Written by Bella | June 8th, 2016

Tiada siapa yang berjaya tanpa perlu mengharungi segala kesusahan terlebih dahulu, begitu juga dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Pernah menjual kuih ketika zaman remajanya, Siti Nurhaliza akui merindui pengalaman tersebut sehingga beliau pernah terdetik untuk menjual kuih dihadapan rumahnya yang terletak di Ampang sempena bulan Ramadhan ini.

Tidak dinafikan sesekali datang perasaan rindu nak berniaga seperti dulu apatah lagi pembantu rumah saya sememangnya pakar memasak dan berkebolehan membuat kuih-muih.

Perkara ini membuatkan hati saya beberapa kali terdetik nak membuka sebuah gerai kecil-kecilan menjual kuih-muih di depan rumah sekarang ini. Tetapi tidak pula saya suarakan hasrat itu kepada suami, sekadar terniat di hati sendiri.

Demi melepaskan rindunya itu, Siti Nurhaliza sering berkunjung ke bazar Ramadhan dan ia ibarat satu terapi untuk dirinya kerana dapat melihat pelbagai jenis juadah di hadapan mata.

Namun, beliau mula rasa tidak sampai hati dan kasihan apabila ramai peniaga yang memanggil beliau untuk membeli makanan di gerai mereka. Oleh itu, Siti Nurhaliza kadang-kadang lebih gemar untuk menunggu di kereta sahaja.

Suatu ketika kita pernah berada di tempat mereka dan saya faham perasaan mereka amat mengharapkan kita membeli di gerai mereka. Bagi mengelakkan rasa serba-salah itu, saya hadkan waktu ke bazar Ramadan. Paling tidak saya hanya tunggu di kereta dan sesekali membuka tingkap menegur makcik-makcik berniaga.

Meskipun sudah hidup senang, janganlah pernah lupa dimana kita bermula. Kami suka dengan sikap Datuk Siti Nurhaliza yang tidak mempunyai kontroversi dan sering bersikap rendah diri.

Sumber Berita : mStar Online

19 responses to Rindukan Kenangan Lalu : Siti Nurhaliza Teringin Menjual Kuih Dihadapan Rumah

  1. siti situ sana sini says:

    cantik siti

    0

    0
  2. Mak Jeling says:

    cukuplah siti..dan “yg sewaktu dgn dia”.
    kesiankan pd penjual tg “tak terkenal”
    yg sumber pendapatan.. jual tudung, pakaian, makanan..dan…
    habissss lah..
    kalau semua artis “nak sapu”
    lainlah kalau keutungan 50% di bagi pd penjaja
    yg patut di bantu…
    itu Thumbs Up…!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      rezeki Allah yg bagi..
      klu niaga neh..kena usaha lebih..sebab rezeki hr2 xkan same..mgkin hr ini byk, esok sikit.

      0

      0
  3. bbycumil says:

    habis la gerai tokti kena serbu hehe

    0

    0
  4. Anonymous says:

    bersyukurlah dengan apa yang ada….banyak lagi yang boleh dibuat..

    0

    0
  5. kendall jenner says:

    rasanya siti tak pyh la buat lagi, nnti kompom pminat serbu gerai kuih siti je…ada benda kita rindu nk buat tp bnyk benda nk kena titikberatkan..so tpaksa la berkorban prasaan rindu tu….kan siti paham perasaan makcik2 yg jual tu betapa mereka mengharapkan org beli..:)

    0

    0
    • terlajak syukur says:

      Bodoh punya komen. Rezeki masing2 dah ditentukan. Suka hati dia laa nak jual apa pun. Orang yang tak percaya dengan usaha keras dan rezeki Allah je akan cakap macam ko ni.

      0

      0
  6. Jjkam says:

    Hmmm

    0

    0
  7. Priority says:

    Xyah la siti… Fokus pada usaha nk dptkan zuriat je.. amik berkat bulan ramadhan ni.

    0

    0
  8. anon says:

    IRRELEVANT…..benda gini pun masuk blog ke. Makcik ni mekap sepuluh inci, berlawan dgn si rozita ke….Bersara je….

    0

    0
  9. johnny bravo says:

    Mengada2, menyampah. …..dah tak ada cerita lain ke sampai cari publisiti murahan.

    0

    0
  10. Tebuu says:

    Ko kan kaya, kalau beli Rm10 kat setiap gerai pun duit ko tak abes… poyoss

    0

    0
  11. Yekeni says:

    Alah. Kan kaya. Beli aje kat setiap gerai $10. Lepas tu singgah masjid ke, rumah charity ke, kasi kat dirang buat berbuka.

    Kill 3 birds with one stone. 1) support bisnes kecilan. 2) sedekah berbuka. 3) murah rezeki. In Shaa Allah

    Tak payah dok dlm kereta, rasa2 kalau spend 1k kat bazaar tu setiap hari di bulan Ramadan ni pun, mcm ciput aje utk siti.

    Orang kaya sembunyi dlm kereta takut kena beli dari gerai2. Hehhe

    0

    0
    • cik piNgu says:

      Orang kaya sembunyi dlm kereta takut kena beli dari gerai2.

      KOMEN APEKAH INI??? ct tu kalau dia beli byk2 pun x jejas duit dia noks. cuma dari sudut positif ak rse kalau dia kua kete, akan ade penjual2 yg bg percuma kat ct ni. y u pk negatif? sedeh.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ada yg komen mcm x pose,nmpk ada penyakit hati kat ctu,xyah la pertikaikan sedekah dia,kt xtau bape byk dah dia melabur utk saham akhirat dia,ssh btl manusia ni nak becerita kisah dia jual kuih n terkenang zmn ssh dl pun kn kritik,kang klu dia lupa dr pun teruk kena kritik jg pebdek kt semua x kena..

        0

        0
    • damai says:

      kalau beli banyak2 wpun sedekah pd masjid dan masjid dah terlalu banyak mknan sebab sedekah pun nanti x ada org makan membazir juga. she just cakap she rindu berjualan didepan rumah bukannya ckp dibazaar pun. dia duduk dlm kete pasal dia tahu hati seorg peniaga mengharapkan agar jualan dibeli dan habis. Dato CT dia kalau sedekah secara senyap, x menunjuk2

      0

      0
  12. Cikgu MM says:

    Dato’ sembunyi bukan sbb X nk beli, tp sbb kesian pd peniaga… peniaga akan bg free kat dia tanpa perlu byr, tu yg dia X sampai hati. Kita kena guna hati kecil utk fahami makna tersirat juga

    0

    0
  13. LAM POO says:

    Dah nak malap…

    0

    0
  14. Anonymous says:

    apasalah Nye dia nak jual , orang yg beli bukan bodoh , x kan sebab ct ,nak beli produk dia kalo x bagus… melainkan org yg komen2 bodoh2 tu je wat camtu…

    0

    0