Written by Bella | March 11th, 2016

Merencana untuk menunaikan Umrah dua tahun lagi bersempena dengan ulangtahun ke sepuluh perkahwinannya bersama suami Omar Sharif Christopher Layton Dalton, Ning Baizura sudah membuat persiapan lebih awal dengan mendalami ilmu agama.

Semuanya bermula apabila Omar mula terbuka hati untuk melakukan ibadah tersebut bersama Ning dan ia merupakan detik yang indah buat penyanyi tersebut kerana sudah lama mengimpikan perkara yang sama.

Hampir 10 tahun berkahwin dan ada pasang surutnya, Ning mengakui segala dugaan menguatkan lagi cinta mereka berdua.

Dua tahun lagi tempoh yang ada bagi membuat persiapan untuk ke sana juga bererti usia perkahwinan kami genap 10 tahun. Ia cukup membahagiakan saya.

Biasalah, dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Bagaimanapun kami berusaha untuk terus mengukuhkan rumah tangga kami. Ia juga proses yang lebih mematangkan kami berdua. Insya-Allah, Tuhan akan membantu mereka yang tidak pernah berputus asa.

Demi mempersiapkan diri untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, Ning mengupah seorang ustazah untuk mengajar beliau dan suami di rumah. Ini adalah peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambah lagi ilmu agama.

Dua tahun ini juga menjadi ruang untuk saya dan suami memperbetulkan kelemahan yang ada, termasuk dalam bab agama.

Alhamdullillah, meskipun lambat lagi Ning dan suami hendak menunaikan umrah, persediaan yang mereka lakukan harus dipuji. Iyalah, nak ke tanah suci ini kita perlu betul-betul  bersedia baik dari segi mental,fizikal dan rohani. Semoga segala persiapan mereka berdua berjalan dengan lancar. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

20 responses to Rancang Untuk Tunaikan Umrah : Ning Baizura Dan Suami Dalami Ilmu Agama

  1. minahkepoc says:

    alhamdullilah
    syukur

    *tahniah kepada ungku hareez n jihan

    0

    0
  2. Anonymous says:

    ensem dak kecik tu. anak die ke..

    0

    0
  3. wzhann says:

    alhamdullilah

    0

    0
  4. Anonymous says:

    nak selit sikit..semalam tertengok video si daud husband lana iqamatkan anak dia..salute r dengan mualaf macam ni..yang ramainya convert sebab nak berkahwin je..harap ning & husband dia pun bukan dari golongan yang no 2 tu..sekian

    0

    0
    • Layu says:

      Ni pun satu.. dah kantoi baru nak upload video bagai, bila orang suspicious tau sentap. And ko pun tak payah la nak berharap retis retis ni buat itu ini, pandai2 la depa.. ni pun tengah berubah ni kan. Tak payah nengok mat salleh la… mat melayu ni pun berlambak tau tau apa2 pasal agama sendiri.

      0

      0
  5. Anonymous says:

    alhamdullilah..mintak ampun dri ayah dlu ,dah lame tak tengok atok yop kat rumah tu kesian dia..ayah sendiri ckp ank baik bila nak kahwin lps kahwin ilang..

    0

    0
  6. lol says:

    Dh 10taun rupenya ning ni kawin… Mcm bru je

    0

    0
    • Anonymous says:

      gigih aku pegi google tarikh ning kawin sebab rasa2nya ning kawin selepas aku kawin..rupa2nya betulla dia kawin tahun 2008..mana datang anniversary kesepuluh tu..haiyaa bella..bella

      0

      0
      • ape ke benda lah says:

        kate lembap kang maroh.. tak reti baca ke.. org tu kate 2 tahun lagi dia nak tunaikan umrah.. 2 tahun lagi dia punya anniversary ke 10.. 2 TAHUN LAGI tu 2018, so kawen 2008. betullah anniversary ke 10. hadoii engko ni..

        0

        0
        • Anonymous says:

          ok my mistake..tapi aku takdela sampai mercerca sapa2..bak kata lana sampai hujung nyawa la aku tak maafkan ko cakap aku lembap..semoga berjaya cari aku kat padang mashyar..kbai

          0

          0
        • Lorat says:

          Tah.. gigih menggoogle, tapi tak pulak gigih membaca kasi paham.. nak sembur orang jer nawaitu tu. Bila kata lembap, tau pulak maroh siap petik ayat Lana.
          So Lana sekarang dah jadi idola setiap insan la yer?

          0

          0
        • lorat memang dah lorat says:

          apa krgnya ko lorat supporter ameera bdk international tu.. haha

          0

          0
        • Lorat says:

          Wahhh tak sangka I ada “follower” tersendiri… merata follow I. u dendam dengan I ker? Just because of different ways of thinking and opinion semata.. hahaha lawak lawak.

          0

          0
        • Anonymous says:

          ewww..retis pun aku tak follow ni kan nak follow ko hhahhhahhaa..cuma nk pelik ngn manusia klu komen xpakai bhs longkang xblh gamaknya..kt entry lain tu siap minta maaf bagai..nila cth org m*****k..kbai

          0

          0
        • Lorat says:

          Bawak bertenang yer saudara, saudari.. doesn’t matter la salah ker tak, tapi rasanya kita dianjurkan sentiasa minta maaf, at least I sedar I banyak terkasar bahasa. Yang u ni rasa2 nyer ada ker niat nak minta maaf, bukan dari semua pun at least from me?

          Kata tak follow I, tapi dah berapa kali dah u attack me on my comments… harap u boleh bawak bertenang, beristighfar. Tak elok marah2 berdendam especially dengan orang tak kenal. U tak suka apa I cakap.. U ignore jer la komen2 I, kalau tak setuju sangat pun.. u can always voice out your points.Sama2 kita muhasabah ok.

          0

          0
  7. anon says:

    cute nya anak dia…

    0

    0
  8. says says:

    Padang Mashyar dah ramai claim dia yg punya.org bahan sikit je.Ha!cari aku kat padang Mashyar.siap kata merangkak lagi.udah2 ler…nasib kita,kau pun tak tahu lagi…

    0

    0
  9. ctz says:

    Tahniah ning.mudah 2an niat mengerjakan umrah dipermudahkan Allah

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Bagus ning..usaha ning patut di puji..setiap usaha panggil ustazah bagai tu dah dpt ganjaran pahala sbb kita usaha utk cari ilmu agama.blm lg pegi umrah tu.pahala dah berganda.drp yg bajet bagus.tiap2 thn pi umrah..tp nothing.tgk ajerlah azwan ali tu. Allah jauhkan hati2 manusia lain utk berasa suka pd dia walopun tiap2 thn g umrah.pegi umrah bkn tiket utk kita rasa kita calon syurga.tgk apa nawaitu kita…

    0

    0