Written by serenity | January 25th, 2015

Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Malah pernah juga Sharnaaz memberitahu ingin menjadikan Shila isterinya. Namun hubungan mereka tidak kesampaian dan keduanya telah meneruskan hidup. Malah Sharnaaz telah pun menemui cinta baru.

Baru-baru ini semasa Anugerah Juara Lagu 29 berlangsung, Shila Amzah telah bertanding dengan lagu Masih Aku Cinta. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.


 photo Untitled_2.png
 photo Untitled2.png
Shila telah menukar lirik lagu Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta, serta memuat naik video dia menyanyikan versi yang baru itu ke akaun Instagram miliknya. Ramai beranggapan Shila seolah-olah menyampaikan satu mesej kepada Sharnaaz memandangkan lagu Masih Aku Cinta diketahui ditulis oleh Shila setelah putus cinta dengan Sharnaaz.

Melalui Melodi TV3 sebentar tadi, Sharnaaz menyatakan tweet yang dibuat olehnya adalah atas kapasiti sebagai seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu sensitif antara mereka. Bagaimanapun, reaksi Shila adalah sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Sharnaaz.

Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong  dia.

Ditanya sama ada dia sedang cuba memikat Shila kembali, Sharnaaz menafikan dengan mengatakan soal itu tidak pernah timbul kerana dia sememangnya ikhlas menyampaikan rasa tahniah itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10860042_593991090746410_1351473401_n.jpg

Sharnaaz mengakui tindakannya itu menyebabkan berlaku salah faham antara dia dengan kekasihnya (yang memadam semua gambar Sharnaaz dari akaun Instagramnya selepas itu) namun dia telah meminta maaf dan mengakui semua itu ialah kesalahannya sendiri.

Sambil mengakui yang satu ketika dahulu dia banyak bermusuh dengan individu-individu lain kerana suka ‘cakap lepas’  pelakon Suamiku Encik Sotong itu kini tidak mahu semua itu berlaku lagi kerana baginya pada usia 30 tahun dia ingin membuat perubahan dalam hidupnya.

Sementara  itu, komen-komen peminat di instagram Shila menyifatkan reaksinya itu sebagai ‘over’ kerana Sharnaaz hanya sekadar mengucapkan tahniah, namun ada juga yang mempertahankan hak penyanyi itu untuk menyanyikan lagu yang disukainya. Tweet tahniah tersebut telah pun dipadam oleh Sharnaaz kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

Barang yang lepas jangan dikenang kata orang. Kata orang juga, maafkanlah bukan kerana orang tersebut berhak dimaafkan, tetapi kerana anda berhak untuk merasa aman. Semoga keduanya akan berbaik semula satu hari nanti atas dasar kawan. Doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Amin.

89 responses to Reaksi Shila Amzah Pada Tweet Sharnaaz Ahmad Mengejutkan, Namun Sharnaaz Tidak Kisah

  1. kat says:

    kalau betul la shila upload tu untuk balas sharnaaz kan… iye shila, memangla twitter kite, ig kite, suka hati kite la nak tulis apa nak cakap ape, tapi kan elok kalau elakkan cakap benda2 yg boleh mengundang kontroversi… tak kan tak serik, dari dulu mcm ni la. senang sangat nak meluahkan emosi kat laman sosial. kalau kau rasa sharnaaz tu tak signifikan dalam hidup kau, tak payah pun nak susah2 nak balas balik ke bagai.

    kalau kau upload tu bukan utk sharnaaz, aku mintak maaf la kan salah sangka.

    0

    0
    • Shilalala says:

      Shila ni tak matang. Tu je. Orang tak matang jangan dilayan. Diam. Nanti dia pon penat la menyalak.

      2

      0
      • simplizauwiyah says:

        dia sayang lagi tu. dia sanggup balas, tapi cara jual mahal. biasala awek. korang apa tau.

        0

        0
        • Suckka says:

          masih dia cinta. kalau dia benci dia akan ignore je. xde masa dia nk balas. ada harapan lagi bro. dia jual mahal tu. biasalah org pompuan,,,drama kuat kan. padahal…..???

          0

          0
        • One Direction says:

          entry hingus meleleh2 ni kita lupakan aje lah.
          Mari kita mendengar lagu One Direction sambi berehat di hujung minggu.
          ~~What makes you happy ??????? ~~
          One Direction !

          0

          0
        • Anonymous says:

          Ni ler kesannya bila bercinta dgn budak. Tak matang dan perangai over… Tapi tak mengapa hero malaya… just move on with your life… mungkin ada yang lebih baik daripada ini menanti.

          0

          0
      • One Direction says:

        entry hingus meleleh2 ni kita lupakan aje lah.
        Mari kita mendengar lagu One Direction sambi berehat di hujung minggu.
        ~~What makes you happy ??????? ~~
        One Direction !!

        0

        0
        • Datin Semah says:

          Kabarnya Wan Maimunah keluar shopping lagi uolss, pakai rantai berlapis lagi. Tak serik2 sungguh dia kan? Jalan lengang kangkong sambil dengar lagu One Direction. Camner peragut tak stim?

          0

          0
        • k bayeeee says:

          Hish,…x habis2. ko ingat kitaorang buta ke..One Direction tu sume…gay!!!

          0

          0
      • Anonymous says:

        shila ni dah kenapa? org just say congrats.. takyah la perasan lelebih..

        0

        0
    • knilowpah madknor says:

      Kerjaya atau cinta?
      Kalau kerjaya ada duit, pergi mana2 pun org nak. Sebab pegang duit sendiri. Kalau pakwe, belum tentu terjamin masa depan dan bahagia. Silap2 duit susu anak pun tak lepas. Shila is a smart girl. Don’t be a typical Malay girl. You go girl….follow your dream…..

      0

      0
    • minah jambu tk suka hipokrit says:

      eeeeeeeeee make up si misha 0mar kt mentor ni macm hantu sundel bolong !

      0

      0
    • minah jambu tk suka hipokrit says:

      terok betol muka si fahmie mentor kt TV3 ni beserabot ngan jangot selekeh huh !!! yg menghairankn minah jambu eh boleh sepasang pulak jangot ngan si ajai eeeeeee mengarot betol huh !!!

      0

      0
      • minah jambu tk suka hipokrit says:

        padan muka si adira jatoh hahahahahaha….ha pakai lagi la yg laboh2 sampai tk boleh jalan kasot tingi at last jatoh huhu cian….pakai kain sapu jalan ha padan muka jatoh gedebuk ! lain kali jangan pakai over sangattttttt !! agak2 la…

        0

        0
    • minah jambu tk suka hipokrit says:

      Black Roseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ! Mariooooooooooooooooooooooooooooooo ! how are uuuuuuuuuuuuuuuu ! lama tk nampak muka uuuuuuuuu ! u ni kakak minah jambu punye kawan tau ! dulu kakak minah jambu penah keja sama2 ngan mariooooooooooooo kt bukit bintang ! kakak minah jambu cakap lov u marioooooooooooooooo….

      0

      0
  2. tasya says:

    ala.. dulu beria2 smbil upload video dlm youtube… tersembur2 hingus… … la ni exsyen plak… ..

    0

    0
    • Mami Jarum says:

      Apa nak kisah, Shila pun dah super famous di China.
      Setakat mamak Penang, apa nak heran sangat kan?

      0

      0
      • Abang Sado Ketiak Mewangi says:

        drama encik sotong dah x best…hu hu hu.

        0

        0
        • Mak Jemah says:

          bagus la tu,,mungkin sharnaaz mahu cuba sesuatu yg baru? wanita berumur tak kurang juga layanan n hebatnya. by the way hakak 40+, body xde le anak dara tapi boleh lagi la,,,suka menjahit, pomen kereta dan memasak. wanita serba boleh gitu. whooooppsss! :D

          0

          0
        • Datin Semah Boring Giler says:

          ada dengar, siapa 10 artis2 baru yg buat escort yg dipantau polis tu..cuba story sikit jah??

          0

          0
        • Olga says:

          lahei, jual mahal pulok. dulu jalan2 pun pegang tangan, berkepit sana-sini. aaah….enough already. be civilized….

          0

          0
        • One Direction says:

          entry hingus meleleh2 ni kita lupakan aje lah.
          Mari kita mendengar lagu One Direction sambi berehat di hujung minggu.
          ~~What makes you happy ??????? ~~
          One Direction !

          0

          0
      • Mak Jemah says:

        paham2…masih menaruh harapan tu. orang yg kita sayang memang susah nak lepas. bila dapat pengganti barulah boleh move on. ini pesan2 orang tua.

        0

        0
        • Anonymous says:

          benci tapi cinta,dorang bukannye berpisah cuma diam mcm cam tu je sayang tu mesti ade lgi tu ….lagipun,jodoh allah yg pegang kalau kak shila tu jodoh yg terbaik utk abg sharnaaz , kak shila tetap jadi milik abg sharnaaz jgk. tak ada sesiapa boleh menghalang kecuali allah taala ….doakan semoga dorang ade jodoh bersama sehingga ke jannah….insyaallah amin.

          0

          0
      • Mawar Biru says:

        cinta terhalang oleh kerjaya dan orang tua mmg payah. saya pernah dulu. contohnya saya tu mcm shaarnaz ni, pakwe saya org berada anak dato dan datin. dihinanya kita sebegitu terok sampai pulang rumah nangis. mcm dlm filem/drama skrip nya sama. bapak saya pegawai kerajaan je. xde le segah atau setaraf dgn famili diaorang. saya belum berpunya hingga kini. dia sudah..ada anak 1 jawatan tinggi. pasrah je lah walau hati pedih menghiris. tuhan saja tahu. insyallah saya akan temui pengganti suatu hari nanti. mungkin ada yg lebih baik dikemudian hari…

        0

        0
        • Anonymous says:

          kesian awak….sabo je lah. ada lagi manusia camni.

          0

          0
        • si cabuk says:

          HMM..Jarang jumpa keluarga yang betul2 kaya tetapi berlagak menyombong dan bongkak. Mungkin kaya suam2 kuku? Isteri saya bukan sahaja gred dan jawatan lebih tinggi dari saya, bahkan anak Dato’ (isteri saya pegawai undang2). Saya ni cuma polis cabuk berijazah yang tak ada apa2. Alhamdulillah diterima keluarga. Semoga awak tabah dan diberikan kekuatan hati ye..

          1

          0
        • Agasi says:

          Banyakkan bersabar….jodoh tu rahsia ALLAH….dulu I pun mcm tu jugak…masa tu I baru menapak nak membina kerjaya…tapi family dia x confident iyealah I org biasa je…dia pula seorg doktor, adik beradik lawyer…parents dia lak kerja dgn PBB. I pasrah dan redha…serahkan diri secara total kepada sang pencipta….I bkn je dapat ketenangan dan perasaan yang sangat damai tapi diberikan En Suami yang pada saya cukup sempurna…terutama dari segi pegangan agama, serba serbi jauh lebih baik dari sebelumnya…parents dia terima I seadanya walau pun dia dari kalangan kerabat…bak kata Pok Mentua…kita semua sama saje naik keta merz or keta kancil mati esok naik van jenazah gak, unless mayat kita leh bergolek sendiri masuk liang lahad….respect and love my parents in law very much…walaupun dok over’c’….still..humble sangat…alhamdulillah…semoga kekal hingga ke jannah

          0

          0
      • A Traveller says:

        u know what…. saya RASA shila ni even bigger in China than she is in Malaysia sbb most malaysian tahu controversy stories yg Shila ni ada di Malaysia.. dr story2 dia kita dapat tgk yg shila ni mcm kurang matang.. ramai x brp kena dgn attitude shila yg x mau asingkan private life dia dgn singing career.. pokoknya malaysian mcm x berapa suka la artis macam tu.. Chinese di China x tau menahu pasal ni dan hanya tahu cerita tentang ‘oh shila is a great singer’.. sbb tu di Malaysia ni dia x berapa dihargai mcmmana org china buat kat dia.. SAYANG SEBENARNYA… kalau minus the controversies dn kurang matangya shila.. insyaAllah dia akan jd lebih besar di Malaysia.

        0

        0
  3. Selena Gemas says:

    Move on je lah….korang bercinta mcm budak PMR.

    0

    0
  4. cik sotong says:

    semoga Allah membuka hati mereka utk berbaik semula walaupun sekadar kawan.. love both..auwwww

    0

    0
  5. Go Sharnaaz Go says:

    Kelakarlah kau ni Shila. Kau ingat kau hot sangat Sharnaaz still nak kat kau? Puihhh! Pergi duduk diam diam kat China sana. Berlagak sangat!

    1

    1
  6. bakri says:

    shila amzah bajet hot..ntahape2, kecoh2 bende kecik, pi matik la pompuan bajet hot cenggini, dh tu cakap cina x abih2 mcm dia sorg je yg pnh pi china tu, sharnaz untung sgt x berbinikn ko, 1 kerugian jadik kn ko bini, puihhh, matik la ko, benci aku tgk muka ko

    0

    0
  7. Anonymous says:

    dah jutawan shila….petik jari…23 mari.

    0

    0
    • minah says:

      yolahhhhh… dia pun cakap kat malaysia blh mkn 1slice cake… kat chine dapat mkn sebiji cake…. sooooooooooooooooooo … nak habaq la dia kaya…………. hahhhaa…

      0

      0
  8. nd lala kerang kupang says:

    Ahh gedik r ko ank nd lala..ank bpk gigi kapak..

    0

    0
  9. makcik jaga parking says:

    otak tak berkembang..pipi dia je yg kembang mcmana?

    0

    0
  10. student uitm says:

    Shila amzah is very talented girl.boleh.mencipta lagu & tulis lirik lagu,boleh bawa lagu inggris .melayu & cina……go preety girl…. life must go on….Buat haters shila anda adalah pendorong & membakar semangat untuk shila lebih maju kehadapan.

    0

    0
  11. mami jemah says:

    Tlg la shila.. Grow up..Br menang ptandingan nyanyian kt china tu dh berlagak. Helo. Dato ct nyanyi smpai jepun & london x berlagak mcm tu tau!! Be professional as what u think u are… Pdn la industry muzik xjauh ke mana.. Takat Indonesia, Brunei, Singapore and Jauh skit pun China .. U need to transform mentally and emotionally… No offense to any big fans to shilalalak . -naar

    0

    0
    • Oligo says:

      Apa yg mu cakap tu mmg betul. Tapi kalau mu peminat Dato Siti, aku sarankan, x usahlah kita semua yg minat Dato Siti ni campur urusan dier lagi. Lantaklah la dier dengan cara hidup dier. Kita Sitizoners ambil tahu hal Siti sudah. Yg pasal artis ni ngan peminat dier. lantaklah depa ngan urusan depa. Bosanlah asik nak bertekak. Mual.

      0

      0
  12. Cicak says:

    Shilalat ni syok sendiri perasan lawa

    0

    0
  13. Gadis Kemarau says:

    Zaman sekarang. Semua benda nak tunjuk kt Insta, Twitter. FB. Zaman dulu, kalo bercinta, x der la nk kasi heboh canang satu dunia. Kalo kawin, kawinlah. Kalo dah break up, buat cara dah break up. Kalo nk get back together pun, perlu ke nak share kt umum? Nanti bila orang buat cerita x best, kau jugak yg marah. Artis zaman sekarang kan. Hanya popular di dunia siber jer.

    0

    0
  14. aska says:

    shilla ni boleh berlagak..tp kat indon tak laku punya..siti masih ramai peminat kat sana..tak pernah melenting mcm minah ni

    0

    0
  15. linda says:

    Shila amzah ni bagus. Cuma selalu nk jadi hot issue…..makna dia ni bukan image bersih….jadi pandai2 lah nilai shila ni…esok lusa pasti dah takde di china tu…..percaya lah….

    0

    0
  16. sherry says:

    sharnaaz dah ada awek la.takda maknanya nak kat shila tu lagi.

    0

    0
  17. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Linda..pndainya awak nk nilai2 org…

    0

    0
  18. Anonymous says:

    tengok shila menyanyi lagu masih aku cinta, suara die biase sahaja, tak berkarakter, lagu ni pon bukannya sedap sangat, penyanyi yang punya suara khas itu macam siti nurhaliza, tak ada tiruannya

    0

    0
  19. gadis says:

    klu betul video tu ucpan balas untuk sharnazz tk payah laaa…
    alaaa setkt ucpan tahniah sesama artis tu pun nak melebih2…!!! please laaa grow up la sis shielaa.. cra awk tu tk kena lansung… org ucp thniah atas kjyaan persembhan awak tpi fikir benda lain plak.. tk payah nk over sgt.

    0

    0
  20. Anonymous says:

    ERM…ANGLE SUPAYA NAMPAK KURUS..HAHAHAA

    0

    0
  21. honey says:

    Get a life shila. Grow up pls!!

    0

    0
  22. nana says:

    bukan dulu dia ke yang meroyan kene putus dengan sharnaz.
    bila orang tu ucap tahniah ok la kot.. balas la thanks ke.
    tak payah kot nak upload menda-menda mcam ni.
    nampak tak matang. lama-lama meluat,
    dulu aku minat. sekarang bye-byelah..
    patutlah ramai wartawan malas nak layan dia ni. perangai bebudak

    0

    0
  23. Anon says:

    Shila ni bab2 kerja keras utk memantapkan kerjaya dia mmg aku salute gila la, tp bab perangai dia ni tak gemar sgt, tak matang, sentiasa ada je kontroversi dri sikap dia sndri. seboleh2nya dia nk cipta konflik, padahal klu dia senyap n update hal2 lain je takdanya benda ni jadi isu.

    0

    0
  24. rorokan says:

    kah kah. nampak sangat IQ shila ni tahap mana.menggelabah la si gigi ni

    0

    0
  25. Sherry says:

    Kalau tak boley bercinta, jadiklah kawan, kalau pon tak boley jadik kawan…tak perlulah sampai jadik lawan… bercinta macam budak darjah satu… :P

    0

    0
  26. kutu says:

    sharnaz ahmad kan dah ade gf..lagi meletop cun..
    dia sekadar wish sahaja..itu pun diputar belit..ntah hapa2..

    0

    0
  27. botox shila says:

    aku rasa ucapan tahniah dari shahnaaz tu neutral jer sifatnya. aku rasa shahnaaz dah lama move on dalam hidup dia sejak putus cinta and sbb dia dah OK lah aku rasa dia takder masalah utk ucap tahniah kat kawan tu. dia dah overcome any negative feelings yg dulu pernah ada. cuma, minah ni jer yg agak kebudak2an bila berhadapan dalam situasi sebegini. chill laaa shilah amzah oi.

    0

    0
  28. Laila Delaila says:

    Tak matang sangat, camtulah jadinya. Janganlah upload apa2 yang boleh undang kontroversi dengan orang lain. Baik diam je.

    Dulu kemain muka sememeh buat video sampai lari tinggal mak bapak.
    Hmmmm. Dah akil baligh belum ni?

    0

    0
  29. Ann says:

    Shila ni memang poyo, perasan bagus… baru dapat populariti kat negara china dah berlagak, sedarlah wahai shila rezeki tu ditangan ALLAH. kalau dia kata esok awak jatuh maka jatuh lah awak.. INGAT TU BERSYUKUR LAH dan BELAJAR MENGHARGAI DAN MENGHORMATI ORANG… MERENDAH DIRI lah

    0

    0
  30. meluat says:

    haaaa memang bagus punnnnn kena boikot kalau perangai taik mcm ni

    0

    0
  31. Suka Hati Lah.... says:

    Tak belajar dari kesilapan…..apa tujuan memuat naik status mcm ni?Lebih baik diam drpd memuat naik status yg boleh mencetuskan kotroversi….
    sekadar pendapat..

    0

    0
  32. Paki Puki Perasan Melayu says:

    Shila tukar lirik tu ntah-ntah takde kena mengena dgn Sharnaaz, perasn je lebih si jebat celop.. Iyalah dapat RM30k kan, mesti dia ralat tak dapat dapat rasa duit awek. Kalau shila still awek dia mesti dia mintak sikit duit tu..

    0

    0
    • ... says:

      yeahh !! plus dengan keybord2 haters kat atas nih.. mengutuk ..mencaci ..mencemuh je kerja nya.. apa korang dapat eh ???

      real jebat tak keluar kata2 kesat mcm si shanarz okay. dan sekurang2 nya lepas si shila meroyan putus cinta dia dah move on.. org malaysia dijulang bakat nya di china… patut tumpang bangga. ini asik dengki tak habis2.. tabik spring sgt lah korg kat jebat perkasam tuh ..

      0

      0
  33. Ibumerah69 says:

    Sebagai sama2 anak seni, Sharnaaz ( Mukhlis ) hanya mengucapkan tahniah di atas persembahan Shila di mlm AJL29 tu aje. X ada niat lain pun. Sepatutnya Shila berterima kasih atas pujian tersebut..bukan menjadikan ia isu. Ibumerah rasa x de apa yang perlu diperbesarkan. Cukup sekadar ucapan terima kasih buat Sharnaaz yg memberi pujian. X baik gaduh2..sama2 dlm industri seni..pasti jumpa walau mana2 pergi..Buang yg keruh, abik yg jernih..barulh industri seni kita bertambah maju..

    0

    0
  34. Anonymous says:

    setinggi mana pon kejayaan tapi kalau tak matang pon x guna, sedih…

    0

    0
  35. Tak minat sharnaaz dan shila says:

    Sharnaaz kena tengok twitter Shila yg dia perform kat china tu, nyanyi lagu I will always Love You …..

    0

    0
  36. LaguCinta says:

    Dalam hal ni saya sokong Sharnaaz walaupun pernah ketikanya saya di pihak Shila semasa krisis diorg suatu masa dahulu. Tahniah Sharnaaz, kerana menunjukkan sikap setiakawan dan menjadi insan yang lebih baik dan matang. I’m your fan now.

    0

    0
  37. nurnise says:

    tertanya-tanya jugak..kalaulah..saya cakap KALAULAH shila x menang malam tu kan..agak2 dia sentap x??

    0

    0
  38. meluat says:

    umo dah 25 tahun
    tp prangai..mcm budak2..

    0

    0
  39. hakak says:

    x penah minat pun dengan si shila ni.. bosan!!

    0

    0
  40. SHILA POYO says:

    satu je aku nk ckp minah ni poyo giler..sungguh tak matang..alahaiii org tu ucap tahniah je pon..yg ko menyalak mcm org tu menagih cinta ko blk kenapa?kesian aku tgk ko ni shila oii..please la be matured..takkan la dh duk negara org pn x boleh nk jadi matang lagi..grow up girl!

    0

    0
  41. Anonymous says:

    sharnaz punye humble… say congrats bagaiii…. tp shila nii tak de nyer puji org… dia nk org puji dia jerr….. dlm melodi ckp kalo org hormat dia akan balas 100x hormat kt org tu balik…. memang hipokrit laa shila nii patut kene band pon… sharnaz ckp baik2 tentang dia… ade ke shila ni nk hormat & ckp hal baik2 kt org tu balik…. ni lagi tunjuk berlagak ade lah….

    0

    0
  42. Go Sharnaaz Go! says:

    Memang bagus pun Sharnaaz ni tk jadi dengan dia. Sharnaaz deserves someone whole lot better than Shilalat sorang ni. Sharnaaz supportive habis ucap tahniah bagai, yang Lalat tu duk meroyan pulak. Padahal benda simple je, kalau Lalat ni ambik ucapan tahniah Sharnaaz tu sebagai ucapan ikhlas daripada sorang peminat, bukan sebagai personal or emotional attack, benda tk jadi besar pun. Relaks sudahhhh.. Tah tah Lalat ni yang still feeling feeling dengan Sharnaaz tak? Tu pasal yang tiba tiba kepoh macam ni. Haha. (Tiba tiba teringat video dia nangis nangis kat youtube dulu). Masihkah korang ingat? XD

    0

    0
  43. […] Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad mengakui bergaduh dengan Anis Al-Idrus berikutan ucapan tahniah yang disampaikan kepa… […]

    0

    0
  44. […] telah putus kerana satu gambar dan status yang dimuat naik oleh pelakon itu ke akaun Instagramnya. Status itu dimuat naik selepas Sharnaaz menghantar satu tweet ucapan tahniah buat bekas teman wanita…. Sehubungan itu juga Anis dikatakan telah memadam kesemua gambar Sharnaaz dari akaun Instagram […]

    0

    0
  45. […] telah putus kerana satu gambar dan status yang dimuat naik oleh pelakon itu ke akaun Instagramnya. Status itu dimuat naik selepas Sharnaaz menghantar satu tweet ucapan tahniah buat bekas teman wanita…. Sehubungan itu juga Anis dikatakan telah memadam kesemua gambar Sharnaaz dari akaun Instagram […]

    0

    0
  46. Roman Cinta says:

    My take:
    She might be doing this for her parents. She loves them more. She painted herself bad in this issue in order to get these responses, so that SA will inch further away from her. So that, fans and the media believe that she doesn’t deserve SA. And that conviction is enough to ease her pain.

    0

    0
  47. insan says:

    kpda yg condem shila bertaubatlah…korang x tau perasaan dia cam mna..klau korang brada di tempat dia ..korang taula ..dan siapa cakap dia x matang ke apa ..korang sendiri yang x matang.. biasalah dia baru remaja lagi ..masih mncari2 hala tujunya ..dia dah harumkan nama negara sepatutnya kita bangga dan brterima ksh pda dia krana dia menunjukkan bhwa di Malaysia ni masih ada lg penyanyi yng bagus2..tntg hal dia dan shrnazz tu dh lama..biasalah perempuan emosi..tu hal privacy dia..klau btul dia ada buat salah..tegur cara elok ni tdk tk tau apa2 terus hntam..tabur fitnah ..cam mana dia nk trskan karier dia klau ada orang cam ni …comon la ..fikir positif ..org di cina lg hargai shila ni..yg korang ni disini hntam shila lagi ..smpai suruh mati bagai …apa cer fikir sndiri

    1

    0