Written by Bella | August 12th, 2015

Siapa yang tidak kenal dengan Rani Kulup, ayahanda Kipidap Dongibab kita ni. Populariti Rani Kulup ini memang sehebat dan setanding artis Malysia. Siapa sangka bahawa Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) ini akan menyertai rancangan Super Spontan musim ke 4.

Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab. Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti.

Selain Rani Kulup, Uqasha Senrose juga dipilih sebagai barisan pemain utama yang akan bersaing di pentas Super Spontan All Stars  bersama beberapa pelawak lain.

Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim sebelum ini.

Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan. Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak.

Seramai 13 pelawak dan pengacara televisyen lain turut terlibat iaitu Johan, Zizan Razak, Pak Yus, Tauke, Rahim R2, Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Along Cham, Achey, Abam, Jihan Musa, Yasmin Hani dan Nana Mahzan.

Program tersebut yang akan bermula pada 28 Ogos ini akan bersiaran selama 10 minggu akan enampilkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara, manakala Reza Zainal dan Rashid Salleh sebagai pengurus kumpulan, manakala Afdlin Shauki sebagai pengulas dan Amir Raja Lawak pengulas sampingan.

Super Spontan All Stars akan bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Pergh, hebat betul pengaruh Rani Kulup ni meskipun ramai sebenarnya yang mengutuk beliau daripada belakang. Inilah nama rezeki, ko hado?

Sumber Berita: mStar Online

20 responses to Rani Kulup Dan Uqasha Senrose Sertai Super Spontan Musim Ke 4

  1. safi rania says:

    adui.. tak bkenan la dgn pakcik rani kulup!

    0

    0
    • rani telangkup says:

      yg dislike komen ni mesti pakcik rani kulup / anak beranak dia. pathetic! kami mmg tak suka & bkenan pakcik rani kulup.

      0

      0
      • Anonymous says:

        harus tengok neh..yg tak suke boleh blah.
        super spontan tak pernah mengecewakan..
        teringat arwah harun salim bachik

        0

        0
  2. Malaysian says:

    Yes aku pun tak bekenan dgn rani kulup. Malaysian, sudah2 la meng-famouskan org2 mcm ni. Uneducated dan maaf aku ckp, perosak bahasa jiwa bgsa. What’s to be proud with a bunch of English words that were turn to be some ridiculous malay words? Tolg jgn rosakkan english. Cukup2 la org melayu ada yg jenis English pun tak betul2, nak bagi pula ejaan yg merepek2 mcm tu. Apa sumbangan rani utk industry?
    Dah la menteri2 semua otak makin mundur, org2 mcm ni pun nak support utk our industry?
    HABIS LAH MALAYSIA

    0

    0
  3. ida says:

    Perrgghhhh….Terus xde mood nak tgk super spontan musim 4…

    0

    0
  4. Nina Rahim says:

    Eeeeeeeeek! Aku geli dengan muka Rani Kulup ni. Muka busuk habis. Macam kaki bercagu! LOL!

    0

    0
  5. no name says:

    org mcm ni pun blh jadi famous..rancangan xda kualiti tu la ambik manusia xda kualiti jugak.
    #shameonmalaysia

    0

    0
  6. zaza says:

    fad bocey dh tk dpt masuk? setuju sgt. dia tu biasa2 je. xlawak sgt.
    drpd ambik nana baik ambik sharifah sakinah atau eida moin.lagi happening..lgpon nana dh main masa musim pertama lg.bagilah peluang kt artis lain pulak.

    0

    0
  7. adudu says:

    hmm

    0

    0
  8. Anonymous says:

    xpayah nak kutuk muka die,tu ciptaan Allah..tapi apa sumbangan ide terhadap Negara?..pakai uniform tapi rambut mengerbang..uniform apa ntah die pakai..

    0

    0
  9. Mak Jemah says:

    eeeeeeeeeeee Tolonglah!!!
    aku mmg tk bekenan ngan org tua ni…ntah ape2 ntah!
    dorg ni dh tkde org lain nk amek????
    dhla pakai baju ntah ape2…merosakkn imej pakaian beruniform…
    yg aku pelik die ni acah2 best/kuat je kat malaysia..
    die ade sumbang ape2 ke kat MALAYSIA ni???
    ke sumbang mahram..hahahahahaha!

    KBAI

    0

    0
  10. aku says:

    arghhhhh kulup

    0

    0
  11. mak jemmsssss says:

    sorry… xminat…

    0

    0
  12. Linzy Longkang says:

    alahai bella yg ni pun jadi news gak ker? Mana citer retis gossip panas ari ni?

    0

    0
  13. Anonymous says:

    zizan masuk gak ke…jgn kena ludah dah ler….ade peminat lg ke…hahaha

    0

    0
  14. yat says:

    Kata Dato AC hos tapi ada jgk muka Ray Haniff tu…betol ke AC pengacara???check len

    0

    0
  15. akuPunyaSuka says:

    hambar & rubbish

    0

    0
  16. Majulah industri komedi Malaysia demi kesejahteraan negara yang gilang gemilang dan aman makmur.

    0

    0