Raja Azmi Akan Dedah Segalanya Petang Ini

Hiburan

Raja Azmi Akan Dedah Segalanya Petang Ini

Untuk anda yang belum tahu, Raja Azmi sudah pun didapati TIDAK BERSALAH atas tuduhan khalwat bersama Roslin Hashim semalam.  Sebelum ini punca penceraian Roslin Hashim dan bekas isterinya, Norhayati dikatakan berpunca daripada isu khalwat Roslin Hashim dan Raja Azmi. Namun setelah didapati tidak bersalah, Raja Azmi pada petang ini akan membongkarkan segala-galanya yang berkaitan hal ini.

raja azmi

Advertisement

Kata Raja Azmi:-

Saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan tentang tuduhan khalwat melibatkan saya dan Roslin. Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Buat masa ini saya tidak mahu memberi komen lanjut. Saya akan tunjukkan segala bukti dalam sidang media itu nanti untuk membersihkan nama saya yang sudah tercemar.

Apakah yang bakal didedahkan oleh Raja Azmi? Adakah pendedahan ini akan membongkar apa yang tersembunyi di sebalik isu khalwatnya sebelum ini? Adakah nama Norhayati, bekas isteri Roslin Hashim akan terlibat sama dalam pendedahan ini? Sama-sama kita nantikan jam 4.30 petang nanti untuk info selanjutnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...