Written by AbangNara | August 6th, 2010

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, 38, menjelaskan kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam Selasa lalu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bukannya mahu bercerai seperti yang dihebohkan.

Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin berkata, spekulasi mengatakan dia memfailkan penceraian untuk berpisah dengan suaminya Adzmin Tan Sri Osman, 37, adalah berita yang tidak benar sama sekali.

“Saya mengaku pergi ke Mahkamah Syariah tetapi hanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai rumah tangga kami,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat, bagi menjelaskan spekulasi kononnya dia memfailkan penceraian Selasa lalu.

Kata Raja Azura, selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga, dia tidak menafikan ada sedikit salah faham yang berlaku tetapi perkara itu merupakan lumrah kepada sesiapa sahaja yang bergelar suami isteri.

Tambahnya, jalan terbaik untuk menangani masalah rumah tangga adalah dengan menemui mereka yang arif dalam bidang agama bagi mendapatkan nasihat.

“Selepas sesi kaunseling kali pertama itu, kami akan mendapatkan nasihat untuk kali keduanya. Selepas itu kita tengoklah hasil yang akan diperoleh berdasarkan kaunseling tersebut,” katanya yang menjelaskan khidmat kaunseling itu diadakan secara tertutup.

Tambah Raja Azura lagi, sejak beberapa hari lalu dia tidak memberi sebarang ulasan bukan untuk melarikan diri sebaliknya mahu berbincang apakah jawapan terbaik untuk diberikan kepada pihak media supaya kenyataannya nanti tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya dan mereka menjalankan peranan sebagai suami isteri seperti biasa.

“Sebelum saya adakan sidang media ini pun suami baru sahaja hubungi saya. Dia kata “good luck”. Semalam pun (Khamis) saya memasak untuknya macam biasa,” katanya.

Pengacara itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4.

Artikel cilok tanpa belas kasihan daripada Mstar. Tak sempat nak tulis.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 responses to Raja Azura Ke Mahkamah Untuk Dapatkan Kaunseling

  1. natts says:

    baguslah cam tu, cuba selamatkan selagi terdaya..selagi jodoh panjang..tak kemana tu

  2. cikaro says:

    mcm ni la cara yg bagus..dptkn khidmat kaunseling sblum wat ape2 keputusan…dgr dulu pndpt org yg arif hal agama..kdg2 masalah tu kecik je…public cpt sgt wat spekulasi..harap kak engku dan suami kekal bahagia smpai bila2…

  3. luvlavender says:

    susah jd selebriti ni..sume nk ne explain.sbbb 2 la artis ne tnjuk cntoh yg baik.gud lucks kak engku

  4. imah says:

    mmg betul tuu…cubelah selamatkn rumahtagga kak engku selagi termampu..dan byakkn berdoa

  5. mawar says:

    artis cam kita yg bukan artis…biasalah alam rumah tangga ada pasang surut….so please kepada reporter2 cari makan dan yg tak cari makan jgn mensesansikan cerita K.E ini lagi….beri mereka ruang dan peluang …..

  6. tolonglah jgn bercerai..tolonglah…

  7. SWEET says:

    KESIANKAN ANAK2
    TU YG LEBIH UTAMA

  8. anum says:

    syg KE, smoga berkekaln hendaknya

  9. love says:

    smoga kak engku dan suami sntiasa tabah mghadapi dugaan dan dapt mnjlani kehidupan brumah tgga dgan aman damai,kami peminat KE sntiasa mndoakan yg terbaik.Aminnnn..

  10. botak says:

    saya kerja di mahkamah syariah, sebelum pasangan tu nak failkan perceraian, ADALAH WAJIB pasangan itu jalani kaunseling. So takde istilah gaduh gaduh biasa kalau pasangan tu bercadang untuk mendapatkan khidmat kaunseling daripada pejabat agama……

    • maknenye mmg betul2 nk cerai la ni sbb g kaunseling dulu?

      makin bertambah statistik artis yg bercerai dan berberai2

      • Fact-oriented Person says:

        Kaunseling di Pejabat Agama ini, wajib atau tidak bergantung kpd negeri2. Ada negeri yg tidak mewajibkan kaunseling, maknanya kes permohonan cerai boleh dibuat terus ke mahkamah tanpa pergi ke kaunseling. Kaunseling adalah di bawah bidang kuasa kauselor di Pej. Agama, bukan mahkamah.

        Kalau straight ke mahkamah tu maknanya, pihak2 memang bertujuan nak bercerai..bukan kaunseling. Itulah hakikatnya.

      • SWEET says:

        BIASANYA GI KAUNSELING MEMANG LER PIHAK MAHKAMAH AKAN BAGI NASIHAT TETAPI KALAU HATI DAH BERAT NAK BERCERAI MASING2 EGO JUGA. MASING2 NAK TUNJUK MEREKA BETUL. DAH X DENGAR APA2 PUN KATA NASIHAT KAUNSELING.

  11. minah says:

    selalunya kalau kes rumahtangga sudah dibawa ke makamah memang berakhir dengan perceraian.Tak perlu nak kaunseling lagi.Kaunselor yang terbaik adalah keluarga masing masing …

  12. suparjo says:

    tu la dalam sinar selalu mendatangkan perasangka isteri2 kepada suami. pastu tak salah kalau kalau tidak menyukai poligami tapi kalau menentang sekerasnya itu dinamakan menentang hukum Allah. jadi lu pikir la sendiri wahai K E.

  13. jemapoh says:

    laki kak engku ni mmg nakal thp cipan neh time skola..igt gak time tu osman arof stil jd MB kedah..anak dia kna panggey tindakan disiplin time skola….cikgo tu kna penampo ngn osman arof..hoho..hebat xhebat la..hehe

  14. aku sedih dgn perkembangan mutakhir ni

    ramai artis bercerai berai

    mmg xblh dijadikan ikon langsung

    takut kite ni terpengaruh

  15. mawar merah says:

    sebaik2nya bagilah moral support kat KE. Pengacara yang saya amat kagumi……the best among all, yang lain jangan marah ye….kalau dengar suara…KE have a smiling voice…by the way good luck and all the best always KE…we all love you and your family. Take care

  16. Fact-oriented Person says:

    Maaf, tapi ingin sy bersuara dlm hal ni. Bg sy, Raja Azura tidak memberitahu perkara sebenar dlm hal ni. Hakikatnya beliau ke Mahkamah Rendah Syariah adalah kerana permohonan perceraian di bawah s.47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor Darul Ehsan) 2003 yg Raja Azura sendiri failkan (Plaintif, bersama peguam), dan tiada persetujuan dari Adzmin (Defendan). Tiada kaunseling di mahkamah Syariah melainkan Majlis Sulh, yakni rundingan bersama yg bukan melibatkan kes2 perceraian. Kaunseling hanyalah di Pejabat Agama, bukan Mahkamah Syariah.

    Hakim Syarie dlm kes ni menangguhkan kes atas sbb tiada persetujuan dari Defendan (suami) dan pihak2 bertikai adalah disarankan utk berbincang mengenai jalan terbaik bg kes diorang sama ada utk bercerai secara baik, atau tarik balik kes utk kembali hidup bersama, atau utk tutup kes dan failkan permohonan perceraian secara lain (fasakh, khulu’ etc). Alasan permohonan, Wallaahu’alam.

    Maaf tapi ini perkara sebenar yg tidak didedahkan. Dari mana sy dpt tidak perlu ditanya, setakat ini sahaja. Harapnya Raja Azura dpt bercakap jujur dlm isu ini…

    • awekMAS says:

      org mahkamah jugak lah u ni..cayalah.!!thanks for this info..cayang kak engku!!!

      • Aiya says:

        Bagilah dia ruang utk perbetulkan keadaan, rumahtangga hal privadi wlpun dia artis, xnak media mensasikan hal rumahtangga dia. Elok2 dia bley selamatkan rumahtangga dia nti sbb media tambah porak peranda. Mcm dia ckp nak jaga hati pihak lain… Paham paham jelah. Letak diri awk dlm situasi dia, buat apa nak buka pekong…? Nape nak sampai bz body pegi check fail dia? Walau dari mana sumber awk dpat skalipun, x perlu disclose P&C mcm nie… Tau sendiri sudah… Respect other people’s privacy…

        • Fact-oriented Person says:

          Alya: First off, to begin with, let me say forgive me in case if you believe this disclosure of truth to the detriment of Raja Azura’s case with her husband is Syariah Lower Court. Secondly, sy sendiri berharap agar perkahwinan mereka berkekalan & dpt diselamatkan demi keluarga & anak2. Tidak pernah sy berharap atau berdo’a agar berlaku perceraian antara mereka.

          Biar sy jelaskan tujuan sy mendedahkan perkara sebenar.. Pd sy, seharusnya RA bersikap jujur & bercakap benar kerana itu adalah lebih baik dlm hal ini, atau jika tak ingin berterus-terang, tak perlu membuat press conference bg menjawab isu rumahtangga beliau. Rasanya elok ambil langkah berdiam diri (no komen) dari berbohong. Memang isu ni peribadi (P&C), tapi pendedahan isu kaunseling dlm press conference dah sedikit sebanyak membuka pekung berkenaan masalah rumahtangga yg diorang hadapi.. Ya benar menjaga hati pihak lain, tapi does that justify her deceptive statement?

          Sy takdelah sampai pegi check fail dia & I don’t need to do that. Sy bukan kejer kat situ ponn..so takkan ada access utk bukak fail2 kes di mahkamah rendah Syariah Shah Alam tu. I respect her privacy, but is divorce amongst Malaysian artists so uncommon that allows her to tell lies in public???

          Sorry again if you got me wrong here.. It has never been my intention to humiliate her nor to disclose her privacy, but my sole intention was just to tell the real FACT about it..

        • Fact-oriented Person says:

          Setakat tu je lah rasanya..sy takkan buka mulut lg (or tulis komen) isu ni lg. Cukuplah setakat tu & kalau ada yg terasa marah dgn pendedahan sy kat atas, my apology.

          Kalau sy boley delete komen kat atas tu, nescaya sy dah delete..sbb pasti akan ada yg salah paham or worse still, sengaja taknak paham..

        • cik karma says:

          kalau nak privasi tak payah jadi artis lah..poyo betul. aku setuju ngan tindakan fact oriented menjelaskan perkara sebenar..

        • Meena says:

          Cik Karma, artis pun artis jugak. Jgn la kita nak debatkan hal rumah tngga org wlpun dia artis pun. Apa rasanya org sibuk2 jaga rumahtangga kita? Pd aku rmhtgga dia lantak pi la dia slsaikan sndiri. Dah nama artis, pelakon jgn pcaya la dia bgi statemnt tu nk bersihkn nama dia… Kita nie jga hal rmhtgga sndiri dah la jgn nk sibukkn org lain… Ish ish inilah majoriti Melayu suka jaga tepi kain org…

        • botak says:

          Mr fact, thank you for the info…….tak perlulah u rasa bersalah sebab kalau betullah diaorg jadi bercerai semua hal luar dalam kain akan keluar juga di media….

    • no komen says:

      i sokong ape u ckp, fact-oriented…. wa caya sama lulah….. :)

      • Ryta says:

        Relaksla Fact-oriented Person…come on…kalau rasa nak tulis info lagi…dipersilakan….alah merajuk la pulak dek komen orang tu!
        Actually, pengkomen pun dah tahu serba sedikit yg KE ngan suami ada salah faham dan maybe kalau takleh diselamatkan lagi, of coz la bercerai jawabnya! And ur info was clear…at least masyarakat tak tertanya2 dgn kes diorang ni. Tapi seelok2nya, marilah kita sama2 berdoa agar rumahtangga KE dan suami ada SINAR di hujung jalan…….
        :-)

  17. manggis says:

    aku setuju dgn Aiya..Respect other people’s privacy..
    telajak perahu boleh Undur..terlajak kata buruk padahnya..

  18. apapun mslh bagus le dibawa berbincang dan respek diaorg sbb rujuk kpd yg pakar i mean kaunselor. sbb klu dok tnye pendapat kekwn atau family, ade unsur2 biased. kaunselor ni lain, diorg dah terlatih, kena plak yg major in Islamic study. Insyaallah dgn izin Allah, semoga berkekalan hendaknya perkahwinan mereka, dan sekiranya berlaku sebaliknya itu redhalah. dan sbg org luar kita tak ble nk speculate apa2, bab2 umah tangga ni the very lah komplikated dan unpredictable… kpd yg dah berfamily tentu memahaminya…

  19. mee udang says:

    lawokla meena ni.ko pn same je jage tepi kain org.kalau tak xdela ko bace bn.ko pn xkan bace komen2 kat cni..ape daaa.

    • mee udang says:

      so..ko pn trgolong dlm majoriti melayu yg ko ckp tuh..wat de spesis la

      • Meena says:

        Aku baca bn bukan jadi tukang karut mcm kau tu. Baca bn tgok mcm2 prngai Melayu yg suka ngutuk dan suka ngumpat hal org. Biar dia dgn masalah dia, kau suka org sibuk hal rumahtgga kau ke? Kadang2 terhibur bnyak ragam org Melayu tmsuk org mcm kau…

        • mee udang says:

          tukang karut mcm aku?aku wat ape? hek eleh..ko tu tak paham bm kut.. kalo da msuk cni sah2 ko tu jage tepi kain org..”Kadang2 terhibur bnyak ragam org Melayu tmsuk org mcm kau”.ahaha..ko mmg lawak..yrla2,ko mmg baik lg suci..aku masuk cni xpnh nk hentam artis & aku pn x bg nasihat mcm aku baik sgt..ko? tp i dont care..whatever!

        • Meena says:

          Huh… Kalau kau x buat salah nape sentap bila aku sebut perangai si tukang karut…? X perlu reply kalo x rasa ape… Tak paham aku…

  20. el. says:

    aha.. cakap x serupa bikin..Hakikatnya semua pun myibuk tapi poyo bagi nasihat jgn myibuk

  21. tolonglaaaa jgn cerai….xelok…pose dah dkat ni…

  22. sukasuki says:

    biasanya pjbt agama yg bg kaunseling. . .
    bkn mahkamah syariah. . .
    tp ni utk negeri perak la. . .
    klu xde jln pnyelesaian bru pjbt agama kuarkan surat tuk failkan pnceraian kt mhkmh. . .
    tp hrp2nya xberceraila. .
    walaupn aku rse cmtu. . .

  23. toto toilets says:

    A civil question deserves a civil answer.

  24. Wow, this was a really quality post. In theory I’d like to write like this too – taking time and real effort to make a good article… but what can I say… I procrastinate a lot and never seem to get something done.

  25. porno izle says:

    Hello everyone. I was just surfing the Internet for fun and came upon your website. Terrific post. Thanks a lot for sharing your experience! It is good to know that some people still put in an effort into managing their websites. I’ll be sure to check back from time to time.

  26. it was a valuable post.

  27. Very good article. I simply stumbled upon your own web page and wished to say that I’ve definitely enjoyed looking your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

  28. I don’t unremarkably comment but I gotta say appreciate it for the post on this amazing one : D.

  29. Rattling wonderful information can be found on blog .

  30. Thank you for another informative blog page. Exactly where else could I find that type of information written in such a wonderful way? I’ve a work that I am just now working on, and I have been on the look out for this type of info.

  31. One of the best articles we have ever read on the internet! I recommend it for sure all your friends, so you may want to look you think that the Internet should be more people writing such a wonderful message. If you can recommend me more such articles on these topics, please have some information.

  32. radyo kore says:

    A powerful share, I just given this onto a colleague who was doing a little analysis on this. And he in actual fact purchased me breakfast because I discovered it for him.. smile. So let me reword that: Thnx for the deal with! But yeah Thnkx for spending the time to debate this, I really feel strongly about it and love studying extra on this topic. If possible, as you become expertise, would you thoughts updating your blog with extra particulars? It is extremely helpful for me. Large thumb up for this blog submit!

  33. Samochód says:

    You can certainly see your skills in the work you write. The globe hopes for even more passionate writers like you who are not scared to say how they believe. Always go after your heart.