Written by AbangNara | February 17th, 2014

Alhamdulillah. Selepas membuat keputusan untuk berhijrah dan tampil bertudung, kini Rebecca Nur Islam mengambil langkah seterusnya dengan menjual kesemua baju-baju seksi yang dimilikinya. Satu langkah yang amat bagus dan seharusnya dipuji. Terharu Abang Nara dengan kesedaran tahap tinggi oleh Rebecca. Tahniah diucapkan!!!

rebecca nur islam bertudung

Tambah mengharukan apabila Rebecca Nur Islam akan memberikan baju miliknya yang bernilai RM700 ke bawah secara percuma sahaja. Insya Allah makin murah rezeki Rebecca dengan bersedekah sebegini. Kata Rebecca kepada Sinar Harian:-

Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi.

Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.

“Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya. Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah.

Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus

becca

Abang Nara juga tertarik dengan cerita Rebecca mengenai penghijrahannya. Betullah kata orang, hidayah itu datang pelbagai cara. Menarik sungguh. Terang Rebecca:-

Kami tiba di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu setelah 12 hari di sana (Makkah). Pagi Selasa, saya bersiap untuk menemui seseorang.

Namun, hati saya tidak berpuas hati dengan penampilan ketika itu lalu saya menunaikan solat Zohor sebelum keluar rumah. Selepas itu, saya cuba mengenakan tudung, barulah lega.

Ketika itu, saya tidak memiliki pin. Saya minta daripada pembantu rumah, dia berikan pin lain kerana dia sendiri tak sangka saya mahu pin tudung.

Sehingga hari ini, saya masih memakai pin ibu saya kerana tidak sempat untuk membelinya lagi.

Suami saya, lagilah terkejut kerana dia sendiri tidak tahu yang saya akan berhijrah secepat itu.

Buat masa ini, saya lebih selesa mengenakan selendang kerana saya mempunyai banyak koleksi selendang yang disediakan untuk majlis amal

rebcca

Menarik bukan? Semoga penghijrahan Rebecca Nur Islam dipermudahkan lagi. Abang Nara gembira dan seronok melihat makin ramai artis muda yang berhijrah. Nampaknya ramai yang telah mula sedar. Insya Allah hidup akan lebih diberkati dan dirahmati selepas ini. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Kecuaian ibu bapa makin serius sebabkan kematian anak-anak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 responses to Rebecca Nur Islam Jual Semua Baju Seksi

  1. Nur Islam says:

    Alhamdulillah..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    j

    0

    0
  3. princess says:

    kalau boleh jual la baju tu pd org non muslim or else..bakar sume baju itu…..ape guna kita xpkai tp kita penyumbang kpd dosa org lain yg memakai…
    inshaallah….

    0

    0
    • kiki says:

      baju seksi tak salah pun. orang pakai dalam rumah boleh je depan suami. betul tak wifey2 sekalian. uolss pun mesti byk baju seksi kat rumah kan. yang salah orang2 yang dapat baju free ni dan mengada2 keluar rumah melaram dengan baju tu. tak rasa bersalah agaknya. kikiki

      0

      0
      • zass says:

        baju seksi xsalah.. yang salahnya bila pompuan tu pakai di luar rumah & depan di depan bukan mahram.. kalau dia nk pakai baju seksi sorg2 kat bilik xpe je..

        0

        0
        • minah jambu merah biru says:

          minah jambu tk payah nk pakai2 baju2 seksi untok kt dlm rumah atau kt bilek….kt bilek minah jambu lebih suka pakai seluar dlm ngan coli n selimot je untok tidooooo senang nk gi kencing ..anda pulak bagaimana?

          0

          0
    • myka says:

      btol tu princess..kalau jual pada org Islam sme jugak mcm menyokong pemakaian terdedah di kalangan umat Islam..

      0

      0
    • Anonymous says:

      sebab tu takyah bg kat org… baik bako jek… kang kalu dia pakay kt luar umah… selamat collect dosa skali

      0

      0
  4. 0000 says:

    Alhamdulillah . Berhijab juga rebbeca :) tp bg sy better bakar je baju seksi tu . Takde lah menggalakkan yg lain menambahkan keseksian mereka :) ya memang mahal beratus beribu baju yg pernah dipakai rebbeca tu tp nawaitu kite kene betul juga . Sy sekadar bg pndangan bukan berlagak ustazah/ustaz sosial network ni :)

    0

    0
  5. Olaf says:

    alhamdulilah….pd retis2 y lain tu y dh d ambang senja harap2 dapat ikut jejak si becca ni ye…umi aida..erra..ziana zain..noniswara dan lain2…..

    0

    0
  6. Hamba Allah says:

    Alhamdulillah =))))

    Kalau dibuang terus baju – baju tu lagi bagus, mengelakkan orang lain membeli baju & memakai baju yang tidak menutup aurat. =))

    0

    0
  7. ali says:

    baju power rangers neelofa ade x ?
    esok aq ade cosplay contest

    0

    0
  8. Pilih kasih says:

    haaa…mcm ni la baru nama seindah orangnya….alhamdulilah…

    0

    0
  9. Esah says:

    Alhamdulillah dengan penghijrahan Rebecca :-)

    0

    0
  10. Aku says:

    kak becca..kalau nk jual baju y seksi tu jual j ngan orang y bukan muslim…kalau jual ngan orang islam makin menambah dosa plk nti…ap pn tahniah ye kak becca kerana telah berubah ke arah kebaikan…

    0

    0
  11. Joyah Pok Pek says:

    Niat nak bersedekah dah bgus, tp pakaian seksi..urmhh jualah pada yang non-muslim, kalau yang islam takut2 nanti menanbahkan dosa pula..wallahualam

    0

    0
  12. wawi says:

    mungkin juga berkat pada nama nur islam; yang mana orang yang dok kutuk2 dia islam hanya pada nama tu mempercepatkan lagi nur dan hidayah yang sampai kat dia…

    0

    0
  13. roshua says:

    Alhamdulillah..sesungguhnya hidayah tu milik Allah dan datangnya dgn berbagai-bagai cara..mudah2an terus istiqamah ye.. :)

    0

    0
  14. tak tahu nak letak nama apa says:

    perghhh harga baju pon ribuan ringgit.. paling murah pon mesti 3 angka.. ini semua tak masuk akal.. muahahaha

    0

    0
  15. Isteri Solehah says:

    sbnarnye pakaian yg seksi tu boleh la dipakai utk suami di rumah…dapat pahala lagi…Islam itu kan mudah….

    0

    0
  16. betik says:

    walaupun ko jual baju seksi ko supaya org lain plak bleh pakai seksi satu tindakan yg pelik dan x kena.. & harap2 yg beli baju seksi tu hnya pakai depan laki x pun dibuat kain buruk.. aku harap ko istiqamah n jaga kelakukan ko tu..

    makin tertutup ko, makin ramai akan cuba bukak aib ko.. so hati2..

    0

    0
  17. Anonymous says:

    jangan la jual baju seksa kau pada orang muslim ye.. sia sia kau hijrah nanti….

    0

    0
  18. cahaya says:

    jaga hati yang dah dapat NUR. teruskan menghampiri mereka yang berilmu dan beramal. pelihara nikmat hijrah.
    usrah memeri sokongan dan petunjuk.

    0

    0
  19. fifi says:

    good for you becca.
    tapi opinion i, baju2 seksi you tu jangan jual la becca
    sbb ye la you jual, orang lain beli.
    nanti orang lain pulak seksi.
    sama je.
    ape kate you simpan je.
    untuk u dgn suami you sahaja.

    0

    0
  20. robocop says:

    sedekah tu pon ko dpt jga sahamnya..ko jga menanggungnya..ko pkai tok somi ko dpt pahalanyaa

    0

    0
  21. karenina says:

    Barulah sesuai dengan nama…

    0

    0
  22. Andy Lee! says:

    alhamdulillah. kita betul jgn sibuk mengata hal orang yang bt kemungkaran. dulu aku benci si rebecca ni. siap mengata (dalam hati je lah), harap nama je ada Islam, tp pakai seksi nak mampus.tp syukur, dia dah kembali ke jalan yang benar. semoga istiqamah n sama2 kita menjadi hamba yg lebih diredhai.

    0

    0
  23. maya says:

    aah.nak jual, sila jual kpd non muslim. and .simpan sket utk pakai kat rumah… sesi menggoda suami. haha..

    0

    0
  24. Melor says:

    Hahhahahah
    Kelakar la kau ni minah jambu..

    Tapi ada betul jgk kata kau tu.
    Nk kencing senang sikit.
    Tapi takut kalau aku pakai cam tu bila selimut terselak , timgkap bilik terbukak,
    Dan pak chik dollah jiran aku lalu depan rumah .. Tak ke keras batang org tua tu ..

    Hahhahahhah
    Siak la

    0

    0
  25. diana lempir says:

    propa la ko ni becca. baju seksa2 ko yg ko pakai animal print masa baby shower retis sendu mana ntah, ko pakai je la under jubah ko. abis citer. still nak jual nak amek untong leteww

    0

    0
  26. Linzy Longkang says:

    senang citer ko pake jer laa baju2 lama tuh kat umah depan suami ko yg mata kuyu tuh biar dia terbeliak sket! Kalo tak pun ko pake ngan baju kelawar jer masa kluar umah kan senang?

    0

    0
  27. nuha says:

    sedekah baju seksi? errkkk…konfius!

    0

    0
  28. say says:

    saya pernah mendengar satu ceramah agama.. ‘ bila ibu bapa membenarkan @ membiarkan anaknya kluar rumah dengan tidak menutup aurat.. apabila di akhirat kelak, Allah akan memberi azab kepada ibubapa tersebut.. dan apabila kamu memberikan baju2 yang tidak sopan a.k.a seksi kepada sesiapa pun hatta jiran kamu, setiap kali orang itu, memakai pakaian itu dengan melihatkannya kepada bukan mahramnya..maka kamu akan terkena dosanya walaupun kamu hanya bersedekah..’ nasihat saya..sekiranya dah berubah..bakar sahaja pakaian tersebut kerana duit yang kamu terima dari hasil penjualan baju2 itu juga tidak seharusnya ada.. wallahualam bissawaff..

    0

    0
  29. SWEET says:

    taniah rebecca…
    bila pkai tdung tserlah kcntikan…

    0

    0
  30. kaklong says:

    salam. ini sekadar pandangan. kenapa rebecca jual baju baju seksi beliau? sepatutnya beliau simpan saja baju baju tu. kalau non-Muslims beli, tak apa la. kalau Muslims yang beli, tak ke mcm menambah dosa orang lain pulak. thanks.

    0

    0
  31. miwajelly says:

    rebecca..if u read this
    taniah sebab dah mula berhijab,sesungguhnya hidayah itu dari ALLAH
    moga terus istikhamah.
    namun, mungkin becca terlepas pandang tentang makna “saham”‘
    kalau kita sedekah kita dapat saham pahala akhirat insyaALLAH
    namun, kalau kita bagi saham “jual baju seksi” dan orang gunakan baju tu untuk memperagakan badan.. ALLAHURABBI.. kita akan terpalit saham dosa juga,wallahualam..
    cara yang terbaik buang atau jadikan kain buruk atau hapuskan saja baju-baju itu..
    kalau boleh naikkan saham kebaikan yang memang betul-betul kebaikan..
    wallahualam..sekadar peringatan bersama :)

    0

    0
  32. ayu says:

    saya amat terharu melihat perubahan artis dan sesiapa jua yang berubah.mungkin baju yang seksi diberi @ dijual pada org bukan islam.kdg2 kita mudah lemparkan kata2 yg buruk sangka pada orang lain.saya doakan semoga perubahan ini akan berkekalan dan dimurahkan rezeki buat semua.

    0

    0
  33. Ijja says:

    Tahniah untuk Rebecca.
    Cuma niat nak sedekah dan jual baju seksi tu tak sesuai. Better buang dan bakar atau bagi kepada yang non muslim. Free sahaja. Hasil jualan baju begitu juga akan jadi syubhah sebab baju yang menggalakkan pendedahan aurat.
    Jika hati sudah bulat untuk menutup aurat, hati juga perlu bulat untuk membuang sesuatu yang pernah kita sayangi dan sukai satu masa dahulu, walaupun harga baju tersebut adalah mahal. Yakinlah, Allah akan gantikan nilai itu dengan sesuatu yang lebih baik. Anggaplah, membuang baju tersebut adalah untuk meraih redhaNya. DIA Maha tahu.

    0

    0
  34. […] Rebecca Nur Islam Jual Semua Baju Seksi (46) […]

    0

    0
  35. […] Rebecca Nur Islam Jual Semua Baju Seksi (47) […]

    0

    0
  36. muhammad azizul says:

    nk bertudung,jual semua bju seksi…hmmm…igt dah terlepas dosa2 awak 2,?tidak..sebaliknya bermula la dosa baru bila ade manusia yg membeli dan memakai bju seksi tersebut…sy bukan nk judge awak,.sy bukan tuhan..tp saya bercakap berdasarkn pemahaman saya tentang agama..dan berdasarkn pemahaman agama sy yg tidak seberapa ini,saya menegur di sini sekadar ingin melepaskn diri dari dosa jika saya x mencegah atau menegur terhadap kemungkaran… dan jika nk bersedekah,sedekah la benda yg elok..baju2 seksi xsesuai la cik kak..
    #sekadar#menegur#sesama#islam#peacenowar.

    0

    0
  37. […] Abang Nara agak pelik juga kerana sebelum ini Rebecca Nur Islam ada memaklumkan yang dia sudah menjual kesemua baju seksi miliknya. Ini bermakna baju merah ketat ala-ala “Teletubbies” ini mungkin baru dibeli olehnya. […]

    0

    0