Ramadhan Ini, Marilah Kita #JanganLebihLebih

Hiburan

Ramadhan Ini, Marilah Kita #JanganLebihLebih

Pejam celik pejam celik sudah seminggu kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Macam mana puasa anda? Ok ke tak? Alhamdulillah Abang Nara masih berjaya maintain puasa penuh. Tak ada tertinggal lagi. Harap-harap korang pun macam tue lah.

kpdnkk

Advertisement

Selain daripada menahan lapar dan dahaga dari waktu Subuh hingga ke waktu Maghrib, bulan Ramadan juga adalah bulan mengajar kita erti kesederhanaan. Malah Al Quran juga turut sama diturunkan pada bulan penuh mulia ini. Amboi bila bercakap macam ini terasa ada gaya ustaz pulak. Sekali sekala apa salahnya kan?

kpdnkk2

Tetapi di bulan Ramadan ini jugalah ramai umat Islam yang lupa daratan termasuk Abang Nara. Bukan lupa daratan ponteng puasa, tetapi lupa daratan ketika beli lauk pauk untuk juadah berbuka puasa. Baru-baru ini Abang Nara ada tertonton satu video viral #janganlebihlebih dari KPDNKK bersempena bulan Ramadan ini. Memang terasa macam kepala kena himpap dengan kren. Pedih sungguh video #janganlebihlebih ini. Kena atas batang hidung sendiri.

 

Bukan apa, Abang Nara juga kadangkala gagal menahan nafsu ketika membeli juadah berbuka puasa. Kalau pergi bazar Ramadan tue, semua benda Abang Nara nak beli. Roti jala, ayam percik, kuih keria, nasi tomato, ayam goreng, daging masak kicap, air kelapa dan macam-macam lagilah. Sampai penuh satu meja dibuatnya. Tapi bila masuk je waktu berbuka, makan 1,2 lauk dah kenyang. Lauk-lauk yang lain semua dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja.

Konon esok masa sahur nak habiskan lauk pauk yang dibeli ketika berbuka puasa tadi, tapi sayangnya masa sahur pun makan sesuap dua nasi dah kenyang. Akibatnya lauk lebih tadi terpaksa dibuang. Dah jadi membazir. Sepatutnya Ramadan ini kita semua dapat berjimat cermat, tahan nafsu dan tak membazir sebab syaitan kena ikat. Sayangnya kadangkala bisikan dari dalam hati itu lebih hebat dan lebih dasyat dari bisikan syaitan.

 

Jadi bersempena Ramadan yang mulia ini, setiap kali kita nak beli juadah berbuka puasa tue, sematkan di dalam hati #janganlebihlebih. Bila tangan kita nak capai je ayam percik tue, terus ingat 2 buah video viral dari KPDNKK ini. Tanya diri kita, betulkah kita nak makan ayam percik itu atau ia hanya sekadar nafsu semata-mata. Jika anda rasa cukup jimat dengan pembelian juadah berbuka puasa anda, kongsikan gambar tersebut di laman sosial dengan hashtag #janganlebihlebih supaya menjadi peringatan kepada orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...