Written by AbangNara | June 19th, 2014

Abang Nara memang agak pelik apabila Raja Azmi mengumumkan dirinya sudah bertudung baru-baru ini. Bukan apa, tak sampai sehari dua bertudung, tup-tup pengarah ini dah ada rekaan tudungnya sendiri. Cepat sangat kan? Sampai ada yang berkata Raja Azmi tidak ikhlas bertudung untuk menutup aurat tetapi hanya mahu berniaga sahaja. Hmmm.
raja azmi bertudung
Namun tidak dinafikan Raja Azmi tampak lebih ayu, menawan dan berseri sejak memakai tudung ini. Mungkin kerana itu Raja Azmi kini memiliki jenama tudungnya sendiri yang diberi nama ‘Raja Azmi for Variante Hijab’. Menariknya, Raja Azmi tidak menafikan penghijrahannya itu adalah kerana mahu berniaga. Katanya menerusi Mstar Online.

Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu. Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring

raja azmi bertudung

Semoga niat Raja Azmi kerana mahu mengikut syariat Islam datang lebih awal daripada niat mahu berniaga. Apa pun yang penting, Raja Azmi dah pakai tudung dan dah tutup aurat. Niat sebenarnya, biar Allah sahaja yang tentukan. Semoga perniagaan tudung Raja Azmi akan maju dan akan mengalakkan lebih ramai wanita seusia dengannya untuk memakai tudung. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Remaja dipuja kerana mempunyai ekor

Baca Yang Ini Pulak:-

18 responses to Raja Azmi Tak Nafi Bertudung Kerana Mahu Berniaga

  1. whatever says:

    Zzzzzz

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 2
    • puru says:

      Hmm, ada masalah ke pkai tudung & business? Org yg x pakai tudung pon buat business jual tudung.. byk je contoh, mcm tudung Cik ta.. tudung dato k.. rilek je dorang..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 2
  2. Chantal Gonzales says:

    Apa-apa pon harap kekalkan imej bertudung, jangan sekadar bertudung untuk berniaga. Kami peminat doakan yang terbaik untuk anda peace yoo.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 1
  3. Anonymous says:

    krik..krik..krik..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
  4. jaa says:

    Atleast dia nak bertudung.Artis kertu yang lain?

    Teettttttt……………..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 1
  5. sentap says:

    hahahahhaha… bang nara, pestaim rase komen abg nara mulia.. sengih bace tulisan abg nara. salu sarcasm aje

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
  6. kiki says:

    Cantikla tudung dia.. labuh… :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 0
  7. nok gebuzzz says:

    x p la untie mi….janji bertudung…..menambahkan pahala…artis kertu yg lain bila lagi…??

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
  8. paulsotongajaib says:

    menutup aurat tu wajib..tak kiralah ikhlas ke tak…tak kisahlah dia nak meniaga tudung ke apa..

    janji dia dah bertudung lebih elok..nanti lama-lama ikhlas lah dia..kita ni ikhlas ke kerana Allah..

    aku rasa elok lagi raja azmi ni bertubung tutup dada..walaupun dia kata nak berniaga ..dari bini nara..bertudung..dua bijik sup bunjut terjojol je…

    biasalah..manusia mmg nampk cela kat org lain..bini sendiri pejam je mata..

    nextime nara kelabukanlah bini ko tu..kang tak pasal2 jadi bahan.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 33 Thumb down 2
  9. Joyah Bandar says:

    Takpa la. Ikhlas ka tak ikhlas ka. Benda wajib tak perlu ikhlas ka dak. Dan, tak perlu tunggu seru. yang wajib tetap wajib. Ihlas bertudung dapat pahala, tak ikhlas bertudung pun dapat pahala sebab tukaikan tanggungjawab, tapi kalau tunggu seru, dosa berjalan.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  10. ------ says:

    SEKURANG2NYA DIA BERTUDUNG…ITU SAJA YG PENTING KERANA ITU SURUHAN..TAK PERLU NAK FIKIR DIA IKHLAS ATAU TIDAK, SEBAB KITA BUKAN ALLAH YG BOLEH TAHU SEMUA TU…

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  11. shahz says:

    xpe la.. janji dia dah bertudung. Mungkin betul ape yg dia kata tu.. niat bertudung dan nak buat bisnes tudung datang seiring. Seriously aku nampak dia lbh manis dan cantik selepas bertudung..

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  12. minah jambu merah biru pasti gerek says:

    Bagos ! niat nk bertudong ngan bisnes jalan serentak shabas semoga raja azmi dlm bidang perniagaan berjalan ngan lancer n semoga di murahkn rezeki n bisnes semakin maju aminnnn…lov uuuuuuuu..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  13. anon says:

    Yg duk sebok mencari kesalahan org tu kenapa? Masa dia tak bertudung duk lempar kata2 nista kat dia tapi bila bertudung pun susah jugak. Mmg susah nak puaskan hati semua org. Dah bersyukur dia terbuka pintu hati nak tutup aurat. Sepatutnya puji dia & bkn nya mengutuk. Anyway dia ni lbh cantek bertudung, nampak muda…

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  14. Nara says:

    LETS PRAY FOR SYRIA

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  15. Anonymous says:

    Daripada dia merapu yang bukan2 , at least bila bertudung dapat l;a control sikit percakapan dan perangai dia . Apatah lagi bila dah jadi nenek ni. Walaupun niat sebenar dia tidak berapa ikhlas, tapi lama kelamaan insyallah akan berubah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
  16. dian says:

    Cantik je dia pakai tudung. Yang penting pakai. Lagipun tudung dia labuh betul cantik tutup dada. bagus la walau niat bisnes & nak bertusung tu dtg seiring at least dia meniaga tudung yg betul2 menutup segala apa yang patut ditutup dengan rapi. bukan sekadar tudung trend saje.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  17. Anonymous says:

    Alhamdulillah Kak Mi…cantik Kak Mi bertudung…buat Cek Ta…bila lagi nak berhijrah..nampaknya bukan makin tutup aurat tapi makin membuka sana sini ada la….

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0

Leave a Comment

Optional


1 + 7 =