Ramalan Keputusan AJL29 18 Januari Ini Daripada Abang Nara

Hiburan

Ramalan Keputusan AJL29 18 Januari Ini Daripada Abang Nara

Setelah bertapa di dalam gua selama 3 hari 2 malam, kali ini Abang Nara dengan yakinnya ingin membuat ramalan keputusan Anugerah Juara Lagu yang ke 29 (AJL29). Pertandingan lagu yang berprestij ini bakal berlangsung pada 18 Januari ini (Ahad) dan akan disiarkan secara langsung di TV3 tepat jam 9 malam. Pasti ramai yang berdebar-debar, lebih-lebih jika ada adalah salah seorang daripada 12 finalis malam tersebut.

keputusan AJL29

Advertisement

Mari kita lihat terlebih dahulu senarai 12 lagu yang akan bertanding pada 18 Januari ini:-

1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki (dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin)
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Dan ini adalah ramalan daripada Abang Nara.

Juara: Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
Naib Juara: Alyah, Sesal Separuh Nyawa
Tempat Ketiga: Malaikat, Hazama
Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik: Alyah, Sesal Separuh Nyawa

ajl29

Amacam tekaan Abang Nara? Nampak macam betul kan? Hehehe. Jangan percaya sangat sebab tahun lepas Abang Nara teka satu pun tak kena. Malu je. Mungkin tahun ini nasib Abang Nara akan berubah. Apa pula ramalan anda? Agak-agak siapa yang akan jadi juara AJL29? Kongsikan di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...