Written by Bella | November 9th, 2017

Sejak mengikat tali pertunangan dengan pengasas 2morrowbridestory, Ezza Yusof pada bulan Mei lalu, pelakon Remy Ishak jarang sekali berbicara mengenai perancangan perkahwinan mereka. Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan Remy sudah putus tunang. Benarkah?

Walaubagaimanapun, Remy menafikan gosip tersebut dan memberitahu beliau cuma kurang selesa untuk berkongsi apa-apa mengenai hubungan mereka. Malah, Remy dan Ezza belum lagi mahu mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu. Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami,

Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa. Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

Bukan semua selebriti mahu menunjukkan kemesraan dengan tunang mereka untuk tatapan umum. Yang penting, gosip mereka putus tunang itu tidak benar dan mendoakan yang terbaik buat hubungan Remy dan Ezza sehingga ke jenjang pelamin satu hari nanti.

Sumber Berita : mStar Online

4 responses to Remy Ishak Nafi Gosip Sudah Putus Tunang

  1. Anonymous says:

    kalau xde plan nak kawin dalam masa terdekat, tak payah le tunang. orang tengah bertunang ni byk dugaan nya

    9

    0
  2. lea weiss says:

    Saya baca ulang2..ingatkn engan tu nama org..mmg ada pening sikit..

    1

    0
  3. Joyah pedas says:

    Hahaha remy ohh remy.. takkan x boleh tinggalkan Datuk H pulak kot.. Kawen la cepat.. Nanti dpt tutup spekulasi itewwww

    0

    0

Leave a Comment

Optional