Written by Bella | May 25th, 2015

Sekitar tahun 2014, timbul gosip bahawa rumah tangga yang dibina oleh aktres Raja Farah dan suami Megat Qhuyum sedang berantakan. Walaubagaimanapun, pada masa tersebut Raja Farah menafikan khabar angin itu dan menyatakan hubungan beliau dan suami masih baik.

Terbaru dalam satu kenyataan kepada Berita Harian, Raja Farah mengakui sudah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta  tanggal 5 Mei lalu dan kes tersebut bakal dibicarakan pada hari ini.

Jelas Raja Farah, ini merupakan jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka kerana tiada lagi persefahaman. Malah, aktres tersebut dan suami tidak lagi tinggal sebumbung sejak dua bulan yang lalu. Suaminya berada di Kelantan dan Raja Farah pula sudah menetap di kediaman keluarganya di ibu kota sejak tempoh berkenaan.

Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok. Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini.

Bukan mudah untuk Raja Farah membuat keputusan untuk berpisah kerana sudah hampir lima tahun mereka melalui susah dan senang bersama meskipun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan.

Tiada siapa yang mahu menghadapi proses perceraian dan kembali untuk hidup bersendirian, tetapi jika sudah tiada cara lain untuk mengekalkan rumah tangga mungkin ini adalah yang terbaik. Kepada Raja Farah, kami yakin setiap yang berlaku ada sebab yang tertentu. Semoga anda tabah dan segalanya dipermudahkan pada masa hadapan.

Sumber Berita: Berita Harian

 

19 responses to Raja Farah Bakal Bercerai Bersama Suami

  1. Olga says:

    sejak bila dia kawin aku pun x pasti. yg pasti dia ni suam2 kuku. next?

    0

    0
    • Hmnnn says:

      Program Rasa Halal Antarabangsa punya hal….laki kt umah terabai.
      Asyik shooting je ke hulu ke hilir, hubungan pun lingkup.
      Berbaloi kah?

      0

      0
      • minah jambu terlajak habis says:

        berbaloi ! pasal farah dia mencari rezeki untok dia dn keluarga n membantu suami mencari rezeki ..suami dia nk kena paham masa kawin dulu dia jumpa farah bukan di dlm masjid tapi di luarrr n farah dia saorang pelakon ..kenape suami dia maseh tk paham ??????? kalau gitu suroh laki dia kawin ngan ustazah lah huh !! farah shoting dia tetap akan balek ke rumah jumpa laki dia ! farah dh bertudong pon laki maseh tk percaya ke ??????? laki tk tau nk berdikari sendiri cari makan kt rumah ! bis kalau farah tu perdana menteri macmana ?

        0

        0
      • nyampahkatko says:

        Awal2 kenal dulu x tau dia artis ke?

        0

        0
    • minah jambu terlajak habis says:

      bagos la kalau farah dh nk bercerai..kalau dh tk sefahaman lagi n dh tk dudok serumah lebih baik cerai aje ada jugak faedahh..tapi lepas cerai farah jangan stay kt rumah aje tau ..cari kerja belakon ke ape ke..nasib baik farah tkde anak.. kalau ada susah jugak nk naik turun makamah mintak nafkah n hak penjagaan anak…lov u farahh..

      0

      0
  2. sabar je lah says:

    seorang lagi retis dpt title…”kak jan”.

    0

    0
    • Bang Duda says:

      gelaran utk perempuan jer? Lelaki plak? ‘ABG DUDA’!!!

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      jadi janda lagi bagos dari ada laki ni semua menyakitkn hati ! at last cerai !

      0

      0
  3. anonymous says:

    Maybe pasal belum di kurniakan cahaya mata suaminya berputus asa ????

    0

    0
    • peah says:

      kalau lakinya putus asa knp isterinya yg balik ke kl dr duduk bsama suami?
      n lagi 1 knp isterinya yg failkan penceraian…

      0

      0
  4. weng weng says:

    huh..takder citer lain cerai..cerai

    0

    0
  5. nil says:

    Hmmm..

    sya tdak setuju komen anda..
    tidak semestinya kerana sesebuah rancangan itu, bolh mengakibatkn seseorg bercerai..mgkin dia hanya melakukn tugasnya..
    kita tengok ezzah aziz fawzi..itu pun jika ada tahulh akn dia tu…personaliti tv3..suaminya seorg juruterbang..ok je…xde pun dengar dia ada masalah..lagilah mereka suami isteri kerja tdak tentu masa..malah ramai lgi yg hidup mereka baik2 sja..
    kalau nk dikatakan masih tidak mempunyai anak…seharusnya bercerai bukanlh jln penyelesaian..inilah akibatnya apabila talak senang2 dilafazkan…
    susah nak kata,..sebb kita tdak tahu masalah mereka yg sebenar.
    sabarlah raja farah..semuga awak tabah.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      sabar boleh sabar tapi semangat nk kuat keluar bekeja cari duit untok masa depan ..hari2 nk makan nk beli itu nk beli ini..kalau asek2 nk ingat bercerai ngan laki bersedih ingat laki itu semua tkde faedah n tk membuahkn hasil paham !

      0

      0
  6. rara says:

    laki dia nihhh mmg hensem aku jumpa kat perhentian . tapi sweet jahhh aku tgk diorg masa tuh si raja hntar suami dia dlm bot . knplahhhh nak bcerai …

    0

    0
    • Cristiano Ronaldo says:

      Hensem kata kau?…aku tk ckp dia burok atau ape ye cma pkataan hensem tu tk ssuai.

      0

      0
  7. MyA says:

    kadang penceraian adalah penyelesaian terbaik..drpd duduk sebumbung tapi dah takde rasa sayang, takde rasa cinta dan hormat..pahala tak dapat..dosa melekat..takde manusia dlm dunia ni yang nak melalui perkara-perkara mcm ni..baik suami mahupun isteri..tapi kalau dah abes bincang dan berpisah jln terbaik..redha itu penting..tmbh lgi..sape kita nak pertikai tentang dugaan rumahtangga org lain..bukan kita yang diduga..

    0

    0
  8. nana says:

    mungkin tekanan dari pihak lain mana kita tahu.sebab takde anak pun faktor.kot2 disuruh kawin lain ka apa kaa

    0

    0
  9. Anonymous says:

    jjbhjbjh

    0

    0