Raja Azmi Ingin Pergi Setenang Allahyarham Sharifah Aini

Hiburan

Raja Azmi Ingin Pergi Setenang Allahyarham Sharifah Aini

Sesungguhnya pemergian Allahyarham Sharifah Aini memberi impak yang amat besar kepada dunia hiburan tanah air. Beliau telah pergi di bulan yang penuh mulia, meninggalkan seorang anak yang soleh dan amal jariah yang tidak terkira banyaknya yang dirahsiakan ketika Allahyarham masih hidup. Malah Allahyarham sempat meninggalkan beberapa pesanan buat anaknya yang sangat meruntun jiwa sesiapa yang membacanya.

sharifah ainiDaripada pembacaan Abang Nara, mereka yang menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham dikatakan dapat menghidu bau yang amat wangi. Semoga ia menjadi petanda bahawa Allahyarham tenang di alam yang satu lagi. Pemergian Allahyarham yang amat mudah telah pun menjadi inspirasi kepada Raja Azmi untuk membuang gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di Instagram. Kata Raja Azmi:-

Advertisement

Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untuk membuang gambar-gambar lama yang tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untuk dipertontonkan lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.

Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh.

Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya. Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik.

Ramadan kali ini saya banyak tolak undangan berbuka puasa sebab tidak mahu tertinggal solat terawih. Bulan ini juga saya mula mengaji semula dan banyak membuat ibadah bagi mendapatkan keberkatan.

raja azmi

Sesungguhnya walaupun telah pergi menemui Allah, Allahyarham Sharifah Aini masih mampu memberikan impak positif kepada orang lain. Terharu Abang Nara. Semoga Allahyarham mendapat pahala yang berterusan atas perubahan yang dilakukan oleh Raja Azmi ini. Kepada Raja Azmi, tahniah juga kerana berubah. Semoga kita semua dihadapkan kepadanya dalam ‘husnul khotimah’. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mstar Online.
simplegirlclosetP.S: Teringin nak bergaya dengan fesyen dari Korea? Dapatkan koleksi pakaian terkini Korea menarik daripada SimpleGirlCloset pada harga yang murah, Ada cardigan, dress, tops lengan panjang dan macam-macam lagi. Boleh rambang mata nak memilih. Layari www.simplegirlcloset.com untuk lihat sendiri koleksi mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...