Written by Bella | June 30th, 2016

Sekitar bulan April lepas, pelakon Raja Ema dengan gembiranya mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu-Cina-Iggeris selepas Aidilfitri ini dan bakal berhijrah ke London.

Walaubagaimanapun, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir menentukan segalanya. Terbaru, Raja Ema memberitahu beliau telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin selepas berfikir panjang mengenai masa depan beliau dan anak-anak.

Buat masa ini, Raja Ema akui beliau dan ahli perniagaan berkenaan lebih sesuai untuk berkawan sahaja.

Belum ada jodoh lagi untuk berkahwin semula seperti yang dirancang. Setelah fikir masak-masak saya ambil keputusan untuk kami berkawan sahaja dulu. Banyak perkara yang terpaksa saya ambil kira seperti saya terpaksa berhenti daripada kerjaya seni yang mana saya baru sahaja mulakan.

Saya juga tidak boleh ikut perasaan sahaja, saya perlu fikir anak-anak sama ada mereka terima atau tidak jika saya berkahwin semula.

Pendek kata, banyak faktor membuatkan saya menolak lamaran untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, jika dia tidak dapat terima saya lagi pun tidak mengapa saya reda sahaja.

Raja Ema hanya mahukan seorang lelaki yang mampu menerima serta memahami dirinya.

Pada usia ini saya tidak fikir berkahwin sekadar untuk berseronok sahaja, sebaliknya mencari teman hidup yang memahami.

Saya mahu seorang lelaki yang berkualiti dan boleh menjadi pasangan hidup di saat susah dan senang.

Kalau hendak berkahwin, kita harus cari pasangan yang betul-betul boleh menerima baik buruk kita. InshaAllah, kalau ada jodoh Raja Ema dan ahli perniagaan berkenaan,pasti satu hari nanti akan berkahwin juga bukan?

Sumber Berita : mStar Online

23 responses to Raja Ema Batalkan Perkahwinan Dengan Ahli Perniagaan Berdarah Kacukan

  1. clever girl pulau besar says:

    aaaangan aangan….
    ooo sayang engkaulah jejaka idamannnnnn

    0

    0
    • Zasss says:

      Lain kali kalau belum ‘fikir masak masak’ jangan la nak buat announcement semelaya nak kawin nak pindah London bagai!

      0

      0
  2. Anonymous says:

    nak seribu daya tak nak seribu dalih.selalunya kalau dah cinta segala apa pun diturutkan…entah2 dah putus kot? bagilah alasan mcm2 pulak yer kan..anak2 pun dah besar panjang..nilah masanya cari kebahgiaan utk diri sendiri..takpelah kak emma..dok aje kat malaysia ni sudahlah…umur pun dah masuk asar..tak lama lagi magrib..buatlah apa yg patut yer tak..

    0

    0
  3. bodopiang says:

    dah tua .. tapi xsedar diri

    0

    0
    • lara lara says:

      bodoh nya comment! Tak ingat ke Qada & Qadar Allah. Org tua tak berhak nak rumahtangga lagi? Isteri nabi kita contoh terbaik…!

      0

      0
  4. kindo says:

    hati-hati dengan awang hitam sekarang..di alam maya berleluasa..

    0

    0
  5. huh says:

    insha Allah jika masih ada jodoh tidak akan ke mana pun..walau siapa pun org itu.
    pada sya,..selepas ini kak ema…x payahlah kluarkn apa2 statement pasal nk kahwin ni. kalau dah betul2 bersedia dan telah tiba hari itu..barulah diwar-warkan.

    mungkin ada hikmah yg tersembunyi..semua itu rahsia Allah. tidak berdosa@salah utk kita mencuba. nasihatnya..sebelum jadi..jgn dihebahkan.
    siapa yg tdak excited, bukan. mngkin inilah masanya utk kita terus mendekatkan diri kepada Yang Esa…kak ema pun sudah 2 kali mendirikan rumahtangga. yelah siapa yg tdak rasa sunyi, tanpa teman.
    apa2 pun fikirlah yg terbaik…

    0

    0
  6. kak dol says:

    boleh plak si nara ni ckp leklok klu retis lain…
    klu smlm tulisan die boleh kne saman tu..

    0

    0
  7. melati says:

    mokcik ni dr saya kecik sampai dh dewasa pun masih perasa CUN….!!! propa Ahli perniagaan tu mesti Mat Jenin kan….hihihi..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    dh senja la weiiii…pakai le tudung..ko berlakon kol 7 tu aku nengok leher dh berkedut….dh tu mcm x sesuaiiiiii je ko berlakon watak datin..

    0

    0
  9. missv says:

    sedih tgk dia ni…dr bertudung trus tak bertudung…pki lak ala2 muda remaja lagi…sedar diri la makcik ema oi…ntah2 ahli perniagaan tu yg x jd kot nak kawin…tpksa la cover ckp u yg tarik diri…hahaha…

    0

    0
  10. huh says:

    bertudung@menutup aurat itu wajib..
    masing2 akan berkata belum dtgnya hidayah..sedangkan ianya sudah diwajibkan ke atas setiap umat islam,..begitu juga solat & puasa dan zakat fitrah.
    kita yg tdak pernah sempurna ini sentiasa mnghentam pada yg ditonjolkan..oh iya sebbnya mereka itu artis,..jadi idola, jadi pemerhati.
    kita tengok adakah diri kita sndri, adik beradik keluarga & sanak saudara sndri 100% bertutup aurat sepenuhnya…?
    memberi nasihat jangan sampai memcaci atau mengherdik sesama kita. kita nampak artis bila tidak bertudung mulalah mcm2 anda kata, kutuk.
    tengok pemimpin negara, tengok sultan2 except agong & sultan terengganu.
    anda pernah tengok sesetengah dripd keluarga mereka..sampai ke tua pun tidak pernah tudung apatah lagi mengenakn selendang dikepala.
    kenapa anda diam..anda tidak kutuk mereka.
    patutlah kita ni sampai bila pun tidak akn maju.
    diorang sanggup mak ayah dan suami tanggung dosa anak2 atau isteri,..terpulanglah..yang kita ni dok bising2 apahal. bukannya dia baca atau ikut pun nasihat kita.

    0

    0
  11. entah says:

    dah kecut kut

    0

    0
  12. Beras Moghul says:

    Lenkali kalo lom tau jadik, tak yah nk pung pang pung pang lebih sgt. Umor pun bukan muda lg ;)

    0

    0
  13. anon says:

    Hari tu beria2 sngt hepi semcm je masa bagi tau nak kawen & duk london, uk. Ni tak jadi kawen pulak. Tulah kalau belum betol2 confirm jgn bagi tau org. Hmm….actually dengar nak duk london tu mcm suka sngt. Kalau aku lah, serius, mmg tak nak duk kat sana. Pergi melawat ye, tapi nak duduk tu mmg tak sukalah, esp cuaca dia wet & cold. Asek hujan je, tak kira musim ape pun. Duk M’sia rase mcm grand je UK tu, sampai artis2 duk kecoh bila pegi sana. But UK is not my cup of tea..

    0

    0
  14. anon says:

    Dia ni dulu terlebih gemuk, mesti banyak stretched marks kat badan. Bila kita mengandung sikit pun dah ada, ni kan pulak gemok. Anyway baguslah semangat dia kuat nak kurus. Bukan senang nak kurus ni.

    0

    0
  15. Melissa says:

    Facebook Scam? Atau lelaki tu ada affair. Atau lelaki tu indah kabar dari rupa.

    0

    0
  16. dina says:

    perlu ke nak letak tajuk utama ahli perniagaan berdarah kacukan?
    ni mesti kes kena tinggalkan.
    apasal muka ema semacam jer….botox ke?
    dah tua tu ubah lah gaya pakaian tu please….tutup aurat kan lagi manis.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    ahahahahahahaha

    0

    0
  18. Intan says:

    Bunyi mcm victim romance scam je ni.. harap2 x de duit kak ema yg kena songlap.

    Awang hitam ni ada sindiket and they are professionals. Got a friend became a victim. ‘The guy’ just too perfect to be true.. so please apply this principle ladies ” if its too good to be true, then it’s not true”.

    Tahu kak ema lonely tp jgnlah desperate and sell cheap cheap. Berhati2 ladies

    0

    0
  19. saw says:

    Mukaaaaaaaa ketara botox!!!!!

    0

    0