Written by Bella | July 8th, 2015

Pelakon Raja Farah dan suami telah pun membuat keputusan untuk bercerai pada 25 Mei lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi mahupun terdapat khabar angin bahawa mereka sedang bergaduh dan ianya nyata mengejutkan ramai pihak apabila mereka bercerai.

Ada beberapa pihak yang mula berspekulasi tentang punca perpisahan mereka dan mengatakan punca utama perpisahan tersebut adalah kerana Raja Farah gagal untuk memberi zuriat.

Walaubagaimanapun, Raja Farah menafikan perkara tersebut dan meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir masyarakat yang menyalahkan beliau atas segala yang berlaku dengan menuduh menggunakan kata-kata kurang enak bahawa beliau tidak mampu untuk mendapatkan zuriat.

Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak.

Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi.

Menurut Raja Farah, rumah tangga mereka mula bermasalah pada tahun ketiga perkahwinan apabila mereka mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan.

Pada tahun pertama dan kedua tiada masalah sehinggalah apabila kami mula berjauhan. Dari situ, satu persatu masalah timbul. Mungkin betul juga kata orang kami berkahwin pada usia yang terlalu muda dan ketika itu masih belum matang.

Lima tahun hidup dalam berumah tangga, Raja Farah mengakui ia memberikan banyak pengajaran berguna buat beliau di masa hadapan. Buat masa ini, beliau masih lagi trauma dan bersikap lebih berhati-hati untuk mengenali seorang lelaki.

Raja Farah dan Megat Qhuyum Zakaria mendirikan rumah tangga pada 12 November 2010 sebelum bercerai pada 25 Mei 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dalam satu prosiding tertutup.

Sumber Berita : mStar Online

20 responses to Raja Farah Nafi Punca Bercerai Kerana Gagal Beri Zuriat

  1. Anonymous says:

    saya pula terkilan sbb ketidakcekapan pengurusan najib, saya kena bayar gst. kembali kan lah duit 42 billion kpd rakyat dan hentikan gst.

    0

    0
    • melati says:

      bersabar lah raja farah. akak pula dah hilang sabar dgn ahmad maslan dan najib. ada ke patut makan pun kena cukai? memang bengong la pemimpin2 kita sekarang. x sabar tunggu najib berundur.

      0

      0
      • Zack says:

        Doakan yg terbaik. Anyway, hari raya akan lebih bermakna kalau Najib dilucutkan jawatan dan saya berdoa….

        0

        0
      • Anonymous says:

        mana gossip siti nurhaliza di mekah doakan supaya pemimpin2 zalim negara berundur?

        0

        0
  2. senahs says:

    gagal beri zuriat x per; tapi jangan gagal jawab soalan tun dr m kemana hilangnya duit rm 42 billion 1MDB….

    k bai.

    0

    0
  3. aku says:

    BERSABARLAH FARAH…SEMUA NI ADA HIKMAHNYA :))

    0

    0
  4. Anonymous says:

    dah takde jodoh..

    eh jgn nak salahkan pihak pompuan je kalau tak boleh beri zuriat.
    selalunya lelaki ego tak nak check, padahal lelaki yg bermasalah. bukan pompuan je

    0

    0
  5. bb says:

    apa la tajuk gagal beri zuriat.. mcm salahkan raja farah ni pulak sebab tak leh bagi zuriat.. ntah2 laki dia yg ada masaalah or diaorg tak de rezeki lagi ke..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Kahwin muda bukan masalahnya. yang menjadi masalah klu kita tu yg tak matang dalam berfikir dan bertindak. saya pn kahwin umur 22, Alhamdulillah rumahtangga masih bertahan dah lebih 10 thn pun. Biasa la dlm perkahwinan klu bergaduh2 tu. 5 thn pertama adalah thn utk menyesuaikan diri, penuh dgn gaduh2 lagi. Sabar dan saling menghormati. tu jer…kita berkahwin bkn utk cari keserasian, tp MEMBINA keserasian. Mmg la awal2 bergaduh..ya la dia dididik cara mak dia, kita dididik cara mak kita.memang tk akn sama. Cuba la bina persefahaman tu. Kunci utama dlm perkahwinan adalah SABAR. Jgn la tk suka benda tu skit dan nak marah, tk suka bnda ni skit dah melenting. Tegur dlu..bg nasihat..sabar..10 thn pn tkpe. Janji pasangan kita tu bkn buat benda yg salah di sisi agama, contoh main kayu tiga ke..Klu setakat xde persefahaman tu perkara biasa..sbb ia bleh dipupuk melalui tolak ansur! Sy berpegang pd kata-kata Dr. HM Tuah, beliau kata, tak kan la kita tk suka yg ni kita bercerai, lps tu kawin lain. ada masalah lagi, cerai lagi, kawin lain skali lagi..ada masalah lagi, cerai lagi. Sampai bila? Mana kita nak cari org yg sempurna? Tk ada! sbb kita pn bkn sempurna juga. Asal suami masih ingat balik rumah, masih ingat tikar sembahyang, insyaAllah dia tk lah teruk mana. Setakat perkara kecik2 mcm suami malas menolong kita kt rmh, atau hobi tk sama, atau tk suka teman kita shopping, atau tk suka bergaul dgn keluarga kita, atau melebihkan keluarga dia (dlm kes yg tk over sgt la), sy rasa bnda tu smua boleh dididik dgn nasihat. Memang akn take time.. Sabar je, berdoa, insyaallah lama2 dia akan berubah. Niat la dlm hati aku berkahwin bukan utk bercerai. InsyaAllah walau badai apa yg datang kita mampu atasinya. Sbb kita kena igt, kita tk akan terlepas dari diuji Allah. Ingat tu je. Suami bermasalah pn ujian Allah juga. Kita kena bersyukur la, sbb klu Allah uji kita dgn anak yg sakit, atau suami sakit atau suami menginggal, rasanya yg tu lagi berat nak hadapi. Sorry, panjang skit nasihat. Bercakap melalui pengalaman sendiri.

    0

    0
    • Kanji says:

      Maknanya awak matang di usia muda. Mungkin dia belum matang lagi masa tu. Tu je.

      0

      0
    • x perfect says:

      kawin muda selalu bergantung pd parent tipulah kalo sesapa jer kawin muda handle sendiri semua perkara

      0

      0
  7. aku budget fofular says:

    sapa yang cakap macam tu farah? Meh aku cabaikan mulut dia. Ingat buat anak macam buat kueh koci??

    0

    0
    • mina jambu says:

      mungkin masa nk sondol tu si farah ngan laki dia tk baca bismillah dulu takk ? batu tk dapat anak.. sabar aje lah ye farah..

      0

      0
      • aku budget fofular says:

        habis tu yang buat anak luar nikah tu baca bismillah la? kelakau nk komen kau

        0

        0
  8. Maaruf says:

    Kalau tak ada zuriat boleh kai benih abang ;-D

    0

    0
  9. Jorjie says:

    Laki dia low sperm count kot..?

    0

    0
  10. mawar says:

    tu ler gatal sgt nak kawin awal…pastu bagi alasan x matang hmmm

    0

    0
  11. sssss says:

    ”Lima tahun hidup dalam berumah tangga, Raja Farah mengakui ia memberikan banyak pengajaran berguna buat beliau di masa hadapan. Buat masa ini, beliau masih lagi trauma dan bersikap lebih berhati-hati untuk mengenali seorang lelaki”

    dr ayat tu paham dah sape wat hal…sabar ye farah..suke tgk rancangan rasa halal antarabangsa raja farah tu…

    0

    0