Raja Azmi Tak Nafi Bertudung Kerana Mahu Berniaga

Hiburan

Raja Azmi Tak Nafi Bertudung Kerana Mahu Berniaga

Abang Nara memang agak pelik apabila Raja Azmi mengumumkan dirinya sudah bertudung baru-baru ini. Bukan apa, tak sampai sehari dua bertudung, tup-tup pengarah ini dah ada rekaan tudungnya sendiri. Cepat sangat kan? Sampai ada yang berkata Raja Azmi tidak ikhlas bertudung untuk menutup aurat tetapi hanya mahu berniaga sahaja. Hmmm.
raja azmi bertudung
Namun tidak dinafikan Raja Azmi tampak lebih ayu, menawan dan berseri sejak memakai tudung ini. Mungkin kerana itu Raja Azmi kini memiliki jenama tudungnya sendiri yang diberi nama ‘Raja Azmi for Variante Hijab’. Menariknya, Raja Azmi tidak menafikan penghijrahannya itu adalah kerana mahu berniaga. Katanya menerusi Mstar Online.

Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu. Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring

Advertisement

raja azmi bertudung

Semoga niat Raja Azmi kerana mahu mengikut syariat Islam datang lebih awal daripada niat mahu berniaga. Apa pun yang penting, Raja Azmi dah pakai tudung dan dah tutup aurat. Niat sebenarnya, biar Allah sahaja yang tentukan. Semoga perniagaan tudung Raja Azmi akan maju dan akan mengalakkan lebih ramai wanita seusia dengannya untuk memakai tudung. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Remaja dipuja kerana mempunyai ekor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...