Raja Azmi: Roslin Tiada Bersama Saya

Hiburan

Raja Azmi: Roslin Tiada Bersama Saya

raja azmi roslin hashim

Wah, menarik sungguh kami membaca pengakuan esklusif Raja Azmi bersama BiPop semalam. Nampak logik dan boleh diterima akal penerangannya. Siap boleh cabar pihak yang menuduhnya ada bersama Roslin di dalam hotel untuk melihat rakaman CCTV hotel tersebut.

Advertisement

Kami ringkaskan untuk anda penerangan daripada Raja Azmi:-

1.  Raja Azmi telah pergi ke Hotel Corus bersama-sama dengan Roslin Hashim untuk bertemu seorang kawan.

2.  Roslin menurunkan Raja Azmi di lobi hotel. Raja Azmi terus check in sementara Roslin Hashim pergi cari parking.

3. Sesampai di dalam bilik, Raja Azmi menelefon Jailani. Jailani bagitau yang dia akan lambat sikit sebab jalan tengah jam.

4. Selepas keluar dari tandas (mungkin untuk mandi), Raja Azmi tengok ada banyak missed call dari Jailani. Raja Azmi terus telefon Jailani balik. Jailani tanya mana Roslin Hashim.

5. Raja Azmi cakap Roslin mungkin berada di sekitar hotel. Jailani telefon Roslin dan kemudian menelefon Raja Azmi untuk bagitau yang Nurhayati (isteri Roslin) ada di hotel tersebut.

6. Raja Azmi mengintai melalui lubang intai bilik hotel dan nampak Nurhayati dan keluarga ada berlegar-legar di kawasan lif.

7. Tak lama kemudian Jailani ketuk pintu hotel. Raja Azmi bukak pintu dan ibu Nurhayati menyerbu masuk dan terus melakukan “inspection” keadaan bilik tersebut.

8. Keadaan bilik normal. Nurhayati terus berkata “What are you doing here with my husband? All this while you think I don’t know you’ve been having an affair with my husband?”, kepada Raja Azmi.

9. Nurhayati terus berkata “Tak sangka You are such a bitch” kepada Raja Azmi.

10. Raja Azmi menjelaskan sebab dia berada di hotel tersebut. Raja Azmi terangkan yang Roslin tidak ada bersamanya so ini bukan khalwat (selepas dituduh khalwat oleh ahli keluarga Nurhayati).

11.  Nurhayati bengang sebab tak dapat buktikan yang Roslin ada bersama Raja Azmi ketika itu. Luahan perasaan berlaku dengan kata-kata ini daripada Nurhayati, “Kak Raja tahu tak, Roslin tak menjalankan tanggungjawap sebagai suami. Ia umpama pasangan baru kahwin yang tak normal. Roslin tak balik rumah beberapa hari.

12. Roslin mendakwa yang dia merasakan Nurhayati mengunakan ubat guna-guna kepad Roslin supaya Roslin sentiasa dengar cakapya.

13. Roslin mendakwa sejak dia tahu isterinya jumpa bomoh, setiap hari pun Nurhayati nak memasak untuknya.

Dipendekkan cerita, Roslin telah melafazkan cerai semasa perbalahan ini. Kata Raja Azmi, Roslin taknak menceraikan Nurhayati tetapi masa itu tengah emosi sangat-sangat. Nurhayati jugak meminta maaf kepada Raja Azmi kerana cemburu tak tentu pasal selama ini tentang hubungan Raja Azmi dengan Roslin.

wahhh ~~ Penatnya menaip. Panjang sungguh cerita diorang nie. Ada sedikit pelik dari penerangan Raja Azmi tapi harap dengan penerangan ini dapat memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak. Kita tunggu jerlah keputusan mahkamah nanti.

3.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...