlu ke??? Apa motif awak nak sensasi kan cerita ini…. Nomad dah minta maaf, nampak nya dia lebih matang dn bijak dari awak. Makna nya dia dah tutup buku dan tak nak sensasi kan lagi cerita ini. Statement Nomad tu adalah pandangan dia secara umum bukan ditujukan khusus pada Rita atau sesiapa…tolonglah jgn jadi bodoh. Nomad hardly knows Rita n vice versa, so jgn nak kait-mengaitkan. Rita marah pun kerana perkara ni buat dia kelihatan seperti sangat desperate. Ini hanya spekulasi bodoh yg dimanipulasi kan oleh org2 yg tak berakal dan tidak mempunyai hati perut seperti awak. Im sure Rita is in a better place now dikelilingi oleh org2 yg dia sayang n she doesnt need cheap publicity like this to be famous.

      0

      0