Written by Bella | January 12th, 2016

Meskipun agak sibuk menjalani penggambaran drama bersiri bersama Nur Fathia yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Remy Ishak tetap berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan ibadah Umrah pada hujung bulan ini.

Remy menerusi portal BH ONLINE meluahkan rasa syukur dipanggil sebagai tetamu Allah SWT biarpun jadual beliau agak padat.

Saya sudah lama menyimpan hajat untuk membawa ibu menunaikan umrah di Makkah. Alhamdulillah, tahun 2016 membuka tirai dengan perkara baik dan sekali gus saya dapat menunaikan janji yang sudah lama tertangguh kepada ibu.

Biarpun jadual kerja saya agak padat pada bulan ini, namun tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk melawat tempat Nabi harus diutamakan. Jadi, sehari selepas menjalani penggambaran di New York, saya akan ke Mekah pula.

Aktor itu yang bakal berada di tanah suci Mekah selama 9 hari berharap segala proses perjalanan beliau ke tanah suci berjalan dengan lancar.

Semoga perjalanan saya ke Tanah Suci akan dipermudahkan dan segala urusan berjalan lancar. Saya teruja kerana berpeluang untuk ke sana dengan kesihatan yang masih baik.

Alhamdullilah, Remy Ishak dapat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang anak dengan baik. Kami harap segalanya proses beliau sewaktu mengerjakan ibadah Umrah bersaa ibunya berjalan dengan baik. InshaAllah.

Sumber Berita: BH ONLINE

11 responses to Remy Ishak Tunaikan Janji Bawa Ibu Pergi Umrah

  1. LINDA EVANGELISTAHHH says:

    Alhamdulillah! bagus remy!

    0

    0
  2. oh bintang! says:

    why not tackle maya karin again?

    0

    0
  3. leea says:

    duit hasil peluk2 pompan…

    0

    0
    • Rosa says:

      Apa lah kau Leea, selain berlakon Remy kan ada jadi duta produk and niaga lain2 juga, so tak semesti hasil peluk2 perempuan dia guna kan untuk tunai kan umrah bersama ibu nya.. think positive… dia tau lah mana halal mana haram… sad tengok orang berpikiran bergini…

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ape salah Nye duit ape pon kite bawak gi umrah tu terpulang pada Allah yg maha kuasa nk terima atau tidak..kenape duit pulak nk di jadi kan isu ???

      0

      0
  4. melati says:

    bukan kater Artis …semua org camtu ..kalau mampu jer trus antor Mak Bapak gi Haji….biasa jewww..

    0

    0
  5. ng says:

    aku rasa cerita artis2 berbuat baik kpd ibu bapa mmg patut di siarkan, berbanding cerita2 merapu..
    berbuat baik kpd ibu bapa mmg suruhan allah, dan memang patut di promosikan dan dijadikan contoh.

    0

    0
  6. Anna says:

    Alhamdulillah

    0

    0
  7. Anonymous says:

    apa lh melati ni dlm otak dia asyik negative bila nk positive..maybe melati nih klu jln bukn maju k dpn kot2 jln pkai move backwards reverse.. patut tak smpi2 tahun baru 2016..kkkkkkkk…..

    0

    0