Written by Bella | August 10th, 2015

Sebut sahaja nama pelakon Raja Ilya pasti ramai yang mengingati beliau dengan watak antagonis terutama sekali  lakonan beliau sebagai perampas suami orang dan pemusnah rumah tangga di dalam drama bersiri Dahlia tidak lama dahulu. Kata orang, beri sahaja watak jahat kepada beliau memang menjadi punya lah.

Namun, beliau juga terkenal dengan kejelitaannya yang memikat hati jejaka di luar sana.  Malah, Raja Ilya mengakui beliau kini sedang mengenali hati budi seorang jejaka Australia yang dikenali beliau apabila bertugas sebagai pramugari AirAsia sejak tiga tahun lepas.

Bermula hanya sebagai sahabat, bibit cinta mula berputik sekitar dua bulan lalu. Walaubagaimanapun, buat Raja Ilya ia masih terlalu awal untuk dibicarakan kepada umum.

Saya akui hati saya kini dimiliki oleh seseorang. Dia adalah seorang kenalan yang saya kenali ketika bertugas di AirAsia sejak tiga tahun lalu. Namun, kami memilih untuk membawa hubungan kami ke peringkat seterusnya.

Dia adalah seorang jejaka kelahiran Australia dan menguruskan perniagaan serta menjadi model pada masa yang sama. Kiranya, kami sedang menjalani proses mengenali hati budi satu sama lain kerana ia berbeza ketika kami hanya bersahabat saja dulu. Tipu jika saya katakan tidak mengharapkan apa-apa dari hubungan ini. Semestinya saya menginginkan agar hubungan kami berkekalan tetapi masih terlalu awal untuk saya ulas lebih lanjut lagi.

Sebenarnya, ramai yang menyangka dengan memiliki wajah cantik mesti Raja Ilya ini layan semua jenis lelaki bukan? Tetapi anda salah, beliau masih berpegang dengan prinsipnya untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan suami orang dan berharap ditetapkan hati agar tidak tersasar dari pendiriannya itu.

Tidak semua artis wanita yang sanggup mencalarkan maruah diri untuk menjalinkan hubungan dengan suami orang. Kadang-kadang orang yang kita anggap liar, seksi dan cantik itu sebenarnya mempunyai pendirian mereka sendiri .  Berapa lama hubungan itu boleh kekal kalau permulaannya sahaja sudah tidak berada di jalan yang betul?

Sumber Berita: Berita Harian

8 responses to Raja Ilya Bercinta Dengan Jejaka Australia?

  1. kak temah says:

    Ok Fine. semoga berbahagia. Semoga Allah panjangkan jodoh hingga ke jinjang pelamin.

    0

    0
  2. Abu says:

    Tak sure sgt kenal ke tak dia ni sbb rasa mcm penah nampak. Tapi bab watak antagonis yg betul2 berkesan aku rasa Nabila huda & Ramona zamzam. 2 org tu watak jahat baekkkkkk punya..
    Amboi semua pun nak tekel foreigner ke, cam ramona & lana? Jgn jadi trend retis Malaysia kwin foreigner semua dah la ye huhu

    0

    0
  3. Lara says:

    Errrr… “ramai yang menyangka dengan memiliki wajah cantik mesti Raja Ilya ini layan semua jenis lelaki bukan?” Apa jenis ayat ni? Makin mengarut la BN lately.

    0

    0
    • akulah aku says:

      Mulanya aku rasa mengarut gak ayat tu. Bila tengok “written by… ” . Ok. No wonder.

      0

      0
  4. Mr Au says:

    0

    0
  5. anon says:

    Sape ni?? Berposing and perasan mcm rozita je…..in the same league.

    0

    0
  6. aku says:

    Cantik dia ni,aku suka. Sbb berlakon tiptop… dlm syurga nur la, yg lain xtau.
    untungla. Dhla businessman, model, omputih plak tu. Ishk3…sedapla hahaha

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Kelas kau maria..
    ?

    0

    0