Written by Bella | June 9th, 2016

Tidak kami nafikan,sejak Raja Azmi berkahwin semula dengan Eddie mereka berdua ini tampak cukup romantis dan penuh dengan kasih sayang.

Malah, Raja Azmi juga sering memuat naik foto mesra mereka berdua di akaun Instagram miliknya.

Namun, Raja Azmi tidak pernah ingin mencari perhatian tetapi memuat naik foto berkenaan untuk menggalakkan lagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga untuk tidak merasa malu menampilkan kemesraan dan cinta mereka.

Kebelakangan ini memang saya sering memuat naik gambar mesra dengan suami, bukan untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang sedang saya lalui tapi untuk memberi inspirasi kepada orang lain juga.

Di televisyen hanya paparkan tentang pasangan muda sahaja yang bahagia, pasangan warga emas pun boleh jadi orang yang romantik juga.

Tambah Raja Azmi, foto-foto yang beliau muat naik juga turut menjadi inspirasi pasangan diluar sana sehinggakan ada beberapa individu yang baru beliau kenal meminta rahsia untuk kekal bahagian walaupun usia mereka sudah lanjut.

Alhamdulillah, ramai yang komen suka melihat gambar-gambar mesra kami di Instagram dan membuatka mereka juga bersemangat untuk kembali menghangatkan semula cinta dengan pasangan mereka.

Semalam juga selepas selesai solat Terawih saya dihampiri seorang wanita umur akhir 40-an yang bertanya tentang perkara itu. Dia mengikuti Instagram saya dan berterima kasih kerana memberi idea tersebut kepadanya.

Buat Raja Azmi, pasangan yang sudah berumur janganlah merasa malu untuk meluahkan rasa cinta mereka dan menikmati kebahagiaan bersama.

Sumber Berita : mStar Online

7 responses to Raja Azmi Muat Naik Foto Mesra Dengan Suami Untuk Beri Inspirasi

  1. Anonymous says:

    NI Mak si Melati ni… waah Melati glamour mak you….

    0

    0
    • melati says:

      Anonymous june 9, 2016 at 11:30 am…Mak ko mesti Khinzir kan ? sebab tu tu ko malu nak letak nama..kan?…hmmmmmm

      0

      0
  2. Sh says:

    Hmmmm..

    0

    0
  3. missv says:

    makcik…tudung tu buat lilit je ke…leher pun nmpk…bahagia x perlu di tayang…sok2 cerai lagi kecoh makcik sorg ni…mgalahkan org baru kawin bajet suweet…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Erm boleh kalai warga emas nak upload. Tapi takyah la nak cakap buat inspirasi. Awak dulu pun pernah lalu episod hitam dalam perkahwinan. Kalau memang dah berkahwin for 30,40 tahun tu baru boleh jadi inspirasi. Bukan apa,takut ni boleh membawa kepada riak.

    0

    0
  5. huh says:

    Astaqfirullah..Melati..what happen to you..?

    yang korang ni pun satu jgnlah nk main2 or sebut nama melati tu..
    Ya Allah…melati, please wake up melati.
    sya dh x tahu mcm mna nak nasihatkan si org yg nama melati ni.

    lagi 1 biarlah si Raja Azmi tu..bukannya dia over pun..apa yg nk sakit hati dgn statement dia. bukan smua org smpurna. kita yg mngata ni…bertutup kepala tu betul ke cara. tak fham dgn you all..

    sblum mengata..tengok dlu,..diri sndri, adik beradik, kluarga, sanak saudara dan sepupu sepapat trlbih dhulu.

    0

    0