Written by AbangNara | February 17th, 2015

Apabila diri sudah dimamah usia, pelbagai cara akan dilakukan untuk kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar. Penampilan yang segar, muda dan jelita sememangnya akan menarik perhatian lebih-lebih lagi jika anda berniaga seperti Raja Ema. Raja Ema baru-baru ini telah tampil dengan imej berambut ‘blonde’ bersempena dengan pelancaran koleksi pakaian tidurnya. Seperti yang dijangka, imej baru Raja Ema ini telah mendapat kritikan yang hebat.

raja ema

Iyerlah orang makin berusia makin dekat denganNya. Makin banyakkan ibadah. Tak ada masa nak berambut blonde apa bagai ini. Namun menurut Raja Ema, imejnya ini adalah untuk tampil awet muda sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Kata Raja Ema:-

Memang ramai yang kritik saya apabila melihat gambar saya berambut perang di laman sosial Instagram dan Facebook. Sehinggakan ada yang kata saya dah tua, jadi tak perlu nak tampil dengan imej sebegitu.

Bukan saya tak sedar dengan apa yang saya buat tetapi ia hanya untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun saya sebenarnya memakai rambut palsu. Apa pun terpulanglah kepada kepada mereka, saya juga bukan manusia sempurna.

Ia juga sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Sebelum ini ramai yang tanya apa rahsia kecantikan dan awet muda saya. Bukan saya hendak mengajar mereka berambut perang, cuma ini cara saya. Dan mereka, boleh jadikan saya inspirasi dengan menggunakan cara mereka sendiri.

raja ema

Kalau masa muda-muda nak buat fotografi macam ini mungkin masih boleh diterima akal lagi. Sekarang ini dah tua mungkin kena fikir cara lain yang sedap mata memandang. Tidak dinafikan Raja Ema masih jelita. Namun statusnya sebagai seorang ibu sedikit sebanyak membuatkan imej sebegini kurang sesuai. Apa pendapat anda? Sumber Sinar Harian.

P.S: Mazda CX-3 bakal tiba di Malaysia Julai ini

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

95 responses to Raja Ema Berambut Blonde Untuk Tampil Awet Muda

  1. jojo says:

    astaghfirullahalazim.. sedih sangat :(

    0

    0
  2. eina azman nombor 2 versi tua

    0

    0
  3. Anonymous says:

    umah kata pergi. kubur kata mari…tu je nk cakap..

    0

    0
  4. sentap says:

    hah dia pakai rambut palsu? maksudnya dia takde rambut eh? tu boleh kaler rmbut cm gtu..ohhhh… kalau nak tarik perhatian pelanggan kene kaler rambut eh? seram bebenor tengok muke dia dengan rambut nya. bia la nampak tua asalkan tak jadik cam dia

    0

    0
  5. rosman says:

    Apa mau sibuk..teruk sangat ker apa yang raja ema buat tu? Dia buat pun untuk tampung kehidupan anak2 dia. Moga raja ema terus sukses.

    0

    0
    • Anonymous says:

      so typical melayu punyer mentality. bila wanita usia 40an nak melawa nak bergaya dikutuk sakan dikatakan lupa diri tak ingat mati & bla bla bla.tak-kan umur dah masuk 4 series nak kelihatan kusam dan selekeh? wanita dan kecantikan memang tak boleh dinafikan. suka ati raja ema-lah dia nak melaram tak semestinya orang muda ajer boleh melawa wanita umur matang diharamkan kelihatan cantik dan menawan. tak derlah tua sangat raja ema ni. lagi pun dia pakai rambut blonde utk tujuan perniagaaan promosi koleksi baju tidonya. kalau Kak Ton dengan tag line COMEL TAK, dia lebih tua dari raja ema kenapa raja ema tak boleh pulak buat cara dia…

      0

      0
      • Anonymous says:

        boleh nak melawa, tapi berpada lah..
        umur dah 40-1n kalau nak melawa sekalipun jangan lah sampai macam tu.
        pham?

        0

        0
        • yaya yaya says:

          Cerita kedai kopi
          Cerita kedai kopi
          Tiada hakim tiada saksi
          Cerita sensasi di kedai kopi
          Masing-masing ada masalah sendiri
          Masalah dunia masalah peribadi
          Luahkan jangan simpan dalam hati
          Boleh cerita di kedai kopi
          Di Eropah orang bentang idea
          Topik-topik intelektual di diskusi

          0

          0
        • Anonymous says:

          aku and geng aku semua wanita berusia 40an ke atas. kita semua berkerjaya, bergaya & dress up, bila gi party ada yang bergaya lebih dari raja ema so raja ema you got our votes. perempuan umur dah 40an tetap mengancam……….

          0

          0
        • Anonymous says:

          tak faham aku kenaper lah pengkritik pengkritik tegar BN ni cepat sangat suka sangat jatuhkan hukum hakam pada artis artis pat sini. ngalahkan alim ulamak lagaknyer. nobody is perfect. artis2 ni tahu aper tindakan yg mereka buat tak payahlah dok sibuk nak judge mereka.halal haram dia orang tanggung sendirilah bukannyer dia orang tak tahu.

          0

          0
      • pompan berumur says:

        setuju benor. wanita berumur pun berhak nampak cantik dan bergaya.raja ema you go girl. jgn peduli aper orang lain cakap, kau cuma pakai rambut blonde ajer rambut sample ajer…..nothing much nak digembar gemburkan..ader paham semua.

        0

        0
      • setuju says:

        setuju sangat

        0

        0
  6. miss juju says:

    biarla dia.kita doakan saja.jgn di hina lagi dia..kita pun ada emak adik perempuan kena kat batang hidung sendiri baru berakei.

    0

    0
  7. A_LL says:

    Bg sy kn k ema..klu k ema rsa diri brtmbah muda klu pki rmbut blonde..go on je lah.tp kn org lain pn brniaga gak..xde lah smpi mnghodohkn dri sndri.mkne nya k ema x ykin dgn dri sndri kn?tp sy tgk k ema peraga kn bju tdo ni lngsung x wat sy nk bli dn rsa sksi.

    0

    0
  8. […] Ia juga sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Sebelum ini ramai yang tanya apa rahsia kecantikan dan awet muda saya. Bukan saya hendak mengajar mereka berambut perang, cuma ini cara saya. Dan mereka, …read more […]

    0

    0
  9. ichi says:

    ohh dunia…….

    0

    0
  10. poyos says:

    inilah nina azman versi tua nnt

    0

    0
  11. raja putih says:

    x der la tua sgt raja ema ni..kalo datuk sarimah tetiba rambut blonde tu baru x sedar diri…korang ni puuunn

    0

    0
  12. preity zinta says:

    hahahaahahahahah

    0

    0
  13. rianda says:

    wow. bagi menarik pelanggan? dengan memperagakan diri? hehe. jual baju tidur ke jual badan utk ditiduri ni?
    kak ema, cari rezeki utk family banyak lagi cara lain kak.bayar org len yg utk jadi model pun boleh.
    Anon 10:37 : kak ton dgn tagline sengal tu takde la nmpk mcm tayang body instead of product. tak kaler rambut terang2. rambut itam x cantik ke pakai baju tidur?

    0

    0
    • nak cuit sikit says:

      wow. bagi menarik pelanggan? dengan memperagakan diri? hehe. jual baju tidur ke jual badan utk ditiduri ni? <——- dosa mengfitnah you tak takut ke rianda? menuduh RE nak jual badan….astagfirullah alazim….dosa mengfitnah mengumpat mengata ni dalam islam halal ke…

      0

      0
  14. rinduk ati says:

    haaaaa…mcm2 la artis skarang nih

    0

    0
  15. Anonymous says:

    gambar pertama seram tengok.

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Awet muda ke… muka ema nanpak lendut, terutama mulut. Pd aku yg nampak awet muda, tiara, azizah ariffin, mas anizan, maria farida, amy mastura.

    0

    0
  17. senah says:

    Dia ni minat sgt kat Rosnah Mat Aris kut.. tu yg ikut jejak langkah. Aduhai kak, usia dah lanjut tu x pyh la over, sendu la. Akk nk bergaya ke, rambut blonde ke hijau ke mmg tu akk punya pasal. Tapi simpan la utk diri sendiri n keluarga je. Malu kat masyarakat. Ober taw!

    0

    0
  18. Anonymous says:

    agak2 klo 100 persen wanita melayu bertudung dan berpakaian menutup aurat, apa plk komen yg pembaca BN blh buat ye? mst cari kesilapan dan kekurangan yg lain kan kan kan…yg buruk je dicari mmg la npk semua keburukan

    0

    0
  19. Anonymous says:

    masha allah.. mcmni jadinya lepas bercerai?

    0

    0
  20. sentap says:

    perhhh… ramai benor yg menyokong RE ni. sampaikan org yg komen Masha Allah pon kene dislike. yg puji2 RE mendapat komen yg tinggi.. bagos la. semua selere kat org berusia.. kahkahkah.. kalu Eina Azman buat rambut cam gitu lawo la. dye pon mude, putih melepak. yg ni tak sesuai sbb da berusia. orang kalu da chantek tak payah nak struggle jadik chantek laa sbb memang da chantek kan…. that’s the fact

    0

    0
    • Anonymous says:

      raja ema masa muda lebih cantik dari eina azman. that’s the fact.

      0

      0
    • pink says:

      setuju!
      ramai betul yg sokong RE ni..
      byk btul komen2 yg baik2 kna dislike ni..
      komen yg puji2 melambung dia pny like..
      dunia semuanya..
      cantik, blonde, karat, hitam ke putih ke mati nnt semua tu x dihisab pn..

      0

      0
  21. saya says:

    Blh tahan ramai jugak peminat beliau ni, sampaikan komen yg menasihati semua pun hidden kes2 ramai yg dislike.. kita jgn menafikan hakikat, niat tak pernah menghalalkan cara.. sekian terima kasih (kejap lagi hidden jugak la comment ni nanti..)

    0

    0
  22. Jenab says:

    Tak perlu rasanya nak promote produk sampai cmtu ..

    0

    0
  23. Nurul Gebu says:

    hai kak ema!!! ingat x that day i ada komen. kak ema teruskan semuanya ok.
    bkn dorg yg bg kak ema mkn yer dak? In kak ema we trust!!

    0

    0
  24. cute says:

    Anita serawak ok jeeee

    0

    0
  25. adel says:

    klu dah jadi artis n usahawan lg dah jadi public figure..mmg masyarakat akan nampak segala yg berkenaan individu itu, krn tanpa orgramai peminat n yg menyokong siapalah artis mahupun apa yg cuba dijualnya itu… jadi kenalah jaga keterampilan n imej yg bersih agar bersesuaian dgn usia, maruah diri n keluarga.. barulah mampu menjadi daya tarik kpd orglain.

    0

    0
  26. dian says:

    tak mcm rambut palsu pun anak rambut tu raja ema ;D .. apapun utk tampak awet muda tak semestinya awak berambut striking..blonde ke apa.. awet muda from inside out itu lg bertahan lama, sihat umur panjang n tak nyanyuk cepat.. bawalah imej sederhana sesuai awak seorg ibu yg dah menjangkau 50an.. sure peminat n yg menyokong perniagaan awak akan lebih menyayangi.. anak2 pun akan pandai menilai ibu atau bapa mrk..t

    0

    0
  27. Sarifah azlin says:

    I love u Kak ema..
    Suka tengok imej terbaru u..
    Semoga success gan bisness ni . I doakan

    0

    0
  28. minah jambu suka nadeera says:

    lov u raja emaaaa….buat ape yg u nk buat ..jangan dengar cakap orang2 sekeliling..u tu muda lagiiii tkde la tua sangat ella ratu rock Malaysia lagi tua dari u orang2 tk cakap ape pon ! so peduli lah !!

    0

    0
  29. sha says:

    Slm raja ema.. kn lebih bagus penampilan yg dulu yg lebih menutup aurat berbanding sekarang. Lebih manis n cantik semasa menutup aurat suatu ketika dahulu.. tutup lah aurat srbelum diri ditutup dgn kain kapan..

    0

    0
  30. Makcik Bedah says:

    Yg mengutuk ni sume nye anak2muda kan? …Nanti kalau kamu sume sampai keusia 40an keatas ( In Sha Allah) kamu pun mesti seboleh boleh nak nampak muda dari usia kamu…tunggu lah nanti. Yg jantan lagi teruk! Dgn mid-life crisis lagi! Samalah juga dgn Raja Ema ni…memang bukan semua orang ‘tua’ mau cepat tua sedangkan hati masih muda….so biarkanlah dia. Kita orang2 tua ni laaagi sedar nak mati tau…tak payah nak di ingat ingatkan…!

    0

    0
    • mika says:

      Semua org akan merasa tua kalau panjang umur, tp tak semestinya nk nampak muda kena kaler2 rambut.. raja azmi pakai tudung bereben kat kepala ok je nampak muda.. cute lagi. Byk cara nk nampak muda, tp biarlah cara tu kena dgn usia

      0

      0
      • minah jambu suka nadeera says:

        eh dia punye suka la nk buat rambot dia macmana !! dia nk awet muda ke nk awet tua ke tu dia punye sukaaaaaa…lov u emaaaaaaaa.. !

        0

        0
    • Pak kulup lodin says:

      Apa saje la ko ni bedah !!!
      Pegi buat kan aku kopi daripada ko buang masa komen pat sini..

      0

      0
      • Mak Cik Bedah says:

        Lepas minum kopi kita bermesra manja, ye bang ye…?? Abang suke sshpooooning, kan bang kan..?

        0

        0
  31. Anon says:

    Hidohnyeee. Mcm mak lampir. Ni kalau mlm2 terjumpa mau tak pengsan ketakutan. Dahla promote baju tido dia bkn main seductive. Eee dh tua2 bangka, buat bahan gelak je. Sendu sungguh. Kalau mak aku ke.. Makcik aku ke rupa mcmni mmg malu.. Dah mcm bapuk dah..maaf lah ye, kenyataan! Tak sedo diri. Camnilah bila tak ingat azab kubur. Tak ingat akhirat. Malu la sikit makcik oiiii.

    0

    0
    • nak cuit sikit says:

      Wahai Anon ….you pandai ckap raja emma tak ingat azab kubur bagai…yang you tu Anon tak takut jugak ke azab kubur kerana menghina mengumpat dan mengeji….jangan dosa orang lain kamu sedar tapi dosa sendiri kamu tak sedar…dosa sesama manusia payah nak diampun krn kena berdepan dengan individu yang anda umpat dan keji untuk mintak maaf..dan tulisan anda di baca ribuan malah jutaan manusia…..fikir fikirkan lah

      0

      0
    • Abg kulup lodin says:

      Anon cept la sikit .. Abg kulup da bassh ni ..

      0

      0
  32. zukzukzuk says:

    kepala bana

    0

    0
  33. semek says:

    life dia ikut suka dia ek..hmmm..semoga Allah melindungi kita semua dari maksiat dunia dan terpelihara di sana..

    0

    0
  34. emi says:

    aku tengok cantik je raja ema ni…klu nak banding ngan org umo 40an lain…yg mengutuk tu umo 40an tp dh mcm makcik2…bdn x jaga, muka x jaga rambut keras…pastu nk dengki kt org…

    0

    0
  35. shimil says:

    lantak kat dia la kawan2…dye nk tukar kaler biru ke merah ke kuning ke nk jd mcm sesumpah ke…akhirat nnt rsela balasan dye..dye rse dye cantik bt mcmtu…kalo rse xcantik dye xkn buat…cian makcik ni..doa jela tbe2 dye trsedar sblm trlambat…

    0

    0
  36. mimimi says:

    Kadang niat dan usaha bagus..nk majukn ekonomi..
    tapi dpt penasihat yg salah…raja ema yg asal cantik,
    lembut,manja…dh jadi cm orang lain tu sbb penerimaan negatif
    ….artis2 careful dgn image consultant nnti jadi cm che ta ..
    keras n kaku je image dia sbb nk jadi cm victoria beckham..

    0

    0
  37. Annie says:

    Suka hatilah dia nak buat apa pun, i support raja ema

    0

    0
  38. Aku BukanKau says:

    Oh makcik!!!!

    0

    0
  39. Anonymous says:

    Btul ke rmbut palsu…bole tau la rmbut plsu ke tk…ni dahi da serasi sgt ngn rmbut….

    0

    0
  40. raja ema vs eina azman says:

    buruk2 eina azman pun tak penah nampak dia tayang kulit. baju bertutup walaupun ikut bentuk badan dan ketat. and tak penah nampak dia pakai baju tidur ker baju mandi ker hot pant ker. that’s why dia dapat orang kaya dan title datin walaupun baru 19 thn. tuah ayam nampak di kaki.

    0

    0
  41. Anonymous says:

    Hahahaha..kelakar giler..

    0

    0
  42. Anonymous says:

    Semoga diberi hidayah

    0

    0
  43. hasrul says:

    Syukurlah rambut palsu rupanya, sememangnya raja ema lebih sesuai rambut hitam. Mgkin rambut coklat gelap pun lebih ok dari blonde. Apa pun harap raja ema hepi n sukses selalu.

    0

    0
  44. makcik kebun says:

    tolol sangat sapa yg sokong tu ????

    0

    0
  45. Pfffttt says:

    nk solat cane tu mkcik oi???!!

    0

    0
  46. ich says:

    kenapalah kita sebagai manusia kuat menghukum.
    mungkin dia ade salah tapi ingatlah semua orang boleh berubah. doakan perubahannya kepada yang lebih baik.

    0

    0
  47. nasyira says:

    Hmmm rasanya dulu Raja Ema pakai tudung lagi lawa ..cantik..anggun…dan muda….tapi sekarang kalau nak berambut blonde hanya sekaldar nk jual barang….kalau barang yg nk dijual jadi makin tak laku camner plak…nak dedahkan yg tak sepatutnya plak kaa..??!!supaya barang lakuu??? tolong laa sedar diri..dan kembali kejalan Allah..dan diredhai…bagus laa kalau nak berniaga…tapi tak payah laa nk ikut peredaran masa sgt punn…kalau tak bertudung pun..tapi sedar diri dan lebih elegan..kalau barang yg dijual pun cantik dan berkualiti…barang akan laku jugak..takpayh pun ubah penampilan nk mudakn atau tampil lebih segar kununnya….imej tuu lebih kepada duniawi..lebih kepada diri sendiri..bukan nk jual barg sgt punnn..mcm nak jual apa rasanyaa??!! cer sambung ayat tergantungg tuu….

    0

    0
  48. Anonymous says:

    hmmm rambut palsu laa sgt…cer tgk betui2..palsu ker..nk jual barang sampai nk kena ubah penampilan jadi pelik..nk jula kat org luaq negeri kaa..nk jual pasaran tempatan? sedaq pun diri dia tu manusia tak sempurna…kalau dah tau mcm tuu..cuba laa berubah jadi lebih elok…tanya dulu pendapat org len sebelum nk buat apapun..keputusan alhir kita yg buat..tak payah nk ikut sgt….hmmm kalau yg peminat hat mana support tuu baguih laa..tapi tolong support bagi berubah..ke lebih elok..ni support benda mcm kearah tak elok…apa dapat..

    0

    0
  49. hati kering says:

    sendiri jg dri masing2

    0

    0
    • Anonymous says:

      untuk kak ema.. sabar dengan dugaan. Saya dari kecil minat tgok muke cute kak ema.
      Semoga kita semua di beri petunjuk dari Nya. Jangan mengutuk sesama manusia. Yang muda pun
      sibuk mengutuk kalau yang tua nak cantik kenapa.. ingat ye adik2.. anda semua akan lalui umur
      begini.. kalau panjg umur.. so.. beringat lah kalau nak mengutuk. Wassalam

      0

      0
  50. khadeeja says:

    Hidayah milik Allah. Semoga Allah beri hidayah Nya pada kita semua. Ameen

    0

    0
  51. Kaset Rok says:

    Nampak mengerikan.

    0

    0
  52. Deraman says:

    first time aku tgk komen baik tapi dislike!!!!!

    0

    0