(REVIEW)Transformers:Revenge Of The Fallen

(REVIEW)Transformers:Revenge Of The Fallen

review transformers 2

Akhirnya kami berjaya jugak menonton filem Transformers: Revenge Of The Fallen hujung minggu lalu. So kali nie kami nak kongsi review filem Transformer 2 : Revenge Of The Fallen ini bersama anda. Bagi yang dah tengok, boleh la share-share pendapat anda dengan kami.

Advertisement

First thing first, sesungguhnya watak Megan Fox di dalam cerita Transformers nie sangatlah sampah. Kerja dia hanyalah berlari-lari dengan baju yang hampir koyak di bahagian dada untuk tatapan ramai. Selaku wanita paling seksi 2009, Megan Fox memang menzahirkan keseksiannya dalam citer nie. Tahniah kami ucapkan kerana Megan Fox memang berjaya dalam menjiwai watak seksinya di dalam cerita ini.

Yang best bagi kami dalam Transformers 2 ini ialah scene lawan-lawan antara Autobot dan Decepticon. Kalau dalam yang first lawan dia dekat-dekat sangat sampai tak nampak apa yang terjadi, kali nie diorang lawan jauh-jauh skit. So nampak jelas dan terang aksi robot-robot nie berperang sesama sendiri.

Yang tak bestnya jalan ceritanya meleret sikit. Ada part-part macam kat kolej yang tak perlu ada. Lama sangat kat padang pasir (mungkin nak bagi can Megan Fox berseksi kat situ). Lepas tue The Fallen tue senang sangat kalah. Tak sampai seminit dah kena tarah ngan Optimus Prime.

Kesimpulannya ialah jika anda seorang yang gilakan aksi CGI dan grafik, silalah pergi tonton filem nie. Memang anda akan puas hati. Tapi kalau anda jenis seorang yang mementingkan jalan cerita, sila pergi download filem Memento.

Dari 10 bintang, kami bagi 7 bintang untuk Transformers: Revenge Of The Fallen. Anda pulak bagaimana?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...