Written by Bella | March 31st, 2015

Bila sebut sahaja nama Ramona Zam Zam, perkara yang akan di ingati ramai adalah wajahnya yang jelita selain kontroversi beliau sehingga dilabelkan sebagai perampas. Pernah dikatakan sebagai punca Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli tidak jadi berkahwin, segalanya kini sudah terjawab apabila Ramona bakal bernikah dengan jejaka daripada Palestin, Rami Alashkar.


Memilih tarikh 15 Mei depan untuk bernikah, Ramona bagaimanapun menjelaskan beliau tidak akan melangsungkan sebarang majlis bertunang.

Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.

Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama.

Ramona dan Rami sudah mengenali ketika mereka sama-sama menuntut di Kolej Segi. Sikap memahami Rami membuatkan Ramona merasa selesa serta tidak menghalang beliau untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan selepas bergelar isteri nanti.

Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.

Dia juga amat memahami saya dan tidak menghalang saya meneruskan karier seni selepas berkahwin. Itu yang penting kerana saya bukan jenis yang boleh duduk diam dan suka bekerja, tapi bukan bermakna sehingga mengabaikan tanggungjawab saya.

Majlis resepsi Ramona dan Rami akan diadakan pada bulan Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak dan sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur pada September.

Nampaknya sekarang semakin ramai wanita Malaysia yang memilih jejaka asing untuk dijadikan suami. Katanya mereka lebih penyayang dan serius dalam perhubungan berbanding jejaka tempatan. Mungkin ada betulnya juga tetapi masih ada jejaka Malaysia yang loving kan?

Sumber Berita: Sinar Harian

 

 

 

42 responses to Ramona Zam Zam Pilih Jejaka Palestin Sebagai Suami

  1. wateber says:

    Alhamdullilah.. ramai ye pompuan melayu kahwin ngn orang asing…wateber pun nak kahwin ngn orang arab (yemen).. doakan wateber ye… hihihi…

    0
    0
    • KATE UPTON says:

      kacak jgk jejaka palestin ni
      lps ni pon nak cari lelaki luar jgklh,nak cari mat salleh susah cari jejaka dari Arab pon ok cari dari Iran ke Algeria ke ensem,tinggi

      0
      0
      • Aliff says:

        Ermm Russia dah setuju nk bebaskan Palestine , sama juga dgn Saudi , just wait and see , walaupon Aliff lelaki tp Aliff nk ckp lelaki Timur Tengah mcm dari Lebanon and Jordan mmg ensem , Algeria and Morocco pon byk yg ensem ! Kalau kt Malaysia nie kt Kelantan and Penang , k bye !

        0
        0
      • Who's Your Daddy says:

        Grats!

        #Biarmukapecahrumahjanganpecahrumahtanggaorang
        #Akukawenforeignerengkohado?

        0
        0
    • Budak Ipoh says:

      Bukan nak ckp tapi ramona ni dari dulu lagi mmg takkan lekat dekat laki melayu.. Dia cuba la kenal ramai mana skali pun last2 yg sangkut mesti foreigner. Tpi dia la satu2nya Ipoh babe yg byk kapel dgn mat saleh. Msa sek menengah kat ipoh dulu pun dia dgn Australian. Aku dah agak dia akan kawin dgn foreigner tapi ingat kan mat saleh, tgk2 org palestin.. Apa2 pun bagus lah, sekurg2nya dia pilih yg sudah sedia Muslim, dari mat saleh nak kena convert2 semua byk lagi hal.
      Bagus lah nikah terus.. Congrats ramona!

      0
      0
  2. roke says:

    alhamdulillah. semoga berkekalan hendaknya.

    0
    0
  3. Anonymous says:

    muke same..

    0
    0
  4. ok says:

    muka ade iras..

    0
    0
  5. Anonymous says:

    moga jodoh berkekalan.
    senang kan..xyah tunang2 ..dugaan bertunang pon hebat. salute u!

    0
    0
  6. Anonymous says:

    comel anak diorang ni nanti

    0
    0
  7. gigi emas says:

    Pasai mamat palestin ni ada kat sini? bukan dia patut gi perang dgn yahudi ke? Bukannye bercinta dgn artis lemau Malaysia

    0
    0
    • Anonymous says:

      sedih dgn sesetengah mentality org malaysia ni.suka sangat kluar kan ayat2 yg buruk.nak tegur boleh tp adab kena jge jugak yea gigi emas. lancang sangat mullut tu. jage sikit hati dan perasaan orang yea

      0
      0
  8. hati suci says:

    yg bestnyer psl ramona zam zam ni….dia fasih berbahasa mandarin…laju giler dia cakap…aritu dengar dia ckp dlam ketuk2 ramadhan…

    0
    0
  9. anon says:

    Wah hensemnya, untong ramona..

    0
    0
  10. Royal blood says:

    Ya Allah muka sama ku ingt kan adik bradik!! Mmg jodoh kuat dia org ni.. sama cantik sama padan alhamdulillah..

    0
    0
  11. aku says:

    sebenarnya kan….aku tngk muka ramona ni berubah2. cba tngk dua2 gmbr tu berbeza, smpai dia berlakon aku tak knl. bnyk jg citer dia aku tngk, tp bila tngk brsan pelakon..larr..ramona rupenyer.knl nama je. teknik make up kot. tp apapun dia tetap cntk wlau mcm mana

    0
    0
    • Fans fans says:

      Betul. Muke ramona mmg lain2. Bila jmpa di luar lain, time makeup lain, tgk dlm tv lain. Itu salah satu kelebihan utk pelakon, boleh bwk byk character and tak nmpak sama je. Tapi serious ckp ramona in person jauh lebih cantik dari dlm tv..

      0
      0
  12. Mardaz says:

    Ha ambik kauuuuu. I dah agak uolls takdenye ramona ni taste kat Amar Baharin & dazrin!! Dia ni dari dulu ex2 semua hensem2. Tgk la sahee tu, tu pun mixed juga bukan pure Malay, tu yg couple lama. Time sekolah dia dgn mat saleh dan aku rasa Zhaf (yg dgn Fouziah) tu la ex ramona yg plg buruk. (Tekezut gak mak masa dia dgn zhaf sbb sgt tak padan dgn si ketot tu).. Ni skangggg ha ambik kau, Laki dia beganda elokkkk nawwwww dari Amar ke dazrin ke zhaf ke puihhh. Dah la muka nak sama.. Padan!

    0
    0
    • PDRMBeruk says:

      Zhaf tak bodoh sebab tau si pompuan ni suka peluk sana sini. memang patut Zhaf cari pompuan lain. dia yang layan laki mcm haram.bajet divaaaaa.

      0
      0
  13. hana says:

    Ramona ni cantik gila weyh

    0
    0
    • sheena kebal says:

      biar betik cantik gila? bukan muke dia byk jeragat ke?

      0
      0
      • Sheenahina says:

        Bende 10 thn lalu forever ko nak ungkit ? Udah2 le tu, muka die dah lame baik.. Dah nak kwin da pun. Elok je skin dia skang nih..

        0
        0
      • Ye ye says:

        Sheena kebal, kulit ada jeragat bererti tak cantik ke? Cantik is originally cantik.. Org ada jerawat ke apa skali pun kalau muka cantik, kau tetap akan nmpak dia cantik. Sama juga dgn org gemok, ada some org gemok yg kte buleh tgk dia sbnanya cantik, Cuma akan bertmbh cantik kalau org nya kurus..
        Mcm tu la juga ramona aku rse? Tak kisah la dia ada skin problem apa pun dari dulu, kalau org tu cantik, tetap kita tak boleh nafi..

        0
        0
  14. Hanez Suraya says:

    Hanez pun dari dulu memang kapel dengan foreigner jer. Barulah high class. Pakwe Hanez yang first American, pastu Lebanese, pastu Jordanian, pastu sekarang yang paling latest European. Hanez rasa sangat berbangga yer sebab foreigner berebut2 nak kat Hanez. Jadi kepada pompuan Malaysia, kawinlah dengan foreigner macam weols suma pompuan2 high class.

    0
    0
  15. lovely says:

    Ramai org Arab Muslim termasuklah dari Palestin yang tak solat, merokok, minum arak dan kaki perempuan. Tak heranlah suka kat si perempuan ni. That’s why datang Malaysia. Senang buat maksiat.

    0
    0
    • Jobat says:

      Sedap nya mulut mengata.. Kalau ye skali pun bengang tak dpt ramona takyah la frust naw naw menonggeng nyaaaaa. Kawin mat saleh ko ckp kaki minum kaki buat maksiat, skang ni skurang2 nya dia dah pilih org asing yg mmg sudah islam. Nmpak tak knpa ramai org Melayu suka kawin asing? Sbb org2 mcm kau lah! Otak fikir negatif! Org tu dah usaha utk nikah dan nak kawin, tu tandanya mrka cuba utk menghindari maksiat! Dasar org dengki.. Org dah nak mendirikan masjid, kita doakan la yg elok2.. #typicalmalay

      0
      0
      • arjuna says:

        Kepala kau.kutuk melayu. Kau ingat kau kawen ngn bangsa asing bagus ke?
        Ada melayu ok. Ada melayu tak ok. Aku tak nafikan. Tapi sama juge dgn bangsa lain.
        Yg penting kalau kau islam. Laki kau pandai jage kau. Tak kisahlah bangsa apapun.
        Lagikk satu. Takdenya orang pandai nak terhegeh2 kat ramona ni. Tengok komen bawah sampai check in pelbagai. Ingat mudah ke nak buat jadi bini mcm tu?
        Lagi satu. Bodoh org kutuk melayu. Kecik kecik tak nak belajar.

        0
        0
    • arabswife says:

      Please do not stereotype. Tak semua Arab mcm u cakap. Alhamdulillah, I am happily married with an Arab dari Syria. The most responsible person I have ever met, setiap hari kerja keras (kami buat bisnes sendiri) nak tanggung anak bini biarpun sakit tapi tak pernah merungut, masha Allah memiliki akhlak yang sangat baik, tak pernah tinggal solat, setiap hari baca Al Quran (walaupun bini dia baca beautifulnara keke), memang tak pernah terlintas dalam otak saya ni Allah akan jodohkan dengan lelaki yg macam ni memandangkan saya ni yg dulu agak menyimpang dari ajaran Islam tapi tak sangka saya dpt pembimbing yang baik. Saya tak nafikan, memang banyak Arab Muslim yang agak menyimpang jugak, tapi kita melayu pon sama jugak. Bangsa doesnt represent anyone’s behaviour. It is all based on how do you choose to live your life.

      0
      0
    • Papa says:

      Lovely fuki mak nenek hang lah. Stereotype as fakk. Ko tau tak nak sebut psl minum arak / kaki pmpuan / tak solat —- MELAYU pun ramai beb. Takyah nak konon2 suci sgt nak kasi org arab je yg keneee. Aku ada kwn mat saleh yg dari dulu aku kenal mmg tak minum arak dan bukan kaki pmpuan. Aku siap kenankan dgn member sorg lagi dan member aku ckp malu dgn mat saleh tu sbb minta sentuh pun tak penah walhal ex2 dia yg Malay sblum ni mmg dah lama minta romen! MELAYU ni bila ckp psl foreigner smua tuduh melulu, kaki arak la kaki pmpuan la kaki seks la bagai. It’s really unfair. Korg tak sedar sbenarnya ramai sgt foreigners yg jauh lebih baik dari laki melayu..
      Pendek cite mana2 bgsa skali pun ada yg baik ada yg jahat! Melayu pun tak smuanya jahat, but at least please be fair, jgn stereotype sgt nak mengata org arab cmtu cmni

      0
      0
  16. Cik mek says:

    Ini lah salah satu contoh artis Malaysia yg tak gila nak go for jantan kaya. Ada yg snggup jadi second wife, ada yg sggup rampas suami org, ada yg sggup tatap rupe buruk asal kan byk duit.. Tapi ramona ni tak pilih pun anak Dato ke tan sri ke atau jutawan muda ke apa.. Alhamdulillah.. Moga diberkati perjalanan mereka, plg penting… Dia TAK AMBIK SUAMI ORANG!

    0
    0
  17. PIL says:

    kiteorg kenal siapa Rami Alashkar tu. dulu pernah kerja 1 ofis dkt pwtc. hehe. tak sangka rami nak kawen dgn artis oii. act, he is a nice guy. boleh ckp melayu. untung laa.

    pape pun, selamat menempuh alam rumahtangga rami. from us, PACIFIC INTER-LINK SDN BHD :D

    0
    0
  18. kak peah says:

    rami alashkar ni pernah ngorat aku kat fb dulu.huahuahua…

    0
    0
  19. Murai single says:

    Dulu ramona zam zam x lawa, sampai bila kamera zoom muka dia dekat2 nampak jelas kekasaran atau rekahan pada kulit mukanya tapi sekarang kulitnya dah licin dan cantik.. produk apa yg dia pakai ha? aku pun nak pakai juga

    0
    0
  20. Ain Rahman says:

    Tahniah!
    Igt ke aritu dia nk kawen ngn laki melayu yg jage dia kat hospital i keje sbb siap panaskan lauk agi n tolak ramona dlm wheelchair.
    Apapun, tahniah!

    0
    0
    • kyomimi says:

      Romantik gila!pas2 kawin ngn org lain. Propa sungguh ramona ni. Rs dazrin pn kna bende same.

      0
      0
    • JamSwatch says:

      Gila lah,ms susah cari laki melayu. da sihat g cari laki palestin.pandai drama ramona ni

      0
      0
  21. chin siew says:

    I think I met that malay guy too at my hotel last december. He checked in the same hotel Ramona went with her future husband. But he left after 2 hours stay. He seemed nice.
    Any what, congratulations and please come again.

    0
    0
    • Boyyz says:

      Sensasi betooll kalu melodi tangkap time tuh. Wakakakakakaka

      0
      0
    • Ayunie says:

      Amboi. Bukan main lagi g hotel. Sure budak laki melayu tu frust. Takpe.
      Orang baik utk orang baik.

      0
      0
      • abg perati says:

        Subhanallah… fitnah wey fitnahhhhh Astaghfirullah. Mane ko nk merangkak cari ramona kat padang masyhar nanti.

        0
        0
  22. MelodiFans says:

    rami tu bkn keje angkat shisha ke kat rasta.?

    0
    0
  23. jetfighter says:

    Patutlah susah lekat dgn laki local. Sbb kantoi check in. Buat malu je.

    0
    0