Written by AbangNara | July 19th, 2016

Memang sempoi dan jantan sungguh Raja Afiq ini. Selalunya selebriti zaman sekarang bila ditanya bercinta atau tidak, seboleh-bolehnya tak nak buat pengakuan apa-apa. Namun bukan Raja Afiq yang membawa watak hero di dalam drama Sayangku Kapten Muhkriz. Raja Afiq dengan keyakinan seorang kapten mengakui bahawa dirinya kini sedang hangat bercinta dengan Anis Al Idrus.

raja afiq dan anis al idrus

Untuk makluman, Anis Al Idrus satu ketika dahulu dilaporkan pernah bercinta dengan Sharnaaz Ahmad. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Nampaknya Anis sudah menjumpai pengganti di dalam kesasaan dan ketampanan Raja Afiq. Kata Raja Afiq tentang hubungan mereka:-

Alhamdulillah, saya dan Anis dalam peringkat untuk kenal hati budi masing-masing dan bolehlah dikatakan kami sedang bercinta. Kami berkenalan ketika saya menjadi duta Syukur Selalu pada Ramadan lalu dan dia (Anis) juga rajin menghadiri majlis-majlis anjuran TV3.

Saya senang bersama dia kerana sikapnya yang sering merendah diri walaupun lebih berpengalaman dalam industri. Lagi pula, dia juga tidak terlalu cerewet dan sangat memahami kerjaya saya kerana dia juga seorang artis.

Saya seorang yang tidak suka hubungan yang lama dan jika masing-masing bersedia dan keluarga juga mengizinkan apa salahnya teruskan sahaja. Lagi pula saya tidak kisah tentang jarak umur kerana saya memang suka wanita lebih tua dan matang berbanding wanita muda. Insya-Allah, selepas dia balik bercuti saya akan bawa dia bertemu keluarga saya terlebih dahulu

raja afiq dan anis al idrus

Lelaki seperti Raja Afiq inilah baru dikatakan lelaki sejati. Buat apa nak malu mengaku sedang bercinta semata-mata kerana takut populariti jatuh. Kalau lakonan hebat dan berbakat, orang tak pandang sama ada single, taken or married. Tak gitu? Apa pun semoga hubungan percintaan Raja Afiq dan Anis Al Idrus akan berakhir di jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan.

P.S: Pengguna LRT laluan Ampang mengamuk

53 responses to Raja Afiq, Hero Drama Sayangku Kapten Mukhriz Akui Sedang Bercinta Dengan Anis Al Idrus

  1. kapten anis says:

    tapi…tapi…nama dia baru je nak naik….boleh x jgn bercinta dulu….baru je nak minat

    0

    0
    • Aunty Jijah says:

      Lahaiii sape plak raja afiq ni weyhhh.
      Serius la jadi hero drama? Uih aku ingat zmn skrg tv station pilih yg ada rupa tapi tak pandai belakon, skali rupa tarak belakon pun cannot go..!
      Apa nak jadi weh apa nak jadi dgn industri lakonan mcm ni..
      Pelakon2 berkualiti habis takdak.
      Gosip pulak ngan minah anis ni dgn makeup 10 inci nmpak tua 20 thn, and who is she? NOBODY. Ex sharnaz yg tak jadi omg please lah pleaseeeeeeee LAHHHHHHHH

      0

      0
      • sry says:

        tak rasa lain ke pakai tudung tapi baju ketat nak mampus, nampak segala bonjolan depan belakang atas bawah? what’s the purpose of wearing tudung kalau pakai ketat & lengan pendek? sungguh aku tak faham fesyen zaman skrg ni. tudung dikepala hanya mengikut trend. akhir zaman….

        0

        0
      • shareene says:

        hey,,rasanya..awak buta kot..cuba awak show..ada tak acting awak tu much better than him??plezz,orang mcm awak ni memng tau menilai je..

        1

        0
    • minah jambu - safety first says:

      alhamdulillah syukur u dapat anis al idrus…nampak anis orang nye baik cantek sweet lagi..semoga bahgia yee….

      1

      0
    • Anonymous says:

      heroin cerita ni, gedik yang amat!

      0

      0
    • Anonymous says:

      heroin dalam cerita ni, gedik yang amat!

      0

      0
    • lava says:

      heroin dalam cerita ni gedik yang amat!

      0

      0
    • Anonymous says:

      iya lol….saya baru tertarik dgn dia tau sbb tengok drama sayangku kapten mukriz…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Betul tu…awat la si Raja Afiq tu bercinta awl sngt..dah tu Raja Afiq kata nak moved on kira nak kahwin..Bkn nak bantah ke , x suka ke, ke apa ke WHatever lah..just pelik aje bunyi nye..Btw, all the best for u lah Afiq n your GF n future wife..sory lah if my word u n anis trkecik ati or tersinggung..But , don t forget nak share dgn kitorang kalau ada plan nak kahwin ke , nak kahwin masa terdekat ni ke..k bye sayangku kapten ustaz mukhriz! ..err..btol ke apa yg I sebut tu..lantaklah..hihihi^_^

      0

      0
  2. aku sorg je ke yg perasan muka dia mcm dato ac..

    0

    0
  3. Anis Al-Hingus says:

    xhensem..ensem lg nenek aku punye bapak!

    0

    0
  4. Cintut says:

    Ko kata anis tu lagi berpengalaman? Berpengalaman bab apa dik? Bab gossip cinta ke.. alahai..fokus la dulu lakonan tu. Sibukkk nak bercinta

    0

    0
  5. Cintut says:

    Ko kata anis fu berpengalaman? Berpengalaman bab gossip cinta ke dik..alahai..fokus la dulu pada lakonan. Sibukkk nak bercinta

    0

    0
  6. mawar berduri tajam says:

    afiq nie bercinta ngan member aku..tapi dah jadi retis nie lupa diri pulak..poyo nie lah jantan..kalau ko baca afiq ngat sikit si Tasha tu..dasar jantan tak guna…mampus la ko

    0

    0
    • fifizafa says:

      yeke? Nanti Kirim Salam Dekat Tasha Ye.
      Cakap dekat dia, Move On cepat-cepat dannnnnnn
      Suruh dia jadik artis jugak sebab nanti boleh show off dekat afiq ni. hahah

      0

      0
    • nenek kecoh says:

      ehehehe afiq ini lah yg slalu ddk kat meja FINAS time Expo buku 1malaysia last year .. aahaahahaah siap jd guard utk gf dia tut tut tut da ada gf baru ahahahah tapi sorry to talk la tak hensem la afiq ini so Tasha hang cari lain sj la ya..

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Good one..pls proceed Kapten Mukhriz.. lepas kahwin insyallah, rezeki lebih murah dan melimpah.. believe in Allah..

    0

    0
  8. kina says:

    pelik n malu tgk sesetengah pompan skg, shawl pnya pnjang berjela 2-3meter tp bla pkai tetek pn xleh nk tutup…

    0

    0
    • Anonymous says:

      aha..stuju. kepala bukan main ditutup dililit bagai mcm ular sawa yg melilit mangsa..tp bla tngk bawah….nampak segala bnd yg bulat dan melengkung sana sini.. maaf lah ya..bkn merujuk anis ni je.yg lain ramai juga mcm tu.

      0

      0
  9. kumpulpahalalagibagus says:

    encem ke tak encem ke tu blkg kire lah…
    encem dari segi budi bahasa tu mau diutamakan..

    0

    0
  10. Weh says:

    Berapa umur mamat ni? Mcm gelojoh je. X gentle langsung.

    0

    0
    • minah jambu - safety first says:

      bukan gelojohh..kalau dh suka sama suka buat ape tungu lama2 sampai 7 taon baru nk berkahwin..masing2 kalau dh bersedia untok berumah tanga tk salah kalau di cepat kan…dh kawin pon masing2 maseh boleh berlakon pe sama2 cari rezeki untok masa depan..lov u aniss..

      0

      0
  11. Ruru says:

    Ok le tu pada usung kehulu usung kehilir pastu x jadik hmmm

    0

    0
  12. el says:

    makin melalut drama adaptasi novel sekarang….sayangku kapten mukhriz pulak…ala ala drama korea descendants of the sun

    0

    0
    • Anonymous says:

      drama “Sayangku Kapten Mukhriz” ni memang sama ker dengan drama Korea “Descendants of the Sun ?????”
      Mampu ke jah drama melayu nak tunjuk askar dalam helikopter lepas tu terjun … x pun askar jaga sempadan ker…. drama melayu point utama dia cinta jer…tu yg aku menyampah tu.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ye btl. Episod pertama kami bkk cte ni kunun nk tgk la jln cte nya adakah macam askar2 yg sedang menjalankan tugas turun helikopter ke selamatkan negara ke,, tup2 pasal cinta jugeeeekk.
        Tetibe bapak ak keluar bilik ((lps solat)) sinis je ayt keluar dr mulut dia “askar tgk pn ketawa lah! Buat malu je” Kami trs tukar channel. Bpk ak ckp real life askar mana ad cmni. Dia kej kt batu kentomen dia tau la perangai mamat askar cmne huhu

        0

        0
    • mak c kina says:

      1st time kemaruk sgt nk tgk cite sbb DOTS…hahaha…klu xsama pun (xperlu sama) mcm sama pun ok je..xpe la cover version kan..byk drama buat mcm tu..tp bila tgk 1st ep..yaa ampuunnn…xyah gne TLDM la…buat malu je..mana TLDM nya?!..setakat baju,lalu depan opis,dok dlm berek?…apa kerja TLDM?..lalu lalang je?bw fail sana sini?tabik hormat bila jumpe?whatt…aku kuciwa….
      tu blum cite heroin nya..kata doktor..doktor sepatutnya educated..tp perangai mcm org gaji kemaruk cinta ank bos..no manners,xsopan,xde disiplin..xmelambangkan doktor yg sepatutnya lbh etika,tangjungjwb,polite…

      peminat DOTS : xde ye scene terjun heli tu…hahaha…(jgn harap la ada sbb klu ada pun korg akn kecewa)

      0

      0
  13. Anonymous says:

    Sayang ku kapten mukhriz….drama ney best tpi watak heroin x best sngat la mcm gedik ckp pwon nak kna tekinja2 ke..nasib lakonan ja klo btoi2 mau ja aku penampar pempuan mcm tu…adoiii..lg 1 drama petang tu marhaban kome oi..ya Allah ntah ke apa melalut nya drama ney..nak blatih marhaban puji pujian nabi dan Allah S.W.T…tpi pkaian ketat2 terjerit2 mcm2 lg la..sesuai ka..x sesuai kot dngan tajok MARHABAN tu..

    0

    0
  14. sentap says:

    sapa ni….x kenal lgsg…sendu tp gosip cinta je lbh

    0

    0
  15. gegis says:

    lebih baik tengok MARHABAN KOME OIII…lg best..pelakon pompuan dlm KAPITAN MUKRIZ tu geidk giler..heee..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    sape tengok cite kol 7…mak aiiiii…dia punya heroin dh le tua…gedik y amat sgt…menymph gile..berhijab..tpi gedik bukan main..trgila2kn ustaz y ensem..maneeeeee ad ensem…biasa je….poyo btl…len kali klau nk wat cite tu…cari le watak heroin y mcm ayda jebat ke…x brtudung..klau dia berlakon sesuai le..bila la cie ni nk abisssssss….dari heo..heroin..pelakon pembantu semuanya x de bagi mood aku nk nengok cite ni…

    0

    0
  17. eww says:

    raja afiq ni muda sangat baru 22 tahun knapa bercinta dgn hakak yang berumur 26 tahun nie??????? eeeeeeeeee

    0

    0
  18. capricorngirl84 says:

    Sebenarnya jalan cerita ni memang wujud dalam dunia nyata…kisah cinta aku dulu lebih kurang mcmtu jugak..tergila2kan ustaz tp dia ngaja sekolah & IPT.Eh tapi bukan aku sorang je yg tergila2kan dia tau!sbb tu lah aku terpaksa buat bermacam2 cara utk dapatkan perhatian dia wlaupon memalukan diri sendiri.Adeh,,,Watak dia pon dulu lebih kurang Kapten Mukhriz tu.keras je….Setelah 8bulan berusaha,tp tetaplah temui jalan buntu.akhirnya aku serahkan semuanya pada Allah…aku menangis,merintih,taubat sungguh2 supaya Allah bagi penyelesaian dengan apa yg aku lalui.itupon setelah dinasihatkan seorang sahabat..aku amalkan solat dhuha dan tahajud.aku tawasul dgn Rasulullah supaya diberikan kejaiban…dan alhamdulillah keajaiban itu berlaku,Tuhan tu Maha Mendengar dan sangatlah baik.Tuhan bukakan pintu hati dia utk menikahi aku walaupon niat dia utk membimbing aku…kalau diikutkan,dia ade pilihan lain yg lebih baik dari aku…,,tp itulah kuasa doa bila mintak sungguh2 dengan Allah.dan aku sendiri pon,klu ditanya balik…boleh jadi aku terpengaruh byk sgt tengok cerita korea yg heroin akan berusaha sekuat dan semaksimum mungkin utk memiliki hati seorang lelaki…tapi kenalah percaya takdir Tuhan lah yg tentukan..

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Suka jln cerita ni. Islamic jugak

    0

    0
  20. tak tau says:

    Memang la heroine dia gedik nama pun ikut ceta dalam novel Anugerah Terindah. Tajuk je tukar sayangku kapten mukhriz

    0

    0
  21. kak bedah says:

    oh ini hero drama tv-umngok pkul 7 tiap hari,cerita pompuan gatai peliaq abg askar….sooooo cheapp

    0

    0
  22. ren says:

    tertengok cite kpten mukriz ni.x berkenan dengan herion.adui kenape gedik sgt?pastu watak nak gempak name xnak kalah.dr ariana dahlia.buwekkk..dan sia anis idrus ni,umur baru 26 ke?ingat da dekat 40.mekap tebal semacam

    0

    0
  23. unknown says:

    Drama DOTS watak semua macam real…cite melayu ni…hmm…. hampeh

    0

    0
  24. beautifulliar says:

    Hahhahahahahahahahahahaha…………….

    0

    0
  25. Zanariah Mohammad says:

    Saya suka tgok citer ni lebih2 lg teruja dgn ustaznya yg baik.dan susah nk jumpa zmn skrg. Cuma tak suka sgt heroin dia gedik sgt, mmglah boleh ditonjolkan usaha dia utk memikat ustaz yg belum terbuka lg hati nk kahwin tp kan lebih baik buat heroin sabar, buat solat hajat, tahajud doa byk2 spya ustaz tu dibukakan pintu hati utknya. Tp klu gedik sgt mcm tu rasa2nya awal2 lg dah kena cancel oleh ustaz. Tp sb ni cerita kan jd rembat jelah…hihihi

    0

    0
  26. Niena_Fan says:

    asal x korang jer jd heroin ? komen lebih2. watak ariana dr dlm novel memang gedikkk. korang yg panas pahal? Niena Baharun & Ariana Dahlia dua org yg bbeza. blakon kena la ikut watak yg org bagi. itulah dunia seni lakonan. korang kecam je tau. sorry to say this laa but i’m Niena’s fan. sentapp gakk la baca komen2 bodoh, nak jugak bsuara kt sini. bagi kesedaran sikit kt keyboard warrior yg otak sempit. #hakbersuara

    0

    0
  27. lulss says:

    mak aku ptg2 layan drama tb3 tu.. menyampah aku dengan heroin die. gedik nak mampos. kalau lah watak die mmg kene gedik. tahniah. die dah berjayaaa… tp bg aku lah. die nak usha ustaz kapten mukriz. so no need laa nak gedik… buat ayu2 sudah…. lagi 1. heroin die doctor dlm cite tu. seriously? sbb aku tgk doplohpat jam die dok mengedik ke kapten tu.

    0

    0
  28. KingSaroman says:

    Manusia berstatus hamba, carilah ilmu untuk memahami agama. Fahamilah cara hidupmu (islam) yang sebenar. Jangan biarkan dirimu larut dengan drama cinta melayu.

    0

    0
  29. kkkkk says:

    Korg yg kata heroin ni gedik confirm x baca novel..Niena baharun dapat bawa watak ni sebijik dgn apa yg aku bayang kan bila baca novel Anugerah Terindah… Kipidap niena

    0

    0
  30. Nur akhma says:

    Btl tu ………

    0

    0
  31. tynean says:

    Saya nak raja afiq cple dgn niena baharun..harap2 sgt sesuaai sgt

    0

    0
  32. hamba Allah says:

    Apa hal lh korang niy nak hina org mcm2,nk komen lakonan org mcm2..cuba cermin diri tuh skit,dgn komn bkn2 tuh kira bgus lh??pkir sblum komen okay..klau rsa diri tuh bgus sgt,apa kta korang jew berlkon watk diorang bwak.

    0

    0
  33. dammar says:

    Btl2..sy setuju ape yg hamba allah tu komen,korg fikir senang ke nk bwk watak yg bukan realiti kite yg sebenar..ampunkan hamba2 mu ini ya allah..

    0

    0
  34. drama melayu fans says:

    Kamurang ni . Comment tue agak2 la . Ukur baju d badan sendiri . Klau you gais nak sentap apahal korang nd bwa watak yng d bwa oleh ariana dahlia dn kapten mukhriz tue ? Sorry not sorry to say this la Ah gais , malu sikit dngn rupa kamu yng nd sebrpa lawa or hensem lagi ye . Walau apapun , artis yng d luar sna lagi hensem dri kamurang tau . Sorry la klau bahasa kasar . Ampun kan sja ye .

    0

    0